Macam mana pula cara linkkan kad debit dengan PayPal? Dalam artikel sebelum ni kita dah belajar apa itu Paypal dan juga cara nak daftar akaun Paypal dengan lengkap. Saya harap korang tak ada masalah dengan tutorial tersebut.
Dalam artikel ataupun tutorial kali ni pula, saya akan tunjukkan cara macam mana nak linkkan kad debit ataupun kad kredit dalam akaun Paypal kita sebab sebelum kita buat bayaran dengan menggunakan Paypal, kita perlu linkkan salah satu kad tersebut.
Cara Linkkan Kad Debit Dengan PayPal
Dalam tutorial ni saya tidak sarankan untuk korang guna applikasi Paypal sebab sizenya yang kecil boleh buatkan korang banyak benda tersilap.
Namun, dalam tutorial ni saya akan tunjukkan melalui applikasi dan juga website Paypal.
#1. Cara Linkkan Kad Debit Menggunakan Web PayPal
Langkah 1 Pertama sekali korang pergi ke laman website Paypal. Seterusnya, login ke dalam akaun Paypal. Jika belum daftar, nanti boleh tengok tutorial macam mana nak daftar akaun Paypal.
Langkah 2 Lepas dah login ke dalam PayPal, pergi ke Wallet ยป Link a Card or Bank.
Jika korang tengok di sini, kita boleh buat dua benda iaitu linkkan kad dan juga akaun bank.
Nanti tutorial tambahan saya akan tunjukkan juga cara macam mana nak linkkan dengan akaun bank.
Langkah 3 Kemudian, pilih "Link a credit card" sebab sekarang ni saya fokuskan dulu untuk linkkan dengan kad kredit ataupun kad debit.
Langkah 4 Seterusnya, kita perlu isi semua info di bawah seperti nombor lredit kad sebanyak 16 digit tu, jenis kad samaada visa, mastercard atau lain-lain, tarikh luput kad, tiga digit security kod yang ada dibelakang kad dan alamat rumah kita.
Lepas dah siap isi semua, klik saja pada link card.
Siap!
Sekarang ni akaun Paypal kita sudah pun berjaya di linkkan dengan kad.
Kelebihannya seperti saya beritahu tadi, kita tak perlu nak ada duit dalam akaun Paypal pun untuk buat pembayaran. Nanti Paypal akan tolak terus dari kad bank yang telah kita likkan sebentar tadi.
#2. Cara Linkkan Kad Debit Menggunakan Applikasi PayPal
Sebelum mulakan saya dah anggap korang dah download applikasi PayPal di App Store dan juga Google Play.
Jika dah install di smartfon masing-masing, jom kita mulakan.
Tips: Jika gambar dibawah ditunjukkan kecil, klik pada gambar untuk besarkan gambar.
Langkah 1 Buka applikasi Paypal di smartfon dan login.
Kemudian klik pada icon gear di sebelah atas kanan.
Langkah 2 Klik pada Banks and Cards.
Langkah 3 Kemudian klik pula pada Link a Card or Bank Account.
Langkah 4 Seterusnya di sini korang akan diberikan pilihan untuk pilih samaada nak link Bank akaun atau Kad kredit/debit.
Disebabkan saya fokus pada link kad, kita klik pada Debit or credit card.
Langkah 5 Masukkan nombor kad 16 digit dan info-info kad yang lain sehingga siap!
Itu saja
Bonus: Cara Link Akaun Bank Dalam PayPal
Untuk linkkan akaun bank dalam Paypal sama je jalan nak linkkan dengan kad tadi.
Perasan ke tak masa kita nak buat pilihan tadi, kita diberikan pilihan samaada kita nak linkkan kad debit/kredit atau akaun bank kita.
Kalau kita nak linkkan akaun bank kita, klik je pada Bank account.
Nanti benda ni korang perlu isikan nanti iaitu Nama bank, MEPS bank routing code dan juga nombor akaun bank kita.
Lepas dah siap isi semua, kita klik pada butang Link Your Bank.
Siap!
Itu saja.
Penutup
Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan secara lebih detail macam mana nak linkkan kad kredit/debit ataupun akaun bank dalam akaun Paypal kita.
Tujuannya adalah, jika kita link kad kredit ataupun kad debit, kita boleh terus guna Paypal kita untuk buat pembelian di luar negara. Syarat dalam kad kita tu ada duit. Tak perlu nak topup bagai.
Kemudian, kita linkkan akaun bank kita pula bertujuan untuk buat pengeluaran duit jika dalam akaun Paypal kita ada duit.
Sekarang sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia tahu apa itu PayPal sebab kebanyakkan sekarang ni untuk buat transaksi secara online, PayPal adalah pilihan utama bagi sesebuah syarikat sebagai medium pembayaran dalam website mereka.
Jadi kalau korang masih belum ada akaun PayPal dan tak tahu langsung apa itu PayPal memang rugi lah.
Apa itu PayPal?
Di sini saya nak terangkan secara ringkas pada korang apa itu Paypal sebenarnya.
Paypal adalah satu servis yang mana menyediakan kemudahan menerima atau menghantar wang dengan cara paling pantas hanya secara online saja ke seluruh dunia. Asalkan ada talian internet, urusan hantar atau terima wang boleh dilakukan di mana-mana saja.
Bagi pandangan saya sendiri, Paypal ni ibarat bank online kita tapi kita boleh gunakan untuk ke seluruh dunia.
Sejarah PayPal
Paypal telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Confinity oleh dua orang pengasas terawal iaitu Max Levchin dan Peter Theil.
Kemudian, pada tahun 1999, barulah Paypal melancarkan perkhidmatan mereka sebagai medium menerima dan menghantar wang secara atas talian. Tapi ia mula dirasmi dibuka oleh orang ramai pada tahun 2002.
Disebabkan Paypal ni popular pada masa tu untuk transfer duit secara online, pihak ebay iaitu sebuah web ecommerce yang terkenal pada masa tu telah membeli Paypal ni dengan nilai 1.5billion USD.
Jadi, Paypal sekarang adalah di bawah Syarikat Ebay sehinggalah pada tahun 2015, pihak Ebay telah pecahkan Paypal menjadi sebuah syarikat tunggal kerana ingin memperluaskan lagi Paypal di peringkat Global.
Kelebihan dan Kekurangan PayPal
Setiap kelebihan sesuatu, mesti ada keburukkan bukan?
Jadi di sini saya nak senaraikan apa kelebihan dan keburukkan Paypal yang perlu korang tahu sebagai pengetahun.
Kelebihan
Selamat untuk berjual beli.
Menawarkan refund/claim/dispute jika ada konflik antara buyer dan seller dalam tempoh 3 bulan.
Senang dan mudah digunakan dimana saja kita berada selagimana ada sambungan talian internet.
Disahkan oleh BNM Malaysia dan kebanyakkan negara iktiraf penggunaan PayPal untuk transaksi.
Mudah nak keluarkan duit dari Paypal dengan hanya sambungkan akaun bank tempatan dalam akaun Paypal.
Mudah nak kirim wang pada ahli keluarga yang jauh luar negeri.
Sesetengah website jualan memberikan diskaun jika membeli dengan Paypal. Ini sebab mereka dah bekerjasama dengan pihak Paypal.
Buka akaun Paypal kurang dari 5 minit.
Kekurangan
Yuran transaksi yang agak tinggi.
Jika melanggar mana-mana syarat pengunaan, korang akan mudah diban oleh Paypal.
Tidak semua negara terima cara pembayaran Paypal.
Had limit USD1000/sebulan bagi akaun yang tidak disahkan.
Keselamatan Paypal
Jika korang menggunakan khidmat Paypal untuk transaksi secara online jangan risau sebab Paypal adalah sebuah medium yang selamat.
Konsep di Paypal adalah Pay, Hold and Release.
Maksudnya di sini, jika korang buat transaksi guna Paypal, setiap bayaran kita akan dihold terlebih dahulu selama 21 hari dalam akaun seller sebelum seller tersebut dibenarkan buat keluar duit tu dari akaun PayPal miliknya.
Dalam tempoh 21 hari ni, kita ada peluang untuk buat dispute jika ada masalah pada barang ataupun servis yang telah kita order.
Jika dispute tersebut kita menang, kita akan dapat balik duit tanpa banyak soal.
Soalan Lazim PayPal
Selamat ke PayPal ni?
Ya. Paypal adalah kaedah pembayaran paling selamat yang pernah saya gunakan setakat ini. Sebab konsep pembayaran di Paypal adalah Pay, Hold and Release.
Apa nombor akaun PayPal?
Nombor akaun bagi paypal jika kita ingin hantar wang pada seseorang, kita hanya minta email yang mereka telah daftar dengan PayPal. Sebagai contoh Ali daftar Paypal dengan menggunakan email ali@gmail.com, so nombor akaun bagi Paypal ali adalah ali@gmail.com
Macam mana nak hantar sebagai Family & Friends Dalam PayPal
Buat masa sekarang, fungsi hantar sebagai Family and Friends dalam Paypal di Malaysia telah dinyahaktifkan.
Berapakah Kadar Fee PayPal?
Kadar fee Paypal untuk Malaysia adalah 3.90%+RM2 (fixed fee). Jadi sebagai contoh harga barang adalah RM100. Jadi seller akan mendapat nilai bersih sebanyak RM94.1 sahaja.
Penutup
Dalam artikel ni saya dah beritahu apa itu Paypal dan cara gerak kerja supaya korang tahu bahawa Paypal ni adalah sebuah medium menerima pembayaran yang dipercayai.
Pada next tutorial, saya akan tunjukkan cara macam mana nak daftar akaun PayPal dengan lengkap.