3 Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer Lepas Kena Scam

Macam mana cara dapatkan balik duit dari scammer lepas kena scam? Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, di sini saya nak beritahu sikit tentang jual beli online supaya tak mudah kena scam lagi lepas ni.

Penafian: Idea yang saya berikan di sini adalah berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah kena scam kemudian berjaya dapatkan semula duit tersebut. Mungkin keputusan sesetengah orang berbeza.

Kadang-kadang rasa nak marah pun ada sebab, naif sangat pembeli online kat Malaysia ni tentang scammer. Tak dapat nak beza kat mana selamat dan tak selamat semasa nak jual beli. Tak dapat beza benda tu tipu atau tak. Bila kena tipu mulalah Whatapps saya untuk minta nasihat sebab saya pernah kupaskan isu ni dalam channel YouTube blogfaiz dengan topik macam mana nak dapatkan semula wang yang kena scam.

Pendahuluan

Di sini saya ingin minta maaf awal-awal.

Jika korang ingin bertanyakan hal scammer ni, hanya tanya melalui ruangan komen blog ni saja atau video di YouTube yang pernah saya buat macam mana nak dapatkan semula wang dari scammer.

Ya boleh tanya apa-apa saja tentang scammer ni tapi hanya melalui ruangan komen yang telah disediakan saja.

Please jangan Whatsapps saya mengenai hal ni secara personal sebab tak sesuai untuk Whatsapp secara personal. Kita bincang benda ni secara terbuka.

Ok?

Lagipun bila kita bincang benda ni secara umum, orang lain akan dapat pengajaran sama dan mana tahu ada yang lebih arif tentang scammer ni boleh bantu korang dan bagi idea nak dapatkan semula wang tersebut.

Dulu seingat saya yang selalu kena scam ni golongan-golongan tua je, tapi sekarang ni golongan muda pun ramai kena scam online sedangkan mereka ni boleh dikatakan celik IT.

cara dapatkan balik duit dari scammer

Jika kita lihat sekarang ni, sangat banyak kes-kes kena scam dekat online ni terutama di laman web jual beli tak rasmi seperti Instagram, Facebook, Mudah.my dan sebagainya.

Ya.

Korang kena tahu bahawa, walaupun Instagram dan Facebook adalah syarikat atau jenama besar, tapi korang jangan ingat jual beli kat sana selamat. Instagram dan Facebook memang dimiliki oleh syarikat yang dipercayai tapi masalahnya yang menjual barang atau servis kat sana bukanya pekerja Instagram atau Facebook. Itu semua pengguna sama macam korang.

Laman sosial seperti Instagram dan Facebook ni bukan direka khas untuk tempat aktiviti jual beli. Ia adalah satu platform untuk kita bersosial secara alam maya. Jual beli kat sana tu hanyalah sampingan saja.

Begitu juga dengan Mudah.my.

Mudah.my ni pun bukan laman web rasmi untuk tempat jual beli. Mudah.my ni adalah satu platform tempat pengiklanan di mana semua orang boleh iklan apa-apa saja barang di sana. Kalau korang tengok macam-macam barang yang ada di Mudah.my dan masalahnya bila nak berurusan jual beli, kita kena terus direct bank in dengan owner barang tersebut. Ini yang menjadi masalah dan punca kenapa banyak yang kena scam dekat Mudah.my.

Mari pula kita lihat laman web rasmi untuk jual beli online ni.

Kalau di Malaysia, laman web rasmi jual beli online yang popular adalah Shopee dan Lazada.

Baik.

Lazada dan Shopee adalah laman web rasmi jual beli online dan laman web mereka 100% selamat untuk proses jual beli online.

Kenapa saya cakap mereka ni selamat?

Di sini saya bagi contoh.

Katakan korang beli satu barang ni tapi bila sampai kat rumah barang ni rosak atau pecah. Dengan mudahnya korang boleh tukar balik barang tersebut melalui sistem yang telah disediakan.

Begitu juga dengan barang yang lambat sampai dari tempoh waktu yang ditetapkan, korang boleh request cancel dan dapatkan semula wang tersebut.

Sebabnya, bila korang bank in duit untuk beli barang, ia bukan direct kepada akaun bank seller. Korang akan bayar terlebih dahulu kepada Shoppe atau Lazada dan bila sistem web mereka kesan barang tersebut telah selamat diterima barulah duit tersebut dilepaskan kepada seller.

Disebabkan sistem ni tiada peluang untuk seller cuba scam korang melainkan korang tak tahu pun cara nak dapatkan balik semula wang tersebut.

Boleh tengok tutorial macam mana nak refund di Lazada dan juga macam mana nak refund di Shopee.

Jadi di sini saya merayu pada mereka diluar sana kalau nak beli online tu belilah di tempat yang memang khas untuk jual beli online.

Dan kepada yang buat pelaburan-pelaburan yang “bodoh” saya nasihatkan siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Jangan terus buat membuta tuli. Akhirnya jatuh terduduk bila syarikat lari.

Baiklah. Panjang pula mukadimah kali ni.

Tujuan saya tulis artikel kali ni adalah untuk beritahu korang macam mana nak dapatkan balik duit dari scammer yang korang penah kena tipu ni.

Benda ni saya tak jamin, tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik untuk fight dapatkan semula hak kita tersebut.

InsyaAllah, jika itu rezeki korang, korang akan dapat balik.

Apa Maksud Scammer?

Masih ramai yang tidak tahu istilah scam ni apa so di sini saya terangkan secara ringkas.

Scammer ni asal perkataan dari scam. Bila seseorang yang melakukan kegiatan scam atau penipuan ni dipanggil scammer.

Scam ni biasanya berlaku bila melibatkan urusan jual beli di atas talian. Jarang scam berlaku jual beli secara Fizikal sebab bila urusan jual beli secara fizikal mereka akan mudah dikesan.

Tapi bila secara online, mereka boleh bersembunyi di merata-rata tempat dan agak susah nak dikesan lokasi mereka.

Selicik-licik mana pun scammer ni, nak dapatkan info scammer ni mudah je terutama scammer dari Malaysia.

Info mereka dengan mudah kita dapat secara detail melalui pihak bank.

Akaun mana yang korang bank in tersebut?

Pergi ke bank tersebut, dan minta jasa baik pihak bank untuk memberikan info scammer tu. Tapi sebelum tu korang kena buat report polis dulu supaya senang nak berurusan nanti.

Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer

Di sini saya ada tiga cara yang boleh kongsikan kepada korang macam mana nak dapatkan duit balik dari scammer jika kena scam.

Cara #1 Report Polis dan Pergi Bank

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk info anda, cara ni dah terbukti berkesan daripada pengalaman orang yang dah pernah kena tipu.

Ikut tutorial di bawah untuk buat cara ni.

Langkah 1 Pergi ke balai polis berhampiran untuk buat report polis. Masa buat report polis tu, korang beritahu macam ayat yang diberitahu dalam gambar di bawah.

SAYA TELAH MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN YANG SALAH. REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK.

cara dapatkan balik duit dari scammer

Langkah 2 Lepas dah siap report, terus pergi ke bank untuk tuntut balik wang tersebut.

Dari apa yang saya baca dan dengar pengalaman orang lain, duit tu pihak bank akan bagi semula dengan cara tarik duit dari akaun scammer tu.

Pernah ada orang tanya saya.

Bank mana nak pergi kalau terlibat dua bank? Macam contoh korang bank Maybank dan scammer ni bank CIMB.

Pergi ke bank yang korang buat transaksi tu.

Sebagai contoh korang guna bank Maybank, pergi ke Maybank.

Pergi dulu dan cuba dapatkan nasihat dari pihak bank macam mana.

Jika itu memang rezeki korang, korang boleh dapat balik duit tersebut.

Selain tu juga, cuba beritahu pekerja bank untuk dapatkan info penuh untuk akaun tersebut seperti nama, alamat dan sebagainya. Beritahu untuk tujuan mahkamah sambil tunjukkan laporan polis.

Benda ni amat penting jika korang nak buat tuntutan tribunal nanti.

Cara #2 Tuntutan Tribunal

Untuk tuntutan tribunal ni adalah berjumlah kurang daripada RM25,000 sahaja (terbaru RM50,000). Dan cara ni berkesan jika kita tahu info scammer tu seperti alamat rumah, nombor telefon dan akaun bank.

Untuk buat tuntutan tribunal, sila ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Pergi ke laman web https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home dan buat pendaftaran akaun dulu.

Langkah 2 Lepas dah daftar sila login dan buka file tuntutan. File tuntutan ni korang akan dikenakan sebanyak RM5 sahaja.

Itu saja.

Jika nak lebih detail, boleh tengok panduan lengkap cara buat tuntutan tribunal.

Kemudian file yang korang isi tu pihak tribunal tuntutan akan menghantar kepada seller. Dalam tu nanti seller atau scammer ni akan diberitahu tarikh dan masa untuk perbicaraan di mahkamah.

Jika perbicaraan di mahkamah didapati seller/scammer salah dan buyer betul, pihak mahkamah akan menyuruh seller ni membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.

Apa terjadi jika seller/scammer tidak bayar dalam tempoh yang ditetapkan?

Pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap seller yang tidak mahu bayar balik duit.

Boleh tengok video bawah ni cara-cara buat tuntutan tribunal.

Cara #3 Mahkamah Tuntutan Kecil

cara dapatkan balik duit dari scammer

Untuk mahkamah tuntutan kecil ni pula hanya untuk bernilai RM5000 ke bawah sahaja. Jadi, kalau korang kena scam bawah RM5000 boleh guna cara ni.

Cara ni digunakan untuk saman penjual yang telah melanggar kontrak. Bila sebut pasal kontrak mesti korang fikir kertas hitam putih kan?

Tak. Istilah kontrak ni boleh jadi dengan sangat mudah di mahkamah apabila ada perjanjian dua hala dan masing-masing bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan di bawah akal yang waras.

Sebagai contoh korang ada buat pembelian telefon dan dijanjikan oleh seller akan sampai dalam tempoh 7 hari. Tapi, dalam masa 21 hari telefon belum sampai. Ini dinamakan melanggar kontrak.

Untuk cara ni, prosedure sangat ringkas dan mudah. Kita tak perlukan peguam pun

Cara-cara nak buat tuntutan boleh rujuk tutorial bagaimana nak buat tuntutan mahkamah kecil.

Jadi, sebaik sahaja korang ikut prosedur untuk memulakan kes, ini adalah perkara paling penting yang korang kena tunjukkan kepada hakim:

  • Pertama, korang kena buktikan adanya kontrak antara korang dan penjual. Korang boleh buktikan hal ini, dengan tunjukkan screenshot teks antara korang dan penjual, atau cetak pengesahan pesanan.
  • Kedua, korang kena buktikan yang penjual tak hantar barang kepada korang. Sebagai contoh, korang tunjukkan screenshot teks korang yang tanya penjual mana barang korang, atau dengan kegagalan penjual untuk tunjukkan resit pos.

Saya harap langkah ni korang tahu bagaimana proses perjalanan untuk tuntutan tribunal pengguna ni.

Kata-Kata Semangat Untuk Mangsa Scammer

Pertama sekali, bila kita kena scam, jangan terlalu panik.

Ya saya tahu mesti korang akan panik sebab duit akan hilang macam tu je.

Tapi still ada cara dan usaha untuk korang dapatkan semula hak korang tu. Dah contoh di atas mereka yang buat report dan pergi bank untuk dapatkan semula wang tersebut. Mungkin rezeki dia, dia dapat semula wang tu.

Sebab apa jangan panik sebab bila panik otak kita takkan dapat berfikir dengan baik apa yang perlu dibuat.

Bila kena scam dalam jumlah tidak melebihi RM50,000 kita terpaksa menghadap tiga agensi yang saya beritahu di atas ni iaitu pihak polis, pihak bank dan juga pihak tuntutan tribunal. Masing-masing ada peranan sendiri dan korang cuba berusaha di atas apa idea yang telah saya sampaikan.

Dalam panduan di atas saya ada beritahu masa buat report polis untuk kita katakan tersalah masuk wang dalam akaun.

Untuk pengetahuan korang. Idea tersebut saya dapat dari salah seorang yang dah berjaya baut dengan cara tu.

Tapi saya sarankan untuk korang buat report yang sebetulnya jika korang nak buat tuntutan tribunal supaya perjalanan cerita tidak jadi berbelit.

Jika nak buat juga report seperti yang saya beritahu di atas, bincang dulu dengan pihak polis untuk kebenaran buat report tersebut.

Lepas kita dah buat semua usaha kita untuk dapatkan semula wang tersebut, kita berdoa dan tawakkal supaya segala urusan kita dipermudahkan dan peluang untuk dapatkan semula wang tersebut berjalan dengan lancar.

Kata-Kata Untuk Scammer

Kepada korang yang buat kerja scam ni, harap boleh berhenti dan bertaubat sebab dosa kita dengan manusia adalah paling susah untuk kita hapuskan melainkan orang tersebut memaafkan korang.

Sedap ke buat kerja tipu orang ni?

Korang tak letih ke?

Sampai bila nak buat kerja tipu orang ni?

Jika badan fizikal sihat dan kuat, cubalah cari rezeki yang halal. Sekalipun badan fizikal ada cacat pun masih ada banyak peluang pekerjaan untuk orang cacat.

Atas dunia korang boleh terlepas.

Akhirat nanti korang akan tahu nasib.

Kesimpulan

Dalam artikel ini, korang telah belajar macam mana cara nak dapatkan balik duit dari scammer. Nasihat saya, kalau nak buat apa-apa transaksi online tu, berhati-hatilah terutama dalam jumlah yang besar.

Sedih bila lihat pada hari ini masih ramai lagi yang kena tipu dan scammer pula bersuka ria atas kedukaan kita.

Kalau nak lihat dalam bentuk video, boleh lihat video di bawah ni.

Untuk perbicangan mengenai scammer, saya cadangkan untuk berbincang sesama ahli di Forum Blog Faiz. Nanti korang akan dapat jawapan yang lebih tepat dah berharap dapat jalan penyelesaian.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

513 thoughts on “3 Cara Dapatkan Balik Duit Dari Scammer Lepas Kena Scam”

  1. Sy takda apa nak komen. Saya rasa sedih sbb ramai org Melayu jadi mangsa. Cuma Sy tumpang gembira bila ada bro Faiz ni tolong orang ramai yang kena scam ni mula dari first komen bulan Januari 2021, sampai bulan September ni, bro Faiz sentiasa cakna dengan pertanyaan mangsa scammer ni. Terima Kasih, hanya Allah balas jasa En Faiz membantu orang ramai.

    1. terima kasih..saya pun sedih sbb tu saya kalau boleh nak bantu…kadang2 ada yang jenis tamak..dijanjikan intan berlian tapi kena bagi emas dulu…semau sanggup bagi emas dulu..akhir sekali emas hilang, intan berlian tak dapat…

  2. saya bru je kene scam sebanyak rm900. allhu, malang betul nasib.. Call bank cakap salah transfer tpi bank cakap awak kene buat report polis dulu dan hantar dekat cawangan tpi duit tuh pihak bank tak boleh tarik balik duit dari bank org tuh..org tuh yang kene bank in kita balik, kalau org tuh tak nak pulangkn blik duit,,, pihak bank ckp kira burn duit tuh. Kira macam tak ada penyelesaian betul

  3. Salam Faiz, nama saya Salwa, baru2 saya kena scam company name LSD dorang ni buat trading duit saya habis 10k bayar kat dorang ni, mula2 disuruh bayar commission free, pastu suruh bayar processing fee, pastu suruh bayar income tax semua tu 10k keuntungan saya dia kata 16k tapi saya tak dpt duit tu sbb saya tak nak bayar duit SST pulak rm3314.14 utk release kan duit keuntungan saya…saya mmg naive n bodoh sbb tak paham n saya desperate nak pakai duit tapi habis duit saya yg dia korek…apa yg perlu saya buat ya Faiz…duit saya habis nak byk mcm pulak ni…saya buntu n pening, tolong saya Faiz

    1. untuk pelaburan sebenarnya susah nak dapatkan semula wang…macam ni…buat semua perkara yang saya nyatakan di atas ni…cik buat semua mana yang boleh…report polis, pergi bank, buat tuntutan tribunal jika boleh ataupun buat tuntutan mahkamah kecil…nombor akaun tu nombor akaun company ke atau individu?

  4. Kalau kita dah buat report dan hantar ke bank,bank bgtahu dlm masa 21 hari slepas report blh update pasal duit kte tu,mcm en.faiz cakap klau rezeki kte dpt,bank akan tarik dari akaun scammer tu,jika bank xboleh tarik dr akaun scammer tu,kte xkan dpt balik duit kte?

    1. Salam faiz. Nama saya mai. Saya bru kene tipu Rm 6k+. Dia memperdaya saya smpai la saya habiskn duit banyak tu. Lpastu akaun bank juga berbeza. Saya xthu da nk buat apa. Saya menangis tk berenti sbb tu duit smbung blajar saya.

Leave a Comment

Scroll to Top