Kenapa Rakyat China Tidak Membantu Mangsa Kemalangan?

Besar kemungkinan korang pernah lihat video-video mangsa kemalangan di China yang hanya dibiarkan menderita seorang diri tanpa dibantu oleh orang sekeliling mereka. Pernah kita fikir tak kenapa rakyat China tidak membantu mangsa-mangsa kemalangan?

Pelik bukan?

Ada dalam satu video tu saya tengok ada anak kecil berjalan-jalan di atas jalan tapi tak ada seorang pun yang cuba menahan kenderaan yang lalu lalang atau cuba selamatkan budak tersebut. Masing-masing buat hal sendiri seolah-olah nyawa manusia ni tidak berharga.

Mesti korang akan berasa geram kan sebab orang ramai di sekeliling mangsa hanya mampu melihat dan langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan mangsa.

So, korang jangan pelik sebab benda ni sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di China. Satu benda yang normal di China.

Perkara pelik macam ni terjadi puncanya adalah undang-undang di China yang menyebabkan orang awam takut untuk menghulur bantuan.

Ok yang ni saya akan ulaskan dalam artikel ni.

Sebab Kenapa Rakyat China Tidak Membantu Mangsa Kemalangan

rakyat china

Di China ni sekiranya korang selamatkan mangsa yang ditimpa malang seperti kemalangan, lemas atau apa-apa jela, sekiranya terdapat perkara buruk terjadi kepada mangsa yang korang cuba selamatkan tu seperti kematian atau kecacatan pada mangsa, korang akan dipaksa untuk menanggung segala kos liability mereka. Kalau korang cuba bawa mereka ke hospital, korang yang akan tanggung perbelanjaan kos rawatan tersebut.

Gila bukan?

Paling teruk dan tragis lagi penyelamat yang selamatkan mangsa ni akan disaman oleh keluarga mangsa atau mangsa sendiri.

Bunyi macam pelik je kan?

Tapi, itulah realitinya di negara China. Ramai yang mengatakan bahawa masalah mentaliti rakyat China ni agak pelik dan mempunyai moral yang buruk tapi benda ni berlaku sebenarnya disebabkan undang-undang yang menjadikan masing-masing lepas tangan.

Adakah kerajaan di China tidak memandang serius perkara ini?

Antara kes yang popular mengenai masalah ini adalah kes tahun 2006 mengenai seorang wanita tua berumur 65 tahun di Nanjing dimana mangsa terjatuh ketika cuba turun dari bas.

Masa dia jatuh tu, dia pun telah dibantulah oleh seorang pemuda bernama Peng Yu, 26 tahun, yang juga kebetulan sedang turun dari bas tersebut.

Masa orang lain bergegas turun daripada bas tanpa bantu wanita malang itu, Pen Yu bergegas menolong wanita tersebut untuk bangun, termasuklah membawa wanita malang itu ke hospital dan menolong membayar bil hospital.

Mesti korang sangka yang wanita tua itu akan berterima kasih kepada Peng Yu bukan?

Sama sekali tidak.

Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan sangat memeranjatkan bila wanita tua tu pula yang bertindak menyaman pemuda tu sekitar 45,000 yuan dalam sekitar RM30 ribu Malaysia dan tuntutan bayaran perubatan serta pampasan kerana wanita itu mendakwa lelaki itu yang menyebabkan dia terjatuh.

Perghhh…

Buruk gila perangai.

Orang sudah tolong dan bantu bayar kos rawatan pun masih lagi nak saman menyaman.

Daripada kes inilah, ianya menjadi viral dan menjadi permulaan kepada sebab ramai rakyat China enggan untuk menawarkan bantuan kepada mangsa kemalangan. Tidak kiralah mangsa tu orang tua ke mahupun bayi ke, rakyat China hanya akan melihat sahaja daripada jauh kerana takut kena bertanggungjawab dan dipersalahkan.

Satu kes lagi yang popular adalah pada tahun 2011 bila ada seorang bayi yang berusia 2 tahun dibiarkan dilanggar kerana tidak ada siapa yang berani menolong budak tersebut atas jalanraya. Bayi malang itu dikatakan sedang berjalan seorang diri tanpa disedari ibunya.

Sekarang ni saya difahamkan bahawa ada undang-undang baru yang secara rasminya dikenali sebagai “Peraturan Perlindungan Hak Samaritan“.

So undang-undang ni sebagai permulaan untuk melindungi orang awam yang menghulurkan bantuan.

Pandangan Peribadi

Pada pandangan peribadi saya sendiri, benda ni berlaku mungkin juga disebabkan bilangan rakyat China ni terlalu ramai sehingga raja atau pemerintah mereka sendiri tidak mampu untuk mengawal rakyatnya.

Dia ibarat dalam setandang pisang tu bukannya semuanya ok. Mesti ada juga yang buruk sebiji dua.

Jadi dalam beratus-ratus juta rakyat China tu, mesti ada sekelompok manusia yang akan berperangai pelik dan sebagainya.

Sekirannya benar faktor utama rakyat China tidak membantu mangsa yang dalam kesusahan disebabkan undang-undang, pihak kerajaan China perlu lihat benda ni satu benda yang serius perlu diselesaikan.

Jika kita lihat perbuatan mereka ni tidak seperti manusia yang normal dan tidak nampak ketamadunan sedangkan fitrah manusia bukanlah seperti itu.

Di bawah ni saya sediakan satu video jika korang nak lihat saya membebel kenapa rakyat China ni tidak membantu mangsa-mangsa kemalangan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top