Unlimited Internet Terbaik Di Malaysia

Unlimited Internet Terbaik Di Malaysia | Kalau korang jenis guna data internet tanpa had, mesti korang risau tentang data cepat habis kan? Nak langgan unifi, line unifi pula tak ada. Nak langgan streamyx, harganya pula melampau sehingga 4Mbps dengan RM130/sebulan. Belum termasuk cukai. Itupun jika betul 4Mbps. Kebiasaan kalau langgan 4Mbps hanya dapat kurang daripada tu.

Tu belum cerita lagi tentang kelajuan upload. Kebiasaan kelajuan upload ni separuh daripada kelajuan download.

Haaa…

Pening kepala tak fikir?

Ya! Memang pening kepala. Aku pada mulanya pun pening kepala nak fikir telco yang mana satu terbaik untuk aku langgan nak jadikan sebagai internet tanpa had ni.

Unlimited Internet Terbaik Di Malaysia

Akhirnya ada sorang kawan aku rekemenkan telco digi dengan kouta dan data wifi unlimited.

Apa lagi. Aku terus buat research.

internet terbaik
Pakej Digi Infinite

Pada mulanya aku tak percaya sebab setiap kali kata unlimited internet data mesti ada agenda tersembunyi. Sebagai contoh Umobile menjanjikan unlimited data tetapi jika buat wifi ada koutanya pula.

Sebenarnya Umobile ni pun bagus jika korang hanya gunakan untuk di telefon saja. Kalau korang nak buat wifi dengan Umobile tu yang jadi tak best sebab nanti dia akan ada kouta untuk wifi.

Untuk kepastian, aku sendiri pergi ke Digi Store dan tanya kepada staff Digi. Ya, aku boleh sahkan setelah soal siasat staff Digi bahawa pakej Digi Infinite RM150/sebulan ni korang boleh gunakan secara unlimited samaada di telefon mahupun buat sebagai wifi.

Kelajuannya adalah unlimited speed. Katanyalah. Maksudnya, ia bergantung kepada kawasan korang. Jika kawasan korang boleh capai speed 30Mbps maka 30Mbps la kelajuan yang korang akan dapat.

Tak fikir panjang, akhirnya aku terus langgan pakej Digi Infinite ni.

internet terbaik
Digi Infinite yang aku baru subscribe

Keputusan?

Ok.

Oleh kerana aku baru beli pakej Digi ni, nanti aku update keputusannya di lain artikel setelah aku mencubanya.

Tunggu aku di lain artikel. nanti aku updatenya.

Review pakej Digi Infinite RM150/sebulan

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top