7 Jenis Polis Malaysia

Jenis Polis Yang Perlu Korang Tahu | Polis adalah salah satu pekerjaan yang paling mencabar kerana tanggungjawab seorang polis sangat besar iaitu menjaga keamanan rakyat di sesebuah negara. Tanpa wujudnya anggota polis, hidup di sesebuah negara akan dipenuhi dengan pelbagai jenayah yang tiada berkesudahan.

Sebelum tu mari kita lihat dahulu apa tugas polis.

Tugas Polis

Pegawai polis secara amnya diberi tanggungjawab untuk menangkap penjenayah dan mencegah dan mengesan jenayah, melindungi, memberikan bantuan kepada orang awam, dan memastikan ketenteraman awam selamat. Pegawai polis juga mempunyai kuasa untuk menangkap orang dan menahan bagi sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara.

Sesetengah pegawai dilatih dalam tugas khas, seperti anti-keganasan, pengawasan, perlindungan kanak-kanak, perlindungan VIP, penguatkuasaan undang-undang sivil dan teknik penyiasatan jenayah utama termasuk penipuan, rogol, pembunuhan, dan pengedaran dadah.

Walaupun ramai pegawai polis memakai pakaian seragam, sesetengah pegawai polis berpakaian sederhana untuk berinteraksi sebagai orang awam. Di kebanyakan negara, pegawai polis diberi pengecualian daripada undang-undang tertentu untuk melaksanakan tugas mereka. Sebagai contoh, seseorang pegawai boleh menggunakan kekerasan jika perlu untuk menangkap atau menahan seseorang apabila berlaku serangan.

7 Jenis Polis Malaysia

jenis polis

Mesti korang ingat sebelum ni polis ni ada satu jenis polis je kan? Sebenarnya, polis ni ada banyak jenis. Contohnya Polis awam, polis trafik, marin dan sebagainya. Jadi dalam artikel ni saya nak jelaskan pada korang apa sebenarnya peranan setiap polis ni.

Berikut adalah beberapa jenis polis yang ada di malaysia

#1. Polis Awam

polis awam

Polis awam ni merupakan polis biasa yang kita lihat yang berpakaian uniform polis seakan-akan berwarna hitam. Polis awam ditugaskan untuk memantau dan memastikan tempat awam dalam keadaan selamat dari sebarang ancaman jenayah.

#2. Polis Trafik

polis trafik

Polis trafik sama saja dengan polis awam tetapi polis trafik ditugaskan di bahagian unit trafik dengan memantau setiap pengguna mematuhi undang-undang jalan raya. Namun skop kerja seorang polis trafik bukan itu saja. Jika ada sebarang jenayah, polis trafik juga mempunyai kuasa untuk menangkap penjenayah.

#3. Polis PGA

polis pga atau polis hutan

PGA bermaksud Pasukan Gerakkan Am di mana polis PGA jika korang perhatikan sekarang ni mereka banyak ditugaskan untuk menjaga sempadan negara. Semasa kita rentas sempadan Thailand, kita akan dapat lihat polis PGA sedang menjaga sempadan. Mereka juga dari PDRM dan bukan dari agensi mana-mana.

PGA sebenarnya merupakan sebuah pasukan separa tentera kerana dahulunya tertubuh pasukan PGA adalah untuk menangkap penjenayah dan komunis yang bersembunyi dalam hutan. Itu sebab kenapa PGA dahulu dipanggil juga sebagai Polis Hutan.

#4. Polis Marin

polis marin

Polis marin merupakan salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Tugas utama polis marin adalah menjaga keselamatan laut dari ancaman lanun laut untuk merompak hasil rakyat Malaysia yang bekerja di atas kapal.

#5. VAT 69/PGK Barvo

polis komando vat 69

Korang ingat komando hanya untuk askar saja? Dalam polis pun ada juga unit komando dikenali sebagai VAT 69. Untuk menjadi seorang komando polis, ia bukanlah satu benda yang mudah kerana latihan komando polis sama saja dengan komando. Tugas komando polis adalah untuk membebaskan tawanan dalam keadaan situasi getir, perang hutan, perang di bandar dan sebagainya. Mereka juga berkemahiran dalam perang Gurilla.

#6. Polis Sukarelawan

sukarelawan polis

Sukarelawan polis atau dipanggil sebagai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) adalah salah satu sumber sokongan kepada pihak PDRM bagi mengawal dan mencegah jenayah dalam negara. Fungsi sukarelawan polis ni sama seperti Askar Wataniah yang membantu askar dalam menjalankan tugas seharian.

Sukarelawan polis mempunyai kuasa yang sama seperti seorang polis biasa di mana ia boleh menggunakan senjata api, menggeledah dan menangkap pesalah.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan dari laman web Sistem Semakan Online (SSO) Polis Diraja Malaysia.

#7. Polis Bantuan

polis bantuan

Polis bantuan merupakan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S). Di negara barat seperti Amerika Syarikat, polis bantuan mereka dikenali sebagai “Security Police”. Mereka juga diberikan kuasa untuk melaksanakan undang-undang kebangsaan dan persekutuan untuk mengelakkan jenayah. Cuma bezanya polis bantuan ni hanya berkuasa di tempat ia bertugas sahaja. Sebagai contoh jika ada polis bantuan bertugas di sesebuah pasar raya, ia hanya mempunyai kuasa di pasar raya tersebut sahaja untuk melaksanakan undang-undang.

Kesimpulan

Jadi, itulah beberapa jenis polis yang ada di Malaysia. Sebenarnya dalam jawatan polis, terdapat berpuluh-puluh unit lagi dan setiap unit tu mempunyai peranan dan tangunggjawab masing-masing. Apa pun jenis polis yang ada di Malaysia, mereka cuma mempunyai satu misi saja iaitu memastikan negara Malaysia aman dan damai.

Soalan Lazim

Apa beza Sheriff dan Polis?

Di Malaysia kita tak ada Sheriff. Tapi di negara seperti Amerika, Sheriff ni tanggungjawab lebih tinggi dari seorang anggota polis.

Bila wujudnya polis di Malaysia

Institusi kepolisan moden di negara ini bermula dengan termaktubnya Charter of Justice di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Ia bermula dengan kewujudan jawatan High Sheriff dan Deputy Sheriff yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan serta menguatkuasakan undang-undang.

Dari mana asal gelaran “Diraja” untuk polis?

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad telah berkenan menganugerahkan gelaran “Diraja” kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 24 Julai 1958.

Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama “Polis Diraja Persekutuan” atau “The Royal Federation of Malayan Police” sebelum ditukarkan kepada “Polis Diraja Malaysia” selepas terbentuknya Malaysia.

Bilakah kali pertama sambutan hari polis diadakan?

Sambutan Hari Polis yang pertama diadakan pada 25 Mac 1975 iaitu sempena ulang tahun pasukan ke-168. Sambutan ini dibuat secara serentak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top