Mungkin masih ramai yang tidak tahu apa benda tu sebenarnya scaling gigi. Apa itu scaling gigi?
Ok sebelum aku ceritakan pengalaman pertama aku scaling gigi ni, di sini aku nak terangkan sikit la apa benda tu scaling gigi sebenarnya atau bahasa kampungnya cuci gigi.
Scaling gigi tu sebenarnya satu proses untuk buang karang pada gigi kita. Orang putih panggil Tartar. Di bawah ni aku tunjukkan satu contoh karang gigi kalau korang masih belum tahu.
Yang kat celah-celah tu korang nampak kotor, tu kita panggil ia sebagai karang gigi.
Masa kecil dulu, aku ingatkan karang gigi ni sebahagian dari gigi. Rupa-rupanya tidak.
Jadi, dari mana datangnya karang gigi ni?
Adakah ia dari sebahagian gigi kita?
Macam Mana Karang Gigi Terbentuk?
Karang gigi ni ia terbentuk bila sisa-sisa makanan yang kita makan, kita tak bersihkan gigi kita dengan betul. Bila kita tak bersihkan dengan betul, sisa makanan tersebut akan terkumpul bersama dengan bakteria di celah-celah gigi kita. Lama kelamaan, ia akan mengeras dan membentuk karang gigi.
So, kalau korang tertanya dari mana datangnya karang gigi ni, puncanya adalah korang tidak bersihkan gigi dengan betul selepas makan.
Untuk elakkan karang gigi terbentuk, cara terbaik yang boleh korang buat adalah dengan memberus gigi dan juga menggunakan floss selepas makan. Penggunaan floss ni telah disarankan oleh doktor tempat aku cuci gigi ni di mana doktor memberitahu floss ni sangat berguna untuk bersihkan sisa makanan di celah gigi kita dengan lebih berkesan berbanding korang guna toothpick.
Dengan memberus gigi dan juga penggunaan floss, gigi korang tidak akan terbentuk lagi karang gigi.
Bila dah terjadi karang gigi ni, korang tak boleh buang dengan hanya memberus gigi sebab ia dah betul-betul melekat dan mengeras pada gigi kita.
Jadi, untuk buangkan karang gigi tu, hanya satu kaedah saja yang boleh korang buat iaitu dengan cuci gigi.
Maaf, jika korang ada dengar petua dari orang tua cara nak buang karang gigi tu dengan kaedah tradisional, sebenarnya itu tidak menjadi. Nak tak nak, korang kena jumpa juga doktor gigi untuk buat scaling.
Implikasi Karang Gigi
Korang nak tahu tak apa terjadi jika ada karang gigi ni? Kalau karang gigi ada sikit, mungkin tak berikan kesan. Tapi kalau ada karang gigi yang melampau, ini implikasinya.
- Gusi berdarah semasa memberus gigi
- Punca mulut berbau busuk
- Gusi semakin menyusut
- Akar gigi jadi lemah dan gigi akan bergoyang
Pengalaman Pertama Aku Scaling Gigi
Aku terdetik nak buat cuci gigi ni lepas aku rasa nak jaga penampilan diri.
Yes, kalau korang nak jaga penampilan diri, keseluruhan muka korang termasuk gigi kena jaga sebab itu orang yang akan pandang korang untuk pandangan pertama.
Masalah karang pada gigi aku ni tak la ketara sangat tapi kalau ada orang jenis memerhati, boleh lihat karang pada gigi aku ni.
Jika korang lihat atas ni, ni perbezaan gigi aku sebelum dan selepas buat cuci gigi.
Maaf gambar sebelum agak blur sikit tapi jika korang perhatikan betul-betul ada sikit la karang gigi bawah tu.
Tapi, lepas je siap cuci gigi, korang dapat lihat gigi agak jarang sikit sebab kat kawasan yang jarang tu la ada karang gigi sebelum ni.
Sakit ke Scaling Gigi?
Kalau ada yang tanya aku sakit ke scaling ni? Rasa dia macam mana? Sakit menyucuk ke?
Ok, bila korang buat scaling gigi ni, dia tak sakit menyucuk tapi kadang-kadang korang akan rasa ngilu sikit. Rasa ngilu tu sebab doktor sedang korek karang gigi celah gusi. Kalau scaling dekat gigi luar ni tak rasa apa pun. Ngilu dia pun lebih kurang kalau korang minum air sejuk. Macam tu la rasanya.
Jadi, korang tak perlu rasa takut pun untuk scaling gigi ni.
Scaling Gigi di Klinik Swasta Atau Kerajaan?
Mungkin ada yang nak tahu pendapat peribadi aku nak cuci gigi di klinik swasta atau klinik kerajaan.
Ok ni pendapat peribadi aku saja ok? Aku tak nak pengaruhi mana-mana pihak sehingga ada yang tak puas hati.
Bagi aku, jika korang ada bajet lebih, lebih baik buat scaling di klinik swasta sebab di klinik swasta bagi aku kualiti ia lebih terjamin. Yela, kalau klinik gigi swasta tak jaga kualiti servis mereka, siapa lagi nak ke klinik mereka. Mereka pun macam kira buat bisnes juga. Mesti kena jaga pelanggan.
Namun, tak semestinya aku kata klinik gigi kerajaan ni tak terjamin. Klinik kerajaan pun ok juga. Cuma kadang-kadang nurse di klinik kerajaan ni banyak yang “kerek” ikut pengalaman aku la. Ada yang ok tu ok.
Satu lagi, peralatan yang digunakan tu aku kurang yakin sikit. Bayangkan di klinik kerajaan ni banyak pesakit. Persoalan aku, adakah peralatan yang digunakan akan dicuci, disteril dan disanitasi dengan baik?
Ni aku tak tuduh pun cuma pada fikiran “jahat” aku macam tu yang aku fikir. Cuma kelebihan kalau cuci gigi di klinik kerajaan ni, korang hanya perlu bayar RM1 je untuk buat scaling ni. Hanya bayar yuran daftar saja. Tak macam cuci gigi di swasta di mana korang akan dikenakan caj antara RM80 sehingga RM150.
Pendek kata, kalau ada bajet lebih boleh ke klinik swasta, kalau bajet ciput boleh ke klinik kerajaan.
Perkara Perlu Buat Sebelum Scaling Gigi
- Of course pertama sekali korang perlu cari klinik gigi yang berdekatan yang mendapat rating terbaik jika korang pilih klinik gigi Swasta. Tapi bagi aku, kalau klinik gigi swasta tak ada masalah sebab dah tentu doktor mereka bertauliah untuk merawat gigi korang tu. Tolong jangan cari yang murah kerana banyak scammer jadi doktor gigi palsu ni. Naya korang nanti. Habis rosak gigi.
- Pastikan sebelum pergi cuci gigi tu, gosok la gigi tu terlebih dahulu. Bagi gigi tu bersih.
- Jangan makan apa-apa selepas gosok gigi sebelum jumpa doktor gigi.
- Kumur gigi guna cecair pengkumur gigi seperti Listerine, Oral B atau Colgate.
Eh eh korang ni.
Takkan la benda tu pun aku nak kena ajar.
Tapi benda kecil macam ni la ramai yang terlepas pandang.
Kebaikkan Scaling Gigi
Apakah kebaikkan jika korang buat cuci gigi untuk buang karang pada gigi korang?
Sebenarnya banyak kebaikkan untuk aku list di sini.
Nah. Korang boleh lihat beberapa kebaikkan jika korang buat scaling gigi ni.
- Menghilangkan bakteria berkumpul dalam mulut.
- Dapat hilangkan bau mulut yang busuk.
- Dapat menghidari dari penyakit gusi.
- Mengelakkan gigi jadi warna kuning.
Soalan Lazim
Sakit ke scaling gigi?
Untuk scaling gigi, korang takkan rasa sakit pun. Cuma rasa ngilu dan kadang-kadang rasa sengal ketika doktor cuba buang karang celah gigi korang. Jadi jangan pernah rasa takut untuk scaling gigi.
Berapa harga scaling gigi di Malaysia?
Harga untuk scaling gigi di klinik kerajaan, anda hanya perlu bayar sebanyak RM1 sahaja. Namun, untuk jauh lebih selesa, anda boleh pergi ke klinik swasta dengan bayaran antara RM80-RM150 mengikut ketebalan karang gigi korang.
Adakah gigi akan rosak lepas scaling?
Untuk pengetahuan korang, alat scaling gigi tu khas dicipta untuk pecahkan karang gigi sahaja. Alat scaling gigi tak mampu nak pecahkan gigi kita. Jadi korang jangan risau ok?
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.