013-9346624 (Whatsapp Only)
Apa Itu Strok Haba? Cara Mencegah Dan Mengatasinya

Apa Itu Strok Haba? Cara Mencegah Dan Mengatasinya

Apa itu strok haba? Sejak akhir ni, suhu persekitaran di negara Malaysia naik dengan mendadak sehingga suhu mencecah 35 hingga 37 darjah celcius di mana suhu tersebut adalah suhu ditahap berjaga-jaga. Suhu normal bagi negara Malaysia adalah 21 – 32 darjah celcius sahaja.

Baru-baru ni Malaysia telah digemparkan dengan dua kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan strok haba. Bila post mortem dilakukan, doktor mengesahkan banyak organ dalaman telah “hangus”. Punca strok haba ni adalah dari cuaca panas yang melampau.

Ni satu lagi aku nak beritahu. Ramai yang salah faham bila doktor beritahu hangus tu, mereka fikir hangus macam kena bakar. Sebenarnya tidak. Hangus maksud doktor di sini organ kanak-kanak tersebut kelihatan kering melampau seolah-olah hangus terbakar akibat kekeringan air dan suhu panas yang melampau dalam badan.

apa itu strok haba

Apa itu Strok Haba?

Apa itu strok haba? Strok haba adalah salah satu jenis penyakit kepanasan yang melampau yang dialami oleh seseorang dengan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. Dengan suhu badan tersebut, manusia akan mengalami kekeliruan dan bingung. Punca terkena strok haba adalah disebabkan terdedah oleh cuaca atau suhu persekitaran yang terlalu panas.

Paling menakutkan, seseorang yang terkena strok haba ni boleh berlaku secara berperingkat-peringkat. Gejala demi gejala sehingga meninggal secara mengejut.

Tapi tak perlu risau jika korang dapat kesan awal yang korang terkena strok haba sebab kita boleh atasinya dengan baik.

Jadi korang dah tahu ke maksud apa itu strok haba?

Tanda Dan Gelaja Strok Haba

Macam mana nak tahu seseorang tu terkena strok haba ni?

Berikut adalah beberapa tanda jika seseorang terkena strok haba. Sila perhatikan dan pantau keluarga masing-masing jika ada tanda seperti berikut.

  1. Suhu melebihi 40 darjah celcius.
  2. Rasa keliru, bercelaru dan bingung.
  3. Merasa pening kepala dan mual.
  4. Badan yang sangat lemah.
  5. Bercakap tidak jelas.
  6. Mengalami kekejangan otot.

Rawatan

Jika korang rasa seseorang tu terkena strok haba, ini perkara yang korang kena lakukan sebab jika lambat bertindak, orang yang terkena strok haba boleh menyebabkan fungsi organ mengalami kegagalan dan membawa maut.

Langkah 1 Sila longgarkan bajunya supaya haba dapat keluar dan badan dapat kena udara serta memudahkanya untuk bernafas.

Langkah 2 Beri minum air putih sejuk untuk menyejukkan dalaman tubuh. Jangan paksa jika pesakit keliru.

Langkah 3 Kalau boleh, renjis air, lap atau mandikan pesakit tersebut supaya dapat mengurangkan kesan panas dalam tubuh.

Langkah 4 Letakkan diruang yang lebih terbuka seperti di ruang tamu berbanding dalam bilik.

Langkah 5 Pastikan ada pengaliran udara yang baik.

Langkah 6 Bawa pergi ke hospital dengan segera jika pesakit dah agak reda atau boleh terus call ambulans jika keadaan semakin teruk.

Harap dengan korang tahu apa itu strok haba, korang akan lebih cepat kesan gejala-gejala yang dialami oleh seseorang tu.

Pencegahan Strok Haba

Kita selalu tekankan kaedah rawatan berbanding pencegahan sedangkan pencegahanlah kita dapat mengelakkan sesuatu penyakit dan dapat elakkan dari rawatan.

Jadi, macam mana nak cegah dari terkena strok haba ni?

  1. Guna pakaian nipis, berwarna terang & berlengan pendek.
  2. Bayi tak perlu bedung tebal dan ketat.
  3. Kurangkan penggunaan mitten dan booties bayi.
  4. Gunakan kipas siling, kipas berdiri, penghawa dingin.
  5. Buka tingkap untuk pengaliran udara yang baik.
  6. Kerap beri minum air kosong atau susu.
  7. Kerap mandikan anak.
  8. Elakkan minum minuman yang mengandungi alkohol dan kafein.
  9. Elakkan dari terkena matahari secara langsung.

Tips Sejukkan Rumah Kayu Beratap Zink

Di sini saya nak kongsikan pada korang beberapa tips yang boleh korang ikut untuk sejukkan rumah korang tu sebab kebanyakkan rumah di kampung-kampung ni masih lagi panas macam duduk dalam oven.

  1. Jika korang masih lagi pakai zink besi, cuba cari zink yang dibuat dari tanah liat. Jika zaman dulu ada, tapi zaman sekarang saya tak pasti masih wujud lagi ke tak atap macam tu.
  2. Tolong pasang siling rumah walaupun rumah korang rumah kayu kerana siling akan menghalang haba dari atap turun ke bawah.
  3. Boleh cuba letak aluminium foil atas siling untuk menghalang haba merebak ke dalam rumah.
  4. Buka segala tingkap rumah yang ada supaya angin dapat bawa haba keluar dari dalam rumah.

Soalan Lazim

Berapa suhu normal di Malaysia?

Suhu normal di Malaysia adalah antara 21 – 32 darjah celcius sahaja. Jika lebih dari tu, suhu di Malaysia agak panas dan perlu berjaga-jaga.

Berapa suhu tahap berjaga-jaga di Malaysia?

Suhu persekitaran ditahap berjaga-jaga di Malaysia adalah 35 darjah celcius ke atas.

Bahaya ke strok haba?

Ya strok haba bahaya dan boleh membawa maut kerana kesan dehidrasi yang teruk dalam badan yang boleh menyebabkan cecair dalam badan mengering.

Loss Of Use – Ketahui Hak Anda Dalam Urusan Tuntutan Insurans

Loss Of Use – Ketahui Hak Anda Dalam Urusan Tuntutan Insurans

Apa itu maksud loss of use? Loss of use juga dikenali sebagai CART yang membawa maksud pampasan yang diberikan oleh pihak insurans kepada kita ketika kereta kita masih dalam bengkel. Namun, bukan semua kereta yang terlibat dalam kemalangan boleh claim CART ni. Kereta yang boleh claim hanya kereta yang ditentukan oleh polis bahawa kereta tersebut tidak bersalah dalam kemalangan. Makna kata ianya atas keputusan polis mengatakan pihak ketiga yang bersalah.

Pampasan yang yang dapat adalah mengikut CC kereta. Berikut adalah pampasan yang dapat mengikut CC.

  • CC bawah 1.0 > RM30
  • CC 1.5 – 2.0 > RM40
  • CC atas 2.0 > RM50

Tapi korang jangan salah faham. Bilangan hari juga bergantung pada adjuster yang membuat report kerosakkan kereta korang yang dianggarkan berapa hari boleh siap. Bukannya berapa lama kereta korang tersidai dalam bengkel.

Namun, masalah yang biasa terjadi dimana kereta korang sudah berada dibengkel begitu lama tetapi hanya dapat claim cuma beberapa hari sahaja. Kenapa jadi macam tu?

Antara alasannya adalah kelewatan membaiki disebabkan menunggu spare part atau menunggu giliran di bengkel untuk dibaiki. Pihak insuran biasanya akan melihat report adjuster untuk proses tawaran CART tersebut. Maksimum jumlah hari yang boleh pihak insuran tawarkan hanyalah 30hari sahaja di mana maksimum hari tu adalah jika kereta korang mengalami total loss.

Jadi, itulah maksud Loos of Use.

Baru-baru ni masa aku scroll di Facebook, terjumpalah satu artikel yang bagi aku sangat berguna dan bermanfaat untuk kita jadikan rujukan berkaitan dengan Loss of Use ni.

Apa yang jadi masalah pada akak ni, boleh dikatakan ia telah ditipu oleh pihak insurans di mana pampasan CART yang dapat tak berbaloi langsung dengan kerosakkan kenderaan yang dialaminya dan juga jumlah hari untuk membaiki kereta akak ni.

So, aku nak share di sini apa yang akak tulis di Facebook beliau. Sama-sama kita jadikan rujukan ni untuk kemudahan urusan kita dikemudian hari.

Loss of use – Please Know Your Rights

Nota Kaki

1. Post ini panjang
2. Bakal menyakitkan hati syarikat takaful/insurans
3. Pengalaman sendiri

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman sndiri berkaitan Lost of use claim kereta saya yang teruk dilanggar tempoh hari. Saya ada kongsikan cerita tentang bagaimana saya dilanggar teruk dr belakang oleh pemandu yang tak berhemah dan bagaimana kereta saya dimasukkan kedalam bengkel selama 98 hari lamanya untuk dibaiki. Alhamdulillah kereta dapat balik dalam condition tiptop (so far). Syukur for that

So, mungkin ramai yang tidak tahu bile kita dilanggar dari belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh claim Loss of Use ( sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian). Saya selalu dengar term ini. Tapi sebab ini first time kene langgar teruk dan kerugian yang saya alami berikutan pelanggaran agak tinggi, jadi saya dapatkan info dari bengkel memang layak untuk claim dan bengkel boleh tolong uruskan permohonan.

Basically loss of use ni die akan kira berapa hari telah diperlukan oleh bengkel untuk baiki kereta kita darab dengan CC kereta. Macam kereta saya 2500 CC which equals to RM50 sehari for claim. So out of 98 hari tu kene tolak cuti umum, Sabtu Ahad dan masa menunggu spare part. So dapatla total dalam 50++ hari.

Di sinila ketidakadilan bermula. Tiba-tiba dapat surat reply dari insurans claim saya tu diluluskan less than seribu sahaj. Mungkin disebabkan faktor penuaan saya malas nak bertekak. Saya pun hantar emel reply mengatakan, saya request justification berserta guidelines dari bank negara kenapa seribu shaja diluluskan.

Tau dia reply apa? Dia cakap “oo sebab kita cek..secara keseluruhan sebenarnya masa yg diperlukan untuk baiki kereta tu hanya 76 jam” Eh apa!!! Aku 3 bulan tak ada kereta kot. No one in a same mind would say it will take only 76H after looking at my car condition. Dah la claim sampai 60k (lebih kurang mcm tula aku cakap dalam phone time tu – sabar tu memang tinggal tipis je layan diorg ni.

Bila minta justification for hour-based calculation. Insurans cakap adjuster yang quote 72 hours. Bila call adjuster, adjuster reply, boss dia yg suruh buat calculation macam tu. So, until this second, not even one person either from insurans company or adjuster can show me the black & white guideline yang diorang gunakan for hour calculation system 😏

So malas nak gaduh (walaupon dua kali gak call & argue) I wrote a letter mengatakan I tak puas hati dengan claim yg korang bagi. It is ridiculous and tidak mengikut guidelines yg ditetapkan oleh bank negara. And I demand guideline mana yg diorg ikot tu for hours calculation for repairing (which till today tak dapat). And I quoted the bank negara punya guidlines dalam surat tu… A Few minutes later diorang pon reply emel tu. Tambah la lagi 14 hari dalam claim.

Dia cakap boleh la dia add lagi 14 hari. So total jadi 28 hari. So ni ketidakadilan yang kedua la. Kalau dapat kat customer lain boleh la nak cong. Customer lain mungkin akan buat sujud syukur terus dapat claim 28 hari…mungkin diorg akan berpegang dengan ayat “alhamdulillah dapat claim pon da cukup bagus” without knowing the actual amount yg memang hak diorang.

Yang paling sakit hati sebab bile dah naik jadi 28 hari tu, agent insuran yang jaga my case tu boleh plak cakap, its not her right to comment la apa la. Semua nak lepas tangan. Nak close case. Time tu I mcm malas nak layan orang b***h so i terus proceed with second appeal letter. This time around I cakap dalam surat tu, I memang tak puas hati dengan approval 28 hari tu. I memang demand full claim. Tapi kali ni, I CC kan surat tu ke both insurance, Bank Negara, TPPM and my lawyer office.

Guess what guys? I terus dapat mesej dari agent agent as below….

1. “Kalau boleh jangan libatkan bank negara, pengalaman saya susah kita bila libatkan bank negara ni”

2. ”miss dah hantar a copy letter to bank negara ke?

3. “kalau belum miss jangan hantar dulu…sebab kita boleh tgk claim miss”

4. “kalau kita boleh bagi full claim, miss tak perlu libatkan bank negara”

See guys?

beberapa minit lepas tu, terus dapat reply emel approved claim. Full claim as per demand and after dua hari terus duit masuk dalam bank…Wow impressive kan!

I da lama sabar dengan taktik industri ni. Time nak suuh ambil insurans, coverage ko tu, konon cover dari luh mahfuz sampai titian sirat. Bayaran kene on time kalau tak effect nilai effect tula. Tapi bile nak claim, macam hampehhh…

And waktu I tulis emel tu adala beberapa colleuages yang tgk surat tu, and diorang share pengalaman diorg. Hantar surat claim Loss of use seribu dapat 300 je. Hantar 2ribu, dapat 500 je. And diorang cakap diorang redha jela. So imagine berapa banyak dah orang kene macam tu. Berapa keuntungan bodoh je diorang buat (berapa bnyak hak org kene tipu)…

Dah lama berbulu dengan industri ni sebenarnya. Penuh dengan penipuan. Banyak hidden policies and blaming game nanti ke customer and customer plak malas nak gaduh-gaduh so agreed je with whatever.

Tu belom aku masuk part medical insurans. Berapa kali dah as a doctor, I got requests “doktor boleh tak tulis mcm ni. Kalau tak insurans saya tak cover”. ”doktor boleh tak adjust part ni, kalau tak insurans saya tak cover”.

So guys, know your facts right and jangan pernah takut untuk fight for your own right. As customer always know what you are paying for and jangan terima bulat-bulat je ape agent cakap. Yang paling penting be smart. Tak payah nak terpekik terlolong kat kaunter. No point. Tulis surat, supaya ade legal documentation and CC kan kepada pihak berkenaan kalau memang hak You, You akan dapat. Don’t worry.

Sekian bebelan. So I can finally say I’m free from all the bullshits that happen from my accident. Semoga kita semua dijauhkan dan diberikan keselamatan always. Wallahua’lam.

ps : Siapa x sependapat dengan I, boleh refer nota kaki

loss of use

Kesimpulan

Jadi, dengan post ni harap korang tahu apa hak korang dalam urusan claim Loss of Use ni supaya kita tak mudah-mudah diperbodohkan oleh pihak insurans yang mengaut keuntungan bodoh macam tu je.

Soalan lazim

Apa itu Loss of Use?

Loss of use adalah urusan tuntutan claim ketika kereta anda masih dibaiki di bengkel. Bilangan hari bergantung kepada Adjuster yang mengira anggaran berapa hari kereta anda boleh disiapkan untuk dibaiki. Ia tidak termasuk hari cuti dan menunggu spare part tiba.

Apa nama lain Loss of Use?

Nama lain bagi Loss of Use yang selalu digunakan oleh pihak insurans adalah CART.

Semua layak ke untuk claim Loss of Use?

Loss of Use hanya layak claim jika anda tidak bersalah dalam kemalangan tersebut. Dengan kata lain, penyebab kemalangan adalah third party barulah anda boleh buat urusan claim Loss of Use.

Pengalaman Pertama Aku Scaling Gigi. Sakit Ke?

Pengalaman Pertama Aku Scaling Gigi. Sakit Ke?

Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa benda tu sebenarnya scaling gigi. Apa itu scaling gigi?

Ok sebelum aku ceritakan pengalaman pertama aku scaling gigi ni, di sini aku nak terangkan sikit la apa benda tu scaling gigi sebenarnya atau bahasa kampungnya cuci gigi.

Scaling gigi tu sebenarnya satu proses untuk buang karang pada gigi kita. Orang putih panggil Tartar. Di bawah ni aku tunjukkan satu contoh karang gigi kalau korang masih belum tahu.

scaling gigi

Yang kat celah-celah tu korang nampak kotor, tu kita panggil ia sebagai karang gigi.

Masa kecil dulu, aku ingatkan karang gigi ni sebahagian dari gigi. Rupa-rupanya tidak.

Jadi, dari mana datangnya karang gigi ni?

Adakah ia dari sebahagian gigi kita?

Macam Mana Karang Gigi Terbentuk?

Karang gigi ni ia terbentuk bila sisa-sisa makanan yang kita makan, kita tak bersihkan gigi kita dengan betul. Bila kita tak bersihkan dengan betul, sisa makanan tersebut akan terkumpul bersama dengan bakteria di celah-celah gigi kita. Lama kelamaan, ia akan mengeras dan membentuk karang gigi.

So, kalau korang tertanya dari mana datangnya karang gigi ni, puncanya adalah korang tidak bersihkan gigi dengan betul selepas makan.

Untuk elakkan karang gigi terbentuk, cara terbaik yang boleh korang buat adalah dengan memberus gigi dan juga menggunakan floss selepas makan. Penggunaan floss ni telah disarankan oleh doktor tempat aku cuci gigi ni di mana doktor memberitahu floss ni sangat berguna untuk bersihkan sisa makanan di celah gigi kita dengan lebih berkesan berbanding korang guna toothpick.

Dengan memberus gigi dan juga penggunaan floss, gigi korang tidak akan terbentuk lagi karang gigi.

Bila dah terjadi karang gigi ni, korang tak boleh buang dengan hanya memberus gigi sebab ia dah betul-betul melekat dan mengeras pada gigi kita.

Jadi, untuk buangkan karang gigi tu, hanya satu kaedah saja yang boleh korang buat iaitu dengan cuci gigi.

Maaf, jika korang ada dengar petua dari orang tua cara nak buang karang gigi tu dengan kaedah tradisional, sebenarnya itu tidak menjadi. Nak tak nak, korang kena jumpa juga doktor gigi untuk buat scaling.

Implikasi Karang Gigi

Korang nak tahu tak apa terjadi jika ada karang gigi ni? Kalau karang gigi ada sikit, mungkin tak berikan kesan. Tapi kalau ada karang gigi yang melampau, ini implikasinya.

  1. Gusi berdarah semasa memberus gigi
  2. Punca mulut berbau busuk
  3. Gusi semakin menyusut
  4. Akar gigi jadi lemah dan gigi akan bergoyang

Pengalaman Pertama Aku Scaling Gigi

Aku terdetik nak buat cuci gigi ni lepas aku rasa nak jaga penampilan diri.

Yes, kalau korang nak jaga penampilan diri, keseluruhan muka korang termasuk gigi kena jaga sebab itu orang yang akan pandang korang untuk pandangan pertama.

Masalah karang pada gigi aku ni tak la ketara sangat tapi kalau ada orang jenis memerhati, boleh lihat karang pada gigi aku ni.

loss of use

Jika korang lihat atas ni, ni perbezaan gigi aku sebelum dan selepas buat cuci gigi.

Maaf gambar sebelum agak blur sikit tapi jika korang perhatikan betul-betul ada sikit la karang gigi bawah tu.

Tapi, lepas je siap cuci gigi, korang dapat lihat gigi agak jarang sikit sebab kat kawasan yang jarang tu la ada karang gigi sebelum ni.

Sakit ke Scaling Gigi?

Kalau ada yang tanya aku sakit ke scaling ni? Rasa dia macam mana? Sakit menyucuk ke?

Ok, bila korang buat scaling gigi ni, dia tak sakit menyucuk tapi kadang-kadang korang akan rasa ngilu sikit. Rasa ngilu tu sebab doktor sedang korek karang gigi celah gusi. Kalau scaling dekat gigi luar ni tak rasa apa pun. Ngilu dia pun lebih kurang kalau korang minum air sejuk. Macam tu la rasanya.

Jadi, korang tak perlu rasa takut pun untuk scaling gigi ni.

Scaling Gigi di Klinik Swasta Atau Kerajaan?

Mungkin ada yang nak tahu pendapat peribadi aku nak cuci gigi di klinik swasta atau klinik kerajaan.

Ok ni pendapat peribadi aku saja ok? Aku tak nak pengaruhi mana-mana pihak sehingga ada yang tak puas hati.

Bagi aku, jika korang ada bajet lebih, lebih baik buat scaling di klinik swasta sebab di klinik swasta bagi aku kualiti ia lebih terjamin. Yela, kalau klinik gigi swasta tak jaga kualiti servis mereka, siapa lagi nak ke klinik mereka. Mereka pun macam kira buat bisnes juga. Mesti kena jaga pelanggan.

Namun, tak semestinya aku kata klinik gigi kerajaan ni tak terjamin. Klinik kerajaan pun ok juga. Cuma kadang-kadang nurse di klinik kerajaan ni banyak yang “kerek” ikut pengalaman aku la. Ada yang ok tu ok.

Satu lagi, peralatan yang digunakan tu aku kurang yakin sikit. Bayangkan di klinik kerajaan ni banyak pesakit. Persoalan aku, adakah peralatan yang digunakan akan dicuci, disteril dan disanitasi dengan baik?

Ni aku tak tuduh pun cuma pada fikiran “jahat” aku macam tu yang aku fikir. Cuma kelebihan kalau cuci gigi di klinik kerajaan ni, korang hanya perlu bayar RM1 je untuk buat scaling ni. Hanya bayar yuran daftar saja. Tak macam cuci gigi di swasta di mana korang akan dikenakan caj antara RM80 sehingga RM150.

Pendek kata, kalau ada bajet lebih boleh ke klinik swasta, kalau bajet ciput boleh ke klinik kerajaan.

Perkara Perlu Buat Sebelum Scaling Gigi

  1. Of course pertama sekali korang perlu cari klinik gigi yang berdekatan yang mendapat rating terbaik jika korang pilih klinik gigi Swasta. Tapi bagi aku, kalau klinik gigi swasta tak ada masalah sebab dah tentu doktor mereka bertauliah untuk merawat gigi korang tu. Tolong jangan cari yang murah kerana banyak scammer jadi doktor gigi palsu ni. Naya korang nanti. Habis rosak gigi.
  2. Pastikan sebelum pergi cuci gigi tu, gosok la gigi tu terlebih dahulu. Bagi gigi tu bersih.
  3. Jangan makan apa-apa selepas gosok gigi sebelum jumpa doktor gigi.
  4. Kumur gigi guna cecair pengkumur gigi seperti Listerine, Oral B atau Colgate.

Eh eh korang ni.

Takkan la benda tu pun aku nak kena ajar.

Tapi benda kecil macam ni la ramai yang terlepas pandang.

Kebaikkan Scaling Gigi

Apakah kebaikkan jika korang buat cuci gigi untuk buang karang pada gigi korang?

Sebenarnya banyak kebaikkan untuk aku list di sini.

Nah. Korang boleh lihat beberapa kebaikkan jika korang buat scaling gigi ni.

  1. Menghilangkan bakteria berkumpul dalam mulut.
  2. Dapat hilangkan bau mulut yang busuk.
  3. Dapat menghidari dari penyakit gusi.
  4. Mengelakkan gigi jadi warna kuning.

Soalan Lazim

Sakit ke scaling gigi?

Untuk scaling gigi, korang takkan rasa sakit pun. Cuma rasa ngilu dan kadang-kadang rasa sengal ketika doktor cuba buang karang celah gigi korang. Jadi jangan pernah rasa takut untuk scaling gigi.

Berapa harga scaling gigi di Malaysia?

Harga untuk scaling gigi di klinik kerajaan, anda hanya perlu bayar sebanyak RM1 sahaja. Namun, untuk jauh lebih selesa, anda boleh pergi ke klinik swasta dengan bayaran antara RM80-RM150 mengikut ketebalan karang gigi korang.

Adakah gigi akan rosak lepas scaling?

Untuk pengetahuan korang, alat scaling gigi tu khas dicipta untuk pecahkan karang gigi sahaja. Alat scaling gigi tak mampu nak pecahkan gigi kita. Jadi korang jangan risau ok?

Forex – Teknik Buah Adik Kecik (Teknik Doji)

Forex – Teknik Buah Adik Kecik (Teknik Doji)

Pengenalan

Apa itu teknik Buah Adik kecik? Ok di sini korang jangan keliru. Maksud Adik kecik di sini adalah setup teknik Doji. Nama Buah Adik Kecik ni diberikan oleh sifu Forex saya iaitu Trader orang Tua kerana saiz candlenya adalah kecil berbanding dengan saiz candle yang lain. Pernah ke anda dengar apa itu Doji?

Jom saya terangkan dengan lebih detail lagi apa itu Doji.

loss of use

Gambar di atas ni menunjukkan beberapa jenis Doji yang ada di market. Jika korang lihat saiznya, harga buka dan harga tutup terlalu rapat. Sebab itu saiznya jadi kecil. Kalau nak jadi seorang trader yang sejati, ada baiknya korang hafal nama jenis Doji tersebut supaya senang nanti untuk kita cari setup untuk teknik ini.

Maksud Doji ni adalah Buyer dan Seller sama kuat. Market masih tidak dapat menentukan arah sama ada bullish atau bearish.

Jom kita lihat bentuk Doji sebenar pada market.

loss of use

Setiap Doji tersebut, ada namanya tersendiri.

Jadi, macam mana nak cari setup dengan menggunakan Doji ni? Atau saya panggil sebagai setup Adik Kecik.

SOP Marking Dan Entry

Cari Setup Buy (Timeframe H1 dan Ke Bawah)

Langkah 1 Cari Doji (cari candle Bullish untuk Sell)

Langkah 2 Marking keseluruhan Doji tersebut dari high shadow ke lower shadow

Langkah 3 Tunggu candle Bearish breakout dari Zone untuk lengkapkan Zone Sell.

Langkah 4 Price pullback dan boleh entry dalam Zone tersebut.

loss of use

Tips: Nak selamat masuk 1-2 retest sahaja. Retest kali ketiga sangat berisiko.

Cari Setup Sell (Timeframe H1 dan Ke Bawah)

loss of use

Cari Setup (Timeframe H4 dan Ke Atas)

Untuk cari Setup Doji bagi Timeframe H4 dan ke atas adalah sama saja dengan cara marking pada Timeframe H1 dan kebawah yang kita buat di atas ni.

Cuma apa yang membezakannya adalah, untuk Timeframe H4 dan keatas kita hanya marking shadow sahaja. Namun begitu, jika korang nak marking Doji pada Timeframe H4 sama dengan cara marking Doji pada Timeframe H1 pun dibolehkan dan valid. Cuma, kita tandakan shadow untuk Timeframe H4 ni adalah untuk kecilkan zone dan kurangkan risiko.

Contoh di bawah saya tunjukkan untuk Buy sahaja.

loss of use
Forex – Teknik Buah Buluh Berbudi (Teknik Engulfing)

Forex – Teknik Buah Buluh Berbudi (Teknik Engulfing)

Pengenalan

Teknik Buah Buluh Berbudi atau nama popularnya adalah Teknik Engulfing adalah teknik yang paling popular dalam kalangan trader kerana teknik ini ketepatannya hampir 90% win rate.

Laaa…

Datang dari mana pula nama Buah Buluh Berbudi ni? Nama ni sebenarnya dijenamakan semula oleh sifu forex saya iaitu Trader Orang Tua. Jadi korang tak perlu rasa keliru dengan nama tersebut walaupun pada awalnya saya sendiri pun keliru. Sekali lagi saya ingatkan di sini termasuk saya sendiri bahawa teknik Buah Buluh Berbudi ni adalah teknik Engulfing sebenarnya.

Ok.

Jadi apa itu Buluh Berbudi atau Engulfing? Apa maksudnya?

Engulfing ada dua jenis sahaja iaitu Engulfing Buy (Bullish Engulfing) dan juga Engulfing Sell (Bearish Engulfing). Apa itu Engulfing Buy dan Engulfing Sell? Buluh Berbudi (Engulfing) bermaksud menelan, memakan, mematikan candle yang sebelumnya iaitu pada kirinya. Kebiasaan Engulfing bearish berlaku ketika uptrend, dan Engulfing bullish ketika downtrend. Lihat penerangan di bawah untuk info lebih lanjut.

loss of use
loss of use

Jadi apa yang berlaku jika berlakunya Engulfing samaada Engulfing Buy atau Engulfing Sell?

Maksudnya, jika berlakunya Engulfing Buy bermaksud trend kenaikkan akan berlaku setelah berlakunya trend penurunan manakala jika berlakunya Engulfing Sell bermaksud trend penurunan akan berlaku setelah trend kenaikkan.

SOP Marking Dan Entry (Timeframe H1 ke Bawah Sahaja)

SOP Cari Buy

Sebelum kita mulakan, korang perlu buka terlebih dahulu Timeframe H1 dan kebawah. Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan Timeframe H1 sahaja.

Langkah 1 Cari Engulf Buy

Langkah 2 Tandakan zone pada Higher Shadow dan Lower Shadow candle sebelah kiri iaitu candle Bearish.

Langkah 3 Tunggu price pullback dan entry Buy dalam zone.

loss of use

SOP Cari Sell

Langkah 1 Cari Engulf Sell

Langkah 2 Tandakan zone pada Higher Shadow dan Lower Shadow candle sebelah kiri iaitu candle Bullish.

Langkah 3 Tunggu price pullback dan entry Sell dalam zone.

loss of use

SOP Marking Dan Entry (Timeframe H4 ke Atas Sahaja)

Sebelum kita mula marking, pastikan anda buka pada Timeframe H4 dan keatas sahaja.

Cara nak marking teknik Buluh Berbudi (BB) ini atau Engulfing adalah sama saja dengan cara marking pada Timeframe H1 yang kita telah buat sebelum ni.

Jadi saya tak tunjukkan cara marking untuk Timeframe H4 dan ke atas di sini.

Cuma, pada kali ni saya nak tunjukkan cara macam mana kita nak kecilkan zone jika zone tersebut sangat besar. Yela kan sebab kita main Timeframe H4 dan ke atas mesti korang akan jumpa zone yang besar.

Ada dua cara anda boleh buat untuk kecilkan zone iaitu:

  1. Marking shadow SAHAJA (Cara Trader Orang Tua)
  2. Cari engulfing Timeframe kecil (Cara Chef Lan Journey)

Jom saya terangkan dengan lebih lanjut.

1. Marking Shadow

Cara kecilkan zone dengan marking shadow ni telah diajar oleh Tok Guru Forex saya iaitu Trader Orang Tua (Pakcik TOT). Di bawah ni saya tunjukkan contoh dari buy sahaja.

Langkah 1 Cari Engulf Buy

Langkah 2 Marking shadow paling panjang.

Langkah 3 Tunggu price pullback datang balik ke dalam zone untuk entry Buy.

19 Januari 2023
loss of use

Untuk cari sell, ianya sama juga. Korang perlu cari Engulfing Sell, kemudian tandakan saja shadow paling tinggi pada engulfing tersebut.

Jadi,korang perlu tunggu saja price masuk dalam zone yang kita tandakan tersebut dan masuk saja entry Sell.

loss of use
Cara Kurangkan Dengkur: Punca dan Rawatan

Cara Kurangkan Dengkur: Punca dan Rawatan

Cara Kurangkan Dengkur: Punca dan Rawatan | Dengkuran merupakan masalah yang sering dianggap remeh, namun hakikatnya ia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Ramai dalam kalangan kita mengalami atau mengenali seseorang yang berdengkur ketika tidur.

Walaupun ia mungkin tidak mengganggu si pendengkur itu sendiri, tetapi ia boleh menjejaskan kualiti tidur pasangan atau ahli keluarga lain.

Artikel ini akan menghuraikan secara terperinci tentang cara kurangkan dengkur, punca-punca utama dengkuran berlaku, serta rawatan dan langkah pencegahan yang boleh diamalkan.

Pengetahuan ini penting bukan sahaja untuk mengurangkan masalah dengkur, tetapi juga untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup secara keseluruhan.

Cara Kurangkan Dengkur: Punca dan Rawatan

Cara Kurangkan Dengkur: Punca dan Rawatan
Cara Kurangkan Dengkur: Punca dan Rawatan

Apa Itu Dengkuran?

Dengkuran berlaku apabila aliran udara yang melalui mulut dan hidung semasa tidur terhalang. Halangan ini menyebabkan tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergetar, menghasilkan bunyi yang dikenali sebagai dengkuran.

Kadar dan kekuatan dengkuran berbeza antara individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti struktur tekak, berat badan, kedudukan tidur, dan lain-lain.

Punca-Punca Dengkuran

Memahami punca dengkur amat penting sebelum mencari cara untuk mengurangkannya. Berikut adalah beberapa punca utama yang menyumbang kepada masalah dengkuran:

1. Berat Badan Berlebihan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung untuk berdengkur kerana tisu lemak di sekitar leher menekan saluran pernafasan dan menyempitkannya. Ini menyukarkan aliran udara dan meningkatkan risiko dengkuran.

2. Kedudukan Tidur

Tidur dalam posisi terlentang boleh menyebabkan lidah dan tisu lembut di tekak jatuh ke belakang, lalu menghalang saluran udara. Ini menjadikan dengkuran lebih ketara berbanding tidur mengiring.

3. Umur dan Faktor Fizikal

Apabila umur meningkat, otot-otot dalam tekak menjadi lebih lemah, menyebabkan saluran pernafasan lebih mudah sempit. Selain itu, sesetengah individu mempunyai saluran hidung yang sempit secara semula jadi, lelangit lembut yang panjang, atau uvula yang besar — kesemuanya boleh menyumbang kepada dengkuran.

4. Pengambilan Alkohol dan Ubat-Ubatan

Alkohol dan sesetengah ubat penenang boleh merehatkan otot tekak secara berlebihan. Keadaan ini menyebabkan halangan saluran udara dan bunyi dengkuran menjadi lebih kuat.

5. Masalah Pernafasan Hidung

Hidung tersumbat akibat resdung, alahan, atau septum hidung yang bengkok boleh menyebabkan seseorang bernafas melalui mulut, yang meningkatkan risiko dengkuran.

Komplikasi Jika Dengkuran Tidak Diatasi

Dengkuran yang berterusan dan tidak dirawat boleh membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan. Ia bukan sekadar gangguan bunyi semasa tidur, tetapi berpotensi menjadi petanda kepada masalah pernafasan yang serius. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan kualiti hidup dan meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.

Walaupun kedengaran biasa, dengkuran kronik boleh membawa kepada komplikasi berikut:

  • Kualiti tidur terganggu bagi si pendengkur dan pasangannya.
  • Rasa letih sepanjang hari, kurang fokus dan mudah marah.
  • Masalah kesihatan seperti apnea tidur – keadaan serius di mana pernafasan terhenti seketika ketika tidur.
  • Tekanan darah tinggi dan risiko penyakit jantung dalam jangka masa panjang.

Cara Kurangkan Dengkur Secara Semula Jadi

Mengubah gaya hidup dan amalan harian boleh membantu mengurangkan dengkuran secara signifikan. Berikut adalah beberapa cara kurangkan dengkur yang terbukti berkesan:

1. Turunkan Berat Badan

Penurunan berat badan boleh mengurangkan tisu lemak di leher dan membuka lebih ruang untuk aliran udara yang lancar. Ini merupakan salah satu cara paling efektif untuk mengurangkan dengkuran.

2. Tukar Kedudukan Tidur

Elakkan tidur terlentang. Sebaliknya, cuba tidur secara mengiring untuk mengelakkan saluran pernafasan daripada tersekat. Terdapat juga bantal khas yang direka untuk membantu mengekalkan posisi tidur yang sesuai.

3. Hentikan Pengambilan Alkohol Sebelum Tidur

Kurangkan atau elakkan alkohol sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sebelum waktu tidur. Ini dapat membantu mengekalkan nada otot tekak agar tidak terlalu relaks.

4. Tidur Secara Teratur

Tidur yang cukup dan mengikut jadual tetap boleh membantu badan berfungsi lebih baik. Kekurangan tidur boleh menyebabkan keletihan otot tekak yang meningkatkan risiko dengkur.

5. Jaga Kebersihan Saluran Pernafasan

Jika anda mengalami masalah hidung tersumbat, gunakan semburan hidung, wap panas atau bilas hidung dengan larutan garam (nasal irrigation) untuk membantu membuka saluran pernafasan.

6. Elakkan Merokok

Asap rokok boleh menyebabkan keradangan pada tisu saluran pernafasan dan meningkatkan risiko dengkuran. Berhenti merokok bukan sahaja baik untuk mengurangkan dengkuran, tetapi juga menyelamatkan kesihatan keseluruhan.

Rawatan Perubatan untuk Masalah Dengkuran

Sekiranya langkah semula jadi tidak berkesan, terdapat juga pilihan rawatan perubatan untuk menangani masalah ini:

1. Alat Oral (Oral Appliances)

Doktor gigi boleh menyediakan alat khas yang dipakai ketika tidur untuk menolak rahang bawah ke depan dan mengekalkan saluran udara terbuka. Alat ini selesa dan sesuai bagi kes dengkuran ringan hingga sederhana.

2. Mesin CPAP

Untuk kes dengkuran yang berkaitan dengan apnea tidur, penggunaan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) boleh membantu. Ia menyalurkan udara bertekanan melalui topeng hidung atau muka bagi memastikan saluran udara tidak tertutup semasa tidur.

3. Pembedahan

Dalam kes yang kronik, rawatan pembedahan seperti Uvulopalatopharyngoplasty (UPPP), pembetulan septum hidung atau pembedahan laser boleh dilakukan untuk membuang atau mengecilkan tisu yang menyekat saluran pernafasan.

Tip Tambahan untuk Meningkatkan Kualiti Tidur

Walaupun fokus utama adalah mengurangkan dengkuran, kualiti tidur secara keseluruhan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan. Dengan mengamalkan beberapa tip tambahan yang mudah, anda bukan sahaja dapat tidur dengan lebih nyenyak, malah membantu tubuh berehat sepenuhnya dan bangun dengan lebih segar setiap hari.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti.

  • Pastikan bilik tidur selesa dan sunyi.
  • Gunakan humidifier jika udara bilik terlalu kering.
  • Elakkan makan berat atau minum kafein sebelum tidur.
  • Gunakan bantal yang menyokong kepala dan leher dengan betul.

Produk Sampingan Membantu Hilangkan Dengkur

Selain perubahan gaya hidup dan rawatan perubatan, terdapat juga pelbagai produk sampingan di pasaran yang boleh membantu mengurangkan masalah dengkuran. Produk ini direka khas untuk menyokong pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, sekali gus membantu mengurangkan bunyi dengkuran.

Namun, keberkesanannya mungkin berbeza mengikut individu dan jenis punca dengkuran yang dialami.

Kesimpulan

Masalah dengkuran tidak harus diabaikan kerana ia boleh menjejaskan kualiti hidup dan menjadi petanda awal kepada gangguan kesihatan yang lebih serius.

Dengan memahami punca dengkuran dan mengamalkan cara kurangkan dengkur yang berkesan, anda boleh memperoleh tidur yang lebih lena dan kesihatan yang lebih baik.

Jika masalah masih berlarutan walaupun sudah mencuba pelbagai kaedah, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar tidur untuk diagnosis dan rawatan yang sesuai.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah semua orang yang berdengkur mengalami masalah apnea tidur?

Tidak semestinya. Walaupun dengkuran boleh menjadi salah satu tanda apnea tidur, tidak semua orang yang berdengkur menghidap keadaan ini. Apnea tidur biasanya disertai dengan simptom lain seperti keletihan melampau pada siang hari, terjaga secara tiba-tiba semasa tidur, atau pernafasan yang terhenti seketika ketika tidur.

Adakah penggunaan bantal khas boleh membantu mengurangkan dengkuran?

Ya, bantal anti-dengkur direka untuk menyokong kedudukan kepala dan leher agar saluran pernafasan tidak tersumbat ketika tidur. Walaupun keberkesanannya berbeza antara individu, ramai yang mendapati ia membantu mengurangkan bunyi dengkuran.

Bolehkah kanak-kanak berdengkur?

Ya, kanak-kanak juga boleh berdengkur, terutamanya jika mereka mengalami tonsil atau adenoid yang membesar, alahan, atau masalah hidung tersumbat. Jika dengkuran anak anda kuat dan kerap, sebaiknya dapatkan nasihat pakar pediatrik.

Adakah senaman boleh membantu mengurangkan dengkuran?

Senaman secara umum membantu menurunkan berat badan dan menguatkan otot, termasuk otot di sekitar tekak dan lelangit. Ini boleh membantu mengurangkan halangan saluran pernafasan dan seterusnya mengurangkan dengkuran.

Adakah rawatan pembedahan selamat untuk hilangkan dengkur?

Rawatan pembedahan seperti UPPP, pembetulan septum hidung, atau pembedahan laser adalah selamat jika dilakukan oleh pakar yang bertauliah. Namun, ia biasanya dicadangkan hanya selepas kaedah lain tidak berkesan atau jika masalah dengkuran sangat kronik dan menjejaskan kesihatan.

Rujukan

  1. Cara Hilangkan Dengkur:12 Cara Ini Kurangkan Bunyi – HelloDoktor.com
  2. Noya Tidur Berdengkur? Cuba Bancuh & Minum Air – Gempak.com
error: Kandungan ini dilindungi!!

Pin It on Pinterest