013-9346624 (Whatsapp Only)

3 Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer Lepas Kena Scam

by FaizAlias | Tutorial & Umum

Macam mana cara dapatkan balik duit dari scammer lepas kena scam? Dalam dunia yang semakin digital hari ini, kes penipuan dalam talian atau ‘scam’ semakin meningkat. Ramai pengguna internet di Malaysia menjadi mangsa scammer yang licik dan sukar dikesan. Oleh itu, penting untuk setiap individu mengetahui cara dapatkan balik duit dari scammer secara sah, cepat dan berkesan.

Dalam artikel ini kita akan membincangkan langkah demi langkah yang boleh diambil oleh mangsa penipuan kewangan, termasuk saluran undang-undang dan sokongan yang tersedia.

Nota: Idea yang saya berikan di sini adalah berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah kena scam kemudian berjaya dapatkan semula duit tersebut. Mungkin keputusan sesetengah orang berbeza.

Penafian

Di sini saya ingin minta maaf awal-awal.

Jika korang ingin bertanyakan hal scammer ni, hanya tanya melalui ruangan komen blog ni saja atau video di YouTube yang pernah saya buat macam mana nak dapatkan semula wang dari scammer.

Ya boleh tanya apa-apa saja tentang scammer ni tapi hanya melalui ruangan komen yang telah disediakan saja.

Please jangan Whatsapps saya mengenai hal ni secara personal sebab tak sesuai untuk Whatsapp secara personal. Kita bincang benda ni secara terbuka.

Ok?

Lagipun bila kita bincang benda ni secara umum, orang lain akan dapat pengajaran sama dan mana tahu ada yang lebih arif tentang scammer ni boleh bantu korang dan bagi idea nak dapatkan semula wang tersebut.

Intro

Dulu seingat saya yang selalu kena scam ni golongan-golongan tua je, tapi sekarang ni golongan muda pun ramai kena scam online sedangkan mereka ni boleh dikatakan celik IT.

Jika kita lihat sekarang ni, sangat banyak kes-kes kena scam dekat online ni terutama di laman web jual beli tak rasmi seperti Instagram, Facebook, Mudah.my dan sebagainya.

Ya.

Korang kena tahu bahawa, walaupun Instagram dan Facebook adalah syarikat atau jenama besar, tapi korang jangan ingat jual beli kat sana selamat. Instagram dan Facebook memang dimiliki oleh syarikat yang dipercayai tapi masalahnya yang menjual barang atau servis kat sana bukanya pekerja Instagram atau Facebook. Itu semua pengguna sama macam korang.

Laman sosial seperti Instagram dan Facebook ni bukan direka khas untuk tempat aktiviti jual beli. Ia adalah satu platform untuk kita bersosial secara alam maya. Jual beli kat sana tu hanyalah sampingan saja.

Begitu juga dengan Mudah.my.

Mudah.my ni pun bukan laman web rasmi untuk tempat jual beli. Mudah.my ni adalah satu platform tempat pengiklanan di mana semua orang boleh iklan apa-apa saja barang di sana. Kalau korang tengok macam-macam barang yang ada di Mudah.my dan masalahnya bila nak berurusan jual beli, kita kena terus direct bank in dengan owner barang tersebut. Ini yang menjadi masalah dan punca kenapa banyak yang kena scam dekat Mudah.my.

Mari pula kita lihat laman web rasmi untuk jual beli online ni.

Kalau di Malaysia, laman web rasmi jual beli online yang popular adalah Shopee dan Lazada.

Baik.

Lazada dan Shopee adalah laman web rasmi jual beli online dan laman web mereka 100% selamat untuk proses jual beli online.

Kenapa saya cakap mereka ni selamat?

Di sini saya bagi contoh.

Katakan korang beli satu barang ni tapi bila sampai kat rumah barang ni rosak atau pecah. Dengan mudahnya korang boleh tukar balik barang tersebut melalui sistem yang telah disediakan.

Begitu juga dengan barang yang lambat sampai dari tempoh waktu yang ditetapkan, korang boleh request cancel dan dapatkan semula wang tersebut.

Sebabnya, bila korang bank in duit untuk beli barang, ia bukan direct kepada akaun bank seller. Korang akan bayar terlebih dahulu kepada Shoppe atau Lazada dan bila sistem web mereka kesan barang tersebut telah selamat diterima barulah duit tersebut dilepaskan kepada seller.

Disebabkan sistem ni tiada peluang untuk seller cuba scam korang melainkan korang tak tahu pun cara nak dapatkan balik semula wang tersebut.

Boleh tengok tutorial macam mana nak refund di Lazada dan juga macam mana nak refund di Shopee.

Jadi di sini saya merayu pada mereka diluar sana kalau nak beli online tu belilah di tempat yang memang khas untuk jual beli online.

Dan kepada yang buat pelaburan-pelaburan yang "bodoh" saya nasihatkan siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Jangan terus buat membuta tuli. Akhirnya jatuh terduduk bila syarikat lari.

Baiklah. Panjang pula mukadimah kali ni.

Tujuan saya tulis artikel kali ni adalah untuk beritahu korang macam mana nak dapatkan balik duit dari scammer yang korang penah kena tipu ni.

Benda ni saya tak jamin, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik untuk fight dapatkan semula hak kita tersebut.

InsyaAllah, jika itu rezeki korang, korang akan dapat balik.

Apa Maksud Scammer?

Masih ramai yang tidak tahu istilah scam ni apa so di sini saya terangkan secara ringkas.

Scammer ni asal perkataan dari scam. Bila seseorang yang melakukan kegiatan scam atau penipuan ni dipanggil sebagai scammer.

Scam ni biasanya berlaku bila melibatkan urusan jual beli di atas talian. Jarang scam berlaku jual beli secara Fizikal sebab bila urusan jual beli secara fizikal mereka akan mudah dikesan.

Tapi bila secara online, mereka boleh bersembunyi di merata-rata tempat dan agak susah nak dikesan lokasi mereka.

Selicik-licik mana pun scammer ni, nak dapatkan info scammer ni mudah je terutama scammer dari Malaysia.

Info mereka dengan mudah kita dapat secara detail melalui pihak bank.

Persoalan dia, akaun bank mana yang korang transksi tersebut?

Pergi ke bank tersebut, dan minta jasa baik pihak bank untuk memberikan info scammer tu. Tapi sebelum tu korang kena buat report polis dulu supaya senang nak berurusan nanti sebab pihak bank tidak sewenang-wenangnya berikan info walaupun akaun tersebut akaun scam.

Apa Itu Scam dan Bagaimana Ia Berlaku?

Scam atau penipuan adalah perbuatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat untuk menipu dan mengambil wang atau maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran. Antara bentuk scam yang biasa berlaku termasuk lah:

  • Scam pelaburan: Menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan tinggi yang tidak wujud.
  • Scam e-dagang: Menjual produk secara dalam talian yang tidak dihantar selepas pembayaran dibuat.
  • Scam ‘love scam’: Memanipulasi emosi mangsa untuk meminta wang secara berperingkat.
  • Scam panggilan telefon: Panggilan palsu mengaku sebagai pegawai polis, bank atau LHDN.
  • Scam pekerjaan: Menawarkan pekerjaan palsu dengan bayaran tertentu sebagai ‘yuran permulaan’.

Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer

cara dapatkan balik duit dari scammer

Kadang-kadang rasa nak marah pun ada sebab, naif sangat pembeli online kat Malaysia ni tentang scammer. Tak dapat nak beza kat mana selamat dan tak selamat semasa nak jual beli. Tak dapat beza benda tu tipu atau tak. Bila kena tipu mulalah Whatapps saya untuk minta nasihat sebab saya pernah kupaskan isu ni dalam channel YouTube blogfaiz dengan topik macam mana nak dapatkan semula wang yang kena scam.

Di sini saya ada tiga cara yang boleh kongsikan kepada korang macam mana nak dapatkan duit balik dari scammer jika kena scam.

Cara #1 Report Polis dan Pergi Bank

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk info anda, cara ni dah terbukti berkesan daripada pengalaman orang yang dah pernah kena tipu.

Ikut tutorial di bawah untuk buat cara ni.

Langkah 1 Pergi ke balai polis berhampiran untuk buat report polis. Masa buat report polis tu, korang beritahu macam ayat yang diberitahu dalam gambar di bawah.

SAYA TELAH MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN YANG SALAH. REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK.

cara dapatkan balik duit dari scammer

Langkah 2 Lepas dah siap report, terus pergi ke bank untuk tuntut balik wang tersebut.

Dari apa yang saya baca dan dengar pengalaman orang lain, duit tu pihak bank akan bagi semula dengan cara tarik duit dari akaun scammer tu.

Pernah ada orang tanya saya.

Bank mana nak pergi kalau terlibat dua bank? Macam contoh korang bank Maybank dan scammer ni bank CIMB.

Pergi ke bank yang korang buat transaksi tu.

Sebagai contoh korang guna bank Maybank, pergi ke Maybank.

Pergi dulu dan cuba dapatkan nasihat dari pihak bank macam mana.

Jika itu memang rezeki korang, korang boleh dapat balik duit tersebut.

Selain tu juga, cuba beritahu pekerja bank untuk dapatkan info penuh untuk akaun tersebut seperti nama, alamat dan sebagainya. Beritahu untuk tujuan mahkamah sambil tunjukkan laporan polis.

Benda ni amat penting jika korang nak buat tuntutan tribunal nanti.

Cara #2 Tuntutan Tribunal

Untuk tuntutan tribunal ni adalah berjumlah kurang daripada RM25,000 sahaja (terbaru RM50,000). Dan cara ni berkesan jika kita tahu info scammer tu seperti alamat rumah, nombor telefon dan akaun bank.

Untuk buat tuntutan tribunal, sila ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Pergi ke laman web https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home dan buat pendaftaran akaun dulu.

Langkah 2 Lepas dah daftar sila login dan buka file tuntutan. File tuntutan ni korang akan dikenakan sebanyak RM5 sahaja.

Itu saja.

Jika nak lebih detail, boleh tengok panduan lengkap cara buat tuntutan tribunal.

Kemudian file yang korang isi tu pihak tribunal tuntutan akan menghantar kepada seller. Dalam tu nanti seller atau scammer ni akan diberitahu tarikh dan masa untuk perbicaraan di mahkamah.

Jika perbicaraan di mahkamah didapati seller/scammer salah dan buyer betul, pihak mahkamah akan menyuruh seller ni membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

Apa terjadi jika seller/scammer tidak bayar dalam tempoh yang ditetapkan?

Pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap seller yang tidak mahu bayar balik duit.

Boleh tengok video bawah ni cara-cara buat tuntutan tribunal.

Cara #3 Mahkamah Tuntutan Kecil

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk mahkamah tuntutan kecil ni pula hanya untuk bernilai RM5000 ke bawah sahaja. Jadi, kalau korang kena scam bawah RM5000 boleh guna cara ni.

Cara ni digunakan untuk saman penjual yang telah melanggar kontrak. Bila sebut pasal kontrak mesti korang fikir kertas hitam putih kan?

Tak. Istilah kontrak ni boleh jadi dengan sangat mudah di mahkamah apabila ada perjanjian dua hala dan masing-masing bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan di bawah akal yang waras.

Sebagai contoh korang ada buat pembelian telefon dan dijanjikan oleh seller akan sampai dalam tempoh 7 hari. Tapi, dalam masa 21 hari telefon belum sampai. Ini dinamakan melanggar kontrak.

Untuk cara ni, prosedure sangat ringkas dan mudah. Kita tak perlukan peguam pun

Cara-cara nak buat tuntutan boleh rujuk tutorial bagaimana nak buat tuntutan mahkamah kecil.

Jadi, sebaik sahaja korang ikut prosedur untuk memulakan kes, ini adalah perkara paling penting yang korang kena tunjukkan kepada hakim:

  • Pertama, korang kena buktikan adanya kontrak antara korang dan penjual. Korang boleh buktikan hal ini, dengan tunjukkan screenshot teks antara korang dan penjual, atau cetak pengesahan pesanan.
  • Kedua, korang kena buktikan yang penjual tak hantar barang kepada korang. Sebagai contoh, korang tunjukkan screenshot teks korang yang tanya penjual mana barang korang, atau dengan kegagalan penjual untuk tunjukkan resit pos.

Saya harap langkah ni korang tahu bagaimana proses perjalanan untuk tuntutan tribunal pengguna ni.

Alternatif Lain Cara Dapatkan Balik Duit dari Scammer

1. Bertindak Segera – Jangan Tunggu

Langkah pertama dan paling penting ialah bertindak segera selepas menyedari anda telah ditipu. Setiap minit sangat berharga untuk menjejaki transaksi dan meminimumkan kerugian.

2. Kumpul Semua Bukti Transaksi

Simpan segala bukti berkaitan transaksi dan komunikasi seperti:

  • Resit atau bukti pemindahan wang
  • Nombor akaun scammer
  • Mesej, e-mel, atau perbualan WhatsApp
  • Tangkapan skrin laman web atau profil sosial scammer

Bukti ini sangat penting untuk laporan polis dan juga siasatan pihak bank.

3. Buat Laporan Polis

Pergi ke balai polis berhampiran dan buat laporan rasmi. Pastikan anda memberikan maklumat berikut:

  • Masa dan tarikh kejadian
  • Jumlah wang yang hilang
  • Butiran scammer (jika ada)
  • Salinan bukti transaksi

Laporan polis ini juga diperlukan jika anda ingin meneruskan siasatan bersama pihak bank atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

4. Lapor ke Bank Anda

Jika wang dipindahkan melalui akaun bank, segera hubungi pihak bank untuk:

  • Maklumkan mengenai penipuan
  • Mohon untuk ‘freeze’ akaun penerima (jika masih sempat)
  • Tuntut permohonan siasatan dan kemungkinan pemulangan semula dana

Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan RHB mempunyai unit khas untuk menangani penipuan kewangan. Laporan awal yang lengkap akan mempercepatkan siasatan.

5. Semak dengan CCID Scam Response Center

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menyediakan CCID Scam Response Center untuk membantu orang awam mengesahkan nombor akaun scammer dan melaporkan kes.

  • Nombor hotline: 03-2610 1559 / 03-2610 1599
  • Waktu operasi: Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam

Anda juga boleh menyemak nombor akaun atau nombor telefon scammer di portal semakmule.rmp.gov.my

6. Buat Aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)

Jika anda tidak berpuas hati dengan tindakan bank, anda boleh membuat aduan kepada BNMTELELINK – satu saluran rasmi oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima aduan berkaitan perkhidmatan kewangan.

7. Laporkan kepada SKMM

Sekiranya scammer menggunakan platform seperti WhatsApp, laman web, atau media sosial, anda boleh laporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Laporan ini membantu agar tindakan sekatan akaun atau tapisan laman web dapat diambil.

8. Gunakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sekiranya anda membeli produk atau servis melalui platform e-dagang dan ditipu, anda boleh failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Had tuntutan adalah sehingga RM50,000.

Proses ini mudah dan tidak memerlukan peguam.

Bolehkah Duit Dikembalikan?

Kebarangkalian untuk dapatkan semula wang bergantung kepada beberapa faktor:

FaktorPenjelasan
Cepat bertindakSemakin cepat anda buat laporan, semakin tinggi peluang wang masih belum dikeluarkan
Jenis transaksiPemindahan sesama bank tempatan lebih mudah dijejaki berbanding transaksi kripto
Kerjasama scammerJika scammer dapat dikesan dan ditahan, proses pengembalian duit lebih mudah
Keputusan siasatan bank/polisDuit hanya akan dipulangkan jika terbukti ia diperoleh secara penipuan

Kata-Kata Semangat Untuk Mangsa Scammer

Pertama sekali, bila kita kena scam, jangan terlalu panik.

Ya saya tahu mesti korang akan panik sebab duit akan hilang macam tu je.

Tapi still ada cara dan usaha untuk korang dapatkan semula hak korang tu. Dah ada contoh di atas mereka yang buat report dan pergi bank untuk dapatkan semula wang tersebut. Mungkin rezeki dia, dia dapat semula wang tu.

Sebab apa jangan panik sebab bila panik otak kita takkan dapat berfikir dengan baik apa yang perlu dibuat.

Bila kena scam dalam jumlah tidak melebihi RM50,000 kita terpaksa menghadap tiga agensi yang saya beritahu di atas ni iaitu pihak polis, pihak bank dan juga pihak tuntutan tribunal. Masing-masing ada peranan sendiri dan korang cuba berusaha di atas apa idea yang telah saya sampaikan.

Dalam panduan di atas saya ada beritahu masa buat report polis untuk kita katakan tersalah masuk wang dalam akaun.

Untuk pengetahuan korang. Idea tersebut saya dapat dari salah seorang yang dah berjaya buat dengan cara tu.

Tapi saya sarankan untuk korang buat report yang sebetulnya jika korang nak buat tuntutan tribunal supaya perjalanan cerita tidak jadi berbelit.

Jika nak buat juga report seperti yang saya beritahu di atas, bincang dulu dengan pihak polis untuk kebenaran buat report tersebut.

Lepas kita dah buat semua usaha kita untuk dapatkan semula wang tersebut, kita berdoa dan tawakkal supaya segala urusan kita dipermudahkan dan peluang untuk dapatkan semula wang tersebut berjalan dengan lancar.

Kata-Kata Untuk Scammer

Kepada korang yang buat kerja scam ni, harap boleh berhenti dan bertaubat sebab dosa kita dengan manusia adalah paling susah untuk kita hapuskan melainkan orang tersebut memaafkan korang.

Sedap ke buat kerja tipu orang ni?

Korang tak letih ke?

Sampai bila nak buat kerja tipu orang ni?

Jika badan fizikal sihat dan kuat, cubalah cari rezeki yang halal. Sekalipun badan fizikal ada cacat pun masih ada banyak peluang pekerjaan untuk orang cacat.

Atas dunia korang boleh terlepas.

Akhirat nanti korang akan tahu nasib.

Kesimpulan

Penipuan dalam talian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk individu yang berpendidikan tinggi. Namun, dengan pengetahuan dan tindakan yang betul, masih ada peluang untuk dapatkan balik duit dari scammer. Kuncinya adalah bertindak cepat, simpan semua bukti, dan gunakan semua saluran yang sah.

Sebagai pengguna internet yang bijak, kita perlu lebih berwaspada dan menyedari betapa liciknya taktik scammer zaman moden ini. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya.

Dalam artikel ini, korang telah belajar macam mana cara nak dapatkan balik duit dari scammer. Nasihat saya, kalau nak buat apa-apa transaksi online tu, berhati-hatilah terutama dalam jumlah yang besar.

Sedih bila lihat pada hari ini masih ramai lagi yang kena tipu dan scammer pula bersuka ria atas kedukaan kita.

Kalau nak lihat dalam bentuk video, boleh lihat video di bawah ni.

Jika anda pernah menjadi mangsa, jangan malu untuk berkongsi pengalaman – ia mungkin dapat menyelamatkan orang lain daripada turut ditipu.

Soalan Lazim (FAQ) Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer

Adakah saya boleh dapatkan semula duit jika sudah ditipu scammer?

Ya, tetapi peluangnya bergantung kepada seberapa cepat anda bertindak. Jika wang masih belum dikeluarkan oleh scammer, pihak bank mungkin boleh membekukan akaun penerima. Oleh itu, penting untuk buat laporan segera kepada bank dan polis.

Berapa lama proses siasatan pihak bank atau polis akan mengambil masa?

Tempoh siasatan berbeza-beza, bergantung kepada kerumitan kes. Biasanya, pihak bank memerlukan antara 14 hingga 60 hari bekerja untuk menyelesaikan siasatan. Polis pula akan maklumkan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa.

Adakah nombor akaun scammer boleh digunakan semula untuk menipu orang lain?

Ya, nombor akaun yang tidak disekat atau belum dilaporkan boleh digunakan semula. Sebab itulah penting untuk semak dan lapor di semakmule.rmp.gov.my agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Apa yang perlu saya buat jika saya ditipu melalui Shopee atau Lazada?

Jika anda ditipu melalui platform rasmi seperti Shopee atau Lazada, buat aduan terus melalui sistem khidmat pelanggan mereka. Kebanyakan platform ini menawarkan perlindungan pembeli, dan anda boleh menuntut semula wang sekiranya ada bukti kukuh.

Adakah scammer boleh ditangkap jika berada di luar negara?

Agak sukar, tetapi bukan mustahil. Pihak berkuasa Malaysia boleh bekerjasama dengan Interpol atau agensi keselamatan luar negara jika kes itu serius dan melibatkan banyak mangsa.

Perlukah saya melantik peguam untuk tuntut balik duit dari scammer?

Tidak semestinya. Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan saluran rasmi seperti bank, polis atau Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tanpa perlu melantik peguam. Namun jika jumlah wang besar atau kes rumit, bantuan guaman mungkin diperlukan.

Saya malu untuk laporkan kerana takut dituduh cuai. Perlu ke saya teruskan?

Ya, anda digalakkan membuat laporan. Undang-undang di Malaysia tidak menyalahkan mangsa, sebaliknya menumpukan kepada tangkapan penjenayah. Lagi awal anda lapor, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan semula wang dan mencegah orang lain menjadi mangsa.

Rujukan

  1. 6 Cara Dapatkan Duit Dari Scammer
  2. Jika anda telah memindah wang dan terasa tertipu, cepat hubungi di talian 997 segera

Adakah anda nak beriklan di halaman artikel ini? Jika artikel ini sesuai dengan bisnes ataupun servis anda, boleh hubungi saya untuk beriklan di sini. Boleh letak website, gambar produk atau nombor telefon terus ke Whatsapp anda untuk pelanggan hubungi. 😁

Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Keyword:

Related Post:

Faiz Alias

Seorang blogger (blogfaiz.com) dan freelancer yang aktif menulis. Selain berkongsi ilmu melalui blog, saya juga menawarkan servis pembinaan laman web profesional melalui Fastudio.my, membantu individu dan perniagaan mendapatkan laman web yang kemas, pantas, dan mesra pengguna.

Hubungi saya untuk kolaborasi, servis web, atau pertanyaan!

follow me

Kategori

|

Sponsored

|

Arkib Post

Iklan

513 Comments

  1. Zulaika

    Aslkum nak minta pendapat. Saya ada beli sofa dlm marketplace di fb dgn sorang cina ni, dh contact ape semua, dia kata nk selfpikup boleh nak dia htr pon boleh, sy minta dia htr.dia kata kalau nk dia hantar dia ambik payament utk booking dlu. Rm200. Sofa tu rm650 dy jual. So sy trnsfer rm200 tu, dia janji esok nya nk hantar sbb arrange lory. Sy tggu seharian xdtg. Sy cek balik fb dia dah jd facebook user. Conversation di messenger hilang . Tapi dia still reply ws sy wlaupun lmbt , sy tnya bila lory nk htr apa smua. Dia kata klau lory tu xsmpai sblum 6ptg dy nk refund. Then lory tu mmg xdtg, sy mntk refund. Lama tu dia kata dia dh trnsfer. Melalui IBG. So IBG mmg kna ambil masa 3 hari. Hrini hari ketiga. Dia diam je. So apa perlu sy buat? Boleh ke sy tuntut duit tu di bank. ?

    Reply
    • FaizAlias

      so sekarang ni berapa yang cik rugi? RM200?

      Reply
  2. Jamilah

    Hai sy nak tanya..
    Sy bru je kne scemer pinjaman berlesen katenye..1st die mintak 320 untuk aktifkan credit bayaran for every mount sbab drang tak buat auto debit katenya..lpas sy bg die mntak lg 530 untuk bulan paymant sbab katenya die nak lepaskan lone sy dan duit tu akan pulang balik..lpastu die mntak lg 400 sbab belum lepas..sy penat asik2 mntak trus sy ckap nak cancel..bile sy cancel die still mntak duit 600 sbab die kate sy ade sign agrement dlam agrement tu mmang ade tulis bile cancel kne bayar 20% dri pada duit yg d pinjam..skrg ni sy nak buat report polis sbab sy taku die salah gunakan IC sy..sbab sy ada bg gambar IC..bole ke buat report untuk tu?sy bkan nak duit sy..tp takut nama sy d salah guna dgan dia..

    Reply
    • FaizAlias

      sedih saya baca cerita ni…akak tau ke x? semua pinjaman berlesen luar sana tu adalah Ah Long ada lesen atau Scammer. Dua tu je…Dua2 boleh buat akak merana sepanjang hidup…buat laporan polis segera

      Reply
  3. Rosnawati

    Assalamualaikum. Saya nak minta pendapat. Disebabkan PKP saya belikan anak 2in1 tab untuk sesi pdpr secara cod Tetapi apabila barang diterima tidak sama seperti barang yang di pesan. Walaupun cuma RM276 ia tetap wang.

    Reply
    • FaizAlias

      wsalam….akak beli tab? 2in1? maksudnya? maaf akak kalau saya cakap tab yang harga RM276 ni sama je dengan tab mainan…sepatut tu yg layak…mungkin seller ni claim lebih yang tab tu “Gempak” dan buat akak terjerat…tapi serius saya cakap kalau dia bagi tab yang sama mcm mainan pun kira dah ok dengan harga tu….sini saya rasa xde masalah akak kena scam..cuma seller ni mungkin claim lebih pasal tab tu….

      Reply
  4. Yuki

    Hai, sya nak tanya sya kena scam..
    Kerja online part time..amount yg sya transfer rm30,000 semua masuk ke acc bank yg berlainan.. skrg apa yg patut sya buat bole tak duit ku d tuntut balik..

    Reply
    • FaizAlias

      pergi bank buat report salah transfer akaun bang…buat juga report polis

      Reply
      • Yuki

        Slmt ptg boleh sya tanya sya kena tipu scammer sya apply kerja part time online tapi sya kena tipu.. Duit sya 30k habis d tipu boleh tanya klu mcm tu duit tu bole sya dpt balik tak?

      • FaizAlias

        selamat petang…saya cadangkan cik buat tuntutan tribunal….buat report polis juga….tuan kena scam di Malaysia ke?

      • Mimi

        Hi, sama la. Sy rasa sy kena scam. Sy ada join part time online kononnya affiliate marketing shopee, lps buat task 3x boleh lg dpt refund+commission. Tp bila dh kali keempat dan seterusnya, bayar dh almost 10k, tp belum dpt refund apa2 lg, katanya system dia ckp ‘refund failed due to 1 item missed’, so sy keep on bayar2 la igtkan boleh settle..last2 still dpt respon yg sama..mcm mna ye? Sy transfer ke 2 acc bank berlainan..dia kata system akan hold kita punya duit until task completed. Tp dh xboleh nk percaya, sbb makin lama harga tu makin bnyk nk kena bayar..so nk report police, boleh dpt duit tu balik x?

      • Mimi

        Sama la, klau nk bt tuntutan tribunal tp tiada maklumat dia mcm mna? sy xthu company name ic semua tu sbb dia cuatomer care shj, cuma ada acc bank dan nama sahaja yg dia sruh transfer…Still boleh ke buat tuntutan tribunal? Then katakanlah, penentang tu betul n kita salah dan dia nk bela diri dia plak, mcm mna?

      • FaizAlias

        untuk tuntutan tribunal, cik pergi ke cawangan KPNHEP berdekatan dan tanya mereka cara nak buat tuntutan tribunal

    • FaizAlias

      pergi bank buat report salah transfer akaun bang…buat juga report polis

      Reply
    • Mimi

      Assalamualaikum faiz. Sy mimi. Sy nk tanya, sy ada join satu job ni kononnya part time online like affiliate marketing shopee via facebook. Mula2 start bt task tu okay je boleh dpt balik duit sekali dgn commission..tp lps dh kali keempat n seterusnya, dia suruh bayar lg sbb dia kata system ‘refund failed due to 1 item missed’..so sy dgn bodohnya pi ikut ckp dia, transfer lg duit sbb igtkan boleh la dpt balik duit lps dh complete task ni..tp still failed dan tak boleh refund, jd duit sy tu system hold dlu..so duit sy skrg dh rm16k x dpt balik..

      Sy ada baca blog faiz ttg tuntutan tribunal tu, tp maklumat job online ni tiada sbb dia customer care shj, cuma ada la 2 bank acc dgn nama yg dia bg untuk kita transfer duit kat dia..still boleh ke buat tuntutan tu klau butiran x lengkap?

      Then, sy ada jg ckp kat dia yg sy nk report polis, dia pon ckp yg dia pon ada legal lawyers bagai jg..so mcm mna ye? Katakanlah, dia betul n sy salah, nnti kat mahkamah dia nk bela diri dia, sy ke yg kena ganti rugi plak? Or mcm mna, boleh minta pendapat faiz x?

      And what if penentang tu xdtg ke mahkamah, apa akn berlaku? Akan dipostponed atau dikira kita menang?

      Reply
      • FaizAlias

        Cik kena buat 3 benda ni

        1. report polis (walaupun polis tak membantu kita untuk dapatkan duit semula, report polis sangat penting)
        2. pergi bank minta nasihat sambil tunjukkan report polis
        3. Pergi ke tuntutan tribunal (tuntutan tribunal sangat membantu dapatkan duit semula)

      • Mimi

        Sy cuma ada maklumat dua bank acc number sekali dgn nama diorg shj..still boleh proceed ke buat tuntutan tribunal?

      • Qilah

        Hi mimi, nak tanya, macam mana ya awak berjaya dapatkan balik duit awak ? Sebab saya baru je kena… 😔 saya nak buat report polis esok… dan pergi minta bantuan pihak bank. Boleh tau mimi punya kes masih berjalan atau macam mana ? Saya rasa down sangat sekarang sebab melibatkan RM23k

  5. Momoyyy

    Buat buat tuntutan tribunal mmg berkesan Saya pernh kene tipu 8k atas urusan deposit kete . Sya berurusan dengan org yg Bukn keje stuw tapi dia buka resit atas Nama kedai tu . Bila busy tuntutan tribunal . Dia akn sruh company kete tu until Lunas kan duit 8 k tu alhamdullilah akhir nya dapat jugak cuma makan Masa dalam 5 Hari mcm tu . Kadang ii kawan sndiri pun boleh scam Kita so behave. Kalau report polis Tak jalan . Terus pergi tuntun tribunal . Pastikan Ada bukti dn kene photostat semua nya segala chatting or pembayaran tu .

    Reply
    • FaizAlias

      betul…kebanyakkan saya sarankan untuk pergi ke tuntutan tribunal…memang berkesan….polis bukan apa…mereka terlalu banyak kes nak handle…

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest