013-9346624 (Whatsapp Only)
Cara Sertai Affiliate Dari Envato

Cara Sertai Affiliate Dari Envato

Hi geng.

Kali ni sebenarnya apa yang aku nak kongsi ni adalah sebagai nota untuk diri aku sendiri selain berkongsi dengan korang. Kadang-kadang aku pening dengan affiliate dari Envato ni. Dah la nak daftar bukan main susah. Lepas tu interface dia pula tak mesra alam.

Jadi aku ambil keputusan, nak tulis di sini sebagai rujukan aku kemudian hari.

Baiklah sebenarnya apa benda Envato ni sampai aku nak join program affiliate mereka ni.

Envato ni adalah laman web jual beli produk digital. Produk digital mereka ni pula terbahagi kepada beberapa laman web.

Ok di sini aku senaraikan beberapa laman web di bawah Envato ni.

  • ThemeForest.net – Menjual pelbagai skript dan template website terutama WordPress.
  • CodeCanyon.net – Menjual plugin untuk WordPress dan software.
  • AudioJungle.net – Menjual audio untuk digunakan secara komersial atau individu.
  • GraphicRiver.net – Menjual pelbagai jenis grafik, logo dan jenis font.
  • PhotoDune.net – Menjual pelbagai jenis gambar.
  • 3docean.net – Menjual grafik atau gambar dalam bentuk 3D.

Kalau korang lihat, ini adalah produk-produk dari Envato.

Tapi apa yang aku fokuskan di sini cumalah ThemeForest dan CodeCanyon saja sebab ia sesuai dengan niche dalam blog aku ni.

Seperti tujuan asal aku post benda ni, jom kita lihat bagaimana nak sertai affiliate Envato ni dan promosi produk mereka untuk dapatkan komisyen.

CARA SERTAI AFFILIATE DARI ENVATO

Di sini aku akan pecahkan kepada dua tutorial iaitu cara untuk daftar dan cara untuk dapatkan link affiliate untuk kita promote produk mereka.

#1. Cara Daftar

Untuk korang daftar affiliate dari Envato ni, korang boleh pergi ke halaman daftar affiliate envato.

Tapi sebelum tu aku cadangkan untuk baca terlebih dahulu mengenai affiliate envato di sini.

Lepas korang pergi ke halaman daftar affiliate envato tersebut, korang akan lihat halaman daftar seperti berikut.

affiliate dari envato

Korang perlu lengkapkan pendaftaran tersebut seperti info yang diminta.

Aku rasa tak perlulah nak tunjuk kot macam mana cara nak lengkapkan borang sebab info yang diminta sangat asas. Hanya lengkapkan borang dari “Step 1” hingga “Step 5”.

Jika korang sudah ada akaun atau sudah create sebelum ni, klik je butang I already have an account dan login macam biasa.

Jadi aku rasa untuk daftar ni itu je kot. Sebab nak daftar ni tak susah mana pun tapi kalau tak ada orang guide nak daftar kat mana jadi susah juga tu.

Tapi di sini aku dah berikan guide sikit kat mana korang perlu daftar dan just isi saja info yang diperlukan.

Ok kita teruskan bahagian yang kedua iaitu cara nak dapatkan link affiliate.

#2. Cara Dapatkan Link Affiliate Envato Untuk Promote

Ok. Lepas kita dah daftar sebentar tadi, sebenarnya kita kena tunggu lebih kurang sehari sebelum akaun kita di approve.

Korang jangan risau mesti approve punya.

Baiklah.

Untuk dapatkan link ni, korang hanya perlu login bila akaun sudah di approve.

Jika sudah di approve, barulah korang boleh login. Untuk login boleh klik di sini dengan masukkan username dan password yang korang setkan masa daftar tadi.

Lepas je login, korang akan lihat seperti gambar di bawah ni pada bahagian kanan.

affiliate dari envato

Korang pergi ke mana-mana produk di Envato yang korang nak promote, kemudian copy link produk tersebut dan letakkan link ke dalam bahagian Enter a Landing Page (optional) dan klik butang Create.

Gunakan link yang korang bina sebentar tadi untuk promote.

Jika ada orang beli, korang akan dapat komisyen.

Kalau tak faham dengan tutorial yang aku buat ni, boleh tinggalkan komen di bawah.

Dapat 10000 Subscriber YouTube Dalam Masa Setahun?

Dapat 10000 Subscriber YouTube Dalam Masa Setahun?

Pada awalnya aku fikir nak dapat subscriber YouTube ni sangat susah. Tak ada siapa nak tengok video aku buat sebab tak menarik pun. Itulah fikiran negetif aku pada awalnya sebelum aku bermula buat video di YouTube.

Itulah bila kita fikir negatif semua kerja tak jadi. Tapi, fikiran negatif aku ni dapat juga aku cantas sebab aku dah mula minat nak buat video di YouTube ni. Jadi, bermulalah perjalanan aku buat video di YouTube pada Mei 2019.

Seperti yang aku fikirkan, memang kurang view pun. Cara aku cakap pun macam robot time tu. Haha.

Tapi aku tak putus asa nak upload video di YouTube. Disebabkan aku tak berputus asa nilah aku rasa ada la juga peningkatan cara aku cakap depan kamera. Keyakinan aku pun rasa bertambah. Bunyi macam robot dan bunyi macam baca skrip tu lama-lama dah makin menghilang.

Dapat 10000 Subscriber YouTube Dalam Masa Setahun?

Sebenarnya, jika nak diikutkan, 10000 subscriber YouTube dalam masa setahun ni sangatlah sikit dibanding dengan youtuber-youtuber lain yang jauh meninggalkan aku. Kadang-kadang ada yang baru create channel dua bulan dah cecah puluhan ribu subscriber. Ada juga cecah ratus ribu.

subscriber youtube

Kadang-kadang aku rasa “hina” jugak. Haha.

Tapi, tak pelah.

Itulah dikatakan rezeki masing-masing.

Sebenarnya aku belum lagi jumpa titik perubahan dalam channel aku ni.

Apa yang aku buat hanyalah “hentam keromo” ja.

Aku tak peduli yang tu. Yang penting setiap video yang aku buat, aku akan pastikan akan ada nilai dalam video tu.

Aku rasa korang pun perlu bersikap macam ni. Aku tahu ramai yang berputus asa dalam awal-awal buat video di YouTube.

Ni apa yang aku tengok, hari ni create channel dah sibuk suruh orang subscribe channel. Biarlah upload 10 video dulu kalau nak suruh orang subscribe pun. Tak subscribe nanti merajuk pula.

Masalah-masalah.

Ok la. Apa yang aku nak beritahu di sini, setiap perjalanan kita bermula dari 0. Tapi yang ni tak termasuk orang kenamaan, artis, pemain bola ataupun pelakon. Yang ni aku cerita bagi mereka yang betul-betul tak dikenali.

Jadi, kita jangan berputus asa. Usahakan untuk upload video setiap hari supaya channel kita lebih cepat berkembang.

Kepada korang yang berminat nak belajar cara buat video di YouTube dan jana income sampingan, korang boleh cuba join webforum di Forum YouTube Malaysia.

Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Kali ni aku nak share story sikit dengan korang semua pengalaman aku pergi temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Mungkin korang masuk ke sini sebab nak pergi temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan kan? Atau mungkin korang nak tahu pengalaman bagaimana masa temuduga.

Baik.

Aku akan share dengan korang tentang pengalaman aku ni supaya korang serba sedikit dapat gambaran masa temuduga tu. Nanti boleh baca juga tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum tu aku beritahu sikit pasal kerjaya sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan sebab mungkin ramai yang tidak tahu pasal kerjaya ni. Masa isi jawatan korang main isi je kan? Asalkan bunyi “Perubatan” korang terus pilih.

pengalaman temuduga
Penolong Pegawai Perubatan

Jangan malu-malu nak mengaku. Sama juga dengan aku dulu pun.

Haha…

Kebanyakkan orang kampung akan panggil dressar. Kalau moden sikit Medical Assistant (MA). Tapi nama rasmi bagi jawatan ni adalah Penolong Pegawai Perubatan yang dikenali sebelum ni sebagai Pembantu Perubatan.

Korang kena faham kerjaya ni melalui namanya. Nama pun Penolong Pegawai Perubatan maksudnya kerja kita adalah menjadi “kaki dan tangan” bagi seorang Pegawai Perubatan.

Pegawai Perubatan tu siapa pula?

Pegawai Perubatan tu Doktor la. Jadi kerja ni kita akan bantu Doktor.

Untuk jawat jawatan ni, kita hanya perlu belajar dalam Diploma je. Kalau lepas qualify nanti ataupun sudah kerja, barulah korang boleh sambung Ijazah kalau korang berminat nak sambung.

Bagi aku kerja ni bagus siapa yang betul-betul minat dalam medikal sebab memang kita akan belajar hal-hal perubatan cuma ia tidak mendalam seperti doktor.

Antara skop kerja MA adalah menjahit luka-luka kecil, memberi rawatan awal, ketua bagi pasukan ambulan dan banyak lagi sebenarnya.

Baiklah, itu saja yang aku dapat huraikan mengenai Penolong Pegawai Perubatan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti aku akan huraikan pada tajuk yang lebih spesifik bagi jawatan ni.

Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

pengalaman temuduga

Aku sebenarnya dah lupa dan dah tak perasan pun yang aku ni pernah isi jawatan ni suatu ketika dulu. Tiba-tiba aku dapat satu email yang aku ni dipanggil untuk temuduga sedangkan pada masa tu aku berada di semester 2 peringkat Ijazah.

Bila aku ingat balik. Barulah aku perasan yang aku pernah isi jawatan ni masa aku lepas habis SPM 2009 dan pada tahun 2013 barulah aku dipanggil untuk temuduga.

Jadi, memang aku tak ingat dah la yang aku dah pernah isi jawatan ni melalui SPA8 dulu. Lagipun, pada masa aku mohon tu, aku hanya ikut-ikut kawan je.

pengalaman temuduga

Kalau korang tengok gambar di atas ni, inilah email yang aku dapat dari pihak SPA untuk temuduga.

Kebetulan pada tarikh tersebut adalah tarikh peperiksaan akhir bagi semester 2. Namun aku gagahkan juga untuk mencuba nasib dan tinggal exam.

Tempat temuduga aku pada masa tu adalah di Makmal Kesihatan Awam Kota Baharu. Aku pula dari Tanah Merah. Jaraknya lebih kurang 40 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jadi, pada hari tersebut, aku terpaksa bangun awal pagi supaya sampai ke sana sebelum pukul 8 pagi.

pengalaman temuduga

Pada malam sebelum tu, jangan dicerita la. Aku memang buat persiapan habis kaw-kaw sebab inilah kali pertama pengalaman dan terakhir aku di temuduga.

Tapi nasiblah aku masa kat Matrikulasi dulu, aku dah pernah belajar cara-cara nak interview ni. So, tak ada lah jadi kekok sangat bila ni pertama kali aku dipanggil untuk temuduga.

Haaa…

Aku tak nak cerita tips temuduga di sini secara detail nanti panjang pula jadinya. Aku beritahu secara ringkas je. Untuk detail tips temuduga pasal ni korang boleh baca pada tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan.

Antara persiapan dan pembacaan yang aku baca adalah;

  1. Hal mengenai negara (benda asas)
  2. Hal mengenai kesihatan/penyakit terkini
  3. Hal isu semasa
  4. Skop kerja MA

Yes, secara umum itu yang aku baca.

Lepas dalam sebulan lebih macam tu, aku terima pula email sekali lagi yang aku lulus dengan jayanya untuk termuduga tersebut.

pengalaman temuduga

Jadi, aku hanya perlu tunggu surat rasmi keluar untuk lapor diri sebagai pelajar Penolong Pembantu Perubatan dalam peringkat Diploma.

Inilah pengalaman aku dipanggil temuduga sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan.

Saja aku share cerita ni kat korang. Mungkin pengalaman aku ni korang boleh gambaran serba sedikit perjalanan dan proses temuduga tu.

Kalau ada nak tanya aku apa-apa pasal temuduga ni, boleh tinggalkan komen dibawah ni.

Di bawah ni aku ada sediakan satu video pasal kerjaya ni dan juga pengalaman aku masa temuduga. Boleh tengok di bawah.

7 Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

7 Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Nak tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan? Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada korang yang terpilih dalam temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan. Bukan mudah ok.

Ingat! Ini baru temuduga. Belum tahu lagi lulus ataupun tidak. Tapi kaki korang dah selangkah dalam memasuki sebagai penjawat awam.

Pengenalan Ringkas Tentang Penolong Pegawai Perubatan

Penolong Pegawai Perubatan (PPP), juga dikenali sebagai Medical Assistant (MA), memainkan peranan penting dalam menyokong doktor dan memastikan perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik berjalan lancar. Mereka terlibat dalam pelbagai tugas klinikal seperti membuat pemeriksaan awal terhadap pesakit, memberikan rawatan kecemasan, serta menjalankan prosedur tertentu di bawah pemantauan pegawai perubatan.

Temuduga bagi jawatan ini biasanya dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan memerlukan calon menunjukkan pengetahuan mendalam, kemahiran komunikasi yang baik serta etika kerja yang tinggi.

Tapi korang kena tahu bila dah terpilih dalam temuduga ni bermaksud korang ni memang dah layak menjawat jawatan ni tapi terpaksa dahulu lalui proses tapisan dengan temuduga.

Jadi di sini, dalam proses temuduga nilah korang perlu buat sebaik mungkin agar korang lulus dalam temuduga ni dan seterusnya dapat menjawat jawatan MA ni.

Tapi sebelum tu, korang boleh baca terlebih dahulu pengalaman aku temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni supaya korang dapat gambaran daripada pengalaman aku tersebut.

tips temuduga penolong pegawai perubatan

Sebelum kita pergi kepada tips temuduga, di sini aku nak ceritakan serba sedikit mengenai jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni sebab masih ramai yang tak tahu pasal skop kerjaya dan yang paling sadis tak pernah tahu pun wujudnya jawatan ni.

Untuk jawatan ni ada banyak gelaran. Antaranya adalah dressar, Medical Asistant (MA), Hospital Asistant (HA), dan pembantu perubatan. Namun, nama rasmi sebenar adalah Penolong Pegawai Perubatan atau ringkasannya adalah MA.

Skop kerja sebagai MA ni bergantung di mana ia bekerja. Untuk pengetahuan korang, MA ni ada banyak tempat posting dan ia bukan merangkumi klinik dan hospital saja.

Sebagai contoh aku ambil klinik 1 Malaysia di mana akan ada maksimum 2 orang MA yang akan bertugas di sini namun doktor tidak ada di sini.

Jadi, MA yang menjaga klinik 1 Malaysia ni akan berperanan utuk merawat pesakit dan mengurus segala hal-hal klinik termasuk ubat-ubatan.

Contoh lagi aku ambil di penjara. Untuk pengetahun korang, di penjara akan ada satu klinik untuk banduan. Jadi yang merawat pesakit di klinik penjara adalah kerja seorang Penolong Pegawai Perubatan. Namun di penjara kini sudah ada doktor dan Penolong Pegawai Farmasi untuk mengurangkan beban MA.

Contoh terakhir adalah di dewan bedah dimana kalau korang bertugas di dewan bedah, MA lah yang akan jadi pembantu paling kanan bagi pihak doktor. Korang perlu hafal semua jenis item yang ada kat dewan bedah tu sebab nanti MA lah yang akan assist doktor semasa pembedahan.

Berat ke kerja Penolong Pegawai Perubatan ni?

Jadi itulah kerja korang nanti kalau dah lulus dalam temuduga tu.

Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

tips temuduga penolong pegawai perubatan

Sebenarnya tips temuduga yang bakal aku kongsikan ni bukan saja boleh digunakan untuk jawatan ni saja tapi apa-apa saja temuduga yang korang hadiri biasanya format temuduga tu lebih kurang je.

Tapi untuk tips temuduga ni aku cuma khususkan pada jawatan Penolong Pegawai Perubatan sebab aku dah pernah ada pengalaman ni dan lulus dengan jayanya.

Apa tips temuduga aku sehingga lulus dengan jayanya walaupun ni adalah kali pertama aku ditemuduga?

1. Persediaan Awal Sebelum Hari Temuduga

Untuk berjaya dalam temuduga ni, korang perlu awal dalam semua benda. Pada malam sebelum temuduga tu, korang perlu sediakan dokumen dan alat tulis untuk temuduga.

Alat tulis juga perlu sebab nanti akan ada beberapa soalan yang perlu jawab dengan menulis. Tapi sekarang ni aku tak pasti masih ada lagi ke tak soalan bertulis tu sebab masa aku tahun 2013 memang ada.

Dokumen tu korang kena letak tempat yang mudah nampak. Contohnya atas meja ruang tamu dan sebagainya. Jangan cuba selit celah-celah buku di rak sebab nanti bila korang nak ambil keesokkan pagi takut lupa.

Bila jadi hal macam ni korang akan gelabah dan emosi ni sangat tak bagus untuk korang yang nak pergi temuduga nanti.

2. Persediaan Mental

Untuk persediaan mental di sini maksudnya korang perlu bersedia dengan bakal soalan yang ditanya.

Jadi sini aku nak beritahu sikit apa yang korang perlu baca sebab ini antara soalan yang ditanya dalam temuduga tu nanti.

  • Baca mengenai hal negara kita secara asas seperti siapa Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, rukun negara dan sebagainya.
  • Perlu tahu dan ambil cakna mengenai penyakit yang terbaru yang melanda Malaysia atau mungkin dunia sekarang ni serta kena tahu juga cara-cara nak mencegah dan mengubatinya.
  • Baca skop dan tugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Pada awal artikel ni aku ada berikan sedikit skop-skop dan pengenalan tentang jawatan ni. Korang boleh rujuk balik di atas.
  • Baca serba sedikit rawatan asas pertolongan kecemasan. Tapi yang ni korang jangan risau kalau tak dapat jawab pun. Kalau dapat jawab lagi bagus dan berpeluang besar untuk lulus nanti.

Antara soalan lain yang ditanya mugkin mengenai biodata korang.

Jadi, untuk persediaan mental itu saja yang korang perlu buat.

3. Tiba Awal di Tempat Temuduga

Jarak rumah korang dengan tempat temuduga tu berapa kilometer jauhnya?

Kalau memang jauh, sila rancang untuk pergi dengan lebih awal sebab korang mesti kena tiba di tempat temuduga sebelum dari masa yang telah ditetapkan.

Korang fikirlah sendiri apa kesan jika kita tiba lewat di tempat temuduga. Tambahan lagi yang jenis darah gemuruh memang akan rasa tak senang duduk jika belum sampai di tempat temuduga dari masa yang diberitahu.

Jadi, sila rancang sebaik mungkin untuk tiba dengan lebih awal di tempat temuduga.

Kalau sampai awal dan jumpa member tak kenal tu sembang je sampai nama korang dipanggil untuk masuk bilik. Cara ni boleh buat korang lagi rilek.

Rilek je. Yang ni bukan exam.

4. Cara Pemakaian

Ini antara faktor atau penyumbang besar untuk korang lulus temuduga tu nanti.

Apa yang dilihat masa temuduga adalah cara pemakaian.

Masa temuduga tu, korang jangan la buat selekeh. Kalau korang memang selekeh pun sebelum ni, buat la berlakon sikit supaya pada hari tu nampak kemas dan smart.

Rambut kena sikat rapi, baju hendaklah baju kameja lengan panjang bergosok. Tak perlu kot atau lebih-lebih kecuali korang nak temuduga kerja korporat.

Kalaulah panel temuduga tu tengok cara pemakaian korang lekeh, awal-awal lagi mereka boleh bayang macam mana bila korang berkerja nanti.

5. Adab dan Percakapan

Ya. Benda ni juga boleh jadi faktor korang lulus ataupun tidak.

Masa nama korang dipanggil masuk, sila ketuk pintu terlebih dahulu. Berdiri sekejap depan pintu dan lihat panel sepintas lalu. Lihat mereka beragama apa. Kalau semua islam, bagi salam je. Kalau tak pasti bagi salam dan ucap selamat pagi atau petang dan terus duduk di atas kerusi yang dah disediakan. Jangan ambil masa yang lama di sini. Tak perlu tunggu mereka pelawa untuk duduk. Duduk je terus. Sebelum tu bagi dulu semua dokumen pada mereka.

Dari segi percakapan, korang cakap je apa-apa walaupun benda tu tak pasti betul ke tak. Sebenarnya sesi temuduga ni juga sebenarnya mereka nak tengok cara korang bercakap tu samaada jenis pendiam tak mahu cakap atau sebaliknya.

Jadi, itulah tips temuduga yang aku boleh kongsikan pada korang atas pengalaman aku sendiri.

Sebenarnya kalau korang nak tahu tips temuduga dengan lebih lanjut, boleh cuba dapatkan panduan kerja kerjaan ni sebab dalam tu korang akan dapat lebih banyak info berkaitan dengan temuduga untuk jawat dalam kerja kerajaan.

pengalaman temuduga

6. Sediakan Resume yang Kemas dan Fokus

Walaupun resume mungkin tidak dibincangkan secara terperinci semasa temuduga, tetapi ia tetap memberi kesan pertama kepada penemuduga. Pastikan resume anda:

  • Ringkas tetapi padat (1 hingga 2 muka surat)
  • Mengandungi maklumat pendidikan, pengalaman kerja dan pencapaian
  • Disusun dengan format yang mudah dibaca
  • Tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa

7. Akhiri Temuduga Dengan Terima Kasih

Akhiri sesi temuduga dengan ucapan terima kasih dan tunjukkan semangat ingin berkhidmat. Contoh ayat:

“Terima kasih atas peluang ini. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan yang berdedikasi dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Ucapan akhir yang positif meninggalkan kesan yang baik kepada panel penemuduga.

Penutup

Melalui persediaan rapi, pengetahuan yang kukuh dan sikap yang positif, korang berpeluang cerah untuk berjaya dalam temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Gunakan setiap tips dalam artikel ini sebagai panduan menyeluruh. Ingatlah bahawa kerjaya ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan, tetapi juga ruang untuk memberi khidmat kepada masyarakat secara langsung.

Semoga berjaya!

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Adakah pengalaman klinikal diperlukan untuk temuduga Penolong Pegawai Perubatan?

Tidak wajib, tetapi pengalaman klinikal atau latihan industri boleh menjadi kelebihan besar.

Apakah pakaian yang sesuai semasa menghadiri temuduga PPP?

Pakaian formal yang kemas seperti kemeja bertali leher untuk lelaki dan baju kurung untuk wanita.

Adakah temuduga dijalankan secara individu atau berkumpulan?

Kebiasaannya secara individu bersama panel penemuduga, tetapi boleh juga disusuli dengan ujian bertulis atau amali.

Perlu ke saya tahu tentang sistem kesihatan Malaysia?

Ya, sangat digalakkan untuk menunjukkan anda peka terhadap isu kesihatan awam.

Bagaimana hendak menjawab jika ditanya tentang kekuatan dan kelemahan diri?

Sebut kekuatan yang berkaitan dengan kerjaya kesihatan seperti sabar, cepat belajar, dan berdisiplin. Kelemahan pula boleh dinyatakan secara positif, contohnya: “Saya seorang perfectionist, tetapi kini saya belajar mengurus masa dengan lebih baik.”

Adakah terdapat ujian bertulis sebelum temuduga Penolong Pegawai Perubatan?

Ya, dalam sesetengah kes, calon perlu menjalani ujian bertulis terlebih dahulu, terutamanya berkaitan pengetahuan am, etika perubatan, dan asas anatomi atau fisiologi.

Apakah soalan yang berkaitan dengan etika kerja yang mungkin ditanya?

Contoh soalan: “Bagaimana anda menangani situasi jika rakan sekerja melakukan kesilapan perubatan?” atau “Apakah tindakan anda jika pesakit tidak mematuhi arahan rawatan?”

Adakah soalan dalam temuduga akan dalam Bahasa Inggeris?

Kebiasaannya temuduga dijalankan dalam Bahasa Melayu, tetapi panel juga boleh bertanyakan dalam Bahasa Inggeris bagi menilai tahap kefahaman dan penguasaan bahasa anda dalam situasi profesional.

Perlu ke saya hafal nama menteri kesihatan atau isu semasa?

Walaupun tidak wajib, tetapi pengetahuan tentang menteri kesihatan semasa, dasar kesihatan kerajaan, atau berita kesihatan terkini boleh menunjukkan anda seorang calon yang prihatin dan bermaklumat.

Adakah pengalaman sebagai sukarelawan dalam NGO kesihatan membantu?

Ya, pengalaman sebagai sukarelawan sangat digalakkan kerana ia menunjukkan anda mempunyai semangat khidmat masyarakat dan pendedahan awal terhadap dunia kesihatan.

Apa perlu dibuat jika tidak tahu menjawab soalan semasa temuduga?

Tenangkan diri dan jangan panik. Anda boleh menjawab dengan jujur seperti: “Saya mohon maaf, saya kurang pasti tentang perkara itu, tetapi saya sangat berminat untuk belajar lebih lanjut jika diberi peluang.”

Bolehkah saya bertanya soalan kepada panel semasa temuduga?

Ya, pada penghujung temuduga biasanya panel akan bertanya sama ada anda mempunyai sebarang soalan. Gunakan peluang ini untuk bertanya soalan yang menunjukkan minat dan kesungguhan anda, seperti struktur latihan, peluang kenaikan pangkat, atau sokongan profesional yang disediakan.

Apakah kesilapan biasa yang perlu dielakkan semasa temuduga?

Datang lewat ke temuduga, tidak membawa dokumen penting, menjawab terlalu pendek atau terlalu panjang, tidak membuat eye contact, gagal menunjukkan minat terhadap jawatan

Jika gagal temuduga, adakah boleh mohon semula?

Ya, anda boleh memohon semula pada sesi pengambilan seterusnya. Gunakan pengalaman temuduga pertama sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan.

Perlukah saya menyatakan lokasi penempatan yang saya inginkan semasa temuduga?

Jika ditanya, anda boleh menyatakan lokasi pilihan dengan sopan, tetapi perlu nyatakan bahawa anda juga bersedia berkhidmat di mana-mana lokasi yang ditetapkan.

Tempat Terbaik Sotong Celup Tepung Kuala Terengganu – Warung Pok Nong

Tempat Terbaik Sotong Celup Tepung Kuala Terengganu – Warung Pok Nong

Kali ni aku nak share sotong celup tepung Kuala Terengganu yang terbaik pernah ada kat sana. Tapi kat mana nak cari sotong celup tepung kat Kuala Terengganu ni? Sebenarnya kat Kuala Terengganu ni ada banyak gerai sotong celup tepung dan ikan celup tepung.

Tapi, yang paling viral dan paling tersohor adalah Warung Pok Nong yang terletak di Kampung Telipot, Kuala Terengganu.

Sejarah Warung Pok Nong

Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, di sini saya nak ceritakan sedikit mengenai sejarah warung Pok Nong ni.

Ok nama sebenar pemilik warung ni adalah atau pengusaha warung Pok Nong adalah Muhd Nor Bin Awang. Yang uniknya perniagaan ni diusahakan oleh ahli keluarganya sendiri. Kiranya tak ada orang luar la.

pengalaman temuduga
Wajah Pok Nong

Tapi tak tahu la kot masa korang baca ni Pok Nong dah ambil pekerja orang luar.

Perniagaan Pok Nong ni dah bermula sekitar 1995-1996 tahun yang lalu. Kira-kira warung Pok Nong ni dah bertahan selama 20 tahun lebih dah masa artikel ni ditulis.

Lokasi warung Pok Nong adalah di Jalan Pantai A1693, Kampung Kolam Mengabang Telipot dengan kordinat Kordinat : 05.42802; 103.072854. Jika nak diikutkan, lokasi ni kira-kira 20 minit dari Bandar kuala Terengganu. Waktu warung ni beroperasi pula adalah pada pukul 3.30 petang – 8.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali hari selasa dan cuti umum.

Secara ringkasnya, itulah sejarah dan info serba sedikit mengenai Warung Pok Nong ni.

Kalau ada info yang silap nanti tolong komen di bawah atau boleh terus hubungi saya. Nanti saya perbetulkan info yang tidak betul atau mungkin telap diupdate.

Menu Resepi Warung Pok Nong

Mungkin ada antara korang tertanya-tanya apa menu resepi yang ada di warung Pok Nong ni selain sotong celup tepung?

Berikut adalah menu berserta dengan harga yang ada di warung Pok Nong.

pengalaman temuduga

Sotong Celup Tepung
Harga RM9-RM11 (ikut saiz)

pengalaman temuduga

Udang Celup Tepung
4 ekor RM5

pengalaman temuduga

Ikan Celup Tepung
Seekor RM5

pengalaman temuduga

Sotong Celup Tepung
5 batang RM1

pengalaman temuduga

Air Batu Campur (ABC)
Semangkuk RM2.50

pengalaman temuduga

Air Batu Jagung (ABJ)
Semangkuk RM2.50

pengalaman temuduga

Air Kelapa
Segelas RM2.50

pengalaman temuduga

Ketupat Sotong
Sebekas RM5.00

pengalaman temuduga

Pulut Mangga
Sebekas RM5.00

Sebenarnya ada beberapa menu lagi yang ada. Cuma info yang saya dapat ini saja buat masa sekarang.

Jika harga di atas didapati telah dikemaskini, boleh hubungi saya untuk kemaskini harga yang terkini.

Tempat Terbaik Sotong Celup Tepung Kuala Terengganu – Warung Pok Nong

sotong celup tepung kuala terengganu

Kalau korang datang melancong ke Kuala Terengganu ni, ni adalah salah satu tempat wajib yang mesti korang singgah.

Kalau nak ikutkan, tak ada yang spesial sangat pun. Rasanya sama je macam kat gerai-gerai lain yang berdekatan situ. Tapi mungkin sebab warung tersebut sudah lama dibangunkan dan pernah disinggah oleh program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3 menjadikan warung Pok Nong ni terkenal di Terengganu.

pengalaman temuduga
sedang membilang berapa ekor sotong

Di sini bukan jual sotong celup celup tepung je, tapi ada juga ikan celup tepung, keropok lekor dan juga udang celup tepung.

Kalau air pula, tak banyak pilihan pun. Yang ada air jus epal, oren dan air yang biasa seperti sirap dan bandung. Tapi yang paling spesial rasanya kat sini hanya air kelapa.

Kalau datang satu family nak order air satu jug pun boleh. Tak ada masalah!

pengalaman temuduga

Masa aku awal-awal sampai tu dalam pukul 3 petang, ramai gila orang beratur kat sini.

Nak sampai kat tempat makanan tu, makan masa dekat sejam juga lah.

Ramai tak ramai orang yang datang sini.

Tapi disebabkan aku nak buat content untuk review pada korang, so aku terpaksa beratur lama.

pengalaman temuduga

Gambar atas ni aku ambil pemandangan dengan drone. Memang beratur panjang la weh.

Kereta pula penuh parking kiri kanan.

Tapi dari pemerhatian aku, yang datang makan sini bukan orang Terengganu tapi orang luar. Aku tahu sebab ada beberapa buah bas datang berhenti kat sini dan juga masa aku tengah beratur nak ambil makanan, kebanyakkan aku tak dengar pun dialek Terengganu. Dengar orang cakap luar je la.

pengalaman temuduga

Nah, ni pula pandangan dalam warung ni. Nasib baik warung ni jenis terbuka. Kalau tak, boleh sesak nafas dalam korang tu.

Kadang-kadang nampak macam orang tengah kenduri pun ye.

Haha…

pengalaman temuduga

Perniagaan mereka akan mula pada 3.30 petang dan akan tutup pada 8.00 malam pada setiap hari kecuali hari selasa akan cuti.

Jadi, korang jangan fikir mereka buka awal pagi dan tutup lewat malam. Mereka ambil masa tengah-tengah tu. So, plan dari awal kalau nak datang sini.

pengalaman temuduga

Haa.

Satu lagi aku suka sini sebab boleh layan diri.

Layan diri best sebab kita boleh pilih apa yang kita nak. Just order je.

Lagipun aku rasa layan diri macam ni lagi cepat jika keadaan orang ramai macam ni.

Lama-lama aku beratur, ni je aku order.

Hahaha…

pengalaman temuduga

Lagipun harga banyak ni dah nak dekat RM50.

Bagi aku agak mahal. Sama nak mahal KFC.

Tapi berbaloi ke?

KFC bangunan dia sewa dan ada ramai pekerja boleh consider lagi.

Harga sepinggan sotong tu lebih kurang dalam RM30 dan harga seekor ikan tu harga dalam RM5.

Tapi, agak kecewa sikit sebab jika korang lihat dalam pinggan tu macam penuh dengan sotong kan?

Tapi kalau dah habis makan lebih kurang 65% akan tinggal tepung dalam tu. Hanya 35% sahaja sotong dalam tu. Itu dari segi pengiraan kasar aku lah sebab aku makan sikit je yang tinggal tepung banyak dalam pinggan.

Jadi, kalau korang nak cuba, boleh la datang ke sini walaupun harganya agak mahal. Kebanyakkan yang datang sini sebab viral dan terkenal je. Terkenal sebab apa aku tak tahu. Kalau ada yang tahu nanti boleh tinggalkan komen di bawah.

Untuk bayar pula, kat sinilah kaunter bayaran. Korang mesti bayar dulu sebelum makan. Jangan makan dulu baru bayar.

Nanti kesian mereka nak kira susah.

pengalaman temuduga

Waktu Operasi Dan Alamat Lengkap Warung Pok Nong

Di bawah ni aku sediakan alamat dan waktu operasi untuk warung Pok Nong supaya korang senang untuk plan datang ke sini.

Address: Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Hours: 3.30 PM – 8.00 PM (hari Selasa cuti)
Phone: 013-351 7262
Facebook: Warung Pok Nong

Kalau nak guna waze tu, boleh cuba cari Warung Pok Nong. Mesti ada jumpa dekat waze. Nanti ikut je waze tu.

Kalau nak tengok video saya pergi ke warung Pok Nong ni, boleh la tengok di bawah ni atau boleh juga singgah di YouTube channel blogfaiz.

Penutup

Jadi, saya sarankan kepada korang yang nak pergi melancong ke Kuala Terengganu, marilah singgah di Warung Pok Nong ni. Walaupun bagi saya harga sotong dan ikan agak mahal ditambah pula dengan tepung yang tebal, pengalaman makan di sini tu akan melengkapkan lagi kenangan korang bila datang ke Terengganu.

Baik. Itu saja yang saya dapat ceritakan pada korang mengenai warung Pok Nong ni. Kalau masih ada pertanyaan, boleh la tinggalkan komen di bawah ni.

Brown Sugar Bubble Tea Ball Tak Halal

Brown Sugar Bubble Tea Ball Tak Halal

Bubble Tea Ball Tak Halal | Untuk makan makanan dalam paket sekarang ni sangat meragukan kita semua. Halal tak halal semua main bedal je. Tapi yang hairan tak ada pihak berkuasa yang pantau ke makanan yang di import ni halal ke tak?

Baru-baru ni ada orang share dalam group whatsapp bahawa Brown Sugar Bubble Tea Ball ni tak halal.

Nasib la siapa dah makan benda ni

pengalaman temuduga

Aku harap lain kali, kalau kita nak beli apa-apa pun sekurang-kurangnya biarlah ada tanda halal walaupun halal luar negara sekalipun. Kalau ada halal jakim lagi ok.

Tapi yang orang share atas ni aku tak pastilah samaada orang ni dari Singapura atau dari Malaysia.

Lagi satu aku tengok.

Boba sekarang ni jadi kegilaan. Aku pun tak nafikan aku suka juga dengan Boba ni. Sebab bila kunyah tu rasa dia “nikmat”. Tapi boba yang aku suka tu homemade. Bukan boba datang dari kilang.

Jadi, kalau nak beli boba yang hasil dari kilang tu, hati-hatilah ye.

error: Kandungan ini dilindungi!!

Pin It on Pinterest