Hotel Murah di Cameron Highlands | Cameron Highlands merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di negara Malaysia dengan cuaca sejuknya. Suhu di Cameron Highland pernah mencatat suhu terendah iaitu 7 darjah celcius. Tu sekitar tahun 80an. Sekarang ni nak capai suhu tu agak sukar disebabkan telah banyak ubahsuai yang berlaku di Cameron Highlands.
Beberapa hari lepas, aku baru je pulang dari Cameron Highland. So, di kesempatan ni aku nak buat satu review hotel yang telah aku tempah selama berada di Cameron Highlands.
Mana tau kot-kot korang berkenan juga nak tempah hotel yang sama atau kalau korang masih pening-pening nak mencari hotel murah atau hotel budget di sekitar Cameron highlands ni, mari lihat reivew aku.
Hotel Murah di Cameron Highlands
Sebelum ni, aku pernah berkongsikan cara untuk tempah hotel dengan kadar yang lebih murah. Jika korang belum baca lagi perkongsian aku tu, boleh baca pengalaman aku tempah hotel murah.
Baiklah. Kita straight to the point.
Nama hotel yang aku tempah ni adalah Hotel Highlanders. Hotel ni terletak di Tanah Rata dan lebih kurang 4-5 kilometer dari Brinchang. Harga untuk semalaman adalah RM93 ringgit sahaja.
Sebenarnya boleh dapat murah lagi. Tapi, masa aku pergi ni, time cuti sekolah. Memang adat tradisi hotel la. Time cuti je memang harga hotel melambung tinggi. Naik dua kali ganda pun ada. So salah satu tips lagi yang korang boleh tempah hotel murah adalah jangan pergi time public holidays ataupun time cuti sekolah.
Dari awal mula korang masuk ke pintu hotel ni, ia macam lot kedai bertingkat. Tiada lobi apa semua ni. Biasala. Hotel budget mana ada lobi. Lot pun pakai lot kedai je.
Tapi aku tak kisah pun lot kedai ke apa. Asalkan selesa, boleh mandi dan boleh buat tidur sudah. Pergi sana bukan nak lepak dalam hotel. Kita ke sana nak pergi melancong.
Masa nak daftar masuk hotel tu pula, paling best takde deposit. Biasanya sesetengah hotel akan minta deposit. So bagi aku, ni salah satu kelebihan juga la ni.
Ok sekarang aku nak masuk bahagian dalam bilik hotel ni pula.
Di sini aku nak komen sikit bahawa kecewa dengan sistem keselamatan. Bayangkan hanya guna kunci jenis tombol pintu yang boleh dipulas tu. Yang ni 100% tak selamat. Orang nak terjah masuk sangat senang dengan jenis tombol macam ni. Pakai guna card atau tendang je dah terbuka.
So, berhati-hatilah kalau korang nak tinggalkan barang berharga dalam bilik hotel ni. Takut ada “setan” terlepas je.
Walaubagaimana pun, aku puji dalam bilik hotel ni. Kemas, luas dan selesa.
Pada pandangan aku, keluasan bilik ni hanya sesuai dalam 4 orang paling maximum. Tapi kalau semuanya berbadan besar terpaksa tidur kat lantai. Katil ni bagi aku boleh muat dalam tiga orang.
So, pada korang nak jimat bajet tu, hotel ni tiada masalah kalau nak muat seramai 4 orang pun. Lima orang pun boleh tapi pandai-pandailah kongsi tempat tidur.
Walaupun bilik ni tiada sterika, korang boleh dapatkan sterika di bahagian luar koridor. Di sini konsep kongsi-kongsi termasuk jika korang nak dapatkan air putih boleh ambil dekat bahagian koridor.
Dalam bahagian bilik mandi pula, ianya agak selesa. Dengan keluasan bilik air tu korang rasa nak lepak dalam bilik air tu lama-lama. Pemanas air juga disediakan bagi mereka yang tak tahan sejuk dengan cuaca di Cameron Highlands ni.
Ok korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas ni?
Muka hadapan bilik air betul-betul menghadap katil.
So, bagi aku tak selesa sikit sebab bila tidur atas katil tu terus nampak tandas.
Pintu boleh tutup je.
Tapi tu la. Kalau reka dalaman bilik ni katil tak menghadap bilik air kan best.
Walau apa pun, hotel yang bertaraf satu bintang ni bagi aku ianya sudah cukup memadai.
Sebenarnya korang sewa hotel ni untuk tidur, mandi dan salin pakaian je pun. Tak perlukan mewah kalau tiada budget. Tapi kalau ada budget, apa salah sekali sekala tempah hotel mewah.
So, itulah serba sedikit review yang aku mampu kongsikan pada korang semua. Dan sebelum tu, jangan lupa untuk subscribe pada channel YouTube aku iaitu “Blog Faiz” jika korang suka lihat perkongsian aku dalam bentuk video.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.