013-9346624 (Whatsapp Only)
Pengalaman Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam

Pengalaman Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam

Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam | Hi gaisss...Pada artikel kali ni saja je aku nak berceritakan dan kongsikan pada korang tentang percutian aku di Pulau Perhentian. Mana tahu kepada korang yang nak merancang pergi ke Pulau Perhentian tu dapat gambaran serba sedikit macam mana nak pergi ke sana.

Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku nak tanya kepada korang. Dah pergi ke belum ke Pulau Perhentian ni? Kalau korang belum pergi, aku cadangkan korang plan satu kali untuk pergi ke sini. Sebab apa? Ni adalah antara salah satu pulau yang tercantik yang ada ni negara kita ni, Malaysia.

Kalau korang pertama kali datang ke sana, mesti korang terpegun melihat keindahan airnya yang super jernih. Korang boleh nampak ikan berenang di tepi pantai. Cantik weh...

Ai yang jernih. Aku ambil gambar guna kamera Sony RX0 ii

Untuk pengetahuan korang juga, semua pulau-pulau di sebelah pantai timur akan ditutup mulai Oktober sehingga Mac. Ini kerana pada waktu ini monsun timur laut sedang berlaku. Demi keselamatan pengunjung ianya ditutup. Lagipun pada musim ni air laut bergelora. Nak snorkeling pun tak best.

So, kalau korang plan nak pergi ke sini, korang kena plan antara bulan April hingga September.

Kisah Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam

Mesti korang dah tak sabarkan nak baca kisah aku ni? Hahaha... Jom baca perkongsian aku ni pergi ke Pulau Perhentian.

20 September 2019 (Jumaat)

Jarang sangat aku nak bagun awal pagi ni. Tapi entah kenapa pada hari ni aku bagun awal pagi sangat.

Semangat nak pergi ke pulau la ni. Tapi, paling aku hairan, bangun dah awal tapi bertolak tetap lewat. Biasalah, typical Melayu. Tambah-tambah tunggu isteri aku bersolek. (harap-harap dia tak baca)

Huhu...

Aku bertolak dari Pengkalan Chepa ke Jeti Kuala Besut lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Plan asal nak bertolak sebelum pukul 7 pagi. Dan perjalanan aku memakan masa selama hampir satu jam lamanya.

Sampai di sana, aku terus mencari agen yang menguruskan aku ke Pulau Perhentian ni.

pulau perhentian
Sedang menunggu giliran untuk briefing

Ok satu lagi nasihat aku pada korang yang baru pertama kali datang. Kalau korang rasa blur macam mana nak pergi ke Pulau Perhentian ni, aku cadangkan kepada korang untuk ambil pakej sebab nanti mereka boleh guide korang walaupun pergi sendiri jauh lebih murah. So nanti takdelah korang terkial-kial nak pergi sana.

Ok sambung.

Agen yang aku ambil ni adalah dari DNAMIE Leisure & Tour. Overall aku puas dengan agen ni walaupun ada satu interinary yang tidak ikut jadual asal. Rating aku boleh bagi untuk agen ni 4/5 dari lima bintang.

Lepas aku selesai ambil tiket dan diberi penerangan oleh pihak Dnamie, aku pun pergi parking kereta. Parking kereta di sini memang ada tapi berbayar. Bayarannya adalah sebanyak RM10 sehari.

pulau perhentian
Tempat parking kereta untuk panas sahaja. Bayaran RM10.

Lepas semua settel, kami pun ambil semua barang dan beg kami dari kereta sebab feri pertama akan berlepas pada pukul 9 pagi.

Kemudian kami menuju ke bahagian perlepasan Jeti Kuala Besut. Tak jauh pun dari tempat parking. Lebih kurang 200 meter saja.

Sampainya di sana, kami melalui satu lorong untuk berbaris dan disitu barulah aku tahu rupanya kena bayar cukai laut.

Serius, ni first time aku baru tahu. Nak pergi ke Langkawi setahu aku tak perlu bayar pun cukai laut. Cukai laut ni kalau tak silap aku RM5 untuk seorang. Maaf aku lupa sebab yang tolong bayar hari tu wife aku. Tangan aku dah penuh dengan beg masa tu.

pulau perhentian
Sedang menuju ke Jeti

Lebih kurang pada pukul 9.15 pagi, barulah kami menaiki boat dan menuju ke Pulau Perhentian kecil. Perjalanan kami ambil masa 45 minit.

pulau perhentian
Baru berlepas ke Pulau Perhentian Kecil

Sebenarnya boat ni berhenti ikut tempat korang bermalam. Contoh macam aku punya aku bermalam ni Tivoli Inn iaitu di tengah-tengah Pulau Kecil. So mereka turunkan aku di Jeti Coral Bay.

Paling aku tak dapat lupakan di sini adalah semasa mencari tempat penginapan. Dah la kedua-dua tangan penuh dengan barang. Berat lagi. Pusing-pusing tempat sama beberapa kali sehinggalah aku tanya orang kat sana barulah nampak "cahaya" sikit.

Dari jeti Coral Bay ke tempat penginapan aku lebih kurang 1 kilometer. So, terpaksalah kami berjalan kaki dari jeti ke sana. Letih tu memanglah letih tapi aura Pulau tu menyebabkan rasa letih tu hilang.

pulau perhentian
Baru tiba di Jeti Coral Bay

Sampainya di sana, aktiviti kami yang pertama adalah tidur. Serius beb. Dah la bangun awal, lepas tu terpaksa berjalan kaki 1 kilometer lebih mencari tempat penginapan. So kami cadang tidur dulu sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya.

tivolli inn
Keadaan bilik di Tivoli Inn

Sehinggalah pada pukul 3 petang, barulah kami keluar dan aktiviti kedua kami pada hari tu adalah pergi ke Windmill Point iaitu kawasan Kincir Angin dari atas bukit sambil melihat air laut membiru luas terbentang.

kincir angin pulau perhentian
Windmill. Aku ambil dengan GoPro 7 Black

Penat dan lelah kami mencari tempat penginapan belum lagi hilang, ni terpaksa pula kami mendaki bukit untuk menuju ke Windmill. Yes, memang penat tapi aktiviti nilah seronok. Tambah seronok lagi jika buat bersama tersayang.

Aku malas nak cerita panjang cantik macam mana kat windmill tu, korang lihatlah video ni kat bawah yang aku ambil sendiri ok. Sambil lihat YouTube aku tu, subscribe la sekali.

Lihat video pemandangan di Windmill

So macam mana korang lihat video atas ni?

Cantik kan?

Serius lawa. Korang seolah-olah berada di satu tempat lain dari yang lain. Kalau korang nak datang sini, korang boleh ambil jurupandu atau boleh naik sendiri. Tapi aku dengan wife aku hanya naik sendiri tanpa ada jurupandu. Jimat sikit wooii...

Selepas berpuas-puas bergambar di sini lebih kurang sejam, kami pun turun dari kincir angin ni dan menuju ke Long Beach untuk hilangkan penat.

long beach
Minum ABC berharga RM3.50. Sedappp...

So, itulah aktiviti kami pada hari pertama.

Ok guys..Aku rasa untuk part seterusnya aku akan sambung pada artikel yang lain sebab aku rasa artikel ni dah panjang sangat.

Stay tuned guys...

Di Terengganu ada Pantai Miami? – Tempat Menarik di Kuala Terengganu (Bahagian 1)

Di Terengganu ada Pantai Miami? – Tempat Menarik di Kuala Terengganu (Bahagian 1)

Hi geng.

Kali ni aku nak berkongsikan kepada korang semua tempat yang menarik di Kuala Terengganu.

Tapi, nampaknya dah lama aku tak update kat blog aku ni. Bukan apa. Sebenarnya aku sibuk duk setup channel YouTube aku ni. Disebabkan aku banyak fokus pada video sampai aku tak ada masa nak menulis dekat blog aku ni.

Kalau korang belum subscribe channel aku tu, nanti korang subscribe la ya. Aku mengemis subscribe ni.

Haha.

Apa-apa pun sila lawat dulu channel YouTube aku tu. Lepas tu barulah korang nilai dan buat keputusan samaada nak subscribe ataupun tidak.

Dalam Channel aku tu aku banyak buat video pasal tempat-tempat yang menarik, review makanan, review gadget, review teknologi dan apa-apa saja yang aku tahu aku akan berkongsikan kepada korang dalam channel aku tu.

Baiklah.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu aku bercuti di tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Terengganu.

Sebenarnya plan nak pergi bercuti ni spontan saja sebab kampung isteri aku memang kat Kuala Terengganu dah pun.

Disebabkan aku tak ada kerja nak dibuat so aku pun buatlah lawatan-lawatan tempat menarik di Kuala Terengganu ni.

Destinasi #1. Masjid Kristal

Pada mulanya destinasi pertama aku adalah ke masjid kristal. Tapi pada hari tersebut adalah hari raya haji dan aku baru tahu rupa-rupanya hari cuti umum masjid ni ditutup.

So aku terpaksa ke next destinasi dengan perasaan yang hampa dan gambar pun aku tak ada nak tampal kat sini.

Tapi aku pelik.

Kenapa masjid perlu ditutup ketika hari cuti umum?

Bukankah masjid ni tempat untuk kita beribadah?

Atau kat Masjid Kristal ni hanya untuk tempat pelancongan saja?

Hmmm...

Biarlah korang yang jawab sendiri.

Ok. Aku pun malas nak fikir panjang. Jom kita ke next destinasi.

Opss..

Sebelum tu aku nak beritahu bahawa aku ada buatkan video dan artikel Bahagian 2 untuk Masjid Kristal ni. Jangan lupa baca dan tonton video ya. 🙂

Destinasi #2. Pesisir Payang/Dataran Shah Bandar

Destinasi kedua aku pula adalah di Pesisir Payang yang berdekatan dengan Dataran Shahbandar.

So apa yang menarik di sini?

Benda yang menarik di sini adalah korang boleh lihat pemandangan drawbridge Kuala Terengganu yang telah viral baru-baru ni.

pesisir payang tempat menarik di kuala terengganu

So, siapa yang nak buat photoshoot perkahwinan di sini juga sangat sesuai yang berlatar belakang drawbridge.

Kalau korang perasan, latar belakang drawbridge ni korang seolah-olah berada di luar negara sebab ini adalah drawbridge yang pertama di Malaysia.

Apa yang menarik lagi di Pesisir Payang ni adalah korang boleh pergi ke Pasar Payang. Pasar Payang ni adalah syurga beli-belah bagi orang yang suka periuk, periuk belanga, gelas, pinggan mangkuk dan apa-apa saja yang berkaitan dengan barangan dapur.

Psstt...

Kalau korang ada isteri yang suka dengan semua benda-benda tu jangan bawa dia ke sini. Huhu...

Destinasi #3. Drawbridge di Seberang Takir

Destinasi aku yang seterusnya adalah ke Seberang Takir untuk lihat drawbridge dengan lebih dekat.

Untuk ke seberang takir ni aku telah melalui jambatan drawbridge ni.

Wow.

So, inilah pertama kali aku laluinya setelah ia dibuka sejak 3 bulan lalu.

Perasaan aku masa lalui jambatan tu dengan kereta aku, aku rasa bangga telah menjadi rakyat Malaysia. Apatah lagi rakyat negeri Terengganu sendiri. Ini melambangakan negara kita boleh mencapai negara yang maju.

Untuk info korang, setakat ni drawbridge di Kuala Terengganu tu adalah drawbridge yang terpanjang di dunia. Korang jangan kira panjang keseluruhan jambatan tu. Korang hanya kira yang boleh diangkat tu saja. Yang tu dikatakan terpanjang di dunia.

drawbridge tempat menarik di kuala terengganu

Setelah berphotoshot aku di sini lebih kurang sejam, so aku pergi ke next destinasi.

Destinasi #4. Pantai Seberang Takir a.k.a Miami Beach

Untuk bahagian 1 ni, destinasi terakhir aku adalah singgah di Pantai Seberang Takir atau juga dikenali sebagai Miami Beach Kuala Terengganu.

Tapi, kenapa Miami Beach?

pantai seberang takir atau miami beach tempat menarik di kuala terengganu

Dikatakan di sini ada pemandangan yang sangat cantik seperti di Miami Beach tu.

Nak tahu betul ke tak, korang boleh lihat dulu video di bawah ni.

Ni sebehagian saja yang aku sempat shoot dengan drone aku. Next time aku cuba buat view dengan lebih meluas lagi.

Ok berbalik kepada Pantai Seberang Takir tadi.

So apa yang menarik di sini.

Yang menariknya adalah pemandangannya yang sungguh cantik tambahan pula jalan raya betul-betul berdekatan dengan jalan raya.

Jarang woo pantai berdekatan dengan jalan raya di Malaysia ni.

Setahu aku pantai seberang takir je la pemandangan macam ni.

Di sini juga, korang boleh jadikan tempat photoshot untuk majlis hari bahagia korang.

Penutup

Aku rasa itu sajalah dulu perkongsian aku pada artikel kali ni iaitu lawatan aku ke tempat-tempat yang menarik di Kuala Terengganu ni.

Dengan izin-Nya, aku akan sambung pula pada bahagian yang kedua. Jangan lupa untuk singgah nanti ya di blog dan channel aku ni ya.

Jika korang suka untuk lihat dalam bentuk video apa yang telah aku ceritakan di atas ni, korang boleh lihat video ni di bawah. Enjoyyy...

Miami Beach Seberang Takir, Terengganu
Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu

Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu

Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu | Di Kuala Terengganu sebenarnya tidak banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi selain Pantai Batu Buruk dan juga China Town. Tetapi kerajaan negeri Terengganu telah mengambil langkah inisitif untuk membuka tempat kawasan pelancongan yang baru kepada pengunjung iaitu di Pesisir Payang.

Untuk pengetahuan korang, di sini sebenarnya ada satu jambatan yang baru dibina untuk menghubungkan Pesisir Payang dengan Pulau Duyung dan kos ini telah menelan kos sebanyak RM200 juta.

Uniknya, jambatan yang dibina ini boleh di angkat untuk tujuan kapal besar melaluinya. Setahu aku jambatan yang boleh diangkat ni belum ada lagi di Malaysia (maafkan aku jika dah ada). Tahniah untuk kerajaan negeri Terengganu!

Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu

pesisir payang
Kawasan Pesisir Payang

Sejujurnya, kawasan ini tiada apa-apa yang menarik untuk korang kunjungi tetapi jika korang ingin buat photoshot atau bergambar ia adalah satu idea yang menarik kerana pemandangan background di sini agak cantik.

Selain daripada itu, korang boleh berpiknik dengan keluarga di sini pada waktu petang. Hampar tikar dan layan air teh petang sambil cicah biskut. Boleh hilang stress tuu...

Fuhh..

Memang padu rasanya. Setahu aku juga, ketika bulan puasa, kawasan lapang yang ada di Pesisir Payang ni dijadikan tempat berbuka oleh orang ramai. Bagi aku ini adalah sesuatu yang menarik perlu dicuba. Pemandangan sekeliling yang syahdu ni boleh meningkatkan lagi selera kalau berbuka puasa di sini.

Aku sebagai rakyat Malaysia berharap tempat ini akan menjadi satu daya tarikan pelancongan baru yang terkenal suatu hari nanti. Jom sama-sama kita support sektor pelancongan di Malaysia supaya negara kita bertambah lebih maju.

Kalau yang merancang untuk ke Kuala Terengganu ni, aku sarankan untuk korang pergi dan tengok suasana di sini. Suasana di sini lebih menjadi dramatik ketika waktu petang. Kalau nak buat photoshot kahwin tu sangat-sangat sesuai.

Untuk layan review aku secara bervideo, boleh nonton di bawah melalui channel YouTube Blog Faiz.

Review Hotel OYO 535 Tanjong Inn di Kota Bahru

Review Hotel OYO 535 Tanjong Inn di Kota Bahru

Review Hotel OYO 535 Tanjong Inn di Kota Bahru | OYO hotel ni merupakan salah satu rangkaian hotel terbesar di Asia. Sebab tu pada setiap nama hotel ni ada nombornya tersendiri. Contohnya OYO 535 Tanjong Inn.

Hotel ni terletak kira-kira 6-7 km dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. So, sesiapa yang nak naik flight boleh stay di sini sehari lebih awal supaya flight korang tak terlepas.

Review Hotel OYO 535 Tanjong Inn di Kota Bahru

Hotel OYO 535 Tanjong Inn
Hotel OYO 535 Tanjong Inn

Seperti biasa, aku akan review hotel ni berdasarkan persekitaran hotel, dalaman hotel dan peraturan hotel

#1. Persekitaran Hotel

Kawasan persekitaran hotel OYO 535 ni agak macam kawasan terpencil sikit. Di depan hotel ni adalah jalan raya tempat kereta lalu lalang tapi tiada kemudahan warung berdekatan untuk makan.

Di belakang hotel ni pula, kawasanya agak bersemak-samun namun ia tiada menjadi masalah jika tujuan korang datang ke sini hanya untuk bermalam dan bukan untuk menikmati pemandangan.

Nama pun hotel budget kan?

Parking kereta boleh parking di dalam kawasan hotel ini. Setakat yang aku perhatikan, masih banyak ruang kosong untuk parking kereta. So bab untuk parking tidak menjadi masalah.

Dari segi struktur hotel, ianya kelihatan menarik, tidak usang dan catnya masih kelihatan baru.

#2. Dalaman Hotel

Terus terang aku nak beritahu. Pada awalnya aku masuk dalam hotel ni, suasananya agak seram sikit mungkin sebab tak ramai orang kot sewaktu aku booking sini.

Yela. Aku di tingkat satu. Sewaktu nak turun tangga aku tengok di tingkat dua gelap. Dahlah orang tak ramai.

Tapi tak jadi masalah. Cuma nak beritahu suasana agak seram sikit jika tak ramai penghuni.

Di dalam bilik hotel ni, bagi aku ok lah walaupun design agak bukan macam hotel. Design bilik di hotel ni macam bilik di rumah biasa. Tapi benda ni bukan menjadi masalah bagi aku sebab tujuan aku ke sini adalah untuk bermalam saja.

hotel oyo kota bahru
Suasana dalam bilik

Kemudahan lain yang disediakan adalah aircond, TV, WIFI percuma dan juga pemanas air untuk mandi.

hotel oyo kota bahru
Bilik air

Setahu aku, hotel ni tak ada katil single. Semuanya katil double ataupun queen. So kalau nak travel sorang-sorang tu macam tak sesuai.

hotel oyo kota bahru
Katil double

Lain-lain tambahan kemudahan yang diberikan adalah water heater untuk korang buat air dan dua botol air mineral.

Free gift air mineral dua

#3. Peraturan Hotel

Peraturan hotel OYO 535 Tanjong Inn yang perlu korang patuhi adalah.

  • Masuk selepas pukul 02:00 PM
  • Keluar sebelum 12:00 PM
  • Durian tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam hotel ini.
  • Deposit di antara RM20 dan RM100 mungkin dikutip.
  • Pengunjung mestilah menjaga bara sendiri dengan baik. Sebarag kehilangan barang pihak hotel tidak akan bertanggungjawab.
  • OYO menyambut semua jenis tetamu yang sah.
  • Pengunjung boleh check in dengan menggunakan kad IC masing-masing.

#4. Review Harga

Masa aku booking hotel ni, aku dapat diskaun melalui booking.com sebanyak 50%. Sepatut harga hotel ni lebih kurang RM75 tetapi aku dapat dengan harga RM35 sahaja untuk semalaman.

So murah la kan jika hanya untuk bermalam.

Kesimpulanya

So.

Rating keseluruhan secara peribadi yang boleh aku berikan adalah 4.5 daripada 5 bintang. Tu pun sebab aku dapat harga RM35. Kalau tak mungkin 3 bintang je la kot.

Aku rasa hotel budget ni sesuai bagi mereka yang baru saja tiba dari airport Kota Bharu dan bermalam di sini sebentar sebelum meneruskan perjalanan esok pagi.

Jika korang nak bercuti di Kota Bahru ataupun nak bermalam untuk naik flight, boleh mencuba hotel ni.

Rujukan

  1. OYO 535 Tanjong Inn - Kota Bharu
  2. Tanjong Inn - Awesome Deals & Real Reviews
Pengalaman Aku Cara Pergi Langkawi Naik Kereta Sendiri

Pengalaman Aku Cara Pergi Langkawi Naik Kereta Sendiri

Korang teringin nak pergi Langkawi naik kereta sendiri? Kepada yang nak pergi bercuti ke Langkawi tu, aku cadangkan korang pergi dengan kereta sendiri. Walaupun banyak perkhidmatan kereta sewa di sana, naik kereta sendiri pusing-pusing Langkawi lagi best.

Ni cerita dan pengalaman aku sendiri. Aku akan berikan korang guide secara direct untuk korang pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.

Cerita Sebelum Pergi Ke Langkawi

Sebelum tu, nak cerita sikitla pengalaman aku naik feri dengan kereta untuk ke Langkawi.

Pada 26 April 2018 yang lalu, aku telah mengajak isteri aku untuk bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Mulanya aku tak rancang pun nak naik kereta sendiri. Masa nak cari khidmat kereta sewa di sana, tiba-tiba aku fikir apa salahnya naik kereta sendiri kan?

So bermulalah aku survey macam mana nak pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.

Senang je rupanya gais.

Takpe. Nanti bawah ni aku akan beritahu cara-caranya secara detail. Ikut je.

Ok.

Jika korang merancang nak pergi ke Langkawi ni dengan kereta sendiri, aku cadangkan datang sini sehari awal dan tidur di hotel sekitar sini.

Aku naik di jeti Kuala Perlis.

So, datang sehari awal pun tak la boring sebab sekitar Kuala Perlis ni banyak benda best boleh tinjau tengok.

Kenapa perlu datang sehari awal?

Sebab kalau korang ada problem tak la kalut. Takkan nak naik feri ngam-ngam korang sampai sejam awal. Kalau tak ada problem tak kisah. Kalau ada problem? Tak ke kau kena tinggal dengan feri.

Malu!

Sekurang-kurangnya bagi aku sehari awal adalah masa yang terbaik.

So, macam ni la feri yang akan bawa kereta korang ke Langkawi.

Memang besar feri ni.

Masa ni feri baru je tiba di Jeti Kuala Perlis untuk turunkan penumpang.

Kalau tak silap aku ni adalah trip yang terakhir mereka bawa.

Mereka ada dua trip. Satu trip pagi dan satu lagi trip petang.

Perjalanan kalau nak dianggarkan adalah dalam 1 jam 30 minit.

Ok.

Baiklah.

Itu saja pengalaman yang boleh aku beritahu dan ceritakan serba sedikit pada korang untuk dapatkan gambaran yang jelas.

Kelebihan Dan Keburukkan Naik Kereta Sendiri Ke Langkawi

Kenapa perlu naik kereta sendiri ke Langkawi?

Ini hanyalah pendapat peribadi saya dan mungkin benda ni subjektif bagi setiap orang.

Setelah saya buat kira-kira, ini kelebihan yang saya dapat jika kita naik kereta sendiri ke Langkawi untuk tujuan melancong.

  1. Kita bebas bergerak bila naik kenderaan sendiri. Yang ni paling saya suka.
  2. Lebih jimat dari segi wang ringgit. Jika menyewa kereta, kita perlu sewa lagi, minyak kereta lagi dan jika ada kerosakkan sikit kita kena tanggung kerosakkan tu.
  3. Pengalaman berbeza bila bawa kereta sendiri melancong ke Langkawi.
  4. Tak perlu bersusah payah contact tuan punya kereta untuk sewa kereta dan menyediakan pelbagai dokumen nanti. Leceh. Tu belum kira buat deposit. Jika dah buat deposit dan tiba-tiba tak jadi, burn macam tu je la deposit tersebut.
  5. Senang nak bawa barang sendiri samaada sebelum dan selepas pulang dari Langkawi.

Orang kata setiap kebaikkan yang ada, mesti ada keburukkan.

Tapi, setakat ni saya belum jumpa lagi keburukkan jika kita bawa kereta sendiri ke Langkawi.

Persediaan Dokumen

Jadi sebelum kita tengok apa yang perlu buat seterusnya, di sini saya senaraikan dulu dokumen apa yang kita perlukan untuk bawa kereta kita ke Pulau Langkawi.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu korang ada;

  1. CC kereta korang samaada 1000 cc atau sebagainya.
  2. Geran kereta photostat depan belakang.
  3. IC photostat depan belakang.

Kesemua dokumen ni akan digunakan semasa membuat tempahan feri angkut kereta nanti.

Macam yang saya buat dulu, saya siap sediakan satu file khas untuk kumpulkan kesemua dokumen ni sebab nanti tak nak ada yang tertinggal dan sebagainya.

Ingat!

Jika korang tertinggal info penting ni, korang takkan dapat naik feri ni walaupun datang dari jauh.

Cara Pergi Langkawi Naik Kereta Sendiri

cara pergi langkawi naik kereta sendiri

Caranya tak susah dan budget pun aku rasa lebih rendah berbanding korang sewa kereta. Kalau sehari sewa kereta Axia katakan. Mungkin sudah dalam RM100, sehari. Kalau korang bercuti selama 4 hari sudah RM400.

Sebenarnya, naik kereta sendiri lagi murah budget.

Ok sekarang jom kita tengok macam mana nak pergi ke Langkawi dengan naik kereta sendiri.

Langkah 1 Untuk tempahan feri bawa kereta ke Langkawi, aku guna servis dari Langkawi Auto. Untuk mula tempahan, korang pergi ke laman website mereka, Langkawiauto.com

Langkah 2 Lepas tu korang isi je borang tempahan. Nanti dia akan minta dari mana kita nak berlepas, pulang dan CC kereta kita.

Harga bayar nanti dia akan ikut berapa CC kereta kita.

Lagi besar CC kereta, lagi banyaklah kita kena bayar.

Maaf cara isi borang tempahan di sini aku tak tunjukkan secara detail sebab kadang-kadang borang tempahan mereka ni selalu je berubah bentuk.

So, korang ikut saja arahan macam mana cara isi borang tu.

Antara info dan maklumat yang mereka minta adalah

  • Tempat berlepas (Departing). So biasanya korang pilih sini Kuala Perlis Jetty - Tanjung Lembong Port.
  • Kemudian tempat korang nak balik pulang (Returning). Pilih
    Tanjung Lembong Port - Kuala Perlis Jetty.
  • CC kereta korang samaada 1000 cc atau sebagainya.
  • Geran kereta photostat depan belakang.
  • IC photostat depan belakang.

Korang isi saja borang tempahan mereka sehingga kepada pembayaran. Sila review dan semak dahulu samaada korang isi tu betul atau tak terutama tarikh nak berlepas dan balik pulang. Kalau tersilap tarikh naya nanti. So, cek betul-betul tarikh pergi balik.

Lepas siap isi borang dan buat pembayaran, nanti korang akan terima satu email seperti gambar di atas.

Download yang ni dan print. Nanti semua dokumen ni kena serahkan semasa korang di Jeti Kuala Perlis atau mana-mana jeti tempat korang nak naik feri tu nanti.

Langkah 3 Pada langkah ketiga ni, korang kena emailkan, fax atau whatsapp kepada mereka geran kereta dan juga gambar IC depan belakang.

Nak senang, korang ambil gambar dengan telefon korang geran kereta dan juga gambar ic depan belakang dan hantarkan ke email enquiry@langkawiauto.com.

Itu saja.

Siap.

Jika kereta masih baru, tentu geran kereta bank yang pegang bukan? Kalau korang beli kereta bayar cash tak ada masalah. Jika yang buat pinjaman bank, pergi je ke bank yang korang buat pinjaman kereta tu dan kata nak minta geran kereta sekejap untuk photostat atau ambil gambar.

Jika pihak bank tanya nak buat apa geran kereta cakap saja nak pergi ke Langkawi naik kereta. Mereka tak cakap banyak kenapa perlukan geran sebab semua orang bank akan faham prosedure ni di mana kalau nak bawa kereta keluar dari kawasan kita memerlukan geran.

So, itu sajalah yang dapat aku kongsikan pada kali ni cara-cara nak pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.

Kepada yang sudah buat tempahan, aku doakan perjalanan korang selamat pergi dan balik.

Kesimpulan

Jadi, itu saja cara macam mana nak pergi Langkawi naik kereta sendiri. Tak susah pun sebenarnya. Pada awalnya saya pun fikir mesti kerja rumit nak handle bawa kereta sendiri ke Langkawi. Tapi bila kita tahu guide yang sebenar, tak susah pun.

Lagipun saya dah buat kira-kira jika kita naik kereta sendiri ke Langkawi sebenarnya kita banyak jimat dari semua benda.

So, nak shopping banyak-banyak kat Langkawi lepas ni pun tak jadi masalah. Tapi nak shopping kat sini korang tak boleh shopping banyak-banyak dengan tujuan menjual atau berdagang. Salah tu sebab Langkawi ni adalah barangan bebas cukai.

Pin It on Pinterest