Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan kini tiba masanya tahun berganti tahun. Jika diputarkan balik 365 hari yang lalu aku rasa baru je tulis pasal Unsubscribe 2020, Subscribe 2021. Cepat gila rasa masa berlalu.
Korang tahu tak?
Tahun ni aku dah masuk “three series”.
Bermakna umur aku dah pun cecah 30 tahun, jika ikut tahun.
Kadang-kadang aku rasa sedih.
Bukan sebab umur meningkat, tapi aku fikirkan apa sumbangan aku selama hidup 30 tahun ni.
Azam tahun baru 2021 aku juga turut terkubur disebabkan PKP yang terlalu lama dan menggila. Aku tak tahu nak gambarkan lagi dah dengan kata-kata jika tahun 2022 ni akan diwujudkan lagi PKP dan tak boleh nak sambut raya walaupun dengan keluarga terdekat.
Kenangan 2021
Secara jujurnya, aku tak ada kenangan manis sangat pada tahun 2021. Tahun 2021 aku lebih teruk pada tahun 2020 dan tahun 2020 lebih teruk berbanding pada tahun 2019.
Korang nak tahu kenapa teruk?
Sebab PKP.
Teruk bukan sebab aku ada masalah dari segi kewangan tapi dari segi pergerakkan aku.
Serius aku sedih.
Aku rasa bukan aku sorang yang berduka dengan PKP tapi aku rasa secara majoritinya masih ramai lagi yang berduka disebabkan PKP.
Disebabkan PKP, tahun aku 2021 berlalu begitu saja.
Bayangkan PKP mula dari bulan Januari sampai bulan Mac. Kemudian sambung pula pertengahan bulan April sampai bulan Oktober.
Mana taknya buat orang jadi gila.
Aku tahu sebab nak sekat penularan virus covid-19.
Tapi korang boleh tengok dengan mata sendiri samaada benda tu berkesan atau tak? Beri kesan sampingan yang lebih buruk atau tak?
Aku berani beritahu macam ni sebab ramai dah orang sekeliling aku yang positif covid tapi sihat walafiat dari mula-mula kena sampailah sekarang.
Disebabkan PKP juga aku tak solat Jumaat dari pertengahan bulan April sampai bulan Oktober.
Korang bayang sendiri betapa teruknya tahun ni bagi umat islam yang terkesan sebab PKP.
Sebenarnya virus covid-19 ni dah boleh kerajaan iktiraf sebagai endemik dah. Dah jadi penyakit biasa dah dalam kalangan masyarakat. Bukan lagi jadi satu ancaman bahaya.
Korang yang duk canang virus ni bahaya korang faham tak maksudnya bahaya?
Bahaya ni maksudnya bila kena semua akan jatuh sakit yang teruk bila kena.
Contohnya macam racun ular tedung selar. Itu baru dinamakan bahaya sebab kalau sesiapa terkena racun ular tu harapan nak hidup memang tipis.
Ni majoriti yang positif covid-19 disekeliling aku masih lagi boleh bergelak tawa dan sihat sampai sekarang.
Kenangan pahit bagi aku pula, aku baru saja kehilangan seorang datuk sebelah ibu pada bulan November 2021.
Jadi, aku dah tak punya datuk dan nenek lagi dah samaada disebelah ayah aku ataupun ibu aku.
Selain tu juga, aku cukup sedih di mana akhir tahun 2021 ni banjir besar telah berlaku di negeri Selangor dan banyak kemusnahan harta benda yang berlaku.
Sedih tengok. Aku terbayang sendiri jika aku berada di situasi mereka.
Habis harta benda hilang dalam sekelip mata saja.
Tak kurang juga ada yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana banjir.
Semoga mereka yang menghadapi musibah dan ujian daripada Allah terus kekal tabah dan semoga ada benda yang lebih baik Allah nak gantikan pada tahun-tahun seterusnya.
Harapan
Harapan aku, harapnya tahun ni dah tak ada lagi PKP dan berharap kita dapat hidup normal balik seperti sedia kala.
Kalau PKP ada lagi, jadi semua kerja aku akan tergendala.
Harap menteri yang ada berfikir lebih jauh apa yang rakyat perlukan. Vaksin dah hampir capai 100%. Apa lagi nak? Masa artikel ni ditulis, KKM nak mengkaji pula dos ketiga.
Kegilaan apakah ini?
Jika PKP dah tiada tahun ni, aku harap tahun ni aku dapat capai azam aku yang tergendala sejak dari tahun 2020 lagi.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.