Macam mana cara order Foodpanda? Sekarang ni semuanya hujung jari saja. Tekan itu tekan ini tup tup makanan sampai depan rumah orang tolong bawa. Senang kan hidup?
Biasanya bila suami isteri yang bekerja, mereka ni tak sempat pun nak masak sendiri di rumah. Jadi, jalan terbaik adalah mereka order atau beli saja kat warung atau restoran.
Ada juga yang jenis duduk rumah flat atau apartment tapi malas nak turun beli. Apa yang mereka fikir nak makanan sampai depan pintu rumah.
Tak salah pun. Tu hak individu masing-masing malas atau rajin nak pergi beli makanan. Asalkan ada duit, order je.
Ouh ya. Bila cakap rumah flat atau apartment ni, rider ni kena hati-hatilah bila ambil order dari penghuni rumah tersebut sebab sudah ada kes sebelum ni di mana pelanggan ni sudah tulis note jika malas nak bawa makanan naik atas jangan receive order tu. Bagi je rider lain yang rajin nak naik ke rumah flat atau apartment.
Tapi rider tu receive juga order walaupun dia tahu dia malas nak naik ke atas. Kalau pelanggan tu sudah tulis note macam tu, bagi aku yang salah kat sini adalah rider tu sendiri.
Baiklah.
Apa itu Foodpanda?
Foodpanda adalah sebuah syarikat yang menyediakan servis khas untuk penghantaran makanan dari restoran-restoran yang berdekatan kepada pelanggan.
Kiranya mereka ni bekerja dengan hantar makanan kepada kita apa yang telah kita order.
Caj Foodpanda
Jangan ingat kita order dengan Foodpanda tiada cas yang dikenakan pada kita.
Jika kita order Foodpanda, kita akan dikenakan cas penghantaran.
Caj penghantaran ni lebih kurang dalam RM4-8 sahaja bergantung pada jarak lokasi.
Lain-lain caj setakat ni belum ada.
Kaedah Pembayaran Foodpanda
Di Foodpanda kita boleh guna tiga kaedah pembayaran iaitu;
- Cash on Delivery
- Credit or Debit Card
- Online Banking
Jika korang nak bayar masa makanan sampai, boleh pilih Cash on Delivery (COD). Tapi pastikan korang serius dengan order jika tak akan aniaya rider.
Biasanya saya akan pilih Online Banking sebab ia lagi mudah dan senang.
Pada tutorial kali ni saya akan tunjukkan cara macam mana nak order makanan melalui Foodpanda sehingga makanan selamat sampai depan pintu rumah korang tu.
Malas sangat kan? huhu…
Cara Order Foodpanda
Sebelum saya mulakan tutorial ini, saya sudah anggap anda semua sudah pun download dan daftar applikasi FoodPanda melalui Play Store atau App Store.
Kalau tak tahu macam mana nak daftar kat app FoodPanda, boleh lihat video di bawah sekali dalam artikel ni. Kat situ saya ada tunjukkan cara nak daftar kat app Foodpanda ni.
Ok, tutorial ni saya akan tunjukkan cara nak order melalui laptop dan juga applikasi smartfon di Android. Jika ada masa, saya akan buat juga tutorial cara order FoodPanda melalui iPhone. Tapi flow kedua-dua nya sama saja. Tak ada beza pun.
Baiklah, jom kita mulakan.
Cara Order Foodpanda Melalui Smartfon (Android/iOS)
Langkah 1 Sebaik saja anda login ke dalam applikasi FoodPanda, anda akan lihat ada tiga tap utama di atas iaitu Delivery, Pick-Up dan Panda Mart.
Jika anda mahu rider Food Panda order makanan sampai ke rumah anda, pilih bahagian Delivery.
Sebagai contoh di sini, saya telah order Pizza. jadi saya akan klik pada menu Pizza Hut.
Langkah 2 Lepas klik pada menu utama Pizza hut tadi, kemudian sistem akan senaraikan beberapa jenis Pizaa yang ada.
Pilih saja mana satu Pizza yang anda mahu dan klik menu pilihan anda.
Sebagai contoh di sini saya telah order Hawaiian Chicken.
Langkah 3 Di sini anda boleh tentukan anda nak pilih topping apa, nak sayur ke tak dan sebagainya.
Pilih saja kemahuan yang anda nak dalam makanan tu.
Sebagai contoh, anda order Pizaa dan dalam pizza anda mahu yang pedas.
Boleh tulis di bahagian “Special Instruction”
Jika semuanya dah ok, klik pada butang Add To Cart.
Langkah 4 Kemudian, bahagian ni anda perlu review makanan yang telah anda order sebelum masuk ke bahagian pembayaran.
Nanti di bawah tu juga akan tunjukkan jumlah semua sekali.
Kalau anda ada nak tambah, boleh back dan pilih semula makanan yang anda ingin tambah.
Jika semuanya ok, klik butang di bawah tu View Your Cart.
Langkah 5 Seterusnya, anda akan lihat estimate delivery, add-on, cara pembayaran dan sebagainya. Anda boleh pilih yang mana anda rasa perlu letak.
Jika anda sudah berpuas hati, klik pada Place Order untuk proses pembayaran.
Lain-lain langkah, korang ikut saja cara pembayaran sehingga selesai.
Siap.
So nanti anda hanya tunggu saja makanan tu sampai di rumah. Kena jaga-jaga phone tu sebab jika anda pilih rider untuk hubungi anda jika makanan dah sampai, sila angkat phone tu. Bila korang tak angkat nilah akan jadi macam-macam masalah.
Jika anda tidak suka atau kurang faham dengan tutorial secara bertulis, anda boleh lihat video di bawah ini.
Dalam video ni saya ceritakan dengan lebih detail lagi macam mana nak order makanan dengan Foodpanda ni melalui applikasi Android dan iOS.
Cara Order Foodpanda Melalui Laptop/Desktop
Saya tahu cara ni ramai yang tidak guna. Ramai yang lebih prefer order Foodpanda melalui applikasi.
Tapi ni hanya untuk pengetahuan umum saja.
So, macam mana cara nak order Foodpanda melalui laptop?
Ikut cara ni.
Langkah 1 Layari laman web Foodpanda.
Langkah 2 Kemudian klik pada link Sign in.
Langkah 3 Seterusnya masukkan info login seperti email dan juga password yang pernah kita create sebelum ni.
Langkah 4 Masukkan alamat penuh untuk sistem Foodpanda detect mana restoran yang terdekat dengan kawasan alamat kita tersebut. Lepas dah masukkan alamat, klik pada butang Delivery.
Nanti sistem akan senarai semua makanan di restoran yang berdekatan dengan alamat yang kita masukkan.
Langkah 5 Klik pada makanan dan minuman yang kita nak order. Nanti dia akan keluar pelbagai lagi menu dan makanan tambahan yang kita nak tambah.
Langkah 6 Lepas dah siap pilih makanan dan minuman, klik je butang checkout untuk buat pembayaran sehingga selesai.
Siap!
Cara Nak Complain atau Bagi Feedback
Sebenarnya cara nak complain atau bagi feedback lepas siap penghantaran, saya dah tulis dalam topik yang lebih detail.
Nanti korang boleh baca dengan lebih lanjut.
Jika korang ada masalah dengan order jangan risau sebab kita boleh buat aduan pada customer support Foodpanda samaada masalah datang dari Vendor (Restauran) atau rider tu sendiri.
Apa yang saya tahu, tindakkan dari Foodpanda ni agak strict.
Jika ada je rider yang membuat masalah, kebiasaan mereka akan ditarik terus dari menjadi rider Foodpanda.
Cara Tinggalkan Rating Pada Vendor (Restauran)
Hangat juga soalan ni macam mana nak bagi rating pada restauran.
Cara dia adalah, bila kita dah receive order, cuba cek dalam applikasi Foodpanda sebab akan ada nanti popup untuk kita tinggalkan rating pada restauran tersebut.
Jika kita tertinggal popup tersebut, kita dah tak boleh nak tinggalkan rating pada restoran.
Pelik kan sistem Foodpanda.
Agak susah nak bagi rating pada Vendor mereka.
Kesimpulan
Jadi macam mana? Senang ke susah nak order makanan melalui FoodPanda ni. Sebenarnya mudah je kalau korang tahu caranya. Benda ni bukan teknikal pun. Hanya perlu kebiasaan guna telefon hari-hari dan korang boleh buat tanpa perlu belajar cara nak order.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.