013-9346624 (Whatsapp Only)
Cara Tukar Password Maybank2u

Cara Tukar Password Maybank2u

Macam mana cara tukar password Maybank2u? Mungkin korang ada sebab tersendiri kenapa nak tukar kata laluan untuk akaun Maybank korang kan?

Mengikut saranan daripada pihak Maybank sendiri, kita patut tukar password sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan akaun bank kita sentiasa selamat dari anasir-anasir jahat yang cuba nak ambil duit kita.

Jadi dalam tutorial pada kali ni, saya nak tunjukkan cara macam mana nak tukar kata laluan untuk akaun Maybank2u kita ni.

Sebelum tu, mari kita lihat dulu ciri-ciri password yang selamat untuk digunakan dalam akaun Maybank2u.

Ciri-Ciri Password Untuk Maybank2u

Sebelum korang nak pilih password untuk Maybank2u, korang kena tahu password yang valid atau sah untuk digunakan dalam Maybank2u sebab nak pilih password untuk Maybank2u ni bukan main hentam je.

Ok ini ciri-ciri password yang korang boleh guna mengikut dari Maybank2u. Jika tak ikut salah satu ni, password korang tidak sah untuk digunakan.

  1. Panjang password mestilah sekurang-kurangnya 8 karakter dan tidak boleh lebih 12 karakter.
  2. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu huruf besar
  3. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu huruf kecil
  4. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor
  5. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu karater unik seperti » (#$%^&*()
  6. Tidak mempunyai 3 karater berturutan yang mudah seperti 123 atau abc
  7. Tidak mempunyai jarak
  8. Tidak boleh sama dengan Maybank2u user ID atau Security Phrase
  9. Tidak boleh sama dengan 7 password sebelum ini

Jadi, sebelum mulakan tu pastikan korang pilih password dulu supaya urusan korang lancar.

Contoh password mengikut arahan Maybank2u nak adalah : AhmadF#12

Itu salah salah satu contoh password yang boleh kita gunakan.

Cara Tukar Password Maybank2u

Dalam tutorial ni saya akan tunjukkan melalui dua platform iaitu melalui laman web rasmi Maybank2u dan juga melalui applikasi Maybank2u.

Jadi korang boleh pilih mana satu platform yang korang dah biasa guna.

#1. Cara Tukar Password Maybank2u Melalui Desktop/Laptop

Langkah 1 Pergi ke website Maybank2u.com.my dan login ke dalam akaun.

Langkah 2 Pergi bahagian Setting (terletak di atas kanan)

cara tukar password maybank2u

Langkah 3 Kemudian pergi ke tab Security » Change Password

cara tukar password maybank2u

Langkah 4 Jadi, di sinilah tempat untuk korang tukar password yang baru tu. Lihat penerangan di bawah.

Nombor 1 perlu masukkan password semasa manakala nombor 2 dan 3 korang perlu masukkan password baru yang ingin tukar

Langkah 5 Lepas dah siap semua, scroll down ke bawah sikit dan klik pada butang Save Changes.

Siap.

Sekarang akaun Maybank2u korang dah boleh guna dengan password yang baru.

#2. Cara Tukar Password Maybank2u Melalui Applikasi M2U

Sekarang, jom kita tengok cara nak tukar password Maybank2u ni melalui applikasi M2U

Langkah 1 Buka applikasi Maybank2u di smartphone dan login ke dalam akaun M2U

Langkah 2 Lepas dah login, klik pada tiga garisan berkembar di sebelah kiri atas.

Langkah 3 Kemudian, klik pada menu ME.

Langkah 4 Klik pada Login Details.

Langkah 5 Klik pada Change Password.

Langkah 6 Jadi, di sinilah tempat untuk korang tukar password baru Maybank2u.

Pada nombor 1, korang masukkan password yang lama.

Pada nombor 2 dan 3 pula masukkan password yang baru nak ditukar tu. Pastikan kedua-duanya sama.

Lepas dah siap tukar, klik saja pada butang proceed.

Siap!

Mudah je kan?

Tak susah pun nak tukar password untuk Maybank2u ni.

Jika korang kurang jelas dengan tutorial secara bertulis, korang juga boleh rujuk dalam video di bawah macam mana nak tukar password untuk Maybank2u.

Cara Tukar Limit Maybank2u Untuk Transfer

Cara Tukar Limit Maybank2u Untuk Transfer

Macam mana cara tukar limit Maybank2u untuk tujuan transfer? Mesti korang pernah ada masalah ni kan? Bila nak transfer duit, tapi pihak Maybank reject pembayaran korang tu. Lepas tu mulalah rasa pelik kenapa bank nak reject. Semak baki duit dalam akaun bank masih banyak lagi.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah bank yang reject pembayaran kita ni?

Jika korang tak ada apa-apa masalah apa-apa dengan pihak bank, kemungkinan masalah korang adalah tidak setting dengan betul had limit pembayaran yang dibenarkan oleh pihak bank.

Untuk pengetahuan korang, hampir semua bank yang ada di Malaysia ni ada had limit pembayaran.

Tujuan mereka buat ni adalah untuk keselamatan kita juga.

Kot ada info kita bocor dan orang boleh ambil duit kita dari bank, sekurang-kurangnya ada limit mereka boleh ambil untuk pertama kali. Jika tak ada fungsi had limit pembayaran ni, kemungkinan orang jahat akan ambil semua duit yang ada dalam akaun bank kita tu dalam masa sehari sahaja.

Jadi, dalam tutorial ni saya akan tunjukkan cara macam mana nak naikkan atau turunkan had limit pembayaran dalam akaun Maybank2u.

Cara Tukar Limit Maybank2u

cara tukar limit maybank2u

Pertama sekali, korang perlu tahu untuk setting benda ni kita tak boleh buat melalui applikasi Maybank2u di smartfon kita tu. Kita mesti buat benda ni melalui laptop ataupun desktop sahaja. Jika korang nak buat di smartfon, pastikan korang buat melalui laman rasmi Maybank2u. Bukannya melalui applikasi.

Jom kita mulakan.

Langkah 1 Login ke dalam akaun Maybank2u korang.

Langkah 2 Kemudian pergi settings. Terletak paling atas sebelah kanan.

Langkah 3 Kemudian pergi ke Pay & Transfer » Transfer Limit.

Langkah 4 Jika korang lihat di sini ada pelbagai limit yang kita boleh setting. Jadi, korang boleh la setting had limit di sini mengikut keperluan korang.

Biasanya, bank sekat pembayaran kita sebab kita limit pada 3rd Party Transfer.

Contoh gambar di atas ni, limit yang saya tetapkan adalah sehingga RM4000 sahaja. Jadi, jika saya transfer lebih dari RM4000, pihak bank akan sekat pembayaran saya.

Untuk naikkan atau turunkan had limit di sini, klik pada icon pensel atas tu kemudian ubah berapa jumlah yang korang nak tetapkan had limit tersebut.

Langkah 5 Lepas dah siap tetapkan had limit, korang scroll ke bawah sikit ada perkataan "Save Changes". Klik pada Save Changes.

Nanti pihak bank akan minta nombor TAC yang akan dihantar melalui nombor telefon yang telah kita mendaftar sebelum ni dengan Maybank.

Masukkan nombor TAC yang dihantar kemudian setting had limit transfer korang sudah pun berjaya ditukar sepenuhnya.

Lepas ni tak ada masalah lagi had limit pembayaran.

Penutup

Jadi itu saja macam mana cara tukar limit Maybank2u. Nampak je benda ni remeh tapi kalau korang yang jenis buat transfer dalam jumlah yang banyak setiap hari, korang mesti kena tahu benda ni. Jika tak, masalah bank reject pembayaran akan timbul.

Soalan Lazim

Macam mana nak setting had limit pembayaran melalui applikasi Maybank2u?

Untuk pengetahuan korang, setting had limit pembayaran tak boleh dibuat melalui applikasi Maybank2u. Korang kena buat benda ni melalui laman web rasmi Maybank2u.

Berapakah jumlah maksimum had limit pembayaran yang dibenarkan Maybank2u?

Had limit transfer atau pembayaran yang dibenarkan adalah sebanyak RM100,000 sahaja. Jika jumlah lebih besar dari tu, korang perlu pergi ke kaunter untuk buat urusan.

Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula

Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula

Korang tahu tak kalau kita tersalah transfer duit pada akaun orang lain, kita boleh dapatkannya semula dengan cara yang betul. Macam mana cara yang betul tu?

Jangan panik.

Stay calm and rileks.

Dalam artikel ni saya akan beritahu korang macam mana cara nak dapatkannya semula dengan cara yang betul tu supaya proses mengembalikan wang kita dapat berjalan dengan lancar.

Pada masa kini untuk melakukan apa-apa saja transaksi atau perpindahan wang sangat mudah dengan adanya online banking, kad debit, payment gateway dan sebagainya.

Dalam banyak-banyak perpindahan wang ni, mesti ada seorang dua yang tersilap.

Setuju tak?

Mungkin korang pun pernah alami situasi salah pindah wang pada akaun orang lain.

Jadi mesti ada caranya untuk dapatkkanya semula.

Ok sebelum tu saya nak beritahu sikit.

Sebenarnya, jika korang terkena scam, korang boleh ikut dengan cara ni. Cuma kita kena plot twist sikit dengan harapan duit kita yang kena scam tu dapat dikembalikan semula.

Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula

Di bawah ni saya tunjukkan beberapa step atau langkah yang perlu kita bertindak jika kita perasan duit yang kita transfer tu tersalah nombor akaun.

Langkah #1: Lapor Polis

Langkah pertama yang perlu korang buat adalah dengan membuat laporan polis dengan kadar segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Macam mana nak lapor pada polis dalam report?

Dalam laporan tersebut, korang perlu cerita detail mengenai nombor akaun bank yang tersilap bank in, jumlah wang yang tersalah pindah, tarikh, masa serta kaedah transaksi dibuat.

Kalau ada resit lagi cun. Tunjukkan resit tersebut.

Langkah #2: Pergi Bank

Langkah kedua pula, korang perlu pergi ke bank yang korang gunakan untuk buat transaksi. Sebagai contoh korang guna bank CIMB untuk transfer pada akaun Maybank. Korang perlu pergi ke bank CIMB.

Bawa laporan polis tersebut dan laporkan pula pada staff yang bertugas. Cerita sikit situasi macam mana boleh tersalah transfer dan minta bantuan mereka untuk dapatkan semula wang tersebut.

Langkah #3: Pihak Bank Bertindak

Selepas kita beritahu pada staff yang bertugas masalah kita, mereka akan menghubungi pemilik akuan tersebut supaya kembalikan semula wang yang korang tersalah bank in tersebut.

Korang perlu tahu pihak bank tidak boleh sesuka hati kembalikan wang korang melainkan pemilik akaun tersebut yang akan memulangkannya semula. Buat masa sekarang, samaada pemilik akaun tersebut nak kembalikan semula wang korang atau tak, itu hak mereka.

Jika pemilik akaun tersebut bersetuju untuk kembalikan semula wang tersebut, mereka akan pergi ke bank untuk isi satu borang bagi proses mengembalikan semula wang korang.

Itu saja langkah yang perlu korang ambil kira jika tersalah transfer duit pada akaun yang salah.

Macam Mana Jika Pemilik Akaun Enggan Bekerjasama?

Benda ni akan jadi lebih rumit jika pemilik akaun tidak mahu bekerjasama untuk kembalikan semula wang korang.

Jadi di sini, nak tak nak, korang kena bawa perkara ni ke mahkamah untuk dapatkan keadilan.

Jika wang tersebut tidak melebihi sebanyak RM5000, korang boleh isi borang tuntutan Small Claim Procedure di mahkamah majistret tanpa perlukan peguam manakala jika wang tersebut melebihi RM5000, korang terpaksa gunakan khidmat peguam untuk dapatkan semula wang korang.

Benda ni saya dah bincang pada topik yang lepas iaitu macam mana nak buat mahkamah tuntutan kecil.

Penutup

Saya harap dengan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah ini jika ianya benar-benar berlaku.

Tak dinafikan kes ni dah banyak berlaku jadi apa salahnya jika kita belajar perkara ni sikit supaya kita tahu apa tindakkan yang perlu kita buat.

Pin It on Pinterest