Macam mana cara dapatkan resit CIMB Clicks jika resit hilang atau lupa nak cetak? Sebagai pengguna yang bijak, setiap kali kita membuat apa-apa saja transaksi samaada buat pembayaran bil atau beli secara talian, kita perlu cetak resit tanda dan bukti kita sudah buat pembayaran.
Resit ni boleh dikatakan satu benda yang penting juga la jika ada masalah apa-apa dikemudian hari, kita boleh tunjukkan resit tersebut. Kalau tak ada timbul isu apa-apa tak perlukan resit pun tak apa.
Namun apa yang kita khuatir ada masalah yang akan berlaku. Jadi, resit tu amat penting masa tu.
Resit sekarang ni bukan saja boleh dicetak secara fizikal tapi juga boleh simpan secara online. Jadi, tak ada masalah pembaziran kertas akan berlaku.
Mungkin korang dah simpan resit tapi hilang atau korang lupa nak dapatkan resit lepas buat pembayaran.
So, macam mana nak dapatkan semula resit tadi?
Rilek. Jangan panik.
Dalam tutorial sebelum ni saya dah pernah tulis macam mana cara nak dapatkan semula resit Maybank. Korang boleh baca tutorial tersebut jika nak dapatkan semula resit dari Maybank.
Dalam tutorial ni pula, saya akan tunjukkan cara macam mana nak dapatkan semula resit daripada CIMB Clicks.
Cara Dapatkan Resit CIMB Clicks
Untuk dapatkan resit daripada CIMB, kita tak boleh nak dapatkan melalui applikasi CIMB samaada di iOS ataupun Android. Semuanya kena buat melalui laman web CIMB Clicks.
Jadi, untuk ikut tutorial ni, korang kena sediakan laptop. Bukannya smartfon.
Baiklah. Sekarang jom kita mulakan.
Langkah 1 Layari laman web CIMB Clicks dan klik pada butang Login.
Langkah 2 Masukkan username dan juga password untuk log masuk ke dalam akaun CIMB Clicks korang.
Langkah 3 Setelah log masuk, lihat menu di sebelah kiri dan pergi ke Pay & Transfer > Transaction History.
Langkah 4 Lepas tu nanti, korang akan dapat lihat list ataupun senarai pembayaran yang pernah korang buat sebelum ni.
Untuk lihat resit, klik pada nombor rujukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Langkah 5 Kemudian korang akan diberikan pilihan samaada nak print terus resit ataupun nak transfer dalam bentuk PDF untuk simpan secara online.
Korang tentukan sendiri.
Dalam tutorial ni saya tunjukkan cara nak print terus.
Jadi, klik je pada perkataan Print.
Langkah 6 Nanti dia akan keluar seperti dalam gambar di bawah. Sebelah kiri tu, tu adalah bentuk resit yang bakal korang print nanti.
So, jika nak print, klik je pada butang print di bawah tu.
Siap!
Senang je kan?
Lepas ni korang tak perlu terkial-kial lagi jika resit hilang lepas buat pembayaran. Ikut je cara yang saya tunjukkan ni.
Jika korang nak tengok tutorial secara video, boleh la play video di bawah ni cara macam mana nak dapatkan semula resit dari CIMB Clicks.
Lepas dah tengok tu jangan lupa subscribe sekali. 🙂
Tips Penjagaan Resit Pembayaran
Di sini saya sediakan sedikit tips pada korang cara penjagaan resit pembayaran. Sebagai contoh jika korang selalu bayar PTPTN samaada secara online ataupun di mesin ATM, korang mesti simpan resit untuk membuktikan bahawa korang sudah membuat pembayaran.
- Kalau boleh elakkan buat pembayaran secara offline seperti di kaunter atau di mesin ATM sebab lama kelamaan dakwat pada resit akan pudar atau hilang.
- Lazimkan diri untuk buat pembayaran secara online. Selain jimat masa, ia juga jimat daripada pembaziran kertas berlaku.
- Jika sesuatu resit tersebut amat penting untuk korang, simpan dalam servis penyimpanan seperti Google Drive, DropBox, Deego dan sebagainya. Namun saya sangat sarankan pada korang untuk menggunakan Deego sebab ianya lebih selamat, mudah dan murah. Jangan sesekali simpan resit dalam laptop ataupun external hard disk.
Soalan Lazim
Boleh ke nak dapatkan resit melalui App CIMB Clicks?
Tak boleh. Korang perlu dapatkan semula resit hanya melalui laman web rasmi CIMB Clicks sahaja.
Macam mana nak print resit CIMB Clicks?
Ikut tutorial yang telah saya tunjukkan dalam artikel cara dapatkan resit CIMB Clicks.
Macam mana nak dapatkan semula resit CIMB Clicks di mesin ATM?
Kita tak boleh dapatkan resit atau print semula resit di mesin ATM.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Salam.bagaimana nak dapatkan resit cimb clicks bulan yang tak di tunjukan dalam more results?
kalau dah lebih tempoh masa, kena dapatkan resit di cawangan CIMB