Macam mana nak buat auto follow Instagram untuk tambah follower di IG dengan mudah? Pertama sekali saya minta maaf sebab tutorial kali ni ada skrip yang perlu korang bayar dan skrip auto follow ni saya sendiri yang akan pasang pada komputer anda dari jarak jauh.
Dari jauh? Ya dari jauh. Anda akan tengok magik ni macam mana saya pasang pada komputer anda skrip ni jika anda dapatkannya.
Saya tak boleh berikan terus skrip auto follow ni pada korang sebab developer skrip ni tidak benarkan saya berbuat demikian.
Saya pasang pada komputer anda, dan anda boleh buat auto follow sendiri IG seberapa banyak yang anda mahukan dengan tutorial yang akan saya tunjukkan di bawah ni.
Di bawah ni saya hanya tunjukkan cara macam mana nak install dan benda ni berfungsi supaya korang tahu cara kerja skrip ni walaupun cara install ni tidak perlu korang tahu sebab yang akan pasang nanti adalah saya sendiri.
#1. Cara Install Skrip Pada Komputer
Langkah 1 First sekali kena login ke dalam akaun gmail (akaun Google) terlebih dahulu untuk memudahkan urusan korang nanti dan browser yang dipakai hendaklah Google Chrome sahaja.
Langkah 2 Kemudian klik pada tiga titik bertindih yang terletak di sebelah atas kanan pada browser korang More tools » Extensions
Langkah 2 Seterusnya, korang kena ON kan fungsi Developer mode ni supaya kita boleh tambah atau edit sesuatu untuk extension.
Langkah 3 Lepas kita dah ON kan fungsi Developer mode tadi, ia akan keluar seperti yang ditunjukkan di bawah.
Apa yang perlu korang buat adalah klik pada butang Load unpacked.
Langkah 4 Seterusnya ia akan keluar popup di mana kita hendaklah pilih folder iOX Auto Follow. Folder nilah yang korang perlu bayar kerana dalam folder ni ia terdapat skrip untuk buat Auto follow.
Langkah 5 Secara automatik, ia akan di install dalam Google Chrome korang dan extension tu korang boleh lihat seperti gambar di bawah.
Buat masa sekarang, skrip Auto Follow Instagram korang sudah pun berjaya di pasang pada Google Chrome.
Langkah 6 Seterusnya, korang klik pada icon puzzle seperti gambar di bawah kemudian klik pada icon PIN untuk iOX Auto Follow.
Sekarang korang boleh lihat skrip Auto Follow telah pun berjaya dipasang sepenuhnya pada Google Chrome korang.
#2. Cara Guna Skrip Auto Follow
Jadi, lepas dah install skrip Auto Follow ni di Google Chrome, macam mana kita nak gunakan benda ni untuk buat auto follow Instagram?
Bahagian ni pula adalah bahagian yang perlu korang buat sendiri lepas saya dah install skrip auto follow di Google Chrome anda.
Ikut tutorial di bawah.
Langkah 1 Login ke dalam akaun Instagram.
Langkah 2 Kemudian, pergi ke mana-mana profile target Instagram kita. Sebagai contoh kita pergi ke Instagram mStar.
Langkah 3 Jika belum follow, korang kena follow terlebih dahulu profile IG tersebut dan perlu TUTUP Suggested.
Langkah 4 Seterusnya kita klik pada icon iOX dan kita klik pula pada link Follower Instagram tersebut yang telah saya pasang pada Google Chrome korang.
Langkah 5 Kemudian dia akn muncul seperti gambar di bawah ni.
Apa yang perlu korang buat, klik pada Follower kemudian klik pada butang Follow.
Langkah 4
Gambar di bawah menunjukkan skrip tersebut sedang berjalan.
Untuk pengetahuan korang, kita tak boleh nak follow dengan banyak dalam satu masa. Jadi korang kena buat auto follow berpada-pada tapi secara berterusan.
Apa nak kisah kan sebab ni kan auto follow. Korang just setting dan tinggal. Itu saja.
Bila dah complete task pertama, teruskan pula dengan task kedua dan seterusnya sampai lebam.
Soalan Lazim
Boleh jelaskan secara ringkas apa itu Skrip Auto Follow Instagram ni?
Ok. Korang jangan keliru. Skrip auto follow ni bukan orang follow kita tapi kita follow orang secara auto dengan harapan orang yang kita follow tu akan follow semula kita. Katakan kita follow dalam 100,000 orang di IG secara auto. Mungkin dalam 10 ribu akan follow kita semula. Jadi di sini korang akan dapat follower secara tidak langsung. Dengan skrip ni juga, korang boleh unfollow semula secara auto.
Adakah skrip ini berbayar?
Ya. Skrip ini berbayar dan saya akan pasang pada Google Chrome anda dari jarak jauh.
Adakah skrip ini perlu bayar setiap bulan atau tahun?
Skrip ini korang hanya perlu sekali bayar sahaja. Tiada bayaran tahunan atau bulanan.
Macam mana cara buat iklan di Instagram? Antara pengalaman saya buat iklan, buat iklan di Instagram adalah yang paling mudah, senang, cepat dan user friendly. Murah pun murah rate iklan Instagram ni.
Sebelum tu mari kita tengok apa kelebihan beriklan di Instagram.
Kelebihan Iklan Di Instagram
Saya dah pernah cuba iklan di beberapa platform sebelum ni seperti Google ads dan Facebook ads. Saya dapati ada beberapa kelebihan dan keunikkan bila kita buat iklan di Instagram.
Antaranya adalah;
Senang nak setting iklan. Lebih user friendly dan tidak serumit nak setting Google ads dan juga Facebook ads.
Instagram dimiliki oleh syarikat Facebook. Jadi audience yang datang adalah audience atau prospek yang berpotensi untuk jadi pelanggan.
Sesuai untuk target antara umur 18-50 tahun. So, jika korang ada barang yang nak dijual antara umur tersebut, Instagram adalah tempat yang sesuai.
Budget murah. Paling saya suka tentang iklan di Instagram ni adalah kita akan dapat budget yang murah. Budget murah, trafik berkualiti memang sesuai sangat bagi mereka yang tiada budget besar.
Analisis yang mudah dicapai. Kalau kita dah buat iklan di Instagram nanti, untuk kita lihat analisis sangat mudah dan tidak berserabut.
Sebenarnya ada beberapa perkara lagi kelebihan yang ada. Cukup ini saya kelebihan yang dapat saya senaraikan untuk korang nilai sendiri tentang beriklan di Instagram.
Selain tu juga, jika kita pandai buat iklan di Instagram ni, kita boleh buat beberapa perkara yang lain lagi. Antaranya adalah kita boleh naikkan follower yang berkualiti sebab kita boleh target umur, tempat, minat dan juga jantina.
Jadi, pada tutorial kali ni pula saya akan tunjukkan pada korang macam mana nak buat iklan di Instagram sampailah pandai buat iklan sendiri.
Rugi tau kalau tak pandai buat iklan di Instagram ni.
Ok.
Jom ikut tutorial ni.
Cara Buat Iklan di Instagram
Jadi, di bawah ni saya sediakan tutorial lengkap pada semua beginner yang ingin mula iklan di Instagram.
Langkah 1 Klik Butang Promote
Untuk langkah pertama, klik pada butang promote yang ada pada setiap posting kita. Pilih posting mana yang kita nak iklan di Instagram dan klik pada butang promote seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
Langkah 2 Pilih "Goals" Iklan
Kemudian, di sini korang perlu tentukan apa "Goal" atau tujuan nak buat iklan ni. Di sini jika kita tengok Instagram ada bagi kita tiga tujuan iaitu;
More profiles visits
More website visits
More messages
Ok apa maksudnya?
Jika korang pilih more profiles visits bermaksud bila ada orang klik pada iklan kita tu, mereka akan terus pergi ke akaun profile Instagram kita.
Jika kita pilih more website visits pula, bila orang klik pada iklan kita, mereka akan terus dibawa direct ke website yang kita telah tetapkan.
Terakhir jika kita pilih more message, mereka akan dibawa terus ke DM Instagram kita.
Jadi di sini, korang perlu tentukan yang mana terbaik untuk korang pilih.
So, untuk tutorial ni saya akan pilih more profile visits sebab saya nak orang klik follow jika mereka rasa content di Instagram saya ni menarik.
Bila kita dah pilih yang mana pilihan kita nak, kita klik pada butang next.
Langkah 3 Tetapkan Siapa Audience Kita.
Seterusnya di sini kita perlu pilih dan setting siapa yang kita nak lihat iklan kita tu. Dalam bahasa bisnes siapa Audience korang tu.
Sebagai contoh. Dia minat apa? Dia tinggal di kawasan mana? Berapa umur dia? Lelaki ke perempuan.
Jika korang tengok gambar di bawah ni, secara automatik sistem IG akan pilih siapa audience kita. Pilihan sistem IG ni adalah berdasarkan biodata yang telah kita masukkan masa kita daftar IG tu.
Dah lupa?
Tapi, jika korang nak custom siapa audience korang tu, just klik pada create your own seperti yang ditunjukkan anak panah di atas.
Jadi, tutorial ni saya akan tunjukkan macam mana cara nak create custom audience tu.
Kalau korang tengok gambar di atas ni ada perkataan Kereta, Kereta 2, Takaful dan Automotive.
Semua tu adalah custom audience yang pernah saya create sebelum ni.
So, abaikan. Saya takut korang pelik pula nanti.
Lepas dah klik pada Create your own, korang akan terus dapat lihat seperti gambar di bawah ni.
Untuk coloum pertama adalah Audience name. Di sini korang just masukkan apa-apa saja nama sebagai nota rujukan saja.
Kemudian, pilih lokasi kawasan mana target audience kita tu? Kelantan saja? Pahang saja? Selangor saja atau seluruh Malaysia?
Pilih lokasi yang korang nak target tu.
Seterusnya, pilih apa yang audience kita minat? Sebagai contoh minat dalam kereta, sukan bola sepak, dan sebagainya. Korang just pilih sini. Ada beribu-ribu interest kita boleh pilih.
Dan yang terakhir adalah jantina dan umur. Umur berapa tahun boleh tengok iklan korang tu dan apa jantina mereka.
Siap!
Lepas dah siap, klik je Done.
Lepas tu kita dapat review berapa jumlah pengguna IG yang bakal lihat iklan yang telah kita settings.
Langkah 4 Tentukan Budget
Seterusnya, kita perlu tentukan budget berapa sehari kita nak habiskan iklan ni dan berapa hari tempoh iklan ni run.
So, budget atas pilihan korang masing-masing.
Sebagai contoh di bawah saya pilih RM15/sehari dan run selama 6 hari sahaja.
Jadi, bila kita dah siap setting semua budget, secara automatik sistem IG akan beritahu kita berapa orang yang bakal lihat iklan kita tu.
So, di bawah ni iklan yang saya buat ni akan dilihat seramai 7800-21000 orang dalam tempoh enam hari.
Langkah 5 Review dan Mulakan Iklan
Yang terakhir, review sekali lagi apa yang telah korang settings supaya tiada kesilapan yang berlaku.
Jika belum masukkan cara pembayara, boleh klik pada Payment dan korang just follow macam mana nak masukkan cara pembayaran di Instagram.
Kalau semua dah ok, klik pada butang Create Promotion.
Jika korang nak tengok tutorial dalam bentuk video, boleh tengok video di bawah atau boleh tengok di Channel YouTube Blog Faiz.
Cara Tengok Analisis Iklan Instagram
Lepas kita dah berjaya buat iklan di Instagram, mesti kita nak tengok dia punya analisis kan?
Cara nak tengok analisis di Instagram pun tak susah.
Senang je.
Langkah 1 Login ke akaun Instagram.
Langkah 2 Pada bahagian atas dia ada tulis "View Professional Dashboard". Pada pada link tersebut.
Langkah 3 Kemudian pada bawah Grow Your Business, klik pada Promotions.
Langkah 4 Ok di sini ada beberapa bahagian yang saya nak tunjuk.
Pada nombor satu merujuk gambar di bawah tu adalah post yang Instagram sarankan kepada kita untuk buat iklan.
Ia berdasarkan sejauh mana popular post yang pernah kita buat di Instagram sebelum ni.
Pada nombor dua tu pula adalah untuk kita lihat analisis iklan yang pernah kita buat di Instagram.
So, kalau korang nak tengok analisis iklan yang pernah korang buat sebelum ni, boleh klik pada link Past promotions.
Nanti di sana korang akan dapat lihat secara detail seperti;
Berapa bilangan klik
Peratusan jantina yang klik pada iklan kita
Bilangan umur yang klik pada iklan
Berapa orang yang save iklan kita
Berapa orang yang share iklan kita
Berapa orang yang lawat profile kita
Berapa orang yang follow kita
Berapa kali iklan kita muncul di Instagram orang lain
Manakala pada nombor tiga, tu adalah iklan yang sedang kita buat iklan di Instagram tapi belum complete lagi.
Maksudnya iklan kita tu sedang berjalan di Instagram sekarang.
Untuk lihat analisis iklan kita yang sedang berjalan, klik pada View insight (bawah gambar)
Cara Nak Stop dan Pause Iklan di Instagram
Ok andaikata kita dan run iklan dan iklan tersebut berjalan elok di Instagram. Tapi tiba-tiba kita ubah fikiran nak stop atau pause dulu iklan tersebut.
Macam mana caranya?
Ok sebelum tu saya nak beritahu sikit beza pause dan stop ni.
Pause - Bermaksud kita hentikan sementara dan kita akan on balik seperti biasa.
Stop - Bermaksud kita hentikan terus iklan tersebut dan jika kita nak iklan semula, kita perlu buat step dari awal semula.
Ok itu beza Stop dan Pause.
So macam mana nak buat?
[akan diupdate]
Penutup
Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan macam mana cara buat iklan di Instagram dari A-Z. Saya boleh akui buat iklan di Instagram adalah sangat mudah berbanding buat iklan di Facebook dan juga Google Ads.
Korang mesti cuba.
Pastikan jika nak buat iklan di Instagram, sentiasa pantau analisis supaya jika ada kesilapan kita boleh perbetulkan dengan kadar segera dan duit kita pun tidak rugi.
Cara naikkan follower Instagram ni ada beberapa kaedah yang saya akan tunjukkan dalam artikel ni. Untuk pengetahuan korang, nak naikkan follower ni bukan senang dan ia mengambil masa yang agak lama. Melainkan jika korang dah terkenal sebelum ni seperti artis, penyanyi, atlet dan sebagainya.
Namun, jika kita rakyat marhen biasa ni, nak naikkan follower punyalah susah. Kadang-kadang kita post yang menarik pun tak ada orang pandang.
Haha.
Tapi tak mustahil jika korang ada strategi yang betul.
Antara content Instagram yang dapat sambutan adalah content masakkan, tutorial, gambar tempat yang menarik dan sebagainya yang mereka rasa ada manfaat untuk mereka follow.
Bukan tu saja. Korang kena usaha untuk post setiap hari. Walaupun content yang kita hasilkan tu dah cukup rasa, tapi kalau kita jarang post pun lambat juga nak tambahkan follower.
So, kita terpaksa kerah tenaga dan idea setiap hari untuk konsisten post dalam Instagram sekurang-kurangnya satu content sehari. Macam contoh saya di bawah ni. Saya perbanyakkan content info-info yang tak pernah difikir oleh orang ramai.
Sebelum tu mari kita lihat dulu apa kelebihan jika ada follower yang ramai di Instagram kita.
Kadang-kadang bukan kita nak popular pun.
Best ke dunia popular ni?
Tak best pun dunia popular ni.
Penat.
Penat sebab nanti korang akan terpaksa layan macam-macam perangai jika korang popular.
Follower ramai di Instagram bukan bererti untuk popular saja.
Ada beberapa sebab yang lain.
Antaranya adalah;
Senang nak aproach syarikat besar untuk sesuatu projek.
Syarikat besar akan cari kita untuk buat iklan di Instagram kita.
Boleh jana pendapatan di Instagram dari pelbagai sumber.
Boleh jual semula akaun Instagram mengikut saiz follower.
Mudah viral jika kita post sesuatu di Instagram
Ada lagi?
Ya ada lagi.
Tapi ini saja senarai yang mampu saya kongsikan dan jika korang nak kongsikan boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.
Cara Naikkan Follower Instagram Dengan Cepat Dan Selamat
Jadi di sini, saya akan tunjukkan tiga cara ataupun idea kepada anda yang ingin naikkan follower di Instagram.
#1. Teknik Follow & Unfollow
Macam mana dengan teknik follow & unfollow ni?
Teknik ni senang je? Just follow dan unfollow semula. Tapi korang jangan pula unfollow yang follow korang tu. Just unfollow yang mana tidak follow korang lepas korang follow dia.
Ahh..Berbelit lidah nak beritahu. Tapi korang faham la kan?
Macam mana nak buat tu? Teruskan pembacaan.
Ok cara yang saya buat dengan teknik ni adalah, saya cuba cari follower yang sama minat dengan saya. Saya cari sama minat sebab nak dapatkan target follower. Tak sama minat dengan korang pun tak apa.
Sebagai contoh saya minat dalam blogging. So, saya cuba cari follower saya yang minat dalam blogging juga kemudian saya follow kesemua follower dia.
Then, kita berserah jela samaada dia nak follow back kita atau tak. Nanti kita boleh unfollow jika dia tak follow kita. Jika dia follow back bermaksud kita dah dapat tambah follower di sini.
Lepas saya dah follow beberapa orang, biasanya saya akan bagi masa selama satu hari dahulu untuk lihat siapa yang tidak follow back saya.
So, macam mana kita nak lihat orang tersebut follow back kita atau tak?
Di sinilah saya akan gunakan applikasi "Report: Followers Tracker". Nanti korang boleh download di app store atau playstore sama dengan icon seperti di bawah.
Apa tujuan applikasi ni?
Tujuan applikasi ni adalah untuk kita semak siapa yang tidak follow kita lepas kita follow dia.
So, bila kita buat analisis dengan menggunakan applikasi ni siapa yang tidak follow back kita, kita unfollow dia semula.
Jadi, untuk cara yang pertama dah pun lengkap macam mana nak naikkan follower di Instagram dengan cepat dan pantas.
Jika korang tak nampak cara pertama ni macam mana, nanti boleh rujuk video di akhir artikel ni.
#2. Letakkan Hastag (#) Pada Setiap Post
Masih ramai yang tak tahu fungsi dan kelebihan hastag jika kita letak di Instagram.
Hastag ni dah lama diguna pakai sejak zaman popular Facebook lagi.
Kelebihan yang ada pada hastag adalah, jika seseorang buat carian yang sama dengan apa yang kita hastag pada post kita di Instagram, post kita tersebut akan mudah dijumpai di Instagram.
Sebagai contoh korang letakkan hastag #resepimasakkan atau #resepi.
Setiap perkataan yang kita letakkan hastag ia akan jadi link dan jika kita klik pada hastag tersebut, ia akan senarai semua post yang ada hastag yang sama.
#3. Buat Iklan Berbayar
Untuk buat iklan berbayar bertujuan naikkan follower ni adalah cara yang paling saya sarankan jika korang ingin dapatkan follower yang berkualiti. Tapi yang ni kena budget lebih sikit la.
Dengan buat iklan berbayar, kita boleh target siapa audience kita seperti umur berapa, lokasi di mana dan apa yang mereka minat. So di sini saya tunjukkan secara ringkas macam mana nak buat iklan berbayar.
Langkah 1 Pada langkah pertama pilih post atau content yang korang nak iklankan tu.
Kemudian klik pada butang promote.
Langkah 2 Kemudian, korang perlu pilih "More profile visits" untuk naikkan follower Instagram.
Lepas dah pilih klik Next.
Langkah 3 Seterusnya, di sini kita perlu pilih dan target Audience yang kita nak. Sebenarnya dia dah ada yang automatik. Tapi saya sarankan untuk kita buat secara manual. Kita set sendiri siapa audience yang kita nak.
Untuk setting secara manual, klik pada pilihan "Create your own"
Langkah 4Sekarang kita berada pada tetapan untuk pilih siapa audience kita.
Untuk no.1, tulis saja apa-apa nama sebagai nota rujukan kita. Sebagai contoh kita nak target Audience Takaful. So kita tulis ke Takaful di sini.
Kemudian no.2 korang perlu pilih lokasi mana yang kita nak target. No.3 pula pilih apa yang mereka minat dan no.4 pilih umur dan jantina.
Untuk bahagian ni saya tak perlu tunjuk secara detail. Korang boleh setting sendiri. Senang je. Lepas dah siap setting, klik je butang "Done"
Langkah 5Secara tak langsung lepas kita siap langkah 4 tadi, sistem akan terus pilih audience yang telah kita setting sebentar tadi.
So, klik pada butang Next.
Langkah 6 Kemudian, kita diminta untuk pilih budget berapa yang kita mampu. So, korang setting je sini mengikut kemampuan masing-masing.
Lepas dah siap, klik next.
Langkah 7Pada bahagian akhir ni, kita perlu review sekali lagi setting yang telah kita buat.
Jangan lupa untuk masukkan cara pembayaran dengan klik pada Payment dan follow saja untuk tambah cara pembayaran tu.
Jika dah puas hati, klik pada butang Create Promotion.
Siap!
Lepas tu kita kena tunggu sehingga pihak Instagram meluluskan iklan kita tu. Tunggu je untuk orang follow kita.
#4. Dapatkan Servis Follower Instagram
Jika korang tidak mahu pening kepala dan keluarkan modal yang banyak untuk naikkan follower di Instagram, korang just upah orang lain yang buat servis naikkan follower Instagram. Salah satunya, saya sendiri.
Tapi terus terang saya jelaskan di sini untuk servis ni anda tidak boleh nak target jantina, umur, minat dan juga dari mana follower datang. Semua follower untuk servis saya ni datang dari seluruh negara. Senang kata follower yang bakal korang dapat jika dapatkan servis saya ni adalah follower yang random.
Tapi ini adalah cara paling murah dan paling pantas untuk naikkan follower.
Salah satu cara lagi nak naikkan follower dengan berkesan adalah dengan post content dalam IG kita dengan content-content yang menarik, bermanfaat dan unik.
Sebagai contoh terdekat yang boleh kita follow adalah Khairul Aming.
Dia hanya buat video masak-masak je di mana majoriti orang boleh buat.
Mungkin korang pun boleh buat kan?
Tapi cara Khairul Aming tu agak unik siki dengan suara manja-manja.
Macam mana pun, buat je ikut gaya korang sendiri sebab video jenis masak, tutorial dan seumpamanya ramai yang akan follow walaupun perwatakkan korang tidak menarik.
Apa yang penting adalah content mesti power dan buatkan orang rasa bermanfaat dengan content kita tersebut.
Korang akan tengok ramai yang akan follow korang walaupun korang tak kenal orang tersebut.
Macam contoh di Instagram saya (blogfaiz) buat masa ni, saya hanya post fakta-fakta menarik dan sedikit pandangan dan ulasan saya mengenai sesuatu isu semasa.
Sekarang, cuba korang fikir apa content yang korang rasa menarik dan mudah untuk korang buat.
Cuba buat secara konsisten dulu selama sebulan untuk lihat hasilnya.
Jadi, itu adalah beberapa kaedah macam mana kita nak tambah jumlah follower di Instagram. Jika korang nak tengok dalam bentuk video, boleh rujuk video di bawah ni.
Soalan Lazim Naikkan Follower Instagram
Berikut soalan lazim yang saya terima berkaitan dengan naikkan follower Instagram.
Apakah cara terbaik untuk naikkan follower Instagram yang berkualiti?
Untuk jawab soalan ni, saya ada dua jawapan.
Yang pertama adalah dengan cara buat iklan di Instagram sebab korang boleh target umur, jantina, lokasi dan apa yang mereka minat. Dengan buat iklan di Instagram confirm korang akan dapat follower 100% yang berkualiti dengan apa yang kita target.
Cara ni cepat tapi memerlukan modal yang tinggi.
Kedua adalah dengan post content-content yang menarik dan unik. Sebagai contoh video masakan, gambar travel yang menarik, tutorial dan sebagainya.
Cara ni pun korang akan dapat follower yang berkualiti dengan percuma tapi ia mengambil masa tempoh yang agak lama.
Adakah follower beli boleh bantu kita jana pendapatan?
Follower beli adalah cara paling pantas tapi ia tidak membantu korang dari segi pendapatan.
Follower beli hanya boleh bantu korang tingkatkan kreadibiliti jika orang lain tengok profile korang yang mempunyai jumlah follower yang ramai.
Adakah salah beli follower Instagram dan kena banned?
Beli follower Instagram tidak salah jika korang dapatkan servis dari pihak yang professional.
Trend pada masa kini ramai yang jana pendapatan hanya melalui Instagram saja.
Banyak sebenarnya cara jana pendapatan di Instagram ni.
Antara salah satu contoh yang paling banyak orang jana duit di Instagram ni adalah melalui sponser.
Syarikat-syarikat besar akan buru Instagram yang mempunyai follower yang ramai untuk iklankan produk mereka di profil Instagram orang tersebut.
Jadi, nak tak nak, kita kena usahakan macam mana cara nak naikkan follower di Instagram kita supaya syarikat besar ni bayar kita dengan bayaran yang lumayan.
Macam mana cara nak buat highlight story instagram? Bagi korang yang ingin naikkan follower, story di Instagram ni adalah antara yang penting untuk kita sentiasa update. Kalau nak update tu, updatela benda-benda yang berkualiti supaya kita sentiasa ada engagement dengan follower kita.
Lepas buat story dekat IG, korang tak boleh biarkan macam tu pula sebab nanti bila dah 24 jam, IG story kita tu akan lenyap dari pandangan umum.
So, di sinilah korang kena buat Highlight Story Instagram.
Jadi, macam mana tu nak buat?
Jom ikut tutorial di bawah ni.
Tutorial Buat Highlight Story Instagram
Dalam tutorial ni, saya akan tunjukkan semua macam mana nak create hightlight story dalam IG, tukar cover story hightlight, tukar tajuk dan juga padam story highlight.
Langkah 1 Perkara pertama sekali saya nak tunjukkan macam mana nak create story baru dalam Instagram.
Mula-mula, korang kena login ke dalam akaun Instagram. Kemudian, lihat seperti gambar di sisi ni ada icon "+".
Klik pada icon plus tu untuk buat story baru.
Langkah 2 Bila dah klik icon plus tadi, kita perlu pilih story yang telah kita buat sebelum ni.
Jika korang belum buat story lagi, sila buat terlebih dahulu.
Lepas dah pilih story, klik next.
Langkah 3 Kemudian, di sinilah untuk kita tukar cover gambar, dan buat tajuk.
Jadi, pada anak panah pertama tu, untuk kita tukar cover. Klik saja dan tukar.
Seterusnya, pada anak panah kedua, tulis tajuk untuk story highlight korang.
Lepas dah siap semua, klik done.
Siap!
Langkah 4 Untuk lihat story highlight terbaru, boleh tengok pada profil IG kita seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.
Untuk padam story highlight pula korang hanya perlu tekan selama 3 saat pada story yang nak dipadam tu, kemudian nanti dia akan bagi pilihan untuk padam story highlight tersebut.
So, siaplah kita punya tutorial macam mana nak buat highlight story Instagram.
Kalau korang ingin lihat dalam bentuk video, boleh klik video di bawah ni untuk gambaran yang lebih jelas dan jika korang sudi, boleh follow Instagram saya di sini https://www.instagram.com/blogfaiz/
Macam mana cara upload gambar di Instagram web? Bukan semua gambar ataupun video kita nak kena upload melalui smartfon kita. Kadang-kadang ada juga gambar tersebut kita download dari laptop dan terus nak upload ke Instagram kita.
Untuk pengetahuan korang, kita tak boleh nak upload secara direct melalui laman web Instagram. Ada sedikit tricky yang perlu kita buat untuk upload gambar mahupun video melalui laman web Instagram.
Macam mana caranya?
Senang je caranya.
Tips Sebelum Upload Gambar di Instagram
Sebelum kita lihat cara nak upload gambar di Instagram, mari kita lihat dulu apa yang perlu kita buat.
Di sini saya nak bagi sedikit tips pemilihan gambar untuk upload di Instagram supaya Instagram kita sentiasa nampak menarik dan sekaligus menarik orang lain untuk follow kita.
Gambar hendaklah gambar yang cantik dan lawa dari segi posing, background, pencahayaan dan sebagainya.
Upload gambar yang berfaedah dan memberi nilai pada followers kita.
Gambar hendaklah upload gambar sendiri dan dilarang sama sekali upload gambar kepunyaan hak orang lain.
Kualiti gambar hendaklah bagus dan bukannya gambar pecah-pecah.
Kalau boleh pos semua gambar dalam format 1:1 ataupun Square.
Jika kita upload gambar yang tidak memberi makna pada follower, lama-lama kita akan hilang follower dan juga tak ada siapa nak follow kita.
Cara Upload Gambar di Instagram Web Menggunakan PC
Baiklah.
Korang tahu tak sebenarnya Instagram tidak boleh dipost secara direct melalui websitenya. Ianya hanya boleh dipost melalui applikasi.
Namun, ada sedikit cara yang korang boleh post gambar atau video terus dari laman web di laptop atau PC.
Caranya tak susah.
Ikut cara di bawah.
Langkah 1 Buka laman web Instagram di laptop Instagram.com.
Langkah 2 Sekarang ni saya menggunakan browser Google Chrome. Korang lihat sebelah kanan atas sekali ada tanda tiga titik bertindih. Klik pada tiga titik bertindih tersebut.
Kemudian dia akan keluar dropdown seperti di atas. Klik pada More tools » Developer tools
Langkah 3 Lepas selesai pada langkah 2 tadi, korang akan lihat pula seperti berikut. Klik pada icon sperti anak panah tunjukkan dalam gambar di bawah.
Penerangan
Nombor 1: Pada anak panah yang ditunjukkan pada nombor 1, pastikan korang klik pada icon mobile/phone untuk tukarkan kepada Instagram kepada mode phone.
Nombor 2: Pastikan korang berada pada bahagian Performace. Jika korang tak klik atau berada pada bahagian Performance, korang takkan nampak seperti yang ditunjukkan pada anak panah nombor 3.
Nombor 3: Klik pada icon reload untuk reload website dan tukarkan sepenuhnya kepada mode phone.
Lepas dah klik pada icon reload tersebut, korang akan lihat processing profile seperti di bawah.
Apa yang perlu kita buat adalah tunggu sehingga progressnya selesai.
Langkah 4 Selepas itu korang akan lihat interface Instagram akan muncul seperti gambar di bawah di mana ia ada fungsi butang seperti yang ada di applikasi Instagram.
Klik pada icon tambah tersebut untuk upload video ataupun gambar dari dekstop/laptop korang.
Siap!
Itu saja cara-caranya.
Mudah bukan?
Jika ada gambar yang datang dari laptop korang untuk upload ke Instagram, sekarang tak perlu lagi untuk main transfer ke smartfon kemudian baru upload gambar.
Dengan korang ikut saja tutorial di atas ni, masalah nak upload gambar ke Instagram akan selesai.
Jika korang rasa tutorial ni bermanfaat, jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan dan bolehlah follow laman sosial aku kerana banyak perkara yang aku ingin kongsikan secara percuma.
Untuk lihat tutorial secara bervideo, boleh lihat di bawah.
Bonus: Cara Upload Gambar Instagram Melalui Applikasi Instagram
Tutorial ni bonus saja saya nak sampaikan kepada mereka yang baru ada akaun Instagram tapi tak tahu cara macam mana nak upload gambar dan video dalam Instagram.
Nampak remeh je kan benda ni?
Tapi korang tak tahu masih ramai yang tak tahu.
Sekarang ni saya nak tunjukkan contoh pula cara nak upload gambar dan video dalam Instagram.
Langkah 1 Pastikan korang dah download applikasi Instagram di App Store atau Google Play.
Langkah 2 Pastikan korang dah download applikasi Instagram di App Store atau Google Play.
Langkah 3 Ok nanti dia akan keluar popout dari bawah untuk kita pilih samaada kita nak post gambar, Reel, IGTV dan sebagainya semuanya kita boleh buat di sini.
Langkah 4 Sebagai contoh di sini saya pilih nak post gambar. Jadi saya pilih pilihan di atas tadi sebagai "Post" dan dia akan bawa kita ke galeri ataupun media di telefon kita untuk kita pilih gambar mana yang kita nak upload.
Langkah 5 Akhir sekali di sini kita boleh set lokasi, tag seseorang dan tulis deskription di sini.
Lepas dah siap semua, klik je pada butang Share.
Siap!
Kesimpulan
Dalam tutorial ini, korang telah belajar cara bagaimana nak upload foto di Instagram melalui PC ataupun laptop. Jadi lepas ni tak perlu lagi korang nak transfer gambar dari laptop ke phone kemudian baru post di Instagram.