Apa Itu PayPal

Sekarang sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia tahu apa itu PayPal sebab kebanyakkan sekarang ni untuk buat transaksi secara online, PayPal adalah pilihan utama bagi sesebuah syarikat sebagai medium pembayaran dalam website mereka.

Jadi kalau korang masih belum ada akaun PayPal dan tak tahu langsung apa itu PayPal memang rugi lah.

Apa itu PayPal?

apa itu paypal

Di sini saya nak terangkan secara ringkas pada korang apa itu Paypal sebenarnya.

Paypal adalah satu servis yang mana menyediakan kemudahan menerima atau menghantar wang dengan cara paling pantas hanya secara online saja ke seluruh dunia. Asalkan ada talian internet, urusan hantar atau terima wang boleh dilakukan di mana-mana saja.

Bagi pandangan saya sendiri, Paypal ni ibarat bank online kita tapi kita boleh gunakan untuk ke seluruh dunia.

Sejarah PayPal

Paypal telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Confinity oleh dua orang pengasas terawal iaitu Max Levchin dan Peter Theil.

Kemudian, pada tahun 1999, barulah Paypal melancarkan perkhidmatan mereka sebagai medium menerima dan menghantar wang secara atas talian. Tapi ia mula dirasmi dibuka oleh orang ramai pada tahun 2002.

Disebabkan Paypal ni popular pada masa tu untuk transfer duit secara online, pihak ebay iaitu sebuah web ecommerce yang terkenal pada masa tu telah membeli Paypal ni dengan nilai 1.5billion USD.

Jadi, Paypal sekarang adalah di bawah Syarikat Ebay sehinggalah pada tahun 2015, pihak Ebay telah pecahkan Paypal menjadi sebuah syarikat tunggal kerana ingin memperluaskan lagi Paypal di peringkat Global.

Kelebihan dan Kekurangan PayPal

Setiap kelebihan sesuatu, mesti ada keburukkan bukan?

Jadi di sini saya nak senaraikan apa kelebihan dan keburukkan Paypal yang perlu korang tahu sebagai pengetahun.

Kelebihan

  1. Selamat untuk berjual beli.
  2. Menawarkan refund/claim/dispute jika ada konflik antara buyer dan seller dalam tempoh 3 bulan.
  3. Senang dan mudah digunakan dimana saja kita berada selagimana ada sambungan talian internet.
  4. Disahkan oleh BNM Malaysia dan kebanyakkan negara iktiraf penggunaan PayPal untuk transaksi.
  5. Mudah nak keluarkan duit dari Paypal dengan hanya sambungkan akaun bank tempatan dalam akaun Paypal.
  6. Mudah nak kirim wang pada ahli keluarga yang jauh luar negeri.
  7. Sesetengah website jualan memberikan diskaun jika membeli dengan Paypal. Ini sebab mereka dah bekerjasama dengan pihak Paypal.
  8. Buka akaun Paypal kurang dari 5 minit.

Kekurangan

  1. Yuran transaksi yang agak tinggi.
  2. Jika melanggar mana-mana syarat pengunaan, korang akan mudah diban oleh Paypal.
  3. Tidak semua negara terima cara pembayaran Paypal.
  4. Had limit USD1000/sebulan bagi akaun yang tidak disahkan.

Keselamatan Paypal

Jika korang menggunakan khidmat Paypal untuk transaksi secara online jangan risau sebab Paypal adalah sebuah medium yang selamat.

Konsep di Paypal adalah Pay, Hold and Release.

Maksudnya di sini, jika korang buat transaksi guna Paypal, setiap bayaran kita akan dihold terlebih dahulu selama 21 hari dalam akaun seller sebelum seller tersebut dibenarkan buat keluar duit tu dari akaun PayPal miliknya.

Dalam tempoh 21 hari ni, kita ada peluang untuk buat dispute jika ada masalah pada barang ataupun servis yang telah kita order.

Jika dispute tersebut kita menang, kita akan dapat balik duit tanpa banyak soal.

Soalan Lazim PayPal

Selamat ke PayPal ni?

Ya. Paypal adalah kaedah pembayaran paling selamat yang pernah saya gunakan setakat ini. Sebab konsep pembayaran di Paypal adalah Pay, Hold and Release.

Apa nombor akaun PayPal?

Nombor akaun bagi paypal jika kita ingin hantar wang pada seseorang, kita hanya minta email yang mereka telah daftar dengan PayPal. Sebagai contoh Ali daftar Paypal dengan menggunakan email ali@gmail.com, so nombor akaun bagi Paypal ali adalah ali@gmail.com

Macam mana nak hantar sebagai Family & Friends Dalam PayPal

Buat masa sekarang, fungsi hantar sebagai Family and Friends dalam Paypal di Malaysia telah dinyahaktifkan.

Berapakah Kadar Fee PayPal?

Kadar fee Paypal untuk Malaysia adalah 3.90%+RM2 (fixed fee). Jadi sebagai contoh harga barang adalah RM100. Jadi seller akan mendapat nilai bersih sebanyak RM94.1 sahaja.

Penutup

Dalam artikel ni saya dah beritahu apa itu Paypal dan cara gerak kerja supaya korang tahu bahawa Paypal ni adalah sebuah medium menerima pembayaran yang dipercayai.

Pada next tutorial, saya akan tunjukkan cara macam mana nak daftar akaun PayPal dengan lengkap.

Untuk lain-lain tutorial Paypal, boleh rujuk panduan lengkap Paypal Malaysia.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top