Macam mana cara dapatkan balik duit dari scammer lepas kena scam? Dalam dunia yang semakin digital hari ini, kes penipuan dalam talian atau ‘scam’ semakin meningkat. Ramai pengguna internet di Malaysia menjadi mangsa scammer yang licik dan sukar dikesan. Oleh itu, penting untuk setiap individu mengetahui cara dapatkan balik duit dari scammer secara sah, cepat dan berkesan.
Dalam artikel ini kita akan membincangkan langkah demi langkah yang boleh diambil oleh mangsa penipuan kewangan, termasuk saluran undang-undang dan sokongan yang tersedia.
Nota: Idea yang saya berikan di sini adalah berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah kena scam kemudian berjaya dapatkan semula duit tersebut. Mungkin keputusan sesetengah orang berbeza.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
Penafian
Di sini saya ingin minta maaf awal-awal.
Jika korang ingin bertanyakan hal scammer ni, hanya tanya melalui ruangan komen blog ni saja atau video di YouTube yang pernah saya buat macam mana nak dapatkan semula wang dari scammer.
Ya boleh tanya apa-apa saja tentang scammer ni tapi hanya melalui ruangan komen yang telah disediakan saja.
Please jangan Whatsapps saya mengenai hal ni secara personal sebab tak sesuai untuk Whatsapp secara personal. Kita bincang benda ni secara terbuka.
Ok?
Lagipun bila kita bincang benda ni secara umum, orang lain akan dapat pengajaran sama dan mana tahu ada yang lebih arif tentang scammer ni boleh bantu korang dan bagi idea nak dapatkan semula wang tersebut.
Intro
Dulu seingat saya yang selalu kena scam ni golongan-golongan tua je, tapi sekarang ni golongan muda pun ramai kena scam online sedangkan mereka ni boleh dikatakan celik IT.
Jika kita lihat sekarang ni, sangat banyak kes-kes kena scam dekat online ni terutama di laman web jual beli tak rasmi seperti Instagram, Facebook, Mudah.my dan sebagainya.
Ya.
Korang kena tahu bahawa, walaupun Instagram dan Facebook adalah syarikat atau jenama besar, tapi korang jangan ingat jual beli kat sana selamat. Instagram dan Facebook memang dimiliki oleh syarikat yang dipercayai tapi masalahnya yang menjual barang atau servis kat sana bukanya pekerja Instagram atau Facebook. Itu semua pengguna sama macam korang.
Laman sosial seperti Instagram dan Facebook ni bukan direka khas untuk tempat aktiviti jual beli. Ia adalah satu platform untuk kita bersosial secara alam maya. Jual beli kat sana tu hanyalah sampingan saja.
Begitu juga dengan Mudah.my.
Mudah.my ni pun bukan laman web rasmi untuk tempat jual beli. Mudah.my ni adalah satu platform tempat pengiklanan di mana semua orang boleh iklan apa-apa saja barang di sana. Kalau korang tengok macam-macam barang yang ada di Mudah.my dan masalahnya bila nak berurusan jual beli, kita kena terus direct bank in dengan owner barang tersebut. Ini yang menjadi masalah dan punca kenapa banyak yang kena scam dekat Mudah.my.
Mari pula kita lihat laman web rasmi untuk jual beli online ni.
Kalau di Malaysia, laman web rasmi jual beli online yang popular adalah Shopee dan Lazada.
Baik.
Lazada dan Shopee adalah laman web rasmi jual beli online dan laman web mereka 100% selamat untuk proses jual beli online.
Kenapa saya cakap mereka ni selamat?
Di sini saya bagi contoh.
Katakan korang beli satu barang ni tapi bila sampai kat rumah barang ni rosak atau pecah. Dengan mudahnya korang boleh tukar balik barang tersebut melalui sistem yang telah disediakan.
Begitu juga dengan barang yang lambat sampai dari tempoh waktu yang ditetapkan, korang boleh request cancel dan dapatkan semula wang tersebut.
Sebabnya, bila korang bank in duit untuk beli barang, ia bukan direct kepada akaun bank seller. Korang akan bayar terlebih dahulu kepada Shoppe atau Lazada dan bila sistem web mereka kesan barang tersebut telah selamat diterima barulah duit tersebut dilepaskan kepada seller.
Disebabkan sistem ni tiada peluang untuk seller cuba scam korang melainkan korang tak tahu pun cara nak dapatkan balik semula wang tersebut.
Boleh tengok tutorial macam mana nak refund di Lazada dan juga macam mana nak refund di Shopee.
Jadi di sini saya merayu pada mereka diluar sana kalau nak beli online tu belilah di tempat yang memang khas untuk jual beli online.
Dan kepada yang buat pelaburan-pelaburan yang “bodoh” saya nasihatkan siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Jangan terus buat membuta tuli. Akhirnya jatuh terduduk bila syarikat lari.
Baiklah. Panjang pula mukadimah kali ni.
Tujuan saya tulis artikel kali ni adalah untuk beritahu korang macam mana nak dapatkan balik duit dari scammer yang korang penah kena tipu ni.
Benda ni saya tak jamin, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik untuk fight dapatkan semula hak kita tersebut.
InsyaAllah, jika itu rezeki korang, korang akan dapat balik.
Apa Maksud Scammer?
Masih ramai yang tidak tahu istilah scam ni apa so di sini saya terangkan secara ringkas.
Scammer ni asal perkataan dari scam. Bila seseorang yang melakukan kegiatan scam atau penipuan ni dipanggil sebagai scammer.
Scam ni biasanya berlaku bila melibatkan urusan jual beli di atas talian. Jarang scam berlaku jual beli secara Fizikal sebab bila urusan jual beli secara fizikal mereka akan mudah dikesan.
Tapi bila secara online, mereka boleh bersembunyi di merata-rata tempat dan agak susah nak dikesan lokasi mereka.
Selicik-licik mana pun scammer ni, nak dapatkan info scammer ni mudah je terutama scammer dari Malaysia.
Info mereka dengan mudah kita dapat secara detail melalui pihak bank.
Persoalan dia, akaun bank mana yang korang transksi tersebut?
Pergi ke bank tersebut, dan minta jasa baik pihak bank untuk memberikan info scammer tu. Tapi sebelum tu korang kena buat report polis dulu supaya senang nak berurusan nanti sebab pihak bank tidak sewenang-wenangnya berikan info walaupun akaun tersebut akaun scam.
Apa Itu Scam dan Bagaimana Ia Berlaku?
Scam atau penipuan adalah perbuatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat untuk menipu dan mengambil wang atau maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran. Antara bentuk scam yang biasa berlaku termasuk lah:
- Scam pelaburan: Menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan tinggi yang tidak wujud.
- Scam e-dagang: Menjual produk secara dalam talian yang tidak dihantar selepas pembayaran dibuat.
- Scam ‘love scam’: Memanipulasi emosi mangsa untuk meminta wang secara berperingkat.
- Scam panggilan telefon: Panggilan palsu mengaku sebagai pegawai polis, bank atau LHDN.
- Scam pekerjaan: Menawarkan pekerjaan palsu dengan bayaran tertentu sebagai ‘yuran permulaan’.
Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer

Kadang-kadang rasa nak marah pun ada sebab, naif sangat pembeli online kat Malaysia ni tentang scammer. Tak dapat nak beza kat mana selamat dan tak selamat semasa nak jual beli. Tak dapat beza benda tu tipu atau tak. Bila kena tipu mulalah Whatapps saya untuk minta nasihat sebab saya pernah kupaskan isu ni dalam channel YouTube blogfaiz dengan topik macam mana nak dapatkan semula wang yang kena scam.
Di sini saya ada tiga cara yang boleh kongsikan kepada korang macam mana nak dapatkan duit balik dari scammer jika kena scam.
Cara #1 Report Polis dan Pergi Bank

Untuk info anda, cara ni dah terbukti berkesan daripada pengalaman orang yang dah pernah kena tipu.
Ikut tutorial di bawah untuk buat cara ni.
Langkah 1 Pergi ke balai polis berhampiran untuk buat report polis. Masa buat report polis tu, korang beritahu macam ayat yang diberitahu dalam gambar di bawah.
SAYA TELAH MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN YANG SALAH. REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK.

Langkah 2 Lepas dah siap report, terus pergi ke bank untuk tuntut balik wang tersebut.
Dari apa yang saya baca dan dengar pengalaman orang lain, duit tu pihak bank akan bagi semula dengan cara tarik duit dari akaun scammer tu.
Pernah ada orang tanya saya.
Bank mana nak pergi kalau terlibat dua bank? Macam contoh korang bank Maybank dan scammer ni bank CIMB.
Pergi ke bank yang korang buat transaksi tu.
Sebagai contoh korang guna bank Maybank, pergi ke Maybank.
Pergi dulu dan cuba dapatkan nasihat dari pihak bank macam mana.
Jika itu memang rezeki korang, korang boleh dapat balik duit tersebut.
Selain tu juga, cuba beritahu pekerja bank untuk dapatkan info penuh untuk akaun tersebut seperti nama, alamat dan sebagainya. Beritahu untuk tujuan mahkamah sambil tunjukkan laporan polis.
Benda ni amat penting jika korang nak buat tuntutan tribunal nanti.
Cara #2 Tuntutan Tribunal
Untuk tuntutan tribunal ni adalah berjumlah kurang daripada RM25,000 sahaja (terbaru RM50,000). Dan cara ni berkesan jika kita tahu info scammer tu seperti alamat rumah, nombor telefon dan akaun bank.
Untuk buat tuntutan tribunal, sila ikut tutorial di bawah.
Langkah 1 Pergi ke laman web https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home dan buat pendaftaran akaun dulu.
Langkah 2 Lepas dah daftar sila login dan buka file tuntutan. File tuntutan ni korang akan dikenakan sebanyak RM5 sahaja.
Itu saja.
Jika nak lebih detail, boleh tengok panduan lengkap cara buat tuntutan tribunal.
Kemudian file yang korang isi tu pihak tribunal tuntutan akan menghantar kepada seller. Dalam tu nanti seller atau scammer ni akan diberitahu tarikh dan masa untuk perbicaraan di mahkamah.
Jika perbicaraan di mahkamah didapati seller/scammer salah dan buyer betul, pihak mahkamah akan menyuruh seller ni membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.
Apa terjadi jika seller/scammer tidak bayar dalam tempoh yang ditetapkan?
Pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap seller yang tidak mahu bayar balik duit.
Boleh tengok video bawah ni cara-cara buat tuntutan tribunal.
Cara #3 Mahkamah Tuntutan Kecil

Untuk mahkamah tuntutan kecil ni pula hanya untuk bernilai RM5000 ke bawah sahaja. Jadi, kalau korang kena scam bawah RM5000 boleh guna cara ni.
Cara ni digunakan untuk saman penjual yang telah melanggar kontrak. Bila sebut pasal kontrak mesti korang fikir kertas hitam putih kan?
Tak. Istilah kontrak ni boleh jadi dengan sangat mudah di mahkamah apabila ada perjanjian dua hala dan masing-masing bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan di bawah akal yang waras.
Sebagai contoh korang ada buat pembelian telefon dan dijanjikan oleh seller akan sampai dalam tempoh 7 hari. Tapi, dalam masa 21 hari telefon belum sampai. Ini dinamakan melanggar kontrak.
Untuk cara ni, prosedure sangat ringkas dan mudah. Kita tak perlukan peguam pun
Cara-cara nak buat tuntutan boleh rujuk tutorial bagaimana nak buat tuntutan mahkamah kecil.
Jadi, sebaik sahaja korang ikut prosedur untuk memulakan kes, ini adalah perkara paling penting yang korang kena tunjukkan kepada hakim:
- Pertama, korang kena buktikan adanya kontrak antara korang dan penjual. Korang boleh buktikan hal ini, dengan tunjukkan screenshot teks antara korang dan penjual, atau cetak pengesahan pesanan.
- Kedua, korang kena buktikan yang penjual tak hantar barang kepada korang. Sebagai contoh, korang tunjukkan screenshot teks korang yang tanya penjual mana barang korang, atau dengan kegagalan penjual untuk tunjukkan resit pos.
Saya harap langkah ni korang tahu bagaimana proses perjalanan untuk tuntutan tribunal pengguna ni.
Alternatif Lain Cara Dapatkan Balik Duit dari Scammer
1. Bertindak Segera – Jangan Tunggu
Langkah pertama dan paling penting ialah bertindak segera selepas menyedari anda telah ditipu. Setiap minit sangat berharga untuk menjejaki transaksi dan meminimumkan kerugian.
2. Kumpul Semua Bukti Transaksi
Simpan segala bukti berkaitan transaksi dan komunikasi seperti:
- Resit atau bukti pemindahan wang
- Nombor akaun scammer
- Mesej, e-mel, atau perbualan WhatsApp
- Tangkapan skrin laman web atau profil sosial scammer
Bukti ini sangat penting untuk laporan polis dan juga siasatan pihak bank.
3. Buat Laporan Polis
Pergi ke balai polis berhampiran dan buat laporan rasmi. Pastikan anda memberikan maklumat berikut:
- Masa dan tarikh kejadian
- Jumlah wang yang hilang
- Butiran scammer (jika ada)
- Salinan bukti transaksi
Laporan polis ini juga diperlukan jika anda ingin meneruskan siasatan bersama pihak bank atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
4. Lapor ke Bank Anda
Jika wang dipindahkan melalui akaun bank, segera hubungi pihak bank untuk:
- Maklumkan mengenai penipuan
- Mohon untuk ‘freeze’ akaun penerima (jika masih sempat)
- Tuntut permohonan siasatan dan kemungkinan pemulangan semula dana
Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan RHB mempunyai unit khas untuk menangani penipuan kewangan. Laporan awal yang lengkap akan mempercepatkan siasatan.
5. Semak dengan CCID Scam Response Center
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menyediakan CCID Scam Response Center untuk membantu orang awam mengesahkan nombor akaun scammer dan melaporkan kes.
- Nombor hotline: 03-2610 1559 / 03-2610 1599
- Waktu operasi: Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam
Anda juga boleh menyemak nombor akaun atau nombor telefon scammer di portal semakmule.rmp.gov.my
6. Buat Aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)
Jika anda tidak berpuas hati dengan tindakan bank, anda boleh membuat aduan kepada BNMTELELINK – satu saluran rasmi oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima aduan berkaitan perkhidmatan kewangan.
- Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
- Telefon: 1-300-88-5465
7. Laporkan kepada SKMM
Sekiranya scammer menggunakan platform seperti WhatsApp, laman web, atau media sosial, anda boleh laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Laporan ini membantu agar tindakan sekatan akaun atau tapisan laman web dapat diambil.
8. Gunakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Sekiranya anda membeli produk atau servis melalui platform e-dagang dan ditipu, anda boleh failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Had tuntutan adalah sehingga RM50,000.
Proses ini mudah dan tidak memerlukan peguam.
Bolehkah Duit Dikembalikan?
Kebarangkalian untuk dapatkan semula wang bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor | Penjelasan |
---|---|
Cepat bertindak | Semakin cepat anda buat laporan, semakin tinggi peluang wang masih belum dikeluarkan |
Jenis transaksi | Pemindahan sesama bank tempatan lebih mudah dijejaki berbanding transaksi kripto |
Kerjasama scammer | Jika scammer dapat dikesan dan ditahan, proses pengembalian duit lebih mudah |
Keputusan siasatan bank/polis | Duit hanya akan dipulangkan jika terbukti ia diperoleh secara penipuan |
Kata-Kata Semangat Untuk Mangsa Scammer
Pertama sekali, bila kita kena scam, jangan terlalu panik.
Ya saya tahu mesti korang akan panik sebab duit akan hilang macam tu je.
Tapi still ada cara dan usaha untuk korang dapatkan semula hak korang tu. Dah ada contoh di atas mereka yang buat report dan pergi bank untuk dapatkan semula wang tersebut. Mungkin rezeki dia, dia dapat semula wang tu.
Sebab apa jangan panik sebab bila panik otak kita takkan dapat berfikir dengan baik apa yang perlu dibuat.
Bila kena scam dalam jumlah tidak melebihi RM50,000 kita terpaksa menghadap tiga agensi yang saya beritahu di atas ni iaitu pihak polis, pihak bank dan juga pihak tuntutan tribunal. Masing-masing ada peranan sendiri dan korang cuba berusaha di atas apa idea yang telah saya sampaikan.
Dalam panduan di atas saya ada beritahu masa buat report polis untuk kita katakan tersalah masuk wang dalam akaun.
Untuk pengetahuan korang. Idea tersebut saya dapat dari salah seorang yang dah berjaya buat dengan cara tu.
Tapi saya sarankan untuk korang buat report yang sebetulnya jika korang nak buat tuntutan tribunal supaya perjalanan cerita tidak jadi berbelit.
Jika nak buat juga report seperti yang saya beritahu di atas, bincang dulu dengan pihak polis untuk kebenaran buat report tersebut.
Lepas kita dah buat semua usaha kita untuk dapatkan semula wang tersebut, kita berdoa dan tawakkal supaya segala urusan kita dipermudahkan dan peluang untuk dapatkan semula wang tersebut berjalan dengan lancar.
Kata-Kata Untuk Scammer
Kepada korang yang buat kerja scam ni, harap boleh berhenti dan bertaubat sebab dosa kita dengan manusia adalah paling susah untuk kita hapuskan melainkan orang tersebut memaafkan korang.
Sedap ke buat kerja tipu orang ni?
Korang tak letih ke?
Sampai bila nak buat kerja tipu orang ni?
Jika badan fizikal sihat dan kuat, cubalah cari rezeki yang halal. Sekalipun badan fizikal ada cacat pun masih ada banyak peluang pekerjaan untuk orang cacat.
Atas dunia korang boleh terlepas.
Akhirat nanti korang akan tahu nasib.
Kesimpulan
Penipuan dalam talian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk individu yang berpendidikan tinggi. Namun, dengan pengetahuan dan tindakan yang betul, masih ada peluang untuk dapatkan balik duit dari scammer. Kuncinya adalah bertindak cepat, simpan semua bukti, dan gunakan semua saluran yang sah.
Sebagai pengguna internet yang bijak, kita perlu lebih berwaspada dan menyedari betapa liciknya taktik scammer zaman moden ini. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya.
Dalam artikel ini, korang telah belajar macam mana cara nak dapatkan balik duit dari scammer. Nasihat saya, kalau nak buat apa-apa transaksi online tu, berhati-hatilah terutama dalam jumlah yang besar.
Sedih bila lihat pada hari ini masih ramai lagi yang kena tipu dan scammer pula bersuka ria atas kedukaan kita.
Kalau nak lihat dalam bentuk video, boleh lihat video di bawah ni.
Jika anda pernah menjadi mangsa, jangan malu untuk berkongsi pengalaman – ia mungkin dapat menyelamatkan orang lain daripada turut ditipu.
Soalan Lazim (FAQ) Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer
Adakah saya boleh dapatkan semula duit jika sudah ditipu scammer?
Ya, tetapi peluangnya bergantung kepada seberapa cepat anda bertindak. Jika wang masih belum dikeluarkan oleh scammer, pihak bank mungkin boleh membekukan akaun penerima. Oleh itu, penting untuk buat laporan segera kepada bank dan polis.
Berapa lama proses siasatan pihak bank atau polis akan mengambil masa?
Tempoh siasatan berbeza-beza, bergantung kepada kerumitan kes. Biasanya, pihak bank memerlukan antara 14 hingga 60 hari bekerja untuk menyelesaikan siasatan. Polis pula akan maklumkan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa.
Adakah nombor akaun scammer boleh digunakan semula untuk menipu orang lain?
Ya, nombor akaun yang tidak disekat atau belum dilaporkan boleh digunakan semula. Sebab itulah penting untuk semak dan lapor di semakmule.rmp.gov.my agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya.
Apa yang perlu saya buat jika saya ditipu melalui Shopee atau Lazada?
Jika anda ditipu melalui platform rasmi seperti Shopee atau Lazada, buat aduan terus melalui sistem khidmat pelanggan mereka. Kebanyakan platform ini menawarkan perlindungan pembeli, dan anda boleh menuntut semula wang sekiranya ada bukti kukuh.
Adakah scammer boleh ditangkap jika berada di luar negara?
Agak sukar, tetapi bukan mustahil. Pihak berkuasa Malaysia boleh bekerjasama dengan Interpol atau agensi keselamatan luar negara jika kes itu serius dan melibatkan banyak mangsa.
Perlukah saya melantik peguam untuk tuntut balik duit dari scammer?
Tidak semestinya. Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan saluran rasmi seperti bank, polis atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tanpa perlu melantik peguam. Namun jika jumlah wang besar atau kes rumit, bantuan guaman mungkin diperlukan.
Saya malu untuk laporkan kerana takut dituduh cuai. Perlu ke saya teruskan?
Ya, anda digalakkan membuat laporan. Undang-undang di Malaysia tidak menyalahkan mangsa, sebaliknya menumpukan kepada tangkapan penjenayah. Lagi awal anda lapor, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan semula wang dan mencegah orang lain menjadi mangsa.
Rujukan
- 6 Cara Dapatkan Duit Dari Scammer
- Jika anda telah memindah wang dan terasa tertipu, cepat hubungi di talian 997 segera
Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.
Nk tnya boleh,sya mcm ni sya join grup tele pastu sya berminat utk join pelaburan yg ditawarkan then sya depo rm300 utk modal …sya bankin lagi 2k utk share 30% dgn company…dia ckp nk kna bankin lagi utk diproses sya transfer 6k utk dpt last duit tpi dia hilang
aiyak….terlalu rumit ni kes mcm ni puan…lagipun ni scam pelaburan…puan cuba dapatkan nasihat bank mcm mana