013-9346624 (Whatsapp Only)

3 Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer Lepas Kena Scam

by FaizAlias | Tutorial & Umum

Macam mana cara dapatkan balik duit dari scammer lepas kena scam? Dalam dunia yang semakin digital hari ini, kes penipuan dalam talian atau ‘scam’ semakin meningkat. Ramai pengguna internet di Malaysia menjadi mangsa scammer yang licik dan sukar dikesan. Oleh itu, penting untuk setiap individu mengetahui cara dapatkan balik duit dari scammer secara sah, cepat dan berkesan.

Dalam artikel ini kita akan membincangkan langkah demi langkah yang boleh diambil oleh mangsa penipuan kewangan, termasuk saluran undang-undang dan sokongan yang tersedia.

Nota: Idea yang saya berikan di sini adalah berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah kena scam kemudian berjaya dapatkan semula duit tersebut. Mungkin keputusan sesetengah orang berbeza.

Penafian

Di sini saya ingin minta maaf awal-awal.

Jika korang ingin bertanyakan hal scammer ni, hanya tanya melalui ruangan komen blog ni saja atau video di YouTube yang pernah saya buat macam mana nak dapatkan semula wang dari scammer.

Ya boleh tanya apa-apa saja tentang scammer ni tapi hanya melalui ruangan komen yang telah disediakan saja.

Please jangan Whatsapps saya mengenai hal ni secara personal sebab tak sesuai untuk Whatsapp secara personal. Kita bincang benda ni secara terbuka.

Ok?

Lagipun bila kita bincang benda ni secara umum, orang lain akan dapat pengajaran sama dan mana tahu ada yang lebih arif tentang scammer ni boleh bantu korang dan bagi idea nak dapatkan semula wang tersebut.

Intro

Dulu seingat saya yang selalu kena scam ni golongan-golongan tua je, tapi sekarang ni golongan muda pun ramai kena scam online sedangkan mereka ni boleh dikatakan celik IT.

Jika kita lihat sekarang ni, sangat banyak kes-kes kena scam dekat online ni terutama di laman web jual beli tak rasmi seperti Instagram, Facebook, Mudah.my dan sebagainya.

Ya.

Korang kena tahu bahawa, walaupun Instagram dan Facebook adalah syarikat atau jenama besar, tapi korang jangan ingat jual beli kat sana selamat. Instagram dan Facebook memang dimiliki oleh syarikat yang dipercayai tapi masalahnya yang menjual barang atau servis kat sana bukanya pekerja Instagram atau Facebook. Itu semua pengguna sama macam korang.

Laman sosial seperti Instagram dan Facebook ni bukan direka khas untuk tempat aktiviti jual beli. Ia adalah satu platform untuk kita bersosial secara alam maya. Jual beli kat sana tu hanyalah sampingan saja.

Begitu juga dengan Mudah.my.

Mudah.my ni pun bukan laman web rasmi untuk tempat jual beli. Mudah.my ni adalah satu platform tempat pengiklanan di mana semua orang boleh iklan apa-apa saja barang di sana. Kalau korang tengok macam-macam barang yang ada di Mudah.my dan masalahnya bila nak berurusan jual beli, kita kena terus direct bank in dengan owner barang tersebut. Ini yang menjadi masalah dan punca kenapa banyak yang kena scam dekat Mudah.my.

Mari pula kita lihat laman web rasmi untuk jual beli online ni.

Kalau di Malaysia, laman web rasmi jual beli online yang popular adalah Shopee dan Lazada.

Baik.

Lazada dan Shopee adalah laman web rasmi jual beli online dan laman web mereka 100% selamat untuk proses jual beli online.

Kenapa saya cakap mereka ni selamat?

Di sini saya bagi contoh.

Katakan korang beli satu barang ni tapi bila sampai kat rumah barang ni rosak atau pecah. Dengan mudahnya korang boleh tukar balik barang tersebut melalui sistem yang telah disediakan.

Begitu juga dengan barang yang lambat sampai dari tempoh waktu yang ditetapkan, korang boleh request cancel dan dapatkan semula wang tersebut.

Sebabnya, bila korang bank in duit untuk beli barang, ia bukan direct kepada akaun bank seller. Korang akan bayar terlebih dahulu kepada Shoppe atau Lazada dan bila sistem web mereka kesan barang tersebut telah selamat diterima barulah duit tersebut dilepaskan kepada seller.

Disebabkan sistem ni tiada peluang untuk seller cuba scam korang melainkan korang tak tahu pun cara nak dapatkan balik semula wang tersebut.

Boleh tengok tutorial macam mana nak refund di Lazada dan juga macam mana nak refund di Shopee.

Jadi di sini saya merayu pada mereka diluar sana kalau nak beli online tu belilah di tempat yang memang khas untuk jual beli online.

Dan kepada yang buat pelaburan-pelaburan yang "bodoh" saya nasihatkan siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Jangan terus buat membuta tuli. Akhirnya jatuh terduduk bila syarikat lari.

Baiklah. Panjang pula mukadimah kali ni.

Tujuan saya tulis artikel kali ni adalah untuk beritahu korang macam mana nak dapatkan balik duit dari scammer yang korang penah kena tipu ni.

Benda ni saya tak jamin, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik untuk fight dapatkan semula hak kita tersebut.

InsyaAllah, jika itu rezeki korang, korang akan dapat balik.

Apa Maksud Scammer?

Masih ramai yang tidak tahu istilah scam ni apa so di sini saya terangkan secara ringkas.

Scammer ni asal perkataan dari scam. Bila seseorang yang melakukan kegiatan scam atau penipuan ni dipanggil sebagai scammer.

Scam ni biasanya berlaku bila melibatkan urusan jual beli di atas talian. Jarang scam berlaku jual beli secara Fizikal sebab bila urusan jual beli secara fizikal mereka akan mudah dikesan.

Tapi bila secara online, mereka boleh bersembunyi di merata-rata tempat dan agak susah nak dikesan lokasi mereka.

Selicik-licik mana pun scammer ni, nak dapatkan info scammer ni mudah je terutama scammer dari Malaysia.

Info mereka dengan mudah kita dapat secara detail melalui pihak bank.

Persoalan dia, akaun bank mana yang korang transksi tersebut?

Pergi ke bank tersebut, dan minta jasa baik pihak bank untuk memberikan info scammer tu. Tapi sebelum tu korang kena buat report polis dulu supaya senang nak berurusan nanti sebab pihak bank tidak sewenang-wenangnya berikan info walaupun akaun tersebut akaun scam.

Apa Itu Scam dan Bagaimana Ia Berlaku?

Scam atau penipuan adalah perbuatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat untuk menipu dan mengambil wang atau maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran. Antara bentuk scam yang biasa berlaku termasuk lah:

  • Scam pelaburan: Menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan tinggi yang tidak wujud.
  • Scam e-dagang: Menjual produk secara dalam talian yang tidak dihantar selepas pembayaran dibuat.
  • Scam ‘love scam’: Memanipulasi emosi mangsa untuk meminta wang secara berperingkat.
  • Scam panggilan telefon: Panggilan palsu mengaku sebagai pegawai polis, bank atau LHDN.
  • Scam pekerjaan: Menawarkan pekerjaan palsu dengan bayaran tertentu sebagai ‘yuran permulaan’.

Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer

cara dapatkan balik duit dari scammer

Kadang-kadang rasa nak marah pun ada sebab, naif sangat pembeli online kat Malaysia ni tentang scammer. Tak dapat nak beza kat mana selamat dan tak selamat semasa nak jual beli. Tak dapat beza benda tu tipu atau tak. Bila kena tipu mulalah Whatapps saya untuk minta nasihat sebab saya pernah kupaskan isu ni dalam channel YouTube blogfaiz dengan topik macam mana nak dapatkan semula wang yang kena scam.

Di sini saya ada tiga cara yang boleh kongsikan kepada korang macam mana nak dapatkan duit balik dari scammer jika kena scam.

Cara #1 Report Polis dan Pergi Bank

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk info anda, cara ni dah terbukti berkesan daripada pengalaman orang yang dah pernah kena tipu.

Ikut tutorial di bawah untuk buat cara ni.

Langkah 1 Pergi ke balai polis berhampiran untuk buat report polis. Masa buat report polis tu, korang beritahu macam ayat yang diberitahu dalam gambar di bawah.

SAYA TELAH MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN YANG SALAH. REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK.

cara dapatkan balik duit dari scammer

Langkah 2 Lepas dah siap report, terus pergi ke bank untuk tuntut balik wang tersebut.

Dari apa yang saya baca dan dengar pengalaman orang lain, duit tu pihak bank akan bagi semula dengan cara tarik duit dari akaun scammer tu.

Pernah ada orang tanya saya.

Bank mana nak pergi kalau terlibat dua bank? Macam contoh korang bank Maybank dan scammer ni bank CIMB.

Pergi ke bank yang korang buat transaksi tu.

Sebagai contoh korang guna bank Maybank, pergi ke Maybank.

Pergi dulu dan cuba dapatkan nasihat dari pihak bank macam mana.

Jika itu memang rezeki korang, korang boleh dapat balik duit tersebut.

Selain tu juga, cuba beritahu pekerja bank untuk dapatkan info penuh untuk akaun tersebut seperti nama, alamat dan sebagainya. Beritahu untuk tujuan mahkamah sambil tunjukkan laporan polis.

Benda ni amat penting jika korang nak buat tuntutan tribunal nanti.

Cara #2 Tuntutan Tribunal

Untuk tuntutan tribunal ni adalah berjumlah kurang daripada RM25,000 sahaja (terbaru RM50,000). Dan cara ni berkesan jika kita tahu info scammer tu seperti alamat rumah, nombor telefon dan akaun bank.

Untuk buat tuntutan tribunal, sila ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Pergi ke laman web https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home dan buat pendaftaran akaun dulu.

Langkah 2 Lepas dah daftar sila login dan buka file tuntutan. File tuntutan ni korang akan dikenakan sebanyak RM5 sahaja.

Itu saja.

Jika nak lebih detail, boleh tengok panduan lengkap cara buat tuntutan tribunal.

Kemudian file yang korang isi tu pihak tribunal tuntutan akan menghantar kepada seller. Dalam tu nanti seller atau scammer ni akan diberitahu tarikh dan masa untuk perbicaraan di mahkamah.

Jika perbicaraan di mahkamah didapati seller/scammer salah dan buyer betul, pihak mahkamah akan menyuruh seller ni membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

Apa terjadi jika seller/scammer tidak bayar dalam tempoh yang ditetapkan?

Pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap seller yang tidak mahu bayar balik duit.

Boleh tengok video bawah ni cara-cara buat tuntutan tribunal.

Cara #3 Mahkamah Tuntutan Kecil

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk mahkamah tuntutan kecil ni pula hanya untuk bernilai RM5000 ke bawah sahaja. Jadi, kalau korang kena scam bawah RM5000 boleh guna cara ni.

Cara ni digunakan untuk saman penjual yang telah melanggar kontrak. Bila sebut pasal kontrak mesti korang fikir kertas hitam putih kan?

Tak. Istilah kontrak ni boleh jadi dengan sangat mudah di mahkamah apabila ada perjanjian dua hala dan masing-masing bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan di bawah akal yang waras.

Sebagai contoh korang ada buat pembelian telefon dan dijanjikan oleh seller akan sampai dalam tempoh 7 hari. Tapi, dalam masa 21 hari telefon belum sampai. Ini dinamakan melanggar kontrak.

Untuk cara ni, prosedure sangat ringkas dan mudah. Kita tak perlukan peguam pun

Cara-cara nak buat tuntutan boleh rujuk tutorial bagaimana nak buat tuntutan mahkamah kecil.

Jadi, sebaik sahaja korang ikut prosedur untuk memulakan kes, ini adalah perkara paling penting yang korang kena tunjukkan kepada hakim:

  • Pertama, korang kena buktikan adanya kontrak antara korang dan penjual. Korang boleh buktikan hal ini, dengan tunjukkan screenshot teks antara korang dan penjual, atau cetak pengesahan pesanan.
  • Kedua, korang kena buktikan yang penjual tak hantar barang kepada korang. Sebagai contoh, korang tunjukkan screenshot teks korang yang tanya penjual mana barang korang, atau dengan kegagalan penjual untuk tunjukkan resit pos.

Saya harap langkah ni korang tahu bagaimana proses perjalanan untuk tuntutan tribunal pengguna ni.

Alternatif Lain Cara Dapatkan Balik Duit dari Scammer

1. Bertindak Segera – Jangan Tunggu

Langkah pertama dan paling penting ialah bertindak segera selepas menyedari anda telah ditipu. Setiap minit sangat berharga untuk menjejaki transaksi dan meminimumkan kerugian.

2. Kumpul Semua Bukti Transaksi

Simpan segala bukti berkaitan transaksi dan komunikasi seperti:

  • Resit atau bukti pemindahan wang
  • Nombor akaun scammer
  • Mesej, e-mel, atau perbualan WhatsApp
  • Tangkapan skrin laman web atau profil sosial scammer

Bukti ini sangat penting untuk laporan polis dan juga siasatan pihak bank.

3. Buat Laporan Polis

Pergi ke balai polis berhampiran dan buat laporan rasmi. Pastikan anda memberikan maklumat berikut:

  • Masa dan tarikh kejadian
  • Jumlah wang yang hilang
  • Butiran scammer (jika ada)
  • Salinan bukti transaksi

Laporan polis ini juga diperlukan jika anda ingin meneruskan siasatan bersama pihak bank atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

4. Lapor ke Bank Anda

Jika wang dipindahkan melalui akaun bank, segera hubungi pihak bank untuk:

  • Maklumkan mengenai penipuan
  • Mohon untuk ‘freeze’ akaun penerima (jika masih sempat)
  • Tuntut permohonan siasatan dan kemungkinan pemulangan semula dana

Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan RHB mempunyai unit khas untuk menangani penipuan kewangan. Laporan awal yang lengkap akan mempercepatkan siasatan.

5. Semak dengan CCID Scam Response Center

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menyediakan CCID Scam Response Center untuk membantu orang awam mengesahkan nombor akaun scammer dan melaporkan kes.

  • Nombor hotline: 03-2610 1559 / 03-2610 1599
  • Waktu operasi: Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam

Anda juga boleh menyemak nombor akaun atau nombor telefon scammer di portal semakmule.rmp.gov.my

6. Buat Aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)

Jika anda tidak berpuas hati dengan tindakan bank, anda boleh membuat aduan kepada BNMTELELINK – satu saluran rasmi oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima aduan berkaitan perkhidmatan kewangan.

7. Laporkan kepada SKMM

Sekiranya scammer menggunakan platform seperti WhatsApp, laman web, atau media sosial, anda boleh laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Laporan ini membantu agar tindakan sekatan akaun atau tapisan laman web dapat diambil.

8. Gunakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sekiranya anda membeli produk atau servis melalui platform e-dagang dan ditipu, anda boleh failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Had tuntutan adalah sehingga RM50,000.

Proses ini mudah dan tidak memerlukan peguam.

Bolehkah Duit Dikembalikan?

Kebarangkalian untuk dapatkan semula wang bergantung kepada beberapa faktor:

FaktorPenjelasan
Cepat bertindakSemakin cepat anda buat laporan, semakin tinggi peluang wang masih belum dikeluarkan
Jenis transaksiPemindahan sesama bank tempatan lebih mudah dijejaki berbanding transaksi kripto
Kerjasama scammerJika scammer dapat dikesan dan ditahan, proses pengembalian duit lebih mudah
Keputusan siasatan bank/polisDuit hanya akan dipulangkan jika terbukti ia diperoleh secara penipuan

Kata-Kata Semangat Untuk Mangsa Scammer

Pertama sekali, bila kita kena scam, jangan terlalu panik.

Ya saya tahu mesti korang akan panik sebab duit akan hilang macam tu je.

Tapi still ada cara dan usaha untuk korang dapatkan semula hak korang tu. Dah ada contoh di atas mereka yang buat report dan pergi bank untuk dapatkan semula wang tersebut. Mungkin rezeki dia, dia dapat semula wang tu.

Sebab apa jangan panik sebab bila panik otak kita takkan dapat berfikir dengan baik apa yang perlu dibuat.

Bila kena scam dalam jumlah tidak melebihi RM50,000 kita terpaksa menghadap tiga agensi yang saya beritahu di atas ni iaitu pihak polis, pihak bank dan juga pihak tuntutan tribunal. Masing-masing ada peranan sendiri dan korang cuba berusaha di atas apa idea yang telah saya sampaikan.

Dalam panduan di atas saya ada beritahu masa buat report polis untuk kita katakan tersalah masuk wang dalam akaun.

Untuk pengetahuan korang. Idea tersebut saya dapat dari salah seorang yang dah berjaya buat dengan cara tu.

Tapi saya sarankan untuk korang buat report yang sebetulnya jika korang nak buat tuntutan tribunal supaya perjalanan cerita tidak jadi berbelit.

Jika nak buat juga report seperti yang saya beritahu di atas, bincang dulu dengan pihak polis untuk kebenaran buat report tersebut.

Lepas kita dah buat semua usaha kita untuk dapatkan semula wang tersebut, kita berdoa dan tawakkal supaya segala urusan kita dipermudahkan dan peluang untuk dapatkan semula wang tersebut berjalan dengan lancar.

Kata-Kata Untuk Scammer

Kepada korang yang buat kerja scam ni, harap boleh berhenti dan bertaubat sebab dosa kita dengan manusia adalah paling susah untuk kita hapuskan melainkan orang tersebut memaafkan korang.

Sedap ke buat kerja tipu orang ni?

Korang tak letih ke?

Sampai bila nak buat kerja tipu orang ni?

Jika badan fizikal sihat dan kuat, cubalah cari rezeki yang halal. Sekalipun badan fizikal ada cacat pun masih ada banyak peluang pekerjaan untuk orang cacat.

Atas dunia korang boleh terlepas.

Akhirat nanti korang akan tahu nasib.

Kesimpulan

Penipuan dalam talian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk individu yang berpendidikan tinggi. Namun, dengan pengetahuan dan tindakan yang betul, masih ada peluang untuk dapatkan balik duit dari scammer. Kuncinya adalah bertindak cepat, simpan semua bukti, dan gunakan semua saluran yang sah.

Sebagai pengguna internet yang bijak, kita perlu lebih berwaspada dan menyedari betapa liciknya taktik scammer zaman moden ini. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya.

Dalam artikel ini, korang telah belajar macam mana cara nak dapatkan balik duit dari scammer. Nasihat saya, kalau nak buat apa-apa transaksi online tu, berhati-hatilah terutama dalam jumlah yang besar.

Sedih bila lihat pada hari ini masih ramai lagi yang kena tipu dan scammer pula bersuka ria atas kedukaan kita.

Kalau nak lihat dalam bentuk video, boleh lihat video di bawah ni.

Jika anda pernah menjadi mangsa, jangan malu untuk berkongsi pengalaman – ia mungkin dapat menyelamatkan orang lain daripada turut ditipu.

Soalan Lazim (FAQ) Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer

Adakah saya boleh dapatkan semula duit jika sudah ditipu scammer?

Ya, tetapi peluangnya bergantung kepada seberapa cepat anda bertindak. Jika wang masih belum dikeluarkan oleh scammer, pihak bank mungkin boleh membekukan akaun penerima. Oleh itu, penting untuk buat laporan segera kepada bank dan polis.

Berapa lama proses siasatan pihak bank atau polis akan mengambil masa?

Tempoh siasatan berbeza-beza, bergantung kepada kerumitan kes. Biasanya, pihak bank memerlukan antara 14 hingga 60 hari bekerja untuk menyelesaikan siasatan. Polis pula akan maklumkan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa.

Adakah nombor akaun scammer boleh digunakan semula untuk menipu orang lain?

Ya, nombor akaun yang tidak disekat atau belum dilaporkan boleh digunakan semula. Sebab itulah penting untuk semak dan lapor di semakmule.rmp.gov.my agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Apa yang perlu saya buat jika saya ditipu melalui Shopee atau Lazada?

Jika anda ditipu melalui platform rasmi seperti Shopee atau Lazada, buat aduan terus melalui sistem khidmat pelanggan mereka. Kebanyakan platform ini menawarkan perlindungan pembeli, dan anda boleh menuntut semula wang sekiranya ada bukti kukuh.

Adakah scammer boleh ditangkap jika berada di luar negara?

Agak sukar, tetapi bukan mustahil. Pihak berkuasa Malaysia boleh bekerjasama dengan Interpol atau agensi keselamatan luar negara jika kes itu serius dan melibatkan banyak mangsa.

Perlukah saya melantik peguam untuk tuntut balik duit dari scammer?

Tidak semestinya. Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan saluran rasmi seperti bank, polis atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tanpa perlu melantik peguam. Namun jika jumlah wang besar atau kes rumit, bantuan guaman mungkin diperlukan.

Saya malu untuk laporkan kerana takut dituduh cuai. Perlu ke saya teruskan?

Ya, anda digalakkan membuat laporan. Undang-undang di Malaysia tidak menyalahkan mangsa, sebaliknya menumpukan kepada tangkapan penjenayah. Lagi awal anda lapor, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan semula wang dan mencegah orang lain menjadi mangsa.

Rujukan

  1. 6 Cara Dapatkan Duit Dari Scammer
  2. Jika anda telah memindah wang dan terasa tertipu, cepat hubungi di talian 997 segera

Adakah anda nak beriklan di halaman artikel ini? Jika artikel ini sesuai dengan bisnes ataupun servis anda, boleh hubungi saya untuk beriklan di sini. Boleh letak website, gambar produk atau nombor telefon terus ke Whatsapp anda untuk pelanggan hubungi. 😁

Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Keyword:

Related Post:

Faiz Alias

Seorang blogger (blogfaiz.com) dan freelancer yang aktif menulis. Selain berkongsi ilmu melalui blog, saya juga menawarkan servis pembinaan laman web profesional melalui Fastudio.my, membantu individu dan perniagaan mendapatkan laman web yang kemas, pantas, dan mesra pengguna.

Hubungi saya untuk kolaborasi, servis web, atau pertanyaan!

follow me

Kategori

|

Sponsored

|

Arkib Post

Iklan

513 Comments

  1. Fiqa

    Assalamualaikum. Saya baru baca blog awak mengenai scammer. Soalan saya kalau scammer tu guna berlainan number account untuk minta transfer, macam mana nak buat report ? 1 report untuk 1 account boleh pergi 1 balai or buat semua dalam 1 report 1 Balai polis ? Sebab sekarang kan banyak kes scammer parcel dan check bukan lagi barang online .

    Reply
    • FaizAlias

      dari pengalaman saya pernah jadi saksi polis, Ya, scammer ni biasanya org luar negara tapi dia guna nombor bank akaun tempatan orang kita…mungkin dia dah deal dengan orang tu…jadinya, just buat report cerita betul2 dekat polis dalam report cik tu….macam mana kejadian boleh berlaku… (1 report untuk 1 account boleh pergi 1 balai or buat semua dalam 1 report 1 Balai polis)…ayat ni sy tak faham sikit…tapi, cik just pergi buat report sekali je….

      Reply
      • Nath

        Hi bang , saya baru sj tdi buat laporan polis sebab kena game kat pinjaman loan online sebyk RM3799.32 dan sy tanya polis tersebut boleh ke tidak duit sy dipulangkan balik ? “Tak sure , kalau duit kamu ,dorg x pkai lagi, bolehlah refund balik ” Klau dh burn . Dh x boleh buat apa2 . Terus blank sy dibuatnya. Tpi klau dh buat report then nak settlekan kat bank boleh lagi ke bang?

      • FaizAlias

        cuba buat tuntutan tribunal…

      • Miza rose

        salam bang nak tanya . kalau macam tuntutan tribunal tu biasanya scammer memang kalah lah kan ? sebab no account mereka pon bila check dalam website dah banyak report . lagisatu proses naik mahkamah ni pakai modal atau tidak ye ? sebab saya kurang arif sikit bab bab ni .

      • FaizAlias

        sy nak cerita detail pun sy bukan ahli kpdnhep…Puan boleh pergi ke kpdnhep (tuntutan tribunal) dan cuba tanya mereka…Boleh juga call..

      • Ihsan

        Saya kena scam oleh pelaburan …dah 2 ribu lebih saya hilang …..MCM mne saya nak buat laporan ye………

      • FaizAlias

        pelaburan apa bro join?

      • Asmira

        Abang , dalam report tu , hanya tulis ayat mcm ni je ke , ‘saya telah memasukkan wang ke dalam akaun yang salah. Report ini bertujuan untuk rujukan pihak bank.’ Macam tu je ke nak tulis ? Tolong jawab dengan segera , sebab saya nak pergi ke balai hari ni

      • FaizAlias

        dalam artikel saya ni saya ada beritahu ada yang dah berjaya buat report dengan cara macam tu…tapi saya tak sarankan dan minta bincang dengan polis jika nak buat juga…

      • FaizAlias

        berapa kena scam?

      • Bertha Ivy Olivia Edward

        Saya telah ditipu dngn scammer sbnyk rm3,850. Dan telah membuat laporan polis. Apa sya perlu buat jika pihak bank tak dapat bantu saya? Kerana pihak polis juga tida dapat bantu sya.

      • FaizAlias

        cuba buat tuntutan tribunal

      • Pia

        Saya telah ditipu dgn scammer sebanyak RM2350. Dan telah membuat laporan polis. Apa perlu saya buat utk dapatkan duit balik. Sbb pihak polis tak dapat membantu kerugian tersebut.

      • FaizAlias

        ikut seperti yang saya beritahu atas ni

      • Maira Azmir

        Salam bang, nak tanya baru je kena scam RM400 by topup tadi 1 May 2021. Tapi transaction dilakukan pada semalam 30/4/2021. Saya nak berpindah masuk bilik sewa yang saya jumpa Mudah.My. disebabkan kekangan masa saya bayar deposit terus sebanyak RM100 semalam. Saya tak pergi tengok rumah pun. Percaya sebab dia ada send location rumah. Dia maklumkan pagi ni 1May 2021 datang je kat guard house then boleh amek kunci & access card. Sampai je pagi tadi dengan lori apa semua. Call owner & orang yang blast di Mudah tu tapi dedua off phone. Guard tu kata manada orang pindah sini hari sabtu sebab lori atau kenderaan besar tak boleh loading hari sabtu. Gambar management yang diberikan pun tak wujud. Till now tiada respond dari mereka berdua. Saya ada buat semakan dengan Digi Center then Digi Center kata nombor yang saya transfer tu owner dia adalah Passport Holder. Memang ada transaction dilakukan & baki kredit yang ada dekat dia tinggal RM100 lebih macamtu je.

      • Maira Azmir

        Jadi saya perlukan pendapat abang, apa yang perlu saya buat skrg ?

      • FaizAlias

        tahu tak nombor akaun bank dia dan nama siapa?

      • Mimi

        Hi, sy rasa sy kena scam. Sy ada join kononnya affiliate marketing shopee, lps buat task 3x boleh lg dpt refund+commission. Tp bila dh kali keempat dan seterusnya, bayar dh almost 10k, tp belum dpt refund apa2 lg, katanya system dia ckp ‘refund failed due to 1 item missed’, so sy keep on bayar2 la igtkan boleh settle..last2 still dpt respon yg sama..mcm mna ye? Sy transfer ke 2 acc bank berlainan..dia kata system akan hold kita punya duit until task completed. Tp dh xboleh nk percaya, sbb makin lama harga tu makin bnyk nk kena bayar..so nk report police, boleh dpt duit tu balik x?

      • FaizAlias

        Cik kena buat 3 benda ni

        1. report polis (walaupun polis tak membantu kita untuk dapatkan duit semula, report polis sangat penting)
        2. pergi bank minta nasihat sambil tunjukkan report polis
        3. Pergi ke tuntutan tribunal (tuntutan tribunal sangat membantu dapatkan duit semula)

      • Mimi

        Maknanya,

        1. Buat police report kata kena scam n nk dapatkan duit tu balik
        2. Pergi bank, cth sy cimb pi transfer ke maybank, so sy kena pi cimb atau maybank?
        3. Klau dia x dtg waktu perbicaraan tribunal tu mcm mna?
        4. Dan katakanlah kita x yakin, menyebabkan dia menang dan sy kalah, adakah akan dikenakan apa2 penalti/tindakan sekiranya dia menuntut bela dan sebagainya?

        Mohon pencerahan, sy takut bila involved police n mahkamah ni?

      • FaizAlias

        1. Ya..buat report sebenar apa yang dah terjadi.
        2. Pergi dua-dua bank saya cadangkan. Pergi ke bank scammer tu dulu.
        3. Cik buat tuntutan tribunak untuk dapatkan hak semula…ANDAIKATA cik kalah, cik tak ada apa-apa perlu buat selain menanggung kerugian yang dah kena scam tu. Tapi kalau cik cukup bukti yang kukuh dengan segala transaksi bagai dan cik menang, cik dapat balik wang tu semula…

      • Lily

        Sama dgn apa yg dah saya hadapi. Lbh daripd 24k. Dah buat lprn polis dan lprn kat bank2 terlibat. Siasatan sdg berjln. Tapi tlh dibrtahu oleh pihak polis “duit takkan dpt balik”. Tuntutan Tribunal pun tk leh buat sbb akaun digunakn ‘akaun keldai’, fake details dan bagainya. Pihak tribunal tak handle case fake details katanya. Cuma buat masa ni, dpt buat aduan je kat KPDNHEP melalui e-link. Scammers bebas di luar sana terus mencari mangsa. Hanya boleh dijdkan teladan shj. Ingatlah, kita ni bukan bodoh tapi tak pndai bca niat org jht. Just be strong and don’t keep blaming yourself or let others do! lagi buat kita sakit hati. Your motive is to just get a job n earn some decent money. Nothing else. Ingt tu. Tolong buat aduan dan harap-harap any miracle happen. Tc Mimi

      • Aizad

        ye btol tu lily, tapi sy tetap teruskan report, walaupun xdapat apa2,
        ini memang pengajaran. dengan pinjam duit org sana-sini…memang menyesal

      • NURUL'IZZAH MOHD NASIR

        saya pun dah terkena :'(((( jadinyaaa, awak dapat balik tak duit awak? sbb amount yg saya kena juga cecah 10k :'(((((((

      • idzwani

        harini pun saya senasib dgn awak, amount saya kena scam rm 2337 dan terus saya stop sbb saya mmg takde duit dah nak sedekah pd dorang, lepas saya baca comment awak saya terus report polis tapi polis takleh bantu saya, boleh saya tahu apa jadi pada kes awak?
        saya buntu, boleh email saya idzwani44@gmail.com kalau awak sudi bantu saya

      • Mey

        Hi, Mimi.
        Boleh tahu if dah dapat refund+commision tu?

      • musdgy

        saya tolong jawabkan untuk mimi ya sebab kes saya sama sangat dengan dia kita takkan dapat refund selagi task yang kena buat tu belum habis task yang diberi adalah sangat tidak releven kerana harga dia menaik dari ratus ke ribu ke puluh ribu terlalu mahal dan selepas saya sudah menyelesaikan semua task iaitu dengan membuat transaksi dengan 2 orang yang berkenaan 4 transaksi kesemua (berjumlah 10k lebih) yang dilakukan kemudian mereka suruh saya membuat lagi task jika tidak saya tak akan mendapat refund kerana saya terlebih masa yang diberi. saya sudah membuat aduan polis dan ke pihak bank.

      • musdgy

        mimi kes kita sama jalan cerita awak sama dengan saya. saya kena 10k saya dah buat aduan polis dan bank. saya ada tanya pihak bank mereka cakap possibility nak dapat tu memang 0 sebab susah kes saya ni terjadi 4 hari lepas scammer dari website ni http://talentfinder.me/

      • FaizAlias

        kena scam macam mana tu cik? cuba cerita sikit macam mana boleh kena tu…

      • Mazzalina bt Rejan

        Boleh tahu..dpt blk tak duit..sy pun baru kena..konon komersial pembelian shopee..3x lepas..4 & 5 scammer ckp error..komisen xmasuk..dlm 2k jgklah..cuma xtahu cara tuntut blk Wang tsbt

      • FaizAlias

        boleh atau kak bergantung pada rezeki kak…saya nak tnya…RM2k tu duit akak bank in pada scammer atau duit komisyen?

      • Aina

        Sama dengan sy.. bru je kene scam.. esk sy nk buat report polis .. Allahuu menyesalnyaaaa rm2500 burn mcm tu je

      • Aina

        Sy bru je kena mcm ni.. lost rm2500.. Sy nk buat report jugak esk.. tapi transaksi 3x pada akaun yg sama boleh ke bgtau yg kite tersalah bank in?

      • FaizAlias

        kalau sampai 3 kali beritahu je hal sebenar…kenapa sampai kena 3 kali tu?

      • Miaaa

        Hi mimi, awak ada any updated tak pasal duit awak kena scame yang konon2 nya kena complete task and dapat commission ? sebab saya rasa saya kena scam jugak and buat benda yang sama like buat task and then dapat balik sekali dengan commission tapi takde pun. orang tu duk cakap task failed sebab overtime bagai, nak dapat duit tu balik kena complete task dulu and amount jadi double makin lama tak logic sebab amount makin banyak hmmm if ada please update sebab saya nak tau or anyone yang pernah kena macam saya please let me know asap sebab i really need your help :((((

      • fizie

        ya allah sama dengan kes adik sy, bru jr berlaku hrini sedih sngt tngok dia apa2 pun esok nk p buat report polis

      • FaizAlias

        ikut cara2 atas ni…bca komen2 yg membantu di sini…

      • Aizad

        betul sama ke macam saya, 17k dh burn, duit xboleh keluar, acc freeze katanya, mintak buat task belas2 ribu..saya cuma buat report polis, tapi utk dpt duit tu mmg 0% kata polis tu..sy pn xtahu macam mana lagi nak buat.

      • FaizAlias

        boleh saya tanya sikit…buat task ni tujuan apa ya?

      • Lyn

        Saya pun sis dh 10k i transfer and account bank lain lain, kes u dah settle ke sis harini i nak report police

      • FaizAlias

        buat tuntutan tribunal…

      • Aizad

        hi mimi, kes saya sama dengan awak, dh 17k burn, sy dh buat report polis tapi polis to mmg ckp xkan dpt balik duit tu. lepastu dy cadangkan pergi ke bank yg kita buat transaksi tu dan report, tapi bank cuma boleh blacklist/freeze account tu, nak dpt duit balik pn xmungkin. kalau proceed dgn report pon ambil masa lama & kena naik turun mahkamah & menang atau kalah memang tipis duit dpt balik, kalau orang tu bersalah cuma kena denda atau penjara, tapi kebanyakan kes mereka pun “keldai” akaun. so mmg xdpt apa2

      • Kak ain

        Sis… Semalam saye pun sama, dh kena rm9k. Makin byk dia minta konon nak open system tu. Sedihnyee. Sis dh selesai?

      • FaizAlias

        kena scam dah tu…bank in atas nombor akaun mana? kalau boleh kongsikan di sini info scammer tu supaya dijadikan panduan untuk orang lain juga

      • Lina

        Hi salam,
        Sy ada baca dkt blog ni, yg cara no 1 tu. sedikit keliru, sy sudah buat laporan polis mengatakan salah transfer untuk rujukan bank setelah di scam sebanyak RM650. Sy ada cerita kan kepada pengawai tentang scam dan mereka berstuju untuk salah transfer tu. tapi dalam video, saudara kata, cara ni adalah no 3 dan tak digalakkan kerana takut aduan yg salah. Tapi dalam tulisan di blog, ni cara sy buat adalah no 1. Berbeza dgn video saudara, laporan polis di scam dan pergi ke bank adalah cara no1. Mcm mana ya. Adakah sy patut buat laporan baru yg sy di scam?

      • FaizAlias

        untuk pengetahuan cik, saya beritahu yang salah transfer tu sebab dah ada orang buat macam tu…dia beritahu salah bank in dan bank memulangkan semula duit dia tu…cik ada pergi bank tak lepas dah buat report? lagipun polis setuju kan cik nyatakan salah transfer? so, tak ada masalah la…pada pandangan lain pula, saya tak galakkan buat report salah transfer sebab jika cik nak buat aduan dekat tuntutan tribunal ke apa perlu ceritakan yang sebenar…

        Jadi di sini, cik dan buat report salah transfer dan polis bersetuju, tak ada masalah la….lepas tu pergi ke bank dan minta nasihat dari bank pula…jika ada rezeki cik, mungkin pihak bank pulangkan balik duit cik dari akaun scammer seperti yang saya tunjukkan dalam video tu..

      • zam

        Assalamualaikum tuan…macam mana kita nak pastikan syarikat pelaburan itu sah atau scammer semata-mata supaya ia jadi panduan semua orang. Sebab banyak syarikat pelaburan minta mula kita kena bayar RM650.00..Kemudian tunggu tiga hari lihat dalam sistem dia, kita dah profit RM18,000.00. Tapi dia minta kita buat bayaran International transaction sebab resident yang berlainan. Mangsa bayar lah..Kemudia dia proses..Dapat masej mengatakan kena bayar untuk fee bagi memudahkan profit kita tu masuk ke akaun mangsa. Kemudian mangsa bayar juga..Bila dah bayar dan dia proses, dia bagi masej mengatakan profit milik mangsa dah terlebih bayar. Jadi kena cas tambahan RM22,000.00. Mangsa pulak syak dan tak nak bayar apa-apa sehingga sekarang. Macam mana kita nak semak status syarikat dan apa tindakan mangsa untuk dapatkan balik duit tu dari syarikat..Mangsa yang kena adalah kawan saya..Mohon pencerahan untuk kawan saya ambil tindakan.

      • FaizAlias

        soalan pertama..dia bank in melalui akaun apa?

      • nsab

        kes kawan awak tu macam lebih kurang kes mak saya, dia suruh transfer pada akaun trader yang bertugas, mula2 kata ada pending payment so mak saya trasnfer 280.00 mak saya taknak sebab takut kena bayar lagi, dia cakap ni last bayar lepastu takda dah. tiba2 bila dah bayar dia cakap kena bayar lagi rm1053.80. katanya ni pindahan antarabangsa (sebab investment ke apa tah) kena melalui Bank Negara Malaysia(BNM) jadi kena bayar untuk pengesahan yang sah. No akaun yg di bank in tu CIMB dan Hongleong Bank. saya cek online masih belum ada yang report no akaun tu tapi carian dah dibuat sebanyak 24 dan 17 kali.

      • FaizAlias

        buat la report polis..ramai yang lepas tangan sbb tu scammer ni sedap duduk

      • Bunga

        Sy pon kene scam rm48k utk pelaburan bitcoin. Pd awal ye kata join pakej2 yg sedia ada. Utk dptkn keuntungan yg tggi. Sy labur rm35k. Bila hari ke 5 dia kata kena byr lg 5% utk caj pengeluaran. Nnti akn d withdraw kn semula total sy transfer rm12656. Total semua lbh dr rm48k. Tiba2 dia mintk no code telegram. Habis telegram sy die hack sbb die amk no telefon ape yg ade. Lps tu die tukar profile telegram n delete kn sy dr grup pelaburan. Esok sy ingt baru nk buat report polis n pergi ke bank. Akhir ye sy terpedaya jugak. Walau telps d dunia tp d akhirat sy x kn lepas kn. Pelaburan ni di Indonesia. Dia gunakan akaun org Malaysia kita

      • FaizAlias

        masalah sini puan tak tahu yang mana boleh kongsi atau tak…naya tu…

      • Salina

        Assalam ,blh tlong sy,klau sy bt report kena bgthu detail ke ttntang pelaburan yg sy msuk..dan sy kena prgi bank yg sy tranferkn ke scam tu ke..

      • FaizAlias

        cik kena cuba semua idea yang saya bagi di atas ni…n saya nasihatkan kalau nak buat report tu beritahu yang sebenar…dalam post ni saya just ambil idea dari orang yang dah berjaya buat…mungkin rezeki dia kot

      • Har

        salam bos, saya kena scam jugak dengan kononnya seller basikal. Saya dah buat report polis, tapi saya tahu polis takleh tolong saya dapatkan duit balik, dalam RM3296 jugak kena. Sama macam polis tu cakap, scammer ni orang luar pakai no acc orang dalam like agent topup tu semua. Sekarang saya tengah tunggu report saya siap, ahad ni baru boleh ambik and then baru saya boleh buat report dekat bank (dahlah dua bank diorang pakai). Sekarang saya nak tahu, kalau kes macam ni saya boleh dapat balik tak duit saya or ada yang lain pernah kena macam ni, korang dapat balik tak duit tu ;)?

      • FaizAlias

        kalau pakai dua bank sah scammer…saya tak boleh bagi jaminan bang…sepatutnya benda ni senang je nak settel…nombor akaun bank ada…tentu info scammer ada…tapi undang2 kita menyusahkan pihak mangsa…

      • Har

        Itula tu, dah la ig dan no whatsapp scammer tu still aktif (ig – mybicycle_my no whatsapp – 011-26483992). Ada dua no. lagi diorang guna tapi dah tak aktif, sorang acah jadi owner kedai sorang lagi acah jadi polis kastam. (011-19954768, 014-6330687) So, untuk semua yg baca ni, make sure bagitahu semua orang ig dengan no. tu scammer. Cek dekat website ccid.rmp.gov.my dah ramai buat report dekat no. tu tapi still tak kena tangkap, siap cari mangsa baru lagi.

      • FaizAlias

        itulah masalah undang2 Malaysia…nak selesaikan satu kes tu sungguh rumit…padahal boleh je polis cek nombor akaun bank scammer tu dan tangkap mereka untuk disoal siasat…lepas tu bagi balik semua duit mangsa yanga ada dalam akaun bank mereka….settel masalah…tapi undang2 menyusahkan…

  2. sofia

    salam. saya dah kena scam dalam 450. agak 2 minggu camtu. rasanya kalau saya buat report polis dan pergi ke bank, masih boleh buat report atau tak ya? mungkin dah 2 minggu saya kena scam. takut tak lepas je nak report.

    Reply
    • FaizAlias

      boleh cuba buat report…

      Reply
  3. eiyza

    Salam..klau pergi report bgtau ”saya tersalah transfer ke akaun yang salah” jdi pihak polis tak tanya apa-apa ke. mcm mana boleh tersalah transfer mcm tu..

    Reply
    • FaizAlias

      idea ni pun saya dapat dari page Facebook dan mmg ada org dah pernah buat….mcm ni…report polis ni sebenarnya untuk kuatkan kita untuk berurusan dengan bank….saya tak sarankan untuk buat report mcm tu…kalau nak buat juga, cuba bincang baik2 dengan polis situ…biasanya polis yang tukang ambil report ni senang nk berurusan…kata boleh tak buat report mcm ni sbb saya kena scam dan nak cuba berurusan dengan bank untuk dapatkan balik duit tu….tapi dalam hal ni, saya sarankan supaya buat tuntutan tribunal sebab ia lebih berkesan tapi sedikit leceh kena naik mahkamah…

      Reply
      • Aina

        Sy dah buat report pasal scammer.. esk sy nk pergi bnk pulak,, tpi polis ckp mgkn sy akan diminta utk naik mahkamah dan peratusan nk dpt duit sy 0%.. Sy tkt pulak rase nk naik mahkamah.. Polis ckp, pihak bank mgkn pyh nk tlg dptkn balik duit dari scammer tpi sy nk jugak try pergi ke bank esk.. tolongg doakan sy supaya urusan sy dipermudahkan esk.. aamiin

      • Ali

        Macam mana urusan dengan bank? Dapat balik ke duit tu?

      • Mim

        Sy buat dah polis report dan aduan pada bank saya siap bg polis report on the same time sy call dah bank si scammer tu, mereka jawab tak semesti nya dorang akan bg infor scammer tu kat bank sy wpun ia melibatkan tuntutan tribunal. Hai nasib

      • FaizAlias

        saya kurang faham..kenapa call? benda serius tak boleh buat call…saya cadangkan cik pergi bank secara walk in dan bincang dengan mereka..apa yang saya beritahu semua ni berdasarkan pengalaman orang yang dah pernah buat…

  4. Mohamad afif syamim

    Tumpang tny kalau call cimb careline boleh dapt duit balik dak? Kena scam judi online masa nk transfer dekat phone jd error tgk2 lesap duit dlm akaun

    Reply
    • FaizAlias

      benda serius kena pergi berdepan…bukan call…lagi satu, mcm mana bro kena scam judi online? Bro main judi ke? ANDAIKATA betul bro main judi, abaikan duit tu dan jadikan ia sebagai pengajaran…lain kali jangan buat lagi…

      Reply
      • Lavender

        Salam . Sy trnmpak blog anda . Dan sy ingin mmbuat report tentang scamer . Smlm Sy bnkin duit sbnyk Rm1200 . Sy cht dia nk minta no tracking tp dia tk bgi . Dn skrg beliau tlh block no wsp sy . Jd apa yg ptut sy buat? Adakah sy ptut buat report polis?

      • FaizAlias

        first buat report polis…kemudian, pergi bank dan nyatakan masalah cik apa sambil tunjukkan report polis….nanti mereka akan bantu dan bagi jalan penyelesaian…kemudian, buat tuntutan tribunal…tuntutan tribunal ni akan buat sampai kes selesai sbb mereka akan heret scammer ni ke mahkamah…

    • bella

      hai.. sy bru tau sy kena scam satu syarikat pnjaman wang.. sdgkn sy sudah beurusan dgn syarikat ni sbln lps.. sy tau syarikat ni scam pn dari posting fb.. tp syarikat ni ad daftar dlm ssm.. sy hold pinjaman sbb xdpt byr insuran yg disruh.. sblom ni ad byar sbyk rm2k dh.. msih dpt ke buat laporan polis mngenai transaksi yg sy buat sbln lepas.. mohon pencerahan..

      Reply
      • FaizAlias

        daftar SSM tak semestinya baik dan bagus…ni cik dah kena scam..dapat tak dapat cik tak boleh persoal saya…cik kena berusaha dapatkan semula duit tu dengan idea yang saya bagi di atas ni…

      • FaizAlias

        boleh lagi buat report polis

      • Fatin

        Salam bang, tadi saya baru dapat call dari celcom and saya dah terbagi no ic , email dan nama ibu . Saya rasa pelik and terus check nombor tu memang banyak report , saya nak tanya ape perlu saya buat , dan apa je yang mereka boleh lakukan dengan maklumat saya? Tq

      • FaizAlias

        jangan risau..tak jadi masalah besar…untuk keselamatan, buat report polis sebagai cover report…

  5. Wanie

    Baru je kena scam rm3700 . . Kena buat report polis tuk dpt balik duit tuh .. lepas dah transfer duit baru tersedar sbb dia asyik mintak duit kalau nak dpt refund semula duit tuh . Sakitnya hati kena scam mcm nie

    Reply
    • FaizAlias

      phone murah tu berapa cik? duit yang cik bank in tu bannk luar negara ke dalam negara?

      Reply
      • Wanie Tajure

        Rm500 harga phone. Mula mula sy bayar rm500 dgn org pertama ,lepas sy bank in rm500 besoknya dia suruh sy berurusan dgn sorang lagi. .RM3700 sy transfer dekat org kedua . Total lost Rm4200 😭😭 Dia guna akaun bank Malaysia(BSN) .Rasa was was sbb dia asyik mintak duit. .Sy baru nak buat report polis harini .

      • FaizAlias

        ntah…sy tak faham dengan pemikiran cik…tak terfikir langsung ke? harga fon RM500 tapi suruh bank in macam2 sampai RM4000….buat report polis dengan segera dan jadikan ia pengajaran

      • Wanie Tajure

        Boleh dapat duit tuh semula tuh ke tak kalau bawak surat report pergi bank

      • Wanie Tajure

        Bank dlm Malaysia . Total lost rm4200 . Harini baru nak buat report polis. Tak sangka kena scam mcm nie

      • Aufa

        Sama mcm kes Saya , Saya kena 14 Mac 2021 , buat report on 15 Mac 2021 … Report & pergi bank terus pada Hari yg sama .. harap dapat duit ini balik

      • FaizAlias

        ada apa2 perkembangan ke? dah settel?

      • Salina

        Dapat blk ke duit tu

      • John

        Cuba contact abang ni 014 733 xxxx dia bole bantu dpt kn duit balik

      • FaizAlias

        biar betol bro…kalau ada upah baik tak payah…ntah2 scammer juga…

      • Puteri

        Sama saya pon kene mcm tu jgk..baru je hari ni..lepastu saya kena bt report terus ke ni..

      • FaizAlias

        buat tuntutan tribunal…insyaAllah kes boleh selesai

    • A

      Ini scam LAZADA Fake tu ke

      Reply
      • FaizAlias

        kalau cik beli di Lazada, jangan risau kena scam…Lazada bantu dapatkan duit balik 100%…tapi kena tahu la caranya…first sekali, contact diorang punya support…

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest