Review H-Hotel Segamat | Pada hujung minggu tempoh hari aku telah pergi ke Segamat untuk proses pemindahan aku dari Segamat ke Kelantan. Maklumlah aku sudah bertukar tempat kerja.
Sebut pasal hotel di Segamat ni, aku rasa ianya tidaklah sukar kerana ada banyak hotel di Segamat ni walaupun ia bukan bandar pelancongan.
Kali ini aku nak buat sedikit review hotel yang aku tempah di Segamat iaitu H-Hotel.
Review H-Hotel Segamat
Sebenarnya ada cara bagaimana kita boleh tempah hotel murah. Cara nak tempah hotel murah, aku telah tulis dalam artikel sebelum ini bagaimana nak booking hotel murah.
H Hotel di Segamat ni terletak lebih kurang 4 kilometer dari pusat bandar. Bagi aku Segamat ni bukan bandar sangat tetapi lebih kepada pekan.Di H hotel Segamat ni korang tak perlu risau akan parking kereta sebab banyak parking disediakan di sini.
Selain itu, di sekitarnya pula ada banyak kemudahan restoran makanan dan juga pasar raya seperti 7eleven, kedai Speed Mart, pasar raya mega 24 jam dan lain-lain lagi.
Korang nak makan apa di sini semua ada. Makanan berlauk, masakan panas, TomYam, roti canai dan bermacam-macam lagi. So, dari segi kemudahan restoran di sini tak ada masalah langsung. Tak perlu nak keluar lintas bandar untuk cari makan. Jalan kaki pun boleh sebab dekat sangat.
Ok sekarang kita lihat di bahagian dalam Hotel ni pula.
Secara peribadi aku suka hiasan dan konsep dalaman hotel ni. Tak serabut dan banyak juga kemudahan seperti air-cond, air-purifier, TV dan dua botol air mineral percuma.
Kalau siapa nak menggosok baju, ia ada disediakan di luar bilik hotel ni dan juga siapa nak minum air panas juga ada disediakan di luar bilik hotel ni.
Sistem elektrik di hotel ni ia menggunakan sistem kad di mana korang hanya perlu masukkan kad di dalam box switch dan sistem elektrik semua akan berfungsi. Nak masuk pintu pun hanya menggunakan kad juga.
Kalau korang tak kunci bilik ni dari dalam pun orang luar takkan boleh buka kecuali pemegang master key. Biasanya pemegang master key ni adalah cleaner yang akan masuk dalam bilik untuk mencuci. So dari segi security tak ada masalah.
Berkenaan dengan nak solat dalam bilik ni tak ada masalah. Tengok dalam gambar di bawah ni. Korang boleh bersolat dan hampar sejadah kat sini. Tak ada masalah. Arah kiblat pun siap ada.
Dalam bilik air pula, agak memuaskan kecuali pintunya agak berbayang sedikit jika dilihat dari luar bilik air. Kalau bersama rakan-rakan tu agak memalukan terutama kalau nak buang air besar sebab memang berbayang.
Dalam hotel ini disediakan air pancuran mandi yang agak memuaskan. Kalau korang tak mandi di sini setegah jam tak sah rasanya. Sebab air pancuran ni membuatkan aku rasa selesa sangat untuk mandi.
Selain itu disediakan juga pemanas air untuk mandi. So sesiapa yang tak suka sejuk sangat, boleh mandi guna air panas ni. Memang best rasanya bila mandi air suam-suam ni.
Sesiapa yang tertinggal ubat gigi, berus gigi, syampu rambut, sabun badan semua tu jangan risau kerana H Hotel Segamat ni ada sediakan dua berus gigi dan semua kelengkapan tersebut.
Kalau korang tidak mahu menggunakan kelengkapan yang disediakan pun, boleh keluar hotel ni dan pergi beli sendiri di 7 eleven sebab ia bersebelahan sahaja.
So, secara keseluruhan daripada review aku ni, aku berikan 4 bintang sahaja daripada 5 bintang untuk hotel ni. Sebab aku tidak puas hati dengan harganya yang agak mahal. Sepatut hotel seperti ini dalam lingkungan RM40-RM60 sahaja sebab ia agak jauh dari bandar dan bukan kawasan pelancongan.
Untuk memudahkan urusan korang, aku berikan info detail di sini.
Address: No. 21, Jalan putra 1/2, Bandar ioi, Segamat, Johor Darul Takzim, 85000 Segamat, Johor
Telefon: 07-943 6868
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.