Join Forum YouTube Malaysia dan Belajar Cara Buat Video di YouTube

Belajar Cara Buat Video di YouTube | Apa yang aku perhatikan, sejak dari tahun 2016 lagi YouTube di Malaysia mula berkembang. Aku pun ada niat juga masa tu nak buat video kat YouTube tapi belum ada kekuatan lagi pada masa tu disebabkan beberapa faktor. Dan pada tahun 2018, aku tengok ramai rakyat Malaysia dah mula berjinak-jinak dengan YouTube. Sehinggalah pada tahun 2019 orang yang bercita-cita nak jadi YouTuber di Malaysia ni bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Alhamdulillah. Pada Mac atau Mei 2019 macam tu, aku dah mula aktif buat video di YouTube. Walaupun aku ni seorang introvert, aku tetap juga bersemangat nak buat video di YouTube sebab aku lihat satu peluang besar nak jana income sampingan di YouTube ni. Korang faham-fahamlah sendiri kalau orang introvert ni cakap. Kebanyakkan tak pandai nak cakap sebab dari dulu kurang bercakap dan bergaul. Jadi, bila nak cakap depan kamera tu ayat jadi tunggang langgan. Tambahan pula aku ni guna loghat Kelantan. Bila nak cakap KL tu macam baca skrip pun ada.

cara buat video

Jadi, bila aku dah lihat YouTube ni semakin berkembang dengan pesat di Malaysia, aku pun terfikir apa kata aku buat satu forum khas untuk perbincangan YouTube saja. Lagipun ramai kat luar sana yang terkial-kial nak buat video kat YouTube ni. Ntah apa-apa mereka buat tiba-tiba suruh subscribe. Ada yang tak pernah upload video pun tiba-tiba komen suruh subscribe. Tak subscribe merajuk pulak diorang. Mereka ingat dengan subscribe akan dapat duit dari YouTube kot.

Di sebabkan aku lihat benda ni semakin “parah”, aku rasa perlu wujudkan satu platform di mana orang ramai yang baru nak bermula dengan YouTube ni dapat belajar dahulu sebelum buat.

Jadi, aku telah ambil inisiatif aku sendiri untuk buat satu web forum ni di mana dalam web ni kita boleh saling berkongsi ilmu, boleh bertukar pandangan, tukar pendapat dan saling menyelesaikan masalah di antara satu sama lain.

cara buat video

Maka dengan itu, wujudlah web forum yang telah aku siapkan iaitu korang boleh layari dan daftar secara percuma di www.akademiyt.com. Yes, kalau korang dengan nak join forum ni adalah secara percuma saja. Aku tak kenakan bayaran apa-apa pun untuk korang belajar buat video di YouTube.

Aku ambil masa lebih kurang sebulan jugalah nak buat web ni. Jadi, aku harap korang hargai usaha aku ni dengan hanya mendaftar saja dalam forum ni dan kita saling berbicang apa saja masalah yang kita hadapi dalam forum tu nanti. Aku buat forum ni bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk memudahkan urusan korang samaada yang baru nak belajar atau nak kembangkan lagi channel korang tu.

Webforum ni aku buat bukan khas untuk Malaysia saja tapi aku juga buka pendaftaran untuk rakyat Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Supaya nanti kita boleh bina networking kita dengan lebih besar dan luas lagi. Jadi peluang kita nak berjaya dalam YouTube ni lebih besar lagi.

Aku juga ada lihat banyak group YouTube di Facebook tapi group YouTube di Facebook bukanlah tempat yang sesuai untuk korang belajar sesuatu mengenai YouTube. Lagipun group YouTube di Facebook ni susunan tidak teratur dan bercelaru. Tapi dalam web forum ni susunan yang agak kemas dan sangat mudah untuk korang berbicang dan belajar.

Kalau orang tanya tak ada applikasi ke untuk webforum ni?

Sekarang ni aku sedang bina app untuk android terlebih dahulu. Tapi belum siap lagi. Dan kalau web forum ni mendapat sambutan yang menggalakkan, aku akan cuba pula untuk bina app untuk iOS.

Jadi, di sini aku harap korang boleh sebarkan forum ni kepada kenalan-kenalan yang ingin belajar cara buat video di YouTube. Nanti bila ramai yang join, forum ni akan lebih meriah lagi untuk kita berbincang mengenai YouTube.

Akhir kata dari aku, jom join forum ni dan mari sama-sama kita kembangkan channel kita sehingga berjaya. Jangan lupa juga subscribe channel “Blog Faiz“.

Kalau sudi tengok juga video di bawah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top