Cara Kira Kos Elektrik Bagi Setiap Peralatan Elektrik Rumah

Macam mana cara kira kos elektrik? Saya rasa setiap orang perlu tahu cara nak kira kos elektrik bagi sesuatu peralatan elektrik yang ada di rumah kita. Benda ni takdelah nak kata wajib ke apa tapi sekurang-kurangnya korang boleh tahu cara nak kira kos penggunaan elektrik ni.

Bila kita tahu cara pengiraan kos penggunaan elektrik, nanti kita boleh kawal kos penggunaan elektrik di rumah kita. Boleh buat bajet-bajet sendiri.

Jadi, jom kita belajar dan kira kos penggunaan elektrik bagi sesuatu barang elektrik yang ada di rumah kita.

Cara Kira Kos Elektrik

cara kira kos elektrik

Di bawah ni, saya akan tunjukkan step by step macam korang boleh kira sendiri kos bagi setiap peralatan elektrik tu.

Langkah 1 Tentukan Kilowat (kW) Peralatan Elektrik

Pada langkah satu ni, korang perlu tahu info kiloWatt (kW) bagi sesuatu barang elektrik tersebut. Biasanya info ni korang boleh tahu samaada di buku panduan manual atau stiker yang ditampal pada badan barang elektrik tersebut.

Jika yang dinyatakan dalam unit Watt, korang tukarkan kepada kiloWatt iaitu dengan cara bahagi 1000. Sebagai contoh di sini saya ambil kipas angin elektrik yang berkuasa 50W . Jadi untuk tukarkan kepada kiloaWatt 50W/1000 bersamaan dengan 0.05kW.

Ok saya harap jelas pada langkah satu ni.

Langkah 2 Berapa Jam Sehari?

Pada langkah kedua ni pula, korang perlu tahu berapa jumlah jam sehari kipas angin tersebut digunakan dalam kiraan jam.

Contoh anggaran korang guna kipas angin dalam sehari adalah selama 10 jam.

Langkah 3 Jumlah Penggunaan

Pada langkah satu tadi kita dah tahu barang elektrik tersebut adalah kipas berkuasa 50W atau 0.05kW dan pada langkah 2 tadi kita anggarkan jumlah jam penggunaan barang tersebut adalah 10 jam sehari.

Jadi, cara kira dia adalah

0.05kW x 10 jam = 0.5kWh (kilo-watt-hour)/sehari

Ok yang tu adalah dalam kiraan sehari.

Dalam pengiraan elektrik kita tak boleh kira sehari sebab kadar taarif dia berubah mengikut jumlah kiloWatt penggunaan.

Kita kena kira dalam masa sebulan terus untuk dapatkan jawapan yang tepat.

Jadi, untuk sebulan jumlah penggunaan KiloWatt bagi kipas tersebut adalah;

0.5kWh x 30 hari = 15 kWh/sebulan

Langkah 4 Tentukan Tarif Elektrik

Tentukan tarif penggunaan letrik berdasarkan yang kita sudah kira tadi iaitu 15 kWh dalam masa sebulan.

Maka tahulah kita bahawa 15 kWh berada pada julat 1-200 kWh dimana kita akan di caj sebanyak 21.80 sen atau mudahnya RM0.218 (kena kira dalam RM bukan sen).

Nota: Nilai Sen hendaklah ditukarkan kepada RM dengan cara bahagi 100. Sebagai contoh 21.8 sen ditukarkan kepada RM akan jadi RM 0.218 sen. Ini adalah untuk memudahkan kiraan nanti.

Jadual tarif boleh rujuk di bawah atau boleh juga rujuk kadar tarif di laman web rasmi TNB.

cara kira penggunaan elektrik

Langkah 5 Kiraan Penuh Penggunaan Secara Kasar

Sekarang kita nak kira berapa jumlah penggunaan kipas tersebut dalam masa sebulan adalah dengan menggunakan formula berikut.

Formula: (Jumlah kWh per sebulan x Taarif elektrik = caj elektrik sebulan)

15kWh x RM0.218 = RM3.27

Jadi, kiraan secara kasar bagi penggunaan kipas elektrik selama 10 jam sehari setiap bulan adalah RM3.27 sahaja.

Murah tak?

Best kan kalau boleh tahu cara nak kira barang elektrik yang kita guna sehari-hari ni.

Atau kalau korang malas sangat nak kira, boleh je guna kalkulator kos pengiraan penggunaan bil elektrik.

Contoh Kiraan Semua Barang Elektrik Di Rumah Dalam Masa Sebulan

Ok sebentar tadi saya kira kos untuk satu barangan elektrik saja dalam masa sebulan. Bila kita campur dengan barangan elektrik yang lain, jumlah penggunaan dalam unit kWh akan bertambah dan cara kiraan taarif pun agak berbeza.

Senang kalau taarif sama. Tapi masalah taarif elektrik TNB dia berbeza-beza mengikut jumlah penggunaan kWh.

Harap korang boleh faham dulu setakat ni.

Di sini saya nak cuba ambil beberapa contoh barangan elektrik serta penggunaannya sekali.

Untuk kira kesemua barang elektrik pun gunakan cara yang sama macam tadi cuma bila masuk bab taarif je dia berlainan sikit.

Jom kita mulakan.

Penggunaan

6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Televisyen 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam)

Jumlah Penggunaan (kWh)

Lampu : 6 unit x 38 W x 5 h = 1140 Wh (1.140 kWh)
TV : 1 unit x 100W x 4 h = 400 Wh (0.4 kWh)
Kipas : 2 unit x 60W x 4 h = 480 Wh (0.48 kWh)
Peti sejuk : 1 unit x 700W x 24 h = 16800 Wh (16.8 kWh)
Iron : 1 unit x 1000W x 0.5 h = 500 Wh (0.5 kWh)
Cerek : 1 unit x 1000W x 0.25 h = 250 Wh (0.25 kWh)

Jadi bila dicampurkan semua akan jadi;

1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh

Yang ni adalah dikira dalam masa sehari. Untuk sebulan;

19.57kWh x 30 = 587.1 kWh

Pengiraan Secara Kasar Dalam Sebulan

Sekadar berkongsi,apa yg ditulis dlm bil
(200×21.80)/100=43.60
(100×33.40)/100=33.40
(300×51.60)/100=154.80
(300×54.60)/100=163.80

Penggunaan seperti diatas 587.1kwh (600kwh)
200 kWh pertama x RM0.218 = RM 43.60
100 kWh seterusnya x RM0.334 = RM 33.40
287.1 kWh seterusnya x RM0.516 = RM 148.14

(200+100+287.1=587.1kwh)

Totalkan 43.60+33.40.148.14= RM 225.14/sebulan

Tips di sini, korang kena pandai lihat taarif elektrik masa nak buat kiraan nanti.

Harap dengan contoh di atas korang akan faham macam mana nak kira.

Kalau tak pandai nak kira berdasarkan taarif Elektrik yang TNB bagi, korang boleh kira sampai jumlah penggunaan kWh saja bagi barang elektrik tersebut dan gunakan saja kalkulator pengiraan elektrik yang telah disediakan oleh pihak TNB.

Nanti korang akan dapat jawapan yang sama juga iaitu RM225.14/sebulan.

cara kira kos elektrik

Cara Kira Guna Kalkulator Bil TNB

Ni saya nak bagi guide spesial punya macam mana cara nak kira setiap penggunaan barang elektrik dengan mengunakan kalkulator yang telah disediakan oleh pihak TNB sendiri.

Langkah 1 Pergi ke laman web Kalkulator TNB.

Langkah 2 Tentukan kWh bagi barang tersebut dalam masa sebulan. Cara nak kira saya dah beritahu di atas ni. Katakan di sini saya ambil contoh kipas lagi dan dalam masa sebulan jumlah penggunaan kipas angin tersebut adalah 15kWh sahaja.

Langkah 3 Kemudian hanya masukkan angaka saja pada bahagian Total Consumption (kWh) dan klik pada butang Calculate Bill.

cara kira kos elektrik

Nanti jumlah yang perlu dibayar akan dipaparkan.

cara kira kos elektrik

Jadi tak perlu pening kepala nak tengok jadual ta’arif elektrik. Korang hanya kira berapa jumlah penggunaan kuasa saja dalam masa sebulan dan barulah guna kalkulator ni.

Keluar terus jawapan.

Semoga ianya bermanfaat untuk korang.

Sesiapa nak lihat cara pengiraan dalam bentuk video, boleh tengok di bawah ni.

Penutup

Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan cara macam mana nak kira penggunaan elektrik dalam masa sebulan untuk sesuatu barang.

Jadi lepas ni senanglah korang nak kira barang elektrik yang mana satu paling kuat makan letrik dan bolehlah plan cara-cara nak berjimat selepas ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Cara Kira Kos Elektrik Bagi Setiap Peralatan Elektrik Rumah”

  1. bagus juga tulisan saudara. layout simple tulisan bersahaja dan mudah faham, siap ada link pengiraan mudah dll. blog yg sempoi dan ngam! tq bro utk sharing terbaik.

Leave a Comment

Scroll to Top