Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Cara Bayar Bil Elektrik Online Melalui Akaun MyTNB

Cara Bayar Bil Elektrik Online Melalui Akaun MyTNB

Last Updated on December 20, 2020 by FaizAlias Leave a Comment

Mungkin korang dah penat setiap bulan kena pergi ke kiosk atau kaunter pembayaran bil elektrik untuk bayar bil TNB korang tu.

Sepatutnya kita dah tahun 2020 ni tak perlu lagi buat semua benda tu. Sekarang ni semuanya hujung jari kita je. Cuma apa yang saya perhatikan ada je orang kita ni jenis malas nak amik tahu bab-bab teknologi ni sedangkan ia banyak menjimatkan masa kita.

Jadi, artikel kali ni aku nak buat satu tutorial sikitlah bagaimana cara kita boleh bayar bil TNB secara online melalui akaun MyTNB.

Sebenarnya sebelum ni pun aku dah ada tulis cara bayar bil elektrik secara online melalui Maybank2u. Kalau korang nak tahu cara bayar melalui Maybank2u, boleh tengok tutorial aku yang lepas. Kalau nak tahu cara bayar melalui MyTNB boleh lihat tutorial yang ni.

Cara Bayar Bil TNB Online Melalui Akaun MyTNB

Cara Bayar Bil Elektrik Online Melalui Akaun MyTNB

Bahagian #1 : Cara Daftar Akaun MyTNB
Bahagian #2 : Cara Pembayaran Melalui Akaun MyTNB

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, dalam tutorial ni aku tunjukkan cara bayaran bil TNB melalui laman web rasmi MyTNB. Bukannya melalui app MyTNB yang boleh download kat phone korang tu.

Untuk bayaran melalui app MyTNB nanti aku akan tunjukkan dalam tutorial yang lain.

Baiklah. Dalam tutorial ni, aku akan bahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama cara daftar akaun MyTNB dan bahagian kedua barulah aku tunjuk cara nak buat pembayaran.

Kalau korang nak skip cara daftar, boleh terus ke bahagian 2 iaitu cara pembayaran.

Bahagian #1 : Cara Daftar Akaun MyTNB

Langkah 1 Daftar akaun MyTNB

Untuk langkah pertama ni, korang perlu daftar terlebih dahulu akaun MyTNB. Caranya pergi ke halaman pendaftaran MyTNB dan korang akan lihat seperti gambar di bawah dan klik pada butang Register Now!.

bayar bil elektrik

Langkah 2 Isi Semua Info

Pada bahagian kedua, masukkan semua info korang seperti nama, email, nombor telefon dan sebagainya seperti gambar di bawah.

bayar bil elektrik

Takkan part ni aku nak kena ajar juga kan?

Korang is je semua tu then lepas siap klik pada butang Create Account.

Nanti korang akan terima email pengesahan daripada TNB melalui email yang telah korang daftarkan.

So, siaplah pendaftaran akaun MyTNB korang.

Langkah 3 Tambah Akaun TNB

Sampai langkah 2 tadi korang sudah berjaya daftar dan memiliki akaun MyTNB sendiri.

Sekarang ni kita perlu tambah pula akaun TNB atau letrik yang kita telah pasang melalui akaun MyTNB ni.

Caranya, korang login semula ke ke akaun MyTNB. Kalau dah login abaikan.

Bila dah login, korang akan lihat seperti gambar di bawah ni.

bayar bil elektrik

Pada bahagian I am TNB Customer klik je Add Account.

Oh ya. Untuk yang ni kalau korang dah pasang letrik dekat rumah korang tu. Kalau belum pilih dekat bahagian I am new to TNB.

Tapi aku anggap di sini korang dah pasang letrik di rumah masing-masing.

Lepas klik je butang tu ia akan keluar popout seperti di bawah.

bayar bil elektrik

Select owner kalau memang letrik tu didaftarkan atas nama korang atau pilih non-owner kalau korang mewakili mana-mana premis atau ahli keluarga yang lain.

Tapi di sini aku pilih owner sebab letrik ni didaftarkan atas nama aku.

Lepas je klik, korang akan lihat pula halaman seperti berikut.

bayar bil elektrik

Isi je semua bahagian yang diperlukan.

Nombor akaun TNB korang boleh dapatkan di bil TNB. Nombor akaun TNB ni dia ada 12 digit semuanya.

blank
Contoh nombor akaun TNB pada bil TNB

Lepas dah siap isi semua, klik butang Submit.

Jika berjaya korang akan terima mesej seperti berikut.

blank

Bahagian #2 : Cara Pembayaran Melalui Akaun MyTNB

Lepas kita sudah daftar akaun MyTNB dan sudah tambah akaun TNB kita, sekarang masa untuk kita mulakan pembayaran.

Ok. Sebelum tu pastikan dah login ke akaun MyTNB kita.

Langkah 1 Bila dah login ke akaun, korang akan nampak seperti gambar di bawah. Kemudian, klik pada butang Pay Bill

blank

Langkah 2 Sekali lagi, klik pada butang Pay Bills. Pastikan korang tandakan tick terlebih dahulu pada bahagian yang kena tick tu.

blank

Langkah 3 Kemudian korang akan diberi pilihan samaada nak bayar guna kad debit/kredit atau online banking seperti biasa.

Pada bahagian ni aku pilih online banking sebab ramai yang dah biasa guna online banking.

blank

Dan langkah yang seterusnya, korang klik je sehinggalah sampai ke bahagian pembayaran.

blank

Jadi, siaplah pembayaran bil korang tu.

Lepas ni tak perlu susah-susah lagi nak pergi ke kiosk ke apa untuk buat bayaran bil ni.

Menyusahkan je.

Kalau korang nak bantu mak ayah kat kampung bayar bil elektrik pun tak jadi masalah.

Kalau korang rasa tutorial ni bagus untuk korang, jangan lupa share ok?

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives