Cara Guna PayPal – Panduan Lengkap PayPal Malaysia (Update)

Ramai ke tercari-cari cara guna Paypal untuk Malaysia ni? Jangan risau. Walaupun panduan ni diterangkan secara lengkap dan premium tapi semuanya saya akan buatkan percuma untuk korang cara nak gunakan Paypal ni dari A-Z.

Andaikata dalam panduan lengkap yang saya buat ni tak ada apa yang korang nak mengenai PayPal, boleh hubungi saya untuk request saya buatkan tutorial atau tinggalkan soalan di ruangan komen di bawah.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tutorial dan cara guna Paypal ni, di sini saya nak intro sikit pada korang supaya korang sedar kepentingan Paypal buat masa sekarang ni.

Apa Itu PayPal

Paypal adalah sebuah perkhidmatan untuk menghantar atau menerima duit secara pantas dari seluruh dunia.

Asalkan ada talian internet, kita boleh buat transaksi di mana-mana saja kita nak.

Sejarah Ringkas PayPal

Secara ringkasnya Paypal ni telah ditubuhkan pada tahun 1998 lagi tapi pada masa tu Paypal tak dibuka secara rasmi lagi oleh orang awam.

Pada tahun 2002 barulah Paypal ni dibuka oleh orang awam untuk buat transaksi yang selamat secara atas talian.

Kalau nak tahu sejarah lanjut tentang Paypal ni, boleh la baca artikel saya sebelum ni Apa itu Paypal.

Kelebihan dan Keburukkan PayPal

Setiap benda tidak perfect. Masing-masing ada kelebihan dan keburukkan tersendiri. Begitu juga dengan Paypal.

Jadi di sini saya senaraikan kelebihan dan keburukkan paypal.

#1. Kelebihan

  • Pembayaran boleh dilakukan secara pantas di mana saja.
  • Transfer duit kepada ahli keluarga atau kawan ke luar negara dengan mudah.
  • Paypal melindungi pembeli dari kena scam dalam tempoh dan syarat-syarat tertentu.
  • Pembayaran Paypal tidak perlu mendedahkan sebarang info bank termasuk nombor akaun. Hanya perlu berikan alamat email yang berdaftar dengan Paypal saja untuk proses transfer duit.

#2. Keburukkan

  • Paypal sering digunakan penjenayah scammer untuk memperdayakan mangsa.
  • Pemberian email palsu menyebabkan duit akan dimasukkan pada orang lain.
  • Yuran transaksi yang agak tinggi. Yuran saya akan jelaskan di bawah ni.
  • Seller terpaksa menunggu selama 21 hari sebelum duit dicairkan dalam Paypal. Tujuan tersebut untuk melindungi buyer dari ditipu.

Caj PayPal

Setiap negara mempunyai yuran yang berbeza-beza ditetapkan oleh pihak Paypal.

Berikut adalah caj Paypal untuk Malaysia sahaja.

  • Hantar pembayaran – Percuma(+ Currency conversion fee 3.5%-4%)
  • Beli kedai – Percuma (+ Currency conversion fee 3.5%-4%)
  • Terima pembayaran – Percuma (+ Currency conversion fee 2.5%)
  • Yuran Withdrawal – Percuma (400MYR or atau lebih), 3 MYR (kurang daripada 400 MYR) (+ Currency conversion fee 2.5%)
  • Tukar matawang dalam baki akaun Paypal – 2.5%

Cara Guna Paypal – Panduan Lengkap Paypal Malaysia

cara guna paypal

Di bawah ni saya sediakan panduan Paypal secara langkap untuk korang ikut.

Jika tiada tutorial Paypal yang korang nak tengok, boleh hubungi saya untuk tambah tutorial di sini secara percuma.

Nota: Dalam tutorial ni saya hanya tunjukkan tutorial melalui komputer atau laptop saja sebab ia banyak kelebihan berbanding jika menggunakan Smartphone. Jadi pastikan korang pun guna Komputer/Laptop sahaja.

Peringatan: Tutorial paypal yang saya tunjukkan ni adalah Paypal jenis personal akaun. Ia agak berbeza sedikit dengan Bisnes akaun. Jadi jika korang guna Paypal akaun bisnes, jangan pelik kalau ada bahagian yang tidak sama dalam tutorial ini.

#1. Cara Daftar PayPal

Berikut adalah cara untuk daftar akaun Paypal Malaysia.

  1. Pergi ke laman web Paypal.
  2. Klik pada butang sign up di atas kanan.
  3. Korang akan diberikan dua pilihan samaada nak buka akaun Personal atau akaun Bisnes. Kedua-dua sama fungsi cuma jika korang nak menjual sila pilih jenis akaun bisnes. Tapi dalam tutorial ni saya nak tunjukkan membuka akaun Paypal jenis personal akaun saja. So, korang klik pada akaun jenis Personal account.
  4. Kemudian pilih I’m an… (Both of the above)
  5. Masukkan nombor telefon yang betul, sah dan aktif sahaja dan klik next.
  6. Nanti akan sampai satu code melalui telefon yang kita daftar tadi untuk pengesahan nombor telefon.
  7. Kemudian masukkan masukkan info login lengkap seperti nama, email dan juga password.
  8. Akhir sekali klik pada butang Agree and Creat Account untuk lengkapkan proses pendaftaran.

Siap!

Sila tengok cara daftar Paypal untuk tutorial penuh atau boleh tengok video di bawah.

#2. Cara Login Paypal

Lepas dah siap daftar, kita login ke dalam akaun Paypal kita.

Macam mana nak login?

  1. Pergi ke laman web Paypal.
  2. Klik pada butang Login di bahagian atas kanan.
  3. Kemudian masukkan email dan juga password yang telah kita daftar dengan Paypal.
  4. Klik butang login untuk log masuk.

Siap!

#3. Cara Linkkan Kad Debit Dengan PayPal

Sebelum kita dibolehkan menggunakan Paypal, kita mesti linkkan terlebih dahulu Paypal dengan kad bank kita.

Selamat ke?

Selamat jawapannya…

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Klik menu Wallet.
  3. Di sini ada dua pilihan iaitu Link a bank dan juga Link a card. Klik pada Link a card.
  4. Kemudian masukkan info kad bank kita di sini dan klik pada butang Link Card.

Siap!

Sekarang ni kad bank kita dah pun berjaya di linkkan dengan akaun Paypal.

Korang tak perlukan pengesahan seperti dulu lagi.

Untuk tutorial lengkap, boleh tengok halaman cara linkkan kad debit dengan PayPal.

Jika nak tengok dalam bentuk tutorial boleh lihat video di bawah.

#4. Cara Linkkan Akaun Bank Dengan PayPal

Tujuan kita linkkan akaun bank dengan Paypal adalah untuk kita withdraw duit yang ada dalam akaun Paypal direct ke akaun bank yang kita linkkan dengan Paypal.

Jadi macam mana nak linkkkan akaun bank dengan Paypal?

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Klik menu Wallet.
  3. Kemudian Klik pada Link a card.
  4. Seterusnya masukkan info bank kita di sini seperti nama bank, MEPS bank routing code, Account number dan klik pada butang Link Your Bank.

Siap.

Nanti nak withdraw duit ke akaun bank senang.

Boleh tengok juga tutorial dalam bentuk video di bawah.

#5. Cara Bayar Guna PayPal

Masih ramai yang tidak tahu cara bayar guna Paypal.

Baik.

Mungkin korang ada dua situasi di mana korang nak beli barang kena bayar direct melalui akaun Paypal dan juga butang pay melalui paypal sudah ada di website tersebut.

Jadi saya akan pecahkan kepada dua bahagain.

Bahagian #1: Bayar direct melalui akaun Paypal

  1. Login ke dalam akaun Paypal
  2. Pada bahagian menu klik pada Send & Request » Send.
  3. Masukkan email yang kita nak transfer duit tersebut.
  4. Masukkan jumlah berapa nak hantar atau bayar.
  5. Review sekali lagi kepada siapa yang kita nak hantar dan juga berapa jumlah nak hantar. Jika dah ok semuanya klik je pada butang Send Paymets Now.

Bahagian #2: Bayar melalui butang Paypal

Sesetengah website sudah ada butang pembayaran untuk buat bayaran melalui Paypal. Jadi ikut langkah-langkah di bawah.

  1. Klik butang pembayaran melalui Paypal.
  2. Login ke dalam akaun Paypal.
  3. Klik butang Pay untuk membuat pembayaran.

Itu saja.

#6. Cara Edit Dan Tambah Email

Berikut adalah cara untuk edit atau tambah email.

Ya, dalam satu akaun Paypal kita boleh sebanyak 8 email.

  1. Login ke dalam akaun Paypal
  2. Pergi ke settings atau klik pada icon gear
  3. Kemudian tengok pada bahagian email, di sini korang boleh edit ataupun tambah email baru.

Untuk edit primary email sedia ada, korang kena tambah dulu sekurang-kurangnya satu email baru kemudian barulah boleh ubah email asal ataupun boleh delete.

#7. Cara Terima Duit Dari Orang Lain Melalui PayPal

Macam mana kita nak terima duit daripada orang lain?

Senang je cara kita nak seseorang transfer duit ke dalam akaun Paypal kita.

Kita hanya perlu berikan mereka email yang kita daftar dengan Paypal.

Email tersebut ibarat nombor akaun bank kita.

Selain tu juga, kita boleh request pembayaran daripada orang tersebut.

Ikut cara di bawah.

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Pada menu atas klik Send & Request.
  3. Kemudian pastikan klik pada tab request.
  4. Masukkan email Paypal orang yang bayar pada kita.
  5. Masukkan jumlah berapa.
  6. Kemudian klik pada butang Request a Payment.

Nanti orang tersebut akan terima request samaada di email atau di akaun Paypal mereka.

Meraka akan bayar secara direct melalui request tersebut.

Siap!

#8. Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke Akaun Bank

Duit yang ada dalam akaun Paypal boleh dikeluarkan sejak tahun 2009 lagi.

Jadi jika duit terkumpul dalam akaun Paypal tu cepat-cepat keluarkan sebab duit dalam akaun Paypal tidak boleh “berkembang”.

Ini cara keluarkan duit dari akaun Paypal ke akaun bank tempatan.

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Pada bahagian menu klik pada Wallet.
  3. Kemudian klik pada transfer funds.
  4. Di sini dia ada dua pilihan samaada kita nak Funds out (keluarkan duit ke akaun bank) atau Funds in (masukkan duit dalam akaun Paypal). Sebab kita nak keluarkan duit ke dalam akaun bank, kita klik pada Funds out.
  5. Kemudian pilih bank yang telah kita linkkan dalam akaun Paypal sebelum ni. Jika belum, sila lihat tutorial cara nak linkkan akaun bank dalam akaun Paypal.
  6. Kemudian klik pada butang Next.

Siap!

#9. Cara Ubah Password Akaun Paypal

Sentiasa ubah password akaun Paypal adalah satu rutin yang bagus untuk mengekalkan keselamatan akaun Paypal kita.

Jadi macam mana nak ubah password akaun Paypal?

Ikut cara di bawah.

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Klik tanda icon gear atau settings dan klik pada sub menu Security.
  3. Pada bahagian Password, klik pada link Update untuk ubah password yang terbaru.

#10. Cara Remove Kad Debit/Kredit Dalam Akaun PayPal

Macam mana nak buang kad debit atau kad kredit yang telah kita linkkan dengan akaun Paypal?

Senang saja.

Ikut tutorial di bawah.

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Lihat menu dan klik pada Wallet.
  3. Klik pada kad bank yang telah kita linkkan sebelum ni.
  4. Kemudian scroll di bawah korang akan lihat link Remove card. Klik pada link remove card untuk buang info kad dari Paypal.

Siap!

Pastikan tambah info kad yang lain jika ingin gunakan Paypal lagi.

#11. Cara Reset Password Akaun PayPal Jika Terlupa

Macam mana nak buat jika kita lupa password akaun Paypal kita?

Ikut cara di bawah ni.

  1. Pergi ke laman web Paypal.com.
  2. Klik pada butang Login.
  3. Klik pada link Forgot password.
  4. Masukkan email yang kita daftar dengan Paypal dan klik pada butang Next.

Siap.

Itu saja.

Nanti mereka hantarkan arahan dalam email cara nak reset semula password Paypal.

Ikut saja arahan tersebut sehingga berjaya reset password.

#12. Cara Buat Refund/Dispute

Dalam video di bawah ni saya buat refund dari akaun Paypal jenis bisnes.

Tapi konsep yang ditunjukkan sama saja dengan cara buat refund atau dispute dari akaun Paypal jenis Personal.

#13. Cara Ubah Nama Dalam Akaun Paypal

Menggunakan nama yang betul adalah diwajibkan dalam akaun Paypal untuk tidak mengundang masalah pada kemudian hari terutama semasa proses pengeluaran duit dari Paypal ke akaun bank tempatan.

Pilihan nama yang terbaik adalah ikut sama dalam IC.

Untuk yang melayu, mungkin semasa proses daftar korang letak nama ringkas seperti Syafiq Rahim, Hazim Hamdan sebagaianya.

Tapi menggunakan nama tersebut boleh merumitkan keadaan jika sesuatu masalah berlaku.

Untuk tukar ikut tutorial di bawah.

  1. Login ke dalam akaun Paypal.
  2. Pergi ke setting iaitu dengan cara klik pada icon gear di sebelah atas kanan.
  3. Pada bahagian nama, ia ada link Change name. Klik pada link Change name tersebut.
  4. Di sini dia ada bagi tiga pilihan cara untuk ubah nama.
  5. Pilih yang mana rasa sesuai dan ikut arahan sehingga selesai. Saya anggap korang Melayu. Kalau melayu pilih “Update your name” dan kita perlu upload gambar depan belakang IC sebab tukar nama akan dibuat secara manual oleh support Paypal demi keselamatan.

Siap!

#14. Cara Tambah Duit Dalam PayPal

Macam mana pula nak tambah duit dalam akaun Paypal?

Sebelum saya teruskan tutorial cara nak tambah duit dalam akaun Paypal, cuba tanya dulu kenapa korang nak tambah duit dalam akaun Paypal?

Sebenarnya tak perlu pun nak tambah duit dalam Paypal jika korang dah linkkan kad debit/kredit dalam akaun Paypal.

Jika korang nak buat pembelian atau pembayaran ia akan ditolak terus ke dalam akaun bank kad tadi.

Tapi, jika korang masih nak tambah duit dalam akaun Paypal atas sebab tertentu, boleh ikuti tutorial ini tapi tutorial ni hanya boleh digunakan orang yang ada akaun bank RHB.

  1. Pergi ke web RHB Bank dan login ke dalam akaun.
  2. Kemudian, lihat pada menu sebelah kiri dan klik Fund Transfer » Send Money via PayPal
  3. Klik Open Transfer.
  4. Seterusnya masukkan nama, nombor telefon dan email Paypal kita.
  5. Pilih matawang samaada USD atau MYR.
  6. Masukkan description untuk mudah kita rujuk dikemudian hari.
  7. Tandakan tick pada terma dan syarat tanda setuju.
  8. Akhir sekali tekan butang preview untuk tambahkan duit dalam akaun PayPal kita.

Siap!

Soalan Lazim Mengenai PayPal

Berikut adalah soalan lazim yang sering menjadi pertanyaan tentang Paypal.

Apa perbezaan antara akaun personal dan akaun bisnes?

Secara ringkas kedua-dua boleh terima duit dan buat pembayaran. Cuma akaun bisnes akan disediakan untuk create invois dan beberapa kemudahan lain untuk seller. Jadi tentukan sendiri masa daftar Paypal samaada nak menjual atau sebaliknya.

Apa nombor akaun Paypal?

Paypal tidak menggunakan nombor akaun seperti bank untuk terima duit. Dalam Paypal email yang kita daftar dengan Paypal tersebut dikira sebagai nombor akaun kita.

Jadi jika ada orang ingin transfer duit kepada kita, kita boleh bagi alamat email Paypal kita pada mereka.

Berapa jumlah minimum boleh transfer dari Paypal ke akaun bank?

Jumlah minimum adalah USD1 atau bersamaan dengan RM4.50 untuk keluarkan duit ke dalam akaun bank.

Macam mana cara nak batalkan transaksi di Paypal?

Di Paypal kita tak boleh nak batalkan transaksi begitu saja walaupun ada masalah.

Cara terbaik adalah dengan buat dispute ataupun claim refund.

Penutup

Jadi inilah cara guna Paypal yang saya buat secara lengkap.

Jika korang rasa masih ada tutorial yang saya tidak buat ada sebarang soalan, boleh hubungi saya.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

8 thoughts on “Cara Guna PayPal – Panduan Lengkap PayPal Malaysia (Update)”

Leave a Comment

Scroll to Top