013-9346624 (Whatsapp Only)
Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Melalui SPA

Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Melalui SPA

Macam mana cara mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan? Penolong Pegawai Perubatan dikenali juga sebagai Medical Assistance (MA) adalah satu bidang separa perubatan di mana cara gerak kerja kita lebih kurang sama dengan jawatan Staff Nurse dan Doktor. Betul, masing-masing ada skop kerja tersendiri tapi tetap dalam bidang perubatan.

Senang kata jika ketiga-tiga jawatan ni bekerja sekali dalam satu masa, pembahagian kerja adalah seperti berikut;

  1. Staff Nurse - Lebih kepada dokumentasi, mencatat
  2. Doktor - Lebih kepada teori dan jalan penyelesaian
  3. Penolong Pegawai Perubatan - Lebih kepada praktikal apa yang diarahkan oleh doktor

Dalam artikel saya sebelum ni saya dah terangkan dengan lebih detail mengenai kerjaya sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Apa skop kerja sebagai MA, cabaran kerja dan sebagainya.

Nanti korang baca la lepas ni ye.

Dalam tutorial ni saya nak tunjukkan pula macam mana nak mohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan kepada sesiapa yang berminat nak bekerja dalam bidang ni.

Mesti dulu ramai yang bercita-cita nak jadi Doktor.

Betul tak?

Tapi tak kesampaian sebab nak jadi seorang doktor ni bukan perkara yang mudah.

Belajar perlu struggle dan mesti setiap kali exam tak boleh gagal. Pointer kena skor.

Jadi saya nasihatkan jika korang berminat nak jadi doktor dan tak kesampaian, masih berminat nak kerja merawat orang, korang boleh cuba kerjaya Penolong Pegawai Perubatan.

Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Melalui SPA

cara mohon jawatan penolong pegawai perubatan

Dalam panduan ni, saya akan berikan step by step apa yang perlu korang buat dan juga nasihat saya jangan gunakan smartfon untuk mengisi benda ni. Gunakan laptop untuk saiz skrin yang lebih besar.

Langkah 1 Daftar Lengkap SPA

Untuk langkah pertama ni, apa yang perlu korang buat adalah, buat dahulu pendaftaran SPA sehingga selesai.

Jika tak tahu macam mana nak buat pendaftaran SPA, boleh lihat tutorial saya sebelum ni cara nak daftar SPA untuk mohon kerja kerajaan.

Lepas dah siap daftar, sila login ke dalam akaun SPA yang telah kita daftar sebentar tadi.

Nota: Dalam tutorial cara nak daftar SPA yang saya buat sebelum ni, korang ikut sehingga langkah 3 saja dalam tutorial tu iaitu sampai info kelayakkan akademik. Lepas dah selesai ikut sampai langkah 3 barulah ikut tutorial ni.

Langkah 2 Jawatan Dimohon

Lepas dah login, lihat pada Maklumat Pemohon » Jawatan Dimohon

Langkah 3 Pilih Jawatan

Kemudian paparan seperti di bawah akan muncul. Jika gambar tersebut kecil, sila klik pada gambar untuk pembesaran.

Nombor 1: Pada menu sebelah kiri, pilih "Latihan Separa Perubatan".

Nombor 2: Sila pilih pilihan Latihan Penolong Pegawai Perubatan. Sedikit info untuk korang. Di sini ada pelbagai pilihan latihan separa perubatan. Antaranya Penolong Pegawai Farmasi, Inspektor Kesihatan dan Juru X-ray dan sebagainya.

Ini semua adalah dibawah kategori latihan separa perubatan.

Jadi kalau korang nak pilih jawatan lain pun sama juga buat macam ni.

Nombor 3: Klik tambah untuk tambah jawatan dalam senarai yang dipohon.

Nombor 4: Di sini akan muncul senarai yang telah kita pohon.

Lepas dah selesai isi semua, klik pada butang seterusnya.

Langkah 4 Hantar Permohonan

Lepas dah settel semua permohonan kita, klik je hantar sehingga selesai.

Cara nak hantar borang SPA saya dah ceritakan dalam panduan macam mana nak mengisi SPA.

Penutup

Dalam artikel ni saya dah beritahu cara macam mana nak mohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan iaitu dengan cara memohon melalui panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen di bawah ni.

Dah Habis SPM? Boleh Cuba Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Dah Habis SPM? Boleh Cuba Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Berminat untuk jadi Penolong Pegawai Perubatan? Hi Assalamualaikum kepada adik-adik lepasan SPM.

Apa khabar semua. Saya harap korang baik-baik jelah. Apa saja keputusan SPM yang korang dapat, terima dengan hati terbuka dan korang kena tanam dalam fikiran bahawa SPM bukanlah penamat tapi ia adalah permulaan sebenar dalam kehidupan.

Jangan jadi macam saya dulu. Dalam fikiran ni kalau gagal exam, gagal lah dalam hidup. Jahilnya dulu sebab ada pemikiran macam ni.

SPM Bukanlah Segala-galanya

Betul.

Dulu saya selalu dengar orang duk sebut-sebut ayat tu, SPM ni bukanlah segala-galanya malah ia adalah permulaan sebenar kehidupan dan arah tuju kita. Bila saya dengar je ayat macam tu, ni ayat nak sedapkan hati je yang mana tak dapat straight A's.

Tapi bila dah lama-lama sehingga masuk ke alam pekerjaan, betullah ayat yang dikatakan tu.

Sebab apa saya setuju dengan ayat tu?

Dulu saya selalu fikir orang yang kelas bawah ni tak ada masa depan. Exam confirm ada subjek tak lulus dan sebagainya. Bila saya lihat dengan kepala mata saya sendiri sekarang ni, kebanyakkan kelas-kelas hujung di sekolah saya ni dulu lah ada yang masuk maktab perguruan, jadi bomba, polis, askar dan sebagainya.

Manakala kawan saya yang sekolah berasrama penuh dan sekolah elit dulu, masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan. Ada yang terlalu kejar belajar sampai master pun ada.

Biarlah.

Itu hak masing-masing.

Point saya nak sampaikan di sini, kelas hujung ke apa, tak bermakna dia tu akan gagal dalam hidup.

Jadi, kepada korang yang tak dapat capai target keputusan yang korang nak, jangan risau, Allah dah aturkan kehidupan kita yang penuh dengan madu dan racun. Apa yang penting, kita jangan malas dan sentiasa rajin mencari peluang untuk memperbaiki diri.

Sebelum korang lanjutkan pembacaan ni, jom subscribe channel YouTube BLOGFAIZ dulu.

Apa Itu Penolong Pegawai Perubatan Dan Skop Kerja?

Penolong Pegawai Perubatan ni dulu dikenali sebagai dressar.

Itu orang kampung panggil la.

Nama popular yang disebut-sebut di hospital adalah MA atau nama panjangnya adalah Medical Assistance. Kalau dalam bahasa melayu pula Pembantu Perubatan.

Tapi, nama moden sekarang ni adalah Penolong Pegawai Perubatan.

Ok itu adalah pengenalan secara ringkas mengenai Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Untuk skop kerja, nanti saya huraikan di bawah.

Teruskan pembacaan.

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

penolong pegawai perubatan

Ok.

Hari ni saya nak sharelah dengan korang semua yang baru habis SPM ni dan masih lagi tercari-cari nak jadi apa lepas ni. Nak mohon jawatan apa lepas ni.

So di sini, saya rekemenkan kepada korang untuk cuba mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan atau orang kampung panggil Dressar atau nama yang paling glamour adalah Medical Assistance (MA).

Saya tahu masih ramai yang tidak tahu dan wujudnya jawatan ni. Tapi sejak Covid-19 melanda, orang ramai dah mula tahu apa itu MA. Dulu mereka ingat kat hospital ni Doktor dan Nurse je.

Ok di sini saya akan cerita beberapa bahagian iaitu macam mana nak apply jawatan Penolong Pegawai Perubatan, pengenalan mengenai Penolong Pegawai Perubatan dan juga gaji. Gaji saya terpaksa cerita juga sebab ramai yang request. Yelah, semua kerja orang akan tengok gaji dulu. Betul tak?

#1. Cara Mohon Penolong Pegawai Perubatan

Macam mana nak mohon jawatan ni?

Senang je. Korang hanya perlu isi SPA.

Masa saya dulu isi SPA8. So, sekarang ni korang perlu isi SPA9.

Pergi ke laman web mereka dan isi apa yang patut.

Nanti pada bahagian pilih jawatan, letak pilihan Latihan Penolong Pegawai perubatan (Separa Perubatan) pada pilihan yang pertama.

Jika ada kesempatan masa, saya akan cuba buat tutorial macam mana nak isi SPA9.

Sebelum korang dipanggil masuk latihan, mereka akan buat sesi temuduga terlebih dahulu. Kalau nak tahu macam mana sesi temuduga berlangsung, boleh baca pengalaman saya temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Untuk isi SPA9 dan mohon jawatan ni, hanya perlukan result SPM saja. Jika korang pernah masuk Matrikulasi sebelum ni, tak laku pun result Matrik untuk mohon jawatan ni.

Jadi, apa yang penting, kena LULUS subjek teras seperti

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam
  • Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Sains (Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja)

So, syarat ni lulus saja. Bukannya nak dapat A pun.

Ada juga yang tanya pada saya. Kalau bukan aliran sains boleh juga ke mohon?

Ya, boleh mohon. Tak ada masalah sebab bila masuk nanti, kita akan belajar semula biologi apa yang telah kita belajar masa tingkatan 4 dan 5 dulu. Tapi advance sikit lah.

#2. Info Penolong Pegawai Perubatan

Jadi, apa sebenarnya Penolong Pegawai Perubatan ni?

Ok, di sini kita ambil definisi daripada nama jawatan. Bila kita sebut Pegawai Perubatan, itu adalah doktor. Jadi, kita ni adalah seorang pembantu atau penolong bagi seorang doktor.

Ikut pengalaman saya, doktor ni lebih kepada assesement kepada pesakit untuk lihat rawatan apa terbaik untuk diberikan dan bila ada sesuatu yang perlu dibuat seperti jahit luka-luka kecil, bancuh ubat, beri rawatan awal dan sebagainya, MA lah yang akan dipertanggungjawabkan.

Sebenarnya, tempat MA ni adalah di kecemasan. Itu adalah kawasan untuk MA sebenarnya sebab MA ni adalah seorang paramedik yang dilatih untuk memberi rawatan awal dan rawatan kecemasan sebelum diserahkan kepada Pegawai Perubatan untuk dilihat secara lebih lanjut.

Pernah korang tengok ambulan atas jalan raya dengan siren?

Korang jangan ingat atas ambulan tu ada doktor. Doktor ni jarang benar nak naik ambulan untuk pergi ke tempat kejadian. Yang ada hanya MA, pemandu dan PPK. Kita sebagai MA yang akan jadi ketua di tempat kejadian apa yang perlu dibuat.

Kerja MA ni seronok jika korang berjiwa perawat dalam diri korang. Jika korang mohon jawatan ni sebab perkara lain, mungkin korang akan kecundang awal sebab kerjaya sebagai MA ni agak mencabar sebenarnya.

Selain tu juga, jika korang ni jenis alim-alim yang tak boleh nak lihat aurat orang lain, minta jauhkan dari minta jawatan ni sebab boleh dikatakan setiap hari lihat akan lihat aurat orang lain. Dah menjadi kebiasaan bagi perawat-perawat di hospital. Sebab apa saya cakap macam ni, sebab ada yang dah terkena. Masa mohon tak fikir apa kerja yang dibuat.

#3. Gaji

Bab gaji ni yang ramai suka nak dengar tapi bab gaji ni saya tak reti nak hurai. So, korang boleh tengok la sendiri jadual di bawah ni.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00

So, jika korang tengok di atas ni basic gaji permulaan kita hanyalah RM1,797.00. Standardlah di Malaysia bertaraf Diploma banyak tu je la boleh. Tapi bila korang campur dengan pelbagai elaun yang lain, mungkin gaji korang untuk permulaan akan cecah sehingga RM2500 sebulan.

Setiap tahun, gaji kita akan naik sebanyak RM145.

Kalau nak kenaikkan gaji bertambah setiap tahun, kenalah upgrade jawatan dari U29 ke U32 atau yang lebih tinggi lagi.

So, untuk gaji itu jelah yang boleh saya beritahu.

Penutup

Baiklah. Kepada adik-adik yang baru saja dapat result SPM, terimalah apa saja keputusan yang kita ada. Ingat pesan saya awal-awal tadi. Jangan rasa down, jangan rasa terlalu rendah diri, jangan berputus asa jika apa yang kita target tak capai.

Jangan risau. Tengoklah nanti 5-10 tahun akan datang, semuanya akan berubah secara total. Nanti korang akan lihat sendiri apa yang telah saya laluinya sekarang.

Dan kepada yang masih pening-pening nak sambung belajar kat mana, nah boleh cuba minta jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni.

Cara Renew Lesen Bless Online Untuk Penolong Pegawai Perubatan

Cara Renew Lesen Bless Online Untuk Penolong Pegawai Perubatan

Macam mana cara renew lesen bless online untuk Penolong Pegawai Perubatan? Kepada yang baru menjawat penjawatan awam, mungkin korang tidak tahu lagi apa tujuan bless ni sebenarnya kan?

Tujuan bless ini sebenarnya adalah untuk mendapatkan lesen pekerjaan supaya kerja yang berkaitan dalam bidang kita itu adalah valid. Tak kira apa saja pekerjaan yang memerlukan sijil seperti sektor perhotelan, pembinaan, perawatan dan lain-lain lagi perlu isi bless untuk mendapatkan lesen.

Baiklah.

Kali ni aku nak ceritakan bagaimana cara nak isi bless online untuk Penolong Pegawai Perubatan bagi renew lesen perawatan.

Cara Renew Lesen Bless Online Untuk Penolong Pegawai Perubatan

renew lesen bless

Sebelum renew lesen bless, sebagai Penolong Pegawai Perubatan mestilah cukup point mycpd sebanyak 40 point. Jika tak cukup point ni korang tidakkan dapat nak renew lesen bless ni.

Mycpd dan lesen bless yang tertangguh lebih dari 2 tahun, korang kena naik Putrajaya dan korang akan dikenakan exam supaya lesen yang tertangguh sebelum ni diluluskan. Penolong Pegawai Perubatan yang tidak mempunyai lesen bless ini boleh dikenakan tindakkan.

Tatacara renew lesen bless ni pula, mycpd untuk 2018 akan digunapakai untuk memperbaharui lesen untuk tahun 2020 dan begitulah seterusnya. Maknanya, point myCPD dua tahun kebelakang digunakan untuk memohon lesen pada tahun ini.

Ok sekarang kita masuk pula pada tutorial cara nak perbaharui lesen bless online ni.

Langkah 1 Layari laman web bless https://www.bless.gov.my/bless/action/login?show

Kemudian akan ditunjukkan paparan seperti berikut.

Masukkan user id dan password untuk log masuk.

renew lesen bless

Langkah 2 Bila sudah log masuk, pergi ke menu Submission dan pada submenu klik pada Business Licence Selection. Sila rujuk pada gambar di bawah.

renew lesen bless

Sila isikan semua pada kotak kosong sama seperti gambar di atas.

Bila sudah siap isi, klik pada butang Search.

Langkah 3 Lepas klik butang search tadi, akan keluar seperti gambar di bawah.

renew lesen bless

Pilih renewal dan klik pada butang Add to Tray. Pastikan tanda tick dahulu pada lesen.

Langkah 4 Kemudian pergi ke menu Submission dan submenu My Tray. Klik pada icon pensel seperti gambar di bawah.

renew lesen bless

Langkah 5 Selepas itu akan keluar satu popout seperti gambar di bawah. Klik saja butang Proceed with Renewal.

renew lesen bless

Langkah 6 Pada bahagian ini, korang dikehendaki isi pada semua bahagian. Pastikan isi info yang betul. Pada bahagian perakuan iaitu bahagian akhir sekali, sila isikan jumlah myCPD korang berserta dengan laporan myCPD. Laporan myCPD korang hendaklah download di laman web myCPD.

renew lesen bless

Klik save.

Langkah 7 Korang pergi balik ke menu Submission dan submenu my Tray, pastikan form Status sudah complete dan klik butang Submit Application untuk menghantar permohonan lesen baru.

renew lesen bless

Untuk cek samaada lesen korang sudah lulus ataupun belum, boleh pergi ke menu Track & Monitoring >>> submenu Status Check.

renew lesen bless

Siap.

Itu saja cara nak renew lesen bless online ni. Tak susah pun. Cuma agak teknikal. Siapa yang tak biasa dengan komputer memamg agak payah. Siapa yang sudah biasa dengan komputer benda ni mudah saja.

Semoga berjaya!

Soalan Lazim Mengenai Lesen Bless Penolong Pegawai Perubatan

Jumlah point yang mana dikira untuk renew lesen Bless?

Jumlah point yang diambil kira adalah jumlah cumulative. Bukan jumlah actual.

Apa perlu buat jika tak renew lesen dalam tempoh 2 tahun?

Kena pergi ke Putrajaya untuk ambil exam. Jika exam lulus lesen yang sebelum ni dikira valid.

Apa kesan jika tak ada lesen bless?

Jika ada query apa-apa di mahkamah, lesen bless ni akan menjadi penyelamat kita. Sebagai contoh orang yang kita rawat kebetulan meninggal dunia dan ahli keluarga tidak puas hati buat tuntutan sehingga terbawa ke mahkamah. Jadi lesen ni akan membantu kita untuk “lepas” kan diri.

Bila masa kita perlu renew lesen Bless?

Pihak LPP akan membuka untuk renew lesen bless sehingga hujung bulan September sahaja setiap tahun. Jadi setiap tahun kita perlu renew lesen Bless sebelum habis bulan September. Jika terlewat, kita perlu bayar RM30 secara wang pos sebagai fee lewat.

Macam mana cara bayar fee lewat bless secara ePayment?

Buat masa sekarang, LPP belum lagi buka pembayaran secara epayment. Apa yang perlu korang buat adalah dengan buat bayaran secara wang pos. [Update] bless dah terima bayaran secara online.

p/s: Kepada korang yang kerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan, minta jasa baik korang semua untuk support channel YouTube saya dengan hanya subscribe.

Pin It on Pinterest