Apa Itu Scammer Dan 5 Jenis Scam Paling Popular Di Malaysia

Masih ramai yang tidak tahu definisi apa itu scammer. Sejak dunia teknologi berkembang dengan pesat, “industri” scammer pun bertambah pesat juga.

Dulu saya dengar hanya golongan tua je yang kena scam, tapi sekarang ni tak kira umur jantina semua kena tipu disebabkan kelicikkan scammer ni memperdaya mangsa.

Apa itu Scammer?

Apa itu scammer? Scammer ni dalam Bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer.

Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer.

Scam ni boleh dikatakan satu budaya yang tak mungkn akan terpadam sampai bila-bila. Biasalah. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Jadi di sini saya nak kongsikan lima jenis scam yang paling popular di Malaysia.

apa itu scammer

Scammer ni wujud tak kira mana tempat. Di mana-mana si scammer ni akan wujud. Malaysia juga tidak terlepas daripada wujudnya scammer ni. Scammer ni pula melakukan pelbagai jenis aktiviti scam untuk memperdayakan mangsa. So, anda perlu berhati-hati dengan jenis scam seperti berikut.

1. Scam Duit Syiling Lama

Ok yang pertama adalah scam duit siling lama.

Sebenarnya scam duit siling lama ni saya dah pernah dengar sejak awal tahun 2013 lagi. Dan sehingga sekarang ni masalah scam duit siling lama masih lagi kedengaran seolah-olah benda ni tiada penghujungnya.

So, macam mana modus operandi mereka ni?

Biasanya scammer ni yang pernah saya jumpa lah, adalah scammer dari Luar negara, sebab kebanyakkan mereka ni akan speaking bila mesej dengan kita.

Ok, saya ceritakan tentang pengalaman saya sendiri, mesej dengan scammer duit silling lama ni.

Ada satu hari tu saya ada terima satu mesej di Instagram dari orang yang saya tak kenali dalam bahsa inggeris, untuk bertanyakan tentang duit siling lama. Padahal saya dah syak awal-awal lagi dia tu adalah scammer.

So, saya layanlah macam biasa. Mula-mula dia tanya saya ada ke duit siling lama? Saya pun berlakon jawab ada. Then, lepas tu berlaku sesuatu yang tak masuk akal. Dia offer satu duit siling lama dengan harga USD50k.

50K USD tu. Bukan sikit.

Lepas tu scammer ni beritahu saya untuk transaksi sebanyak tu, akan ada fee lah yang perlu kita settle. Tapi yang jadi masalahnya fee tersebut kita perlu bayar ke dalam akaun peribadi seseorang. Nombor akaun sape ntah dia bedal. So, di situ memang dah sah ni adalah scammer.

Jadi, sape yang rambang mata dengan tawaran 50k tu akan bank in fee tersebut dan dari situlah bermula kisah kena scam.

2. Macau Scam (guna psikologi menakutkan mangsa)

Ok, yang kedua adalah Macau Scam.

Sebenarnya Macau scam ni dia ada banyak jenis. Antaranya adalah Kad Kredit, panggilan mahkamah, parcel scam, menyamar anggota penguatkuasa dan sebagainya.

So, macam mana pula dengan modus operandi mereka?

Macau scam ni modos operandi mereka ni lebih kepada memperdayakan mangsa dengan menggunakan Teknik psikologi.

Ok di sini saya berikan satu contohlah iaitu scam kad kredit.

Ok scammer ni dia akan menghubungi mangsa yang memang dah ada buat kad kad kredit sebelum ni.

Jadi, scammer ni akan menghubungi mangsa dan beritahu mangsa bahawa mangsa ada hutang kad kredit sejumlah yang tak masuk akal. Ok sebagai contoh katakan RM500,000.

Lepas tu, scammer ni dia akan menakut-nakutkan mangsa dengan segala harta benda mangsa akan disita oleh pihak berkuasa jika tak bayar hutang kad kredit tu.

Gila kan kalu kita tak takut lepas lepas diugut harta benda akan disita.

Dari sinilah scammer ambil peluang ni, dan menyuruh mangsa buat apa yang disuruh.

Dengan ketakutan mangsa ni sekarang ni, mangsa akan buat apa saja yang disuruh. Sebagai contoh, scammer akan menyuruh mangsa bank in dalam jumlah yang tertentu kedalam akaun tertentu dengan harapan masalah tersebut dapat diselesaikan.

Bila mangsa dah bank in apa semua, masih juga tak settle sehingga mangsa ni rasa tertipu dan diperdaya oleh scammer.

Korang mesti pelik kan? Kenapa scammer ni boleh tahu orang ni, orang tu ada buat kad kredit, orang tu ada hutang dengan bank dan sebagainya kalau bukan orang dalam sendiri. So fikir-fikirkanlah.

3. Instagram dan Facebook (Scam Media Social)

Ok yang ketiga adalah scam media social.

Scam media social ni kebanyakkan yang jadi mangsa adalah golongan muda yang suka beli gadget murah melalui Facebook atau Instagram.

So, macam mana modus operandi mereka?

Scammer akan list sesuatu barang yang jauh lebih murah daripada harga pasaran luar.

So, bila mangsa yang jenis asyik nak murah je, so tanpa fikir Panjang terus bank in untuk pembelian.

Lepas dah bank in, scammer ni biasanya dia akan minta lagi duit tambahan sebagai contoh fee penghantaran. Yang si mangsa ni pula, bila suruh je bayar fee penghantaran, tanpa siasat apa-apa terus bank in, sebab walaupun ada fee penghantaran barang tersebut jauh masih murah lagi.

Bila dah bank in fee penghantaran tadi, biasanya scammer dengan tamak akan minta lagi fee yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga mangsa rasa tertipu.

Bila request refund pula, scammer ni akan menyuruh untuk bayar fee refund pula.

Jadi, sedar tak sedar mangsa dah pun rugi beribu-ribu tanpa sedar.

Dalam kes ni? Siapa yang bijak?

Jadi, nasihat saya kepada mereka yang suka beli secara online, belilah barang di laman web rasmi jual beli online seperti Lazada dan Shopee.

4. Scam Love

Keempat adalah Scam Love.

Scam love ni sebenarnya amat jarang sekali berlaku di Malaysia. Tapi walaupun jarang berlaku, sekali kena mangsa boleh kehilangan berates-ratus ribu.

Ok, macam mana dengan scam love ni boleh berlaku?

Biasanya scammer ni dia akan mencari mangsa di laman web dating site. Bila dah jumpa mangsa, scammer ni akan berkenalan dan mula berikan kata-kata manis mengikut dalam skrip yang ditetapkan oleh scammer.

Biasalah. Perempuan bila kena ayat manis ni terus cair.

Lepas scammer ni rasa perempuan tadi dah hanyut, scammer ni memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar satu hadiah yang sangat berharga sebagai perkenalan dengan mangsa. Sebagai contoh nilai barang tersebut adalah RM25k.

Jadi, lepas beberapa hari, scammer akan beritahu mangsa yang barang dihantar tu tersekat di pemeriksaan kastam. So, dengan yakinnya, scammer ni akan menyuruh mangsa bank in duit dalam sejumlah yang wang agak banyak sebagai fee untuk melepaskan barang tersebut tersekat di pemeriksaan kastam.

Masalahnya, bila rujuk nombor akaun, fee tersebut perlu dibayar ke dalam akaun peribadi seseorang.

Tapi, bagi mereka yang dah rambang mata dengan hadiah yang lumayan tu, akan bank in juga tanpa fikir panjang yang mereka akan jadi mangsa scam.

5. Scam hutang (paling bahaya)

Ok yang kelima adalah scam hutang.

Yang ni saya malas nak hurai Panjang. Cukuplah dengan sekadar nasihat. Jika korang adalah penghutang, sila bayar hutang tersebut walaupun tidak dituntut. Ingatlah semula kata-kata awal korang sebelum pinjam wang.

Kepada yang memberi hutang pula, korang perlu bersedia perkara-perkara yang akan berlaku supaya tidak terputus hubungan silaturahim.

Baik.

Di bawah ni saya ada sediakan video mengenai 5 jenis scam paling popular di Malaysia.

Cara Nak Elak Kena Scam

Di sini saya nak beritahu beberapa perkara yang penting supaya kita boleh elak daripada menjadi mangsa scammer ni.

Berdasarkan apa yang saya beritahu di atas ni, ini yang patut korang buat.

  1. Jangan mudah terperdaya dengan tawaran wang tunai yang banyak. Banyak seller yang kena tipu oleh buyer. Pelik bunyikan? Tapi ni realiti di mana buyer menawarkan harga yang tinggi bagi sesuatu barang tapi dengan syarat seller ni akan transfer dulu fee. Jika korang bijak dan cerdik pandai, benda ni takkan berlaku.
  2. Jangan mudah panik jika diugut untuk laporkan pada pihak berkuasa. Jika korang kena ugut akan dilaporkan pada interpol, polis dan sebagainya, ketahuilah bahawa ugutan itu hanya untuk menakut-nakutkan korang sehingga korang buat saja apa yang disuruh. Contohnya bank in. Apa yang perlu korang buat jika diugut seperti ni adalah, pergi buat report polis. Buat apa nak takut jika tak salah.
  3. Semak latar belakang sesuatu syarikat atau individu tersebut sebelum membuat sebarang transaksi. Ramai yang nak beli barang secara online. Bila jumpa harga yang murah sikit terus rambang mata nak beli tanpa memikirkan yang tu betul atau scam.
  4. Beli barang di official store seperti Lazada atau Shopee. Lazada dan Shopee adalah official store jual beli online paling polular di Malaysia. Jika korang kena scam sini jangan risau sebab kita boleh buat request refund dari pihak Lazada ataupun Shopee. Boleh lihat tutorial mana mana cara nak refund di Lazada dan macam mana cara nak refund di Shopee.
  5. Jika nak beli barang selain official store, guna kaedah pembayaran yang selamat iaitu PayPal. PayPal adalah kaedah pembayaran yang selamat di mana pembayaran kita akan dihold oleh pihak PayPal sebelum dilepaskan bayaran tersebut kepada Seller.

Saya rasa cukup lima ni saja tips untuk korang elak dari terkena scam oleh scammer.

Apa Nak Buat Jika Kena Scam?

Katakan korang dah kena scam dengan scammer.

So apa yang perlu dibuat?

Dalam artikel sebelum ni saya dah ceritakan macam mana nak dapatkan semula duit dari scammer lepas kena scam.

Ini cadangan saya secara ringkas apa yang perlu korang buat jika kena scam.

  1. Buat report polis sebagai cover report dan untuk buat urusan lebih serius dengan pihak bank.
  2. Pergi ke bank minta nasihat dan cuba dapatkan info mengenai scammer tersebut seperti nama penuh, nombor telefon, email dan sebagainya. Cakap kat pihak bank untuk tujuan mahkamah sambil tunjuk report polis.
  3. Buat tuntutan tribunal. Tuntutan tribunal biasanya akan ambil kes ni dengan serius. Jangan mengharapkan pihak polis sebab bab scam ni bagi polis benda biasa dan ianya agak susah nak buat dakwaan di Mahkamah jika bukti tidak mencukupi.

Itu saja cara yang saya mampu bagi korang idea macam mana nak hadapi dan apa kena buat lepas kena scam.

Penutup

Jadi, tahulah kita sekarang ni apa itu scammer dan jenis-jenis scammer yang sentiasa menghantui penduduk di Malaysia. Harapan saya agar kita semua celik dengan apa yang dah berlaku selama ni sebab dah ramai yang kena tipu sehingga jutaan ringgit.

Saya boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada yang PM untuk bertanyakan macam mana cara nak dapatkan duit balik lepas kena scam.

Saya cadangkan kepada korang yang terkena scam, cuba buat tuntutan tribunal sebab pihak tribunal akan selesaikan kes scammer sehingga selesai.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top