Jom Belajar Asas Kamera

Apa perkara asas yang patut kita belajar dalam sesebuah kamera? Sebenarnya aku pun dalam peringkat awal untuk belajar pasal kamera ni. Selama ni aku tak pernah pun terfikir nak belajar tentang kamera dan ambil gambar dengan betul sebab aku tak minat pun.

Haha.

Tapi sejak zaman dah berubah ni, semua benda kenangan kita disimpan dalam media sosial menyebabkan aku rasa teringin dan belajar tentang kamera dengan betul.

Lagipun sesiapa yang pandai ambil gambar dengan baik boleh jadi sebagai kerjaya tetap sebenarnya dan dah ada pun jutawan sebagai photographer.

Ada juga yang ambil gambar semata-mata untuk jual di laman web stockphoto seperti di ShutterStock, iStockPhoto, DreamsTime, 123RF dan banyak lagi sebenarnya.

Jadi, jom sama-sama kita belajar pasal kamera ni.

Tak rugi pun.

Jap.

Sebelum tu sesiapa nak tingkatkan ilmu pasal kamera ni, boleh cuba lihat Panduan Bisnes Fotografi. Dalam tu ada banyak idea untuk korang jadikan fotografi ni sebagai bisnes utama.

belajar asas kamera

Dalam tutorial ni aku akan post beberapa contoh gambar, istilah kamera dan juga cara nak setting kamera dengan betul.

Perkara Asas Dalam Sesebuah Kamera Yang Kita Perlu Tahu

Kamera ni tak susah pun nak belajar. Tapi mentaliti kita bila tengok je banyak butang pada kamera, jadi susah nak belajar.

Benda ni aku tak nafikan. Aku sendiri pun fikir macam tu juga dulu. Padahal bila kita dah belajar, 100 butang yang ada pada kamera tu sebenarnya 10 butang saja. Lebih kurang macam tu lah.

Ok.

Jom kita mulakan.

Pelajaran #1: ISO, Shutter dan Aperture

Dalam pengambilan gambar atau video, antara benda asas yang wajib korang tahu adalah tiga benda ni iaiatu ISO, Shutter dan Aperture.

Gambar di bawah ni ada menunjukkan apa itu ISO, Shutter dan Aperture serta bagaimana ianya berfungsi.

belajar asas kamera

Pelajaran #2: Istilah Asas Pada Mode Kamera

Sebenarnya lain kamera, lain modenya pada butang option yang terdapat pada kamera.

Tapi, secara asasnya, inilah kebiasaan mode yang ditunjukkan.

Korang tak perlu risau sebab hampir semua kamera akan beritahu secara ringkas pada skrin apa fungsi setiap mode tersebut.

Sebagai contoh, anda tukar kepada mode auto. Kebiasaan pada skrin kamera anda akan tulis mode auto ni untuk apa sebenarnya.

Seperti di bawah, mode auto ni untuk “If all false fails, let your camera do the hard work for you by using automatic mode“.

belajar asas kamera

Pelajaran #3: Aperture Di Bawah Lampu

Gambar di bawah ni menunjukkan fungsi Aperture jika korang ambil di bawah cahaya lampu.

Bermula dari f/22, cahaya lampu akan nampak lebih tersebar manakala f/2.8 cahaya lampu akan nampak lebih mengecut.

belajar asas kamera

Pelajaran #4: Air terjun kelihatan lebih halus

belajar asas kamera

Untuk dapatkan gambar seperti di atas, korang perlu settings:

Aperture f16
Shutter 1/4
ISO 100 since ni shoot outdoor
Manual button

Sampai sini saja dulu. Akan disambung lagi…

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top