Apa Jadi Jika Kerajaan Cetak Wang Kertas Dengan Banyak?

Apa jadi jika kerajaan cetak wang kertas dengan banyak? Pernah tak kita fikir kenapa kerajaan tak cetak je wang dengan banyak untuk membantu rakyat ketika Covid dan sekaligus memberikan kekayaan kepada negara.

Tapi tahukah korang, jika kerajaan cetak wang dengan banyak, harga barang di sesebuah negara tu boleh meningkat berlipat kali ganda.

cetak wang kertas

Macam mana benda ni boleh berlaku?

Kita ambil contoh di sini. Andaikata kerajaan cetak wang RM50k dan diagihkan pada setiap rakyat, kuasa membeli di kalangan rakyat akan meningkat tapi pada masa yang sama bekalan barang dan bahan mentah di pasaran tetap sama. Tak berubah.

Sebagai contoh, biskut. Setiap rakyat di Malaysia ni membeli biskut tapi bekalan terhad. Maka harga biskut tersebut akan meningkat.

Konsep dia mudah macam ni lah.

Siapa pernah pergi bercuti masa musim cuti sekolah mesti akan perasan yang harga hotel pada musim cuti sekolah berlipat kali ganda naik sedangkan harga asal jauh lebih murah dari tu. Sebab masa musim cuti sekolah, permintaan hotel ni banyak.

Sama juga macam tadi.

Bila bekalan terhad, hotel terhad, pengeluar terpaksa menaikkan harga sesuatu produk untuk memenuhi setiap permintaan yang ada. Selain tu, pengeluar terpaksa menanggung kos bahan mentah dan menambah bilangan pekerja. Jadi benda nilah yang akan menyebabkan sesuatu barang tu boleh berlaku.

Kalau korang nak tahu, inilah yang kita namakan sebagai hiperinflasi di mana permintaan lebih banyak dari bekalan. Di sini aku berikan contoh di mana negara Zimbabwe antara negara yang paling teruk kesan hiperinflasi iaitu selama 10 tahun sebabnya negara tersebut telah mencetak wang kertas dengan sangat banyak dan tanpa had sebelum ini.

Disebabkan impak hiperinflasi ni, rakyat Zimbabwe ni terpaksa membawa beg plastik yang mengandungi wang untuk membeli keperluan harian seperti tepung, biskut dan barangan dapur yang lain. Korang boleh bayangkan harga barang mereka pada masa tu meningkat dua kali ganda dalam tempoh 24 jam sahaja.

Laporan pernah ada mengatakan bahawa negara Zimbabwe telah mencetak sebanyak 100 trilion dolar Zimbabwe pada tahun 2008 tetapi jumlah sebanyak itu tetap tidak cukup untuk membayar harga sewa teksi.

Korang boleh bayangkan sendiri telur ayam pada tahun 2015 adalah berharga 100 billion dollar Zimbabwe. Betapa dahsyatnya kesan hiperinflasi pada sesebuah negara kerana terlebih cetak wang.

Pada 12 April 2019, dolar Zimbabwe ni sudah tiada nilai lagi dan telah digantung selamanya kerana kegagalan ekonomi dan hiperinflasi yang teruk.

Bagi menggantikan dolar Zimbabwe yang telah lumpuh, kerajaan Zimbabwe terpaksa menggunakan 9 matawang asing dan sekaligus negara Zimbabwe ni satu-satunya negara yang menggunakan banyak matawang tapi sah.

Antaranya matawang yang digunakan adalah Dolar Amerika, Yuan China, rand Afrika Selatan, Pound Sterling UK, Yen Jepun dan Euro. Tapi kalau ada transaksi rasmi dari kerajaan semuanya akan guna Dolar Amerika.

Kalau nak nampak lebih jelas, boleh tengok video di bawah ni.

Kesimpulan

Jadi jelaslah di sini, jika kerajaan mencetak wang dengan banyak, keburukkan akan lebih banyak berlaku dari kebaikkan. Kesimpulan di sini, jika sesebuah negara cetak banyak wang, nilai duit jatuh dan harga barang pula akan meningkat.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top