7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi

Korang tercari-cari cara hilangkan mengantuk ke tu? Baik. Dalam artikel ni saya cuba nak share dengan korang macam mana nak hilangkan mengantuk atau atasi masalah mudah mengantuk samaada semasa memandu, mengantuk semasa belajar dan sebagainya.

Mengantuk adalah proses semulajadi yang terjadi pada seseorang jika oksigen dalam otak tidak cukup dan badan letih.

Sebab tu secara auto mulut kita akan menguap sebab nak sedut oksigen sebanyak mungkin untuk diserap ke dalam otak.

Dengan kajian lain, apabila kita mengantuk suhu otak kita akan meningkat dan secara semulajadi kita akan menguap untuk menyejukkan suhu dalam bahagian otak.

Secara sains dan teorinya macam tu la.

Tapi adakah dengan menguap kita akan mengantuk?

Tidak juga.

Tapi majoritinya bila kita menguap banyak kali itu tandanya kita sudah mengantuk dan badan perlukan rehat sejenak.

Kenapa Kita Mengantuk?

Bagus ke bila kita rasa mengantuk ni?

Ya!

Rasa mengantuk ni bagus untuk kesihatan tubuh badan kita sebab bila kita rasa mengantuk itu bermaksud badan kita perlukan rehat seketika dengan cara tidur sebelum sambung buat aktiviti yang seterusnya.

Bayangkan jika kita tidak pernah rasa mengantuk.

Badan kita dah letih gila.

Tapi kita tak boleh nak tidur sebab tidak mengantuk.

Boleh korang bayangkan apa jadi jika berlaku setiap hari setiap malam?

Badan letih tapi tak boleh nak rehat dengan cara tidur sebab tidak mengantuk boleh menjejaskan tahap kesihatan kita dan akan datang pelbagai penyakit seperti darah tinggi.

Jadi syukurlah Allah cipta rasa mengantuk ni untuk rehatkan tubuh badan kita secukupnya.

Punca Selalu Mengantuk

Selalu mengantuk akan menyebabkan produktiviti kerja kita akan terbantut. Itu yang menjadi masalah utama.

Tapi apa punca menyebabkan kita selalu mengantuk?

Antara punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut;

#1. Kurang tidur

Tidur yang kurang boleh menyebabkan kita rasa mudah mengantuk sepanjang hari sebab badan kita tidak cukup rehat sepenuhnya.

#2. Tabiat tidur yang tidak menentu

Mungkin ada dalam kalangan korang yang jenis tidur tidak tentu masa. Sebenarnya benda ni akan mendatangkan masalah pada diri kita sendiri kerana boleh menyebabkan hidup kita jadi tidak produktif.

Sepatutnya korang tidur pada waktu malam dan bangun sebelum subuh.

Untuk elakkan tidur masa yang tidak tentu ni, cuba elakkan tidur siang terlalu lama atau elakkan tidur selepas asar.

Kalau boleh pada waktu malam dekat waktu nak tidur, elakkan minuman berkefein sebab ia boleh menyebabkan korang tidak rasa mengantuk.

#3. Insomnia (masalah susah tidur)

Insomnia adalah satu penyakit yang susah nak tidur.

Adakah penyakit ini penyakit keturunan?

Tidak.

Penyakit ini datang hasil dari aktiviti kita sendiri.

Mari kita tengok apa penyebab penyakit Insomnia ni.

  1. Masalah kesihatan kronik sedia ada
  2. Masalah kemurungan, stress dan bimbang
  3. Waktu kerja yang tidak teratur
  4. Merokok,minum arak dan mengambil kafein yang berlebihan

Sebab itu penyakit Insomnia ni tidak memerlukan sebarang perubatan dan biasanya ia akan sembuh dengan sendiri jika kita pandai mengawalnya.

#4. Anemia (kurang darah merah)

Penyakit anemia adalah sejenis penyakit yang kekurangan darah.

Seperti yang kita tahu, darah membawa oksigen di dalam badan kita.

Bila oksigen dalam badan kita tidak cukup oksigen, kita akan mudah jadi lesu dan letih kemudian akhirnya mengantuk.

Semua penyakit-penyakit yang saya beritahu di atas ni menyebabkan kita mudah rasa mengantuk.

7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi

cara hilangkan mengantuk

Di bawah ni saya sediakan tips ataupun cara untuk kurangkan mengantuk ketika memandu, sedang belajar ataupun sedang buat kerja.

#1. Tidur Malam Yang Cukup

Cara yang pertama untuk kita kekal cergas dan tidak mudah mengantuk setiap hari tak lain dan tak bukan adalah dapatkan tidur yang mencukupi setiap malam.

Tidur yang mencukupi setiap malam bagi saya adalah rutin yang wajib bagi setiap orang sebab time nilah badan kita akan dapat rehat yang secukupnya.

Bagi orang dewasa, tidur yang boleh dikira cukup pada waktu malam adalah antara 6 hingga ke 8 jam manakala untuk kanak-kanak pula adalah 11 hingga 12 jam.

Jadi sebel

#2. Tidur Sebentar (Taking Nap)

Kalau dalam bahasa arab kita namakan ia sebagai Qailullah bermaksud tidur sebentar.

Tapi Qailullah ni dia ada masanya iaitu 15-30 minit sebelum masuknya Zohor.

Tapi kenapa sebelum Zohor?

Ini adalah sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad.

Antara kebaikkanya adalah;

  1. Kita akan rasa segar sepanjang hari.
  2. Awet muda sebab stress akan dilepaskan semulajadi time tidur
  3. Rahsia untuk bangun malam
  4. Ikut sunnah pasti ada kejayaan

Itu jika korang nak ikut sunnah.

Tapi kalau korang tak tidur ikut sunnah time tu pun tak ada masalah.

Bila mengantuk tips dia tidur sekejap lebih kurang 15-30 minit dan korang takkan mengantuk lagi dah.

Sama juga bila memandu dalam keadaan mengantuk.

Mula-mula cari tempat yang sesuai untuk hentikan kereta dulu seperti bawah pokok atau di stesen minyak.

Tapi pastikan tempat tu tempat yang teduh la.

Kalau tak naya nak tidur dalam kepanasan.

Kemudian tidur je dalam sekitar 15-30 minit kemudian korang takkan rasa mengantuk lagi dah lepas tu sehinggalah sampai ke destinasi.

Tak percaya?

Cubalah.

#3. Pengambilan Kafein

Setakat ni, saya belum jumpa lagi kajian yang sahih mengenai pengambilan kafein dalam kalangan pelajar boleh melembabkan otak pelajar dan susah nak hafal sesuatu.

Ikut pengalaman saya sendiri, banyak kawan saya yang jenis berjaga malam sebab bermain game. Untuk elakkan mengantuk, mereka minum minuman berkafein supaya mata kekal segar dan cerah.

Bila exam, result mereka boleh dikatakan Tip Top juga la.

Jadi, di mana bukti minuman berkafein tidak bagus untuk pelajar?

Kalau korang mengantuk masa study tu, boleh la sediakan minuman berkafein seperti kopi atau air teh.

Kafein memang terbukti untuk menghilangkan rasa mengantuk, meningkatkan memori jangka masa pendek, melegakan keletihan dan meningkatkan kelajuan reaksi kita.

Kalau tengah memandu pun, cuba sediakan minuman berkafein ni untuk hilangkan mengantuk yang keterlaluan yang boleh membahayakan diri korang.

#4. Elakkan Makanan Berat

Salah ke makan makanan berat?

Maksud saya di sini bukan la kita tak boleh makan makanan berat. Cuma elakkan makanan berat ketika kita nak memandu dan juga ketika nak belajar.

Makan makanan berat memang terbukti ia boleh buatkan mata kita mengantuk.

Saya dah pernah buat eksperiment sendiri.

Lepas je makan makanan berat seperti nasi, mata kita akan jadi mengantuk tidak tentu pasal.

Saya pernah baca benda ni terjadi disebabkan makanan berat yang kita makan tu menyebabkan perut kita bekerja keras untuk menghadam makanan tersebut menyebabkan kita rasa mengantuk.

#5. Basuh muka

Benda paling basic bila kita mengantuk adalah dengan membasuh muka.

Benda ni memang menjadi tapi hanya bertahan beberapa minit saja.

Ia sekadar menyegarkan muka pada waktu tu saja.

Jadi sebab tu saya sarankan pada korang yang memandu untuk sediakan alat penyembur yang diisi air untuk sembur pada muka ketika mengantuk masa memandu.

Alat penyembur yang saya maksudkan di sini adalah seperti berikut.

Sediakan je alat ni dengan diisi air paip biasa.

Jika rasa mengantuk, terus sembur kat muka berapa kali pun.

Benda ni pun saya sediakan dalam kereta untuk hilangkan mengantuk seketika sebelum cari tempat untuk tidur rehat sebentar.

cara hilangkan mengantuk,cara atasi mengantuk

#6. Sediakan Air Putih

Letih, mengantuk dan lesu tanda kita dehidrasi ataupun kurang air dalam badan. Selain dari tu juga, ia boleh menyebabkan otak kita terganggu dan selalu mengantuk nak tidur.

Jadi, ketika memandu dan belajar pastikan sediakan sebotol air putih untuk minum jika terasa mengantuk.

Minum air putih yang cukup boleh menghindarkan diri kita dari mudah rasa mengantuk.

Ikut perkiraan, badan kita memerlukan sehingga 8 gelas sehari air masak untuk badan kekal cergas, sihat dan tidak mudah mengantuk.

#7. Dengar Musik Rancak

Musik ni ia boleh merangsang otak kita samaada kita makin cergas, rasa mengantuk dan sebagainya.

Suasana yang terlalu sunyi boleh menyebabkan otak kita akan mudah bosan. Bila rasa bosan dan boring secara auto kita mula akan menguap tanda otak kita memerlukan sesuatu untuk dirangsang.

Menguap tanda bosan tak semestinya mengantuk tapi kalau dah banyak kali menguap lama kelamaan akan mengantuk juga.

Jadi, pastikan suasana tu tak sunyi sangat dan pasanglah apa-apa lagu yang rancak. Tak pun buka radio dan dengar apa DJ radio sampaikan.

Kesimpulan

Mengantuk ni adalah sesuatu yang normal bagi setiap manusia. Tapi kalau kerap kali mengantuk tu mungkin ada masalah lain yang korang perlu dapatkan nasihat daripada pakar.

Paling penting, dapatkan rehat yang cukup pada waktu malam dan amalkan pemakanan yang sihat.

Soalan Lazim Mengenai Mengantuk

Berapa jumlah jam tidur yang ideal untuk kanak-kanak dan dewasa?

Jumlah jam tidur yang ideal bagi kanak-kanak adalah 11-12 jam sehari manakala bagi dewasa adalah 6-8 jam sehari.

Dengan jumlah jam tidur yang mencukupi barulah badan kita akan sentiasa segar.

Adakah sunnah tidur sebelum Zohor?

Ya. Tidur 15-30 minit sebelum Zohor adalah sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad. Ia dinamakan sebagai Qailullah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top