013-9346624 (Whatsapp Only)
Cara Tukar Password CIMB CLICKS

Cara Tukar Password CIMB CLICKS

Macam mana cara tukar password CIMB Clicks? Sekarang ni banyak kes isu CIMB Clicks. Ada yang kehilangan wang, ada yang tak boleh keluarkan duit sebab kena beku akaun, ada yang baki akaun jumlah negatif dan sebagainya.

Jadi, bila ada isu macam ni, cara yang terbaik korang boleh ambil adalah dengan cara tukarkan password akaun CIMB korang supaya akaun bank korang lebih selamat.

Dalam tutorial pada kali ini, saya akan tunjukkan cara macam mana nak ubah password untuk CIMB Clicks.

Baca juga » Cara reset password CIMB Clicks jika terlupa login.

Kriteria Password Untuk CIMB Clicks

Sebelum kita tukar password untuk CIMB Clicks, pastikan korang tahu dulu ciri-ciri password yang diperlukan oleh CIMB.

Jika korang tidak mengikut kriteria yang diperlukan, password baru yang korang nak tukar akan ditolak.

Jadi, ini kriteria password yang diperlukan.

  • Terdapat sekurang-kurangnya satu special character (contoh *, ^, %, #, $, @)
  • Password mestilah mempunyai 8 hingga 20 characters
  • Password mestilah berbeza daripada ID dan secure word Anda.
  • Terdapat kombinasi huruf besar alphabet (contoh C, D, E), huruf kecil alphabets (contoh c, d, e), nombor (contoh 4, 5, 6).
  • Tidak boleh mempunyai tiga nombor atau characters yang berturutan (contoh def, 123, 456, xyz, abc)

Cara Tukar Password CIMB CLICKS

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, suka untuk saya beritahu di sini bahawa untuk kita tukar password untuk CIMB CLICKS, kita hanya boleh buat melalui laman web rasmi CIMB sahaja. Korang tak boleh nak buat melalui applikasi CIMB di smartfon tu.

Selain tu juga, pastikan korang dah apply untuk online banking CIMB iaitu CIMB CLICKS. Jika belum daftar CIMB CLICKS, korang boleh pergi ke cawangan CIMB berdekatan untuk buat pendaftaran online banking.

Langkah 1 Layari laman web CIMB CLICKS dan login seperti biasa dengan menggunakan ID masing-masing.

Langkah 2 Lepas dah masuk ke dalam akaun CIMB CLICKS, lihat pada menu sebelah kiri dan klik pada Update Profile.

cara tukar password cimb click

Langkah 3 Kemudian, korang scroll ke bawah dan klik pada bahagian Change Password.

cara tukar password cimb click

Langkah 4 Jadi, di sini korang perlu masukkan Username, password lama dan masukkan password baru.

Lepas dah siap, klik pada butang Save.

Siap!

Jika korang nak tengok tutorial ni dengan lebih jelas lagi, boleh rujuk pada video di bawah.

Soalan Lazim

Berapakah kekerapan untuk tukar password?

Sebenarnya tiada ketetapan berapa kali perlu korang tukar password. Namun untuk menjamin keselamatan, password perlu ditukar sekurang-kurangnya setahun sekali.

Cara Dapatkan Resit CIMB Clicks Dengan Mudah

Cara Dapatkan Resit CIMB Clicks Dengan Mudah

Macam mana cara dapatkan resit CIMB Clicks jika resit hilang atau lupa nak cetak? Sebagai pengguna yang bijak, setiap kali kita membuat apa-apa saja transaksi samaada buat pembayaran bil atau beli secara talian, kita perlu cetak resit tanda dan bukti kita sudah buat pembayaran.

Resit ni boleh dikatakan satu benda yang penting juga la jika ada masalah apa-apa dikemudian hari, kita boleh tunjukkan resit tersebut. Kalau tak ada timbul isu apa-apa tak perlukan resit pun tak apa.

Namun apa yang kita khuatir ada masalah yang akan berlaku. Jadi, resit tu amat penting masa tu.

Resit sekarang ni bukan saja boleh dicetak secara fizikal tapi juga boleh simpan secara online. Jadi, tak ada masalah pembaziran kertas akan berlaku.

Mungkin korang dah simpan resit tapi hilang atau korang lupa nak dapatkan resit lepas buat pembayaran.

So, macam mana nak dapatkan semula resit tadi?

Rilek. Jangan panik.

Dalam tutorial sebelum ni saya dah pernah tulis macam mana cara nak dapatkan semula resit Maybank. Korang boleh baca tutorial tersebut jika nak dapatkan semula resit dari Maybank.

Dalam tutorial ni pula, saya akan tunjukkan cara macam mana nak dapatkan semula resit daripada CIMB Clicks.

Cara Dapatkan Resit CIMB Clicks

cara dapatkan resit cimb clicks

Untuk dapatkan resit daripada CIMB, kita tak boleh nak dapatkan melalui applikasi CIMB samaada di iOS ataupun Android. Semuanya kena buat melalui laman web CIMB Clicks.

Jadi, untuk ikut tutorial ni, korang kena sediakan laptop. Bukannya smartfon.

Baiklah. Sekarang jom kita mulakan.

Langkah 1 Layari laman web CIMB Clicks dan klik pada butang Login.

Langkah 2 Masukkan username dan juga password untuk log masuk ke dalam akaun CIMB Clicks korang.

Langkah 3 Setelah log masuk, lihat menu di sebelah kiri dan pergi ke Pay & Transfer > Transaction History.

Langkah 4 Lepas tu nanti, korang akan dapat lihat list ataupun senarai pembayaran yang pernah korang buat sebelum ni.

Untuk lihat resit, klik pada nombor rujukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Langkah 5 Kemudian korang akan diberikan pilihan samaada nak print terus resit ataupun nak transfer dalam bentuk PDF untuk simpan secara online.

Korang tentukan sendiri.

Dalam tutorial ni saya tunjukkan cara nak print terus.

Jadi, klik je pada perkataan Print.

Langkah 6 Nanti dia akan keluar seperti dalam gambar di bawah. Sebelah kiri tu, tu adalah bentuk resit yang bakal korang print nanti.

So, jika nak print, klik je pada butang print di bawah tu.

Siap!

Senang je kan?

Lepas ni korang tak perlu terkial-kial lagi jika resit hilang lepas buat pembayaran. Ikut je cara yang saya tunjukkan ni.

Jika korang nak tengok tutorial secara video, boleh la play video di bawah ni cara macam mana nak dapatkan semula resit dari CIMB Clicks.

Lepas dah tengok tu jangan lupa subscribe sekali. 🙂

Tips Penjagaan Resit Pembayaran

Di sini saya sediakan sedikit tips pada korang cara penjagaan resit pembayaran. Sebagai contoh jika korang selalu bayar PTPTN samaada secara online ataupun di mesin ATM, korang mesti simpan resit untuk membuktikan bahawa korang sudah membuat pembayaran.

  1. Kalau boleh elakkan buat pembayaran secara offline seperti di kaunter atau di mesin ATM sebab lama kelamaan dakwat pada resit akan pudar atau hilang.
  2. Lazimkan diri untuk buat pembayaran secara online. Selain jimat masa, ia juga jimat daripada pembaziran kertas berlaku.
  3. Jika sesuatu resit tersebut amat penting untuk korang, simpan dalam servis penyimpanan seperti Google Drive, DropBox, Deego dan sebagainya. Namun saya sangat sarankan pada korang untuk menggunakan Deego sebab ianya lebih selamat, mudah dan murah. Jangan sesekali simpan resit dalam laptop ataupun external hard disk.

Soalan Lazim

Boleh ke nak dapatkan resit melalui App CIMB Clicks?

Tak boleh. Korang perlu dapatkan semula resit hanya melalui laman web rasmi CIMB Clicks sahaja.

Macam mana nak print resit CIMB Clicks?

Ikut tutorial yang telah saya tunjukkan dalam artikel cara dapatkan resit CIMB Clicks.

Macam mana nak dapatkan semula resit CIMB Clicks di mesin ATM?

Kita tak boleh dapatkan resit atau print semula resit di mesin ATM.

Cara Daftar CIMB Clicks Terkini (Updated)

Cara Daftar CIMB Clicks Terkini (Updated)

Macam mana cara daftar CIMB Clicks tanpa bantuan orang lain? Untuk memiliki online banking pada masa kini bukan lagi satu pilihan tapi bagi saya ia satu kewajipan untuk kita memiliki online banking sendiri. Lagipun pada masa sekarang ni sudah 100% bank tempatan mempunyai online banking sendiri seperti Maybank, CIMB Clicks dan lain-lain lagi.

Korang dah ada online banking sendiri atau belum?

Kalau belum cubalah buat sekurang-kurangnya satu saja online banking sebab banyak manfaat jika kita ada online banking sendiri.

Manfaat dan Keburukkan Online Banking

Berikut adalah beberapa kelebihan mempunyai online banking.

  1. Senang untuk buat pembayaran bil.
  2. Mudah untuk akses akaun bank di mana-mana saja asalkan ada talian internet.
  3. Mudah untuk membeli barang seperti membeli di Shopee.
  4. Senang untuk dapatkan semula resit atau nak print resit pembayaran.
  5. Senang nak dapatkan statement bank tanpa perlu pergi ke bank.

Setiap kebaikkan mesti ada keburukkan sebab mana ada yang sempurna.

Berikut adalah keburukkan jika ada online banking.

  1. Kadang-kadang maklumat kita mudah diceroboh.
  2. Akaun kena hack sebab pada suatu masa dulu ramai pengguna bank CIMB pernah kecoh duit hilang secara tiba-tiba.
  3. Kurang disiplin berbelanja sebab bila mudah nak bayar sesuatu kita akan mudah untuk berbelanja.

Perkara Perlu Buat Sebelum Daftar CIMB Clicks

Sebelum daftar CIMB Clicks, ini perkara yang korang perlu buat.

  1. Sudah buka akaun dengan CIMB dan mempunyai kad ATM samaada kad debit atau kad kredit CIMB Bank.
  2. Daftar nombor telefon di mesin ATM.

Ok baik.

Sekarang kita terus ke topik utama iaitu macam mana cara daftar CIMB Cliks.

Cara Daftar CIMB Clicks Terkini (Updated)

cara daftar cimb clicks

Untuk daftar CIMB Clicks ni senang je kalau ada panduan. Jadi dalam panduan ni saya buatkan khas untuk korang yang tak tahu cara nak daftar CIMB Clicks.

Daftar CIMB Clicks ni sebenarnya korang perlu buat sejurus saja selesai membuka akaun bank di CIMB. Jadi saya anggap korang sudah ada akaun CIMB dan juga ada kad ATM, debit atau kredit.

Kemudian, barulah follow langkah-langkah di bawah ni.

Langkah 1 Daftar Nombor Telefon di Mesin ATM

Perkara pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah lepas dah siap daftar akaun CIMB, pergi ke mesin ATM Cimb untuk daftarkan nombor telefon kita.

Caranya adalah;

  1. Masukkan kad debit atau kad kredit dalam mesin ATM.
  2. Kemudian masukkan password kad ATM korang. Biasanya 6 digit saja.
  3. Pada screen ATM, pilih Others.
  4. Kemudian pilih "CIMB Clicks"
  5. Seterusnya pilih "TAC Registration"
  6. Kemudian masukkan nombor telefon untuk pendaftaran
  7. Klik "Proceed" untuk lengkapkan pendaftaran nombor telefon pada CIMB

Tujuan kita daftarkan nombor telefon dengan CIMB adalah kerana setiap apa saja transaksi atau benda penting yang kita nak ubah dalam akaun CIMB kita, sistem CIMB akan menghantarkan nombor TAC sebagai nombor keselamatan.

Lepas dah siap pada bahagian ni, kalau kita nak balik buat di rumah guna komputer sendiri pun boleh. Biasanya dekat CIMB mereka dah sediakan satu komputer memang untuk tujuan pendaftaran CIMB Clicks untuk client mereka.

Tapi saya sarankan untuk korang buat je dirumah dengan ikut panduan ni.

Follow langkah yang seterusnya...

Langkah 2 Mula Daftar - Register for Clicks

Kemudian kita layari laman web rasmi CIMB Clicks dengan menggunakan laptop ataupun desktop. Saya tak sarankan guna mobile phone sebab size screen yang kecil boleh menyebabkan banyak kesilapan akan berlaku.

Kemudian kita klik pada Register for Clicks.

Langkah 3 Pilih Jenis Akaun

Seterusnya di sini kita ada dua pilihan iaitu CIMB Debit & Credit Card atau Investment, Loan/Financing.

Nanti dia akan keluar seperti gambar di bawah ni.

Langkah 4 Info Kad Debit & ATM

Di sini kita perlu masukkan info seperti;

  1. Nombor kad debit atau kad kredit sebanyak 16 digit.
  2. ATM pin iaitu password yang kita setting untuk keluarkan duit dari mesin ATM.
  3. Masukkan nombor Captcha.
  4. Tandakan tick pada "I agree" dan klik pada butang Next.

Lepas je klik pada butang next, satu code akan dihantar melalui SMS telefon korang dan klik butang Continue.

Itu sebabnya pada langkah satu tadi kita perlu mendaftarkan terlebih dahulu nombor telefon kita.

Langkah 5 Bina ID

Pada paparan yang seterusnya, kita perlu masukkan info seperti berikut;

  • ID: ID ni sebenarnya adalah username untuk kita login masuk nanti ke dalam CIMB Clicks kita. Pastikan pilih dengan betul sebab nanti tak boleh nak tukar.
  • Password: Masukkan password pilihan kita untuk login. Perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Ali321$#1 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Re-enter Password: Masukkan sekali lagi password yang sama kita masukkan di atas tadi.
  • Mother’s Maiden Name: Masukkan nama Ibu korang.
  • Email Address: Masukkan email. Saya syorkan untuk guna akaun Gmail.
  • Create your Secure Word: Letakkan apa-apa saja nombor akaun huruf di sini untuk tujuan keselamatan. Mungkin boleh masukkan tarikh berkahwinan korang dengan format 11031992

Pada bahagian Enter your introducer’s details (optional) tidak perlu diisi pun sebab tu adalah pilihan dan biasanya yang buka akaun bisnes saja.

Saya cadangkan simpan kesemua maklumat ni di tempat yang selamat sebagai rujukan nanti jika kita terlupa dan sebagainya.

Kemudian, klik pada butang I agree & Submit.

Itu saja.

Siap!

Cara Login CIMB Clicks

Ok sekarang kita dah pun siap daftar untuk akaun CIMB Clicks kita.

Lepas ni dah boleh mula buat pembelian dan pembayaran secara online.

Macam mana pula nak login ke dalam akaun CIMB Clicks?

Senang je. Ikut langkah di bawah ni.

  1. Pergi ke laman web rasmi CIMB Clicks.
  2. Masukkan User ID kemudian klik pada butang Login.
  3. Pastikan SecureWord yang dipaparkan adalah sama dengan yang kita masukkan sebentar tadi seperti yang ditunjukkan pada langkah 5 tadi.
  4. Kemudian barulah masukkan password dan klik pada butang Login.

Tahniah!

Sekarang korang dah berjaya log masuk ke dalam akaun CIMB Clicks.

Penutup

Dalam tutorial ni, saya dah tunjukkan secara detail macam mana cara nak daftar CIMB Clicks dari awal sampai akhir.

Harap dengan panduan ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk daftar CIMB Clicks.

Pin It on Pinterest