Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah | Setiap yang hidup, pasti akan merasai kematian. Itulah lumrah alam yang perlu kita lalui semasa hidup atas dunia ni. Sekecil-kecil virus pun ada fasa hidup dan matinya. Begitulah juga dengan manusia di mana tujuan kita hidup atas muka bumi ni hanya satu saja iaitu ikut perintah Allah.
Dalam islam, bila berlakunya kematian seseorang orang islam, salah seorang mesti buat solat jenazah untuk mayat tersebut kerana ia adalah Fardhu Kifayah.
Jadi dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara lengkap cara solat jenazah tetapi ringkas dan padat untuk korang mudah follow.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
Panduan Lengkap Niat & Cara Solat Jenazah
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut cara solat jenazah, mari kita lihat terlebih dahulu maksud solat jenazah.
Maksud Solat Jenazah
Solat jenazah adalah solat yang dilakukan untuk mendoakan orang Islam yang telah meninggal dunia. Ia berbeza dengan solat lima waktu kerana tidak melibatkan rukuk, sujud, dan duduk tahiyat. Sebaliknya, ia hanya dilakukan dalam keadaan berdiri dengan empat kali takbir. Setiap takbir mempunyai bacaan tertentu termasuk doa untuk si mati.
Tujuan utama solat jenazah adalah memohon keampunan, rahmat, dan kesejahteraan bagi si mati. Ia juga sebagai tanda kasih sayang sesama umat Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
7 Rukun Solat Jenazah
- Niat
- Berdiri bagi orang yang mampu
- Empat kali takbir
- Membaca surah Al-fatihah
- Membaca selawat ke atas nabi
- Mendoakan keampunan buat si mati
- Memberi salam
Syarat Sah Solat Jenazah
Bagi memastikan solat jenazah sah dan diterima, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi:
- Jenazah mestilah seorang Muslim.
- Jenazah telah dimandikan dan dikafankan dengan sempurna.
- Jenazah diletakkan di hadapan imam atau makmum.
- Jenazah diletakkan dalam keadaan menghadap kiblat.
- Solat jenazah dilakukan sebelum jenazah dikebumikan.
Niat Solat Jenazah
Untuk pengetahuan korang, untuk niat ni kita boleh je niat dalam bahasa apa sekali pun. Nak niat dalam bahasa india pun boleh. So, tak perlu korang beria nak hafal niat dalam bahasa arab. Kalau korang hafal pun lagi baik.
Jadi di sini saya berikan niat dalam bahasa melayu supaya korang cepat hafal.
Yela, sembahyang jenazah sekali sekali mesti korang lupa niat dalam bahasa arab. So, niat je dalam bahasa melayu.
Niat boleh dilakukan dalam hati dan dilafazkan secara perlahan. Contohnya:
- Untuk jenazah lelaki dewasa:
“Sahaja aku solat atas jenazah lelaki ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.” - Untuk jenazah perempuan dewasa:
“Sahaja aku solat atas jenazah perempuan ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.” - Untuk jenazah kanak-kanak lelaki:
“Sahaja aku solat atas jenazah kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.” - Untuk jenazah kanak-kanak perempuan:
“Sahaja aku solat atas jenazah kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.”
Kedudukan Jenazah Ketika Solat
Di bawah ni saya tunjukkan kedudukan jenazah lelaki dan wanita ketika disembahyangkan.
Ianya hanya berbeza kedudukan kepala.
Untuk jenazah lelaki, kepalanya adalah sebelah kiri imam manakala untuk jenazah wanita kepalanya adalah sebelah kanan imam.
Seperti biasa, untuk solat jenazah ni, kita perlu menghadap kiblat juga.


Cara Solat Jenazah
Langkah 1 Niat, Takbir Pertama & Al-fatihah – Berdiri tegak dan mengangkat takbir sambil bacakan niat. Niat boleh lafaz dalam bahasa melayu atau dalam bahasa arab. Kemudian baca Al-fatihah.
Langkah 2 Takbir Kedua & Selawat – Lepas baca Al-Fatihah, angkat takbir kali kedua dan baca selawat sekurang-kurangnya “Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad”
Langkah 3 Takbir Ketiga & Doa – Selepas selesai selawat, angkat takbir kali ketiga kemudia baca doa pengampunan untuk Jenazah.
- Doa Jenazah Lelaki: Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu
- Doa Jenazah Perempuan: Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Wagfu ‘Anha
Atau reka je doa sendiri dalam bahasa melayu supaya Jenazah diampunkan. Baca dalam hati.
Langkah 4 Takbir Keempat & Doa – Lepas doakan keampunan untuk jenazah tadi, angkat sekali lagi takbir yakni takbir keempat iaitu takbir terakhir dan disunatkan baca doa berikut:
- Doa Jenazah Lelaki: Allahumma Laa Tahrimnaa Ajrohu WaLaa TafTinNaa Ba’Dahu (Ba’DaHaa)
- Doa Jenazah Perempuan: Allahumma Laa Tahrimnaa AjRaHaa WaLaa TafTinNaa Ba’DaHaa
Untuk takbir keempat tak baca doa pun tak apa. Lepas takbir keempat terus bagi salam. Doa cukup masa takbir ketiga tadi.
Langkah 5 Beri Salam – Selesai semua tadi, beri salam iaitu dengan cara memalingkan muka kiri dan kanan dalam keadaan berdiri untuk keluar dari solat Jenazah.

Doa Selepas Solat Jenazah
Bacaan dalam kurungan (***) dengan tanda * adalah untuk jenazah wanita

Bismillahi Rahmanirrahim
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil ‘Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain.
Allahumma Bihaqqi Muhammadin Wa Ali Muhammadin Ala Tuazziba Hazal Mayyiti *(Mayyitati).
Allahummaj-‘Al Qobrohu *(Qobraha) Raudhotan Min Riyadhil Jannati Walaa Taj’al Qobrohu *(Qobraha) Hufratan Min Hufarinniirani.
Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Ashaabihi Ajmain Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat sekalian. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka. Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Jadual Ringkas: Cara Solat Jenazah
Bagi memudahkan pemahaman, berikut disediakan jadual ringkas sebagai panduan asas dalam melaksanakan solat jenazah. Jadual ini menyusun setiap langkah solat bermula daripada niat sehingga salam secara teratur. Ia sangat berguna bagi mereka yang ingin mengingati rukun solat jenazah dengan cepat atau sebagai rujukan segera ketika berada di surau atau masjid.
Dengan jadual ini, kita dapat melihat secara menyeluruh struktur solat jenazah tanpa perlu membaca huraian panjang.
Langkah | Bacaan / Perbuatan | Huraian Ringkas |
---|---|---|
Niat | Dalam hati atau dilafazkan | Ikut jantina dan usia jenazah |
Takbir Pertama | Surah al-Fatihah | Rukun utama selepas takbir |
Takbir Kedua | Selawat Nabi | Minimum: Allahumma salli ‘ala Muhammad |
Takbir Ketiga | Doa untuk jenazah | Doakan keampunan dan rahmat |
Takbir Keempat | Doa ringkas | Mohon dijauhkan fitnah dan diberi pahala |
Salam | Salam ke kanan | Mengakhiri solat |
Kesimpulan
Cara solat jenazah perlu difahami dan diamalkan oleh setiap Muslim kerana ia adalah ibadah fardhu kifayah. Ia bukan sekadar solat biasa, tetapi doa dan penghormatan terakhir untuk saudara seIslam yang telah kembali ke rahmatullah. Mengetahui niat, bacaan, serta doa yang betul akan menjadikan solat lebih sempurna.
Dengan panduan lengkap ini, diharapkan setiap Muslim dapat melaksanakan solat jenazah dengan penuh penghayatan, sekali gus menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Soalan Lazim
Bilakah waktu solat Jenazah?
Solat jenazah boleh dilakukan pada bila-bila waktu kerana ia mempunyai sebab.
Apakah hukum solat Jenazah?
Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah, iaitu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam. Jika sudah ada yang menunaikannya, maka gugurlah kewajipan ke atas yang lain. Namun, jika tidak ada seorang pun yang melaksanakannya, semua umat Islam di kawasan tersebut berdosa.
Boleh ke wanita solat Jenazah?
Ya, wanita dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah sama ada di masjid, surau, atau rumah. Mereka juga mendapat pahala sebagaimana lelaki, asalkan memenuhi syarat sah solat jenazah.
Perlukah ada wuduk untuk solat jenazah?
Ya. Anda perlu ada wuduk untuk solat jenazah. Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman web jabatan mufti.
Adakah solat jenazah dilakukan dengan rukuk dan sujud?
Tidak. Solat jenazah berbeza dengan solat lima waktu kerana ia tidak mempunyai rukuk, sujud, iktidal atau duduk tahiyat. Ia dilakukan dalam keadaan berdiri dengan empat kali takbir dan bacaan tertentu.
Bolehkah solat jenazah dilakukan secara bersendirian?
Boleh. Walaupun solat jenazah lebih utama dilakukan secara berjemaah kerana mendapat pahala yang lebih besar, namun ia tetap sah dilakukan secara individu jika tiada orang lain yang hadir.
Apakah doa yang wajib dibaca dalam solat jenazah?
Rukun doa dalam solat jenazah adalah doa untuk si mati selepas takbir ketiga. Bacaan paling ringkas ialah:
Untuk jenazah lelaki: Allahummaghfir lahu
Untuk jenazah perempuan: Allahummaghfir laha
Apakah yang perlu dilakukan jika tertinggal salah satu takbir?
Jika seseorang terlupa membaca bacaan selepas takbir, solat masih sah selagi ia menunaikan empat kali takbir dan sekurang-kurangnya membaca doa untuk si mati. Namun, adalah lebih baik melengkapkan semua rukun dan sunatnya.
Bolehkah solat jenazah dilakukan selepas jenazah dikebumikan?
Boleh, tetapi hukumnya solat jenazah ghaib. Ia hanya dilakukan jika seseorang tidak sempat menunaikan solat jenazah sebelum jenazah dikebumikan. Contoh amalan ini adalah solat jenazah ghaib yang dilakukan Rasulullah SAW untuk Raja Najashi.
Adakah doa solat jenazah sama untuk orang dewasa dan kanak-kanak?
Terdapat sedikit perbezaan. Doa untuk kanak-kanak biasanya memohon agar Allah menjadikannya syafaat bagi ibu bapanya. Namun, bacaan doa ringkas masih dibolehkan.
Berapakah jumlah saf yang afdal ketika solat jenazah?
Lebih banyak saf lebih baik. Rasulullah SAW bersabda bahawa solat jenazah dengan tiga saf atau lebih adalah lebih afdhal kerana ia menunjukkan ramainya orang Islam yang mendoakan si mati.
Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.