Kenapa Aku Buat Video di YouTube?

Kenapa Aku Buat Video di YouTube? | Hi geng. Apa khabar korang semua? Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Kalau masih ada urusan penting yang belum selesai, sila selesaikan dulu supaya hati kita jadi tenang. Yang penting solat lima waktu bagi islam tu jangan lupa.

Haha…

Baiklah. Pada artikel kali ni aku saja nak kongsikan kepada korang kenapa aku buat video dan post di YouTube sebenarnya? Kalau korang berminat nak tahu teruskan pembacaaan.

Seperti yang telah sedia maklum sebelum ni, aku pernah plan nak ada content di YouTube ni sejak tahun 2016 lagi. Tapi pada masa tu aku sibuk study dan ada la beberapa alasan yang lain juga. Maka, tertangguhlah aku nak buat content di YouTube ni. Sehinggalah pada tahun 2019 barulah aku dapat hasilkan video dan buat post yang pertama kat YouTube ni.

buat video

Kenapa Aku Buat Video di YouTube?

Sesiapa yang belum singgah lagi ke Channel YouTube aku, boleh singgah dulu di Channel “Blog Faiz“. Dalam channel aku ni aku banyak buat perkongsian tentang tips, tutorial, travel, makanan, review dan banyak lagi.

Aku tak fokus kepada satu niche saja sebab aku tak mahu aku kehilangan idea untuk post di YouTube. Kalau boleh setiap masa aku nak ada idea untuk post di YouTube. Channel aku ni nak katakan vlog pun tak juga. Tapi dalam bahasa mudah aku sharing semua apa yang aku tahu dan apa yang boleh disharing.

Ok sebelum tu, aku nak ucapkan selamat datang kepada korang yang baru pertama kali singgah ke Channel aku tu. Semoga korang yang sentiasa support channel ni, aku doakan semoga korang sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminnn…

Berbalik kepada tajuk asal.

Tujuan utama aku hasilkan video di YouTube ni adalah untuk aku kembangkan bakat aku dan sekaligus dapat menjana income di sini. Sebenarnya masih ada lagi beberapa platform boleh jana income dengan buat video ni. Tapi setakat ni aku lihat YouTube adalah tempat yang terbaik untuk aku berkongsikan semua ni.

Ya. Semua orang ada bakat. Korang ada bakat. Aku pun ada bakat. So, why not kalau aku tunjukkan bakat aku ni di YouTube. Dan apa yang aku perasan, sejak aku bercakap seorang diri depan kamera, level confident aku untuk bercakap dan berdepan dengan masyarakat lebih confident.

Kalau dulu kat kolej, aku rasa public speaking aku paling teruk. Serius aku ni malu nak cakap depan orang ramai ditambahnya ada slang Kelantan aku. Takkan aku nak cakap Kelantan time public speaking.

Selain tu juga, dengan video-video yang bermanfaat aku post di YouTube ni, aku harap ianya menjadi saham aku di akhirat nanti. Aku tak pasti korang nilai video yang aku post tu bermanfaat atau tidak. Tapi niat aku setiap video yang aku post tu ada nilainya.

Oppsss…Aku takut nanti ada orang kecam kata nak saham akhirat apanya. Video tak ada kaitan langsung dengan agama.

Ok, untuk pengetahuan korang, benda yang baik bukan cakap pasal agama saja. Kalau korang lihat video aku dan korang dapat sedikit saja idea di mana dengan sedikit idea tu menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk korang, so di situlah saham yang aku akan dapat.

Tak dinafikan juga, ada juga video yang aku post video ntah apa-apa. Contohnya macam video lawak-lawak. Tu biasa la. Takkan aku nak post video yang serius memanjang dalam channel aku tu. Tak best pula nanti.

Akhir sekali, setiap video yang aku post pada hari ni akan menjadi nilai sentimental bila aku dah tua nanti (kalau panjang umur). So, aku akan simpan memori dan kenangan aku tu melalui video yang aku upload di YouTube.

Ok geng. Akhir kata, support me dan jangan lupa subscribe channel “Blog Faiz“. 🙂

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top