Cara Tambah Kelajuan Internet Di Rumah

Bagaimana cara tambah kelajuan internet di rumah ataupun di tempat kerja? Internet pada masa kini sudah menjadi sebahagian dari hidup kita dah. Tak ada internet ibarat seseorang tu boleh mati. Lagipun sekarang ni semuanya maklumat di hujung jari saja. Nak apa saja boleh cari info.

Jadi, begitu besar peranan internet pada masyarakat hari ini. Tapi yang sedihnya, kelajuan internet di Malaysia masih lagi di tahap sederhana sebab hanya beberapa kawasan sahaja yang dapat menikmati internet yang betul-betul laju manakala di kawasan yang lain pula merangkak-rangkak macam siput.

Pada artikel ni, saya cuba tunjukkan tutorial bagaimana kita boleh tambah kelajuan internet samaada di rumah kita ataupun di tempat kerja.

Secara asasnya, cara ni memang menjadi tapi tidak banyak penambahan kelajuan internet yang dapat. Tapi, lebih baik sikit daripada tak ada langsung.

cara tambah kelajuan internet

Walaupun ada pakej unlimited internet, kelajuan internet sama juga. Yang bezanya data tak habis. Macam contoh Stremyx TM di sesetengah kawasan hanya sampai 1mbps saja walaupun dijanjikan 8mbps.

Cara Tambah Kelajuan Internet Di Rumah

Untuk tutorial ni, saya hanya tunjukkan pada pengguna Windows saja. Tapi kalau anda pengguna Mac, konsepnya tetap sama, Mungkin langkah-langkah tutorial tu berbeza.

Langkah 1 Buka settings pada Windows laptop anda. Kemudian klik pada Network & Internet.

cara tambah kelajuan internet

Langkah 2 Kemudian, pada bahagian Change your network settings, klik pada Change adapter options.

cara tambah kelajuan internet

Langkah 3 Seterusnya, double klik pada internet yang anda sedang gunakan sekarang ni.

cara tambah kelajuan internet

Langkah 4 Kemudian, klik pada properties.

cara tambah kelajuan internet

Langkah 5 Kemudian, double klik pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)

cara tambah kelajuan internet

Langkah 6 Pada bahagian ni, kita masukkan DNS Google iaitu 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 . Sebenarnya apa saja DNS anda boleh gunakan. Tapi untuk security dan trusted, kita gunakan DNS Google.

cara tambah kelajuan internet

Siap.

Kemudian, anda perlu restart laptop anda dan tunggu lebih kurang 10-15 minit untuk ia betul-betul berkesan.

Lepas tu, anda boleh cuba test balik dan tengok speed internet anda.

Jika anda nak lihat dalam bentuk video, boleh cuba lihat di bawah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top