Cara Renew Lesen Bless Online Untuk Penolong Pegawai Perubatan

Macam mana cara renew lesen bless online untuk Penolong Pegawai Perubatan? Kepada yang baru menjawat penjawatan awam, mungkin korang tidak tahu lagi apa tujuan bless ni sebenarnya kan?

Tujuan bless ini sebenarnya adalah untuk mendapatkan lesen pekerjaan supaya kerja yang berkaitan dalam bidang kita itu adalah valid. Tak kira apa saja pekerjaan yang memerlukan sijil seperti sektor perhotelan, pembinaan, perawatan dan lain-lain lagi perlu isi bless untuk mendapatkan lesen.

Baiklah.

Kali ni aku nak ceritakan bagaimana cara nak isi bless online untuk Penolong Pegawai Perubatan bagi renew lesen perawatan.

Cara Renew Lesen Bless Online Untuk Penolong Pegawai Perubatan

renew lesen bless

Sebelum renew lesen bless, sebagai Penolong Pegawai Perubatan mestilah cukup point mycpd sebanyak 40 point. Jika tak cukup point ni korang tidakkan dapat nak renew lesen bless ni.

Mycpd dan lesen bless yang tertangguh lebih dari 2 tahun, korang kena naik Putrajaya dan korang akan dikenakan exam supaya lesen yang tertangguh sebelum ni diluluskan. Penolong Pegawai Perubatan yang tidak mempunyai lesen bless ini boleh dikenakan tindakkan.

Tatacara renew lesen bless ni pula, mycpd untuk 2018 akan digunapakai untuk memperbaharui lesen untuk tahun 2020 dan begitulah seterusnya. Maknanya, point myCPD dua tahun kebelakang digunakan untuk memohon lesen pada tahun ini.

Ok sekarang kita masuk pula pada tutorial cara nak perbaharui lesen bless online ni.

Langkah 1 Layari laman web bless https://www.bless.gov.my/bless/action/login?show

Kemudian akan ditunjukkan paparan seperti berikut.

Masukkan user id dan password untuk log masuk.

renew lesen bless

Langkah 2 Bila sudah log masuk, pergi ke menu Submission dan pada submenu klik pada Business Licence Selection. Sila rujuk pada gambar di bawah.

renew lesen bless

Sila isikan semua pada kotak kosong sama seperti gambar di atas.

Bila sudah siap isi, klik pada butang Search.

Langkah 3 Lepas klik butang search tadi, akan keluar seperti gambar di bawah.

renew lesen bless

Pilih renewal dan klik pada butang Add to Tray. Pastikan tanda tick dahulu pada lesen.

Langkah 4 Kemudian pergi ke menu Submission dan submenu My Tray. Klik pada icon pensel seperti gambar di bawah.

renew lesen bless

Langkah 5 Selepas itu akan keluar satu popout seperti gambar di bawah. Klik saja butang Proceed with Renewal.

renew lesen bless

Langkah 6 Pada bahagian ini, korang dikehendaki isi pada semua bahagian. Pastikan isi info yang betul. Pada bahagian perakuan iaitu bahagian akhir sekali, sila isikan jumlah myCPD korang berserta dengan laporan myCPD. Laporan myCPD korang hendaklah download di laman web myCPD.

renew lesen bless

Klik save.

Langkah 7 Korang pergi balik ke menu Submission dan submenu my Tray, pastikan form Status sudah complete dan klik butang Submit Application untuk menghantar permohonan lesen baru.

renew lesen bless

Untuk cek samaada lesen korang sudah lulus ataupun belum, boleh pergi ke menu Track & Monitoring >>> submenu Status Check.

renew lesen bless

Siap.

Itu saja cara nak renew lesen bless online ni. Tak susah pun. Cuma agak teknikal. Siapa yang tak biasa dengan komputer memamg agak payah. Siapa yang sudah biasa dengan komputer benda ni mudah saja.

Semoga berjaya!

Soalan Lazim Mengenai Lesen Bless Penolong Pegawai Perubatan

Jumlah point yang mana dikira untuk renew lesen Bless?

Jumlah point yang diambil kira adalah jumlah cumulative. Bukan jumlah actual.

Apa perlu buat jika tak renew lesen dalam tempoh 2 tahun?

Kena pergi ke Putrajaya untuk ambil exam. Jika exam lulus lesen yang sebelum ni dikira valid.

Apa kesan jika tak ada lesen bless?

Jika ada query apa-apa di mahkamah, lesen bless ni akan menjadi penyelamat kita. Sebagai contoh orang yang kita rawat kebetulan meninggal dunia dan ahli keluarga tidak puas hati buat tuntutan sehingga terbawa ke mahkamah. Jadi lesen ni akan membantu kita untuk “lepas” kan diri.

Bila masa kita perlu renew lesen Bless?

Pihak LPP akan membuka untuk renew lesen bless sehingga hujung bulan September sahaja setiap tahun. Jadi setiap tahun kita perlu renew lesen Bless sebelum habis bulan September. Jika terlewat, kita perlu bayar RM30 secara wang pos sebagai fee lewat.

Macam mana cara bayar fee lewat bless secara ePayment?

Buat masa sekarang, LPP belum lagi buka pembayaran secara epayment. Apa yang perlu korang buat adalah dengan buat bayaran secara wang pos.

p/s: Kepada korang yang kerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan, minta jasa baik korang semua untuk support channel YouTube saya dengan hanya subscribe.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

29 thoughts on “Cara Renew Lesen Bless Online Untuk Penolong Pegawai Perubatan”

Leave a Comment

Scroll to Top