Isu Boikot McD – Kenapa Susah Sangat Nak Faham?

Isu Boikot McD – Kenapa Susah Sangat Nak Faham? | Sedang aku baring rehat sambil layan anak aku yang baru lahir, tetiba bunyi mesej dari Instagram. Rupanya ada seseorang cuba mesej aku. Aku excited sebab biasa customer yang akan mesej melalui Instgram ni. Tapi kali ni tidak. Ada seseorang yang aku tidak kenali cuba mempertikaikan status yang aku up di Instagram.

Rupa-rupanya “umpan” dah mengena. Memang aku dah agak akan ada yang tidak puas hati walaupun dah panjang berjela aku huraikan isu boikot ni. Nampaknya brother ni cuba tak nak faham apa yang aku sampaikan atau dia memang tak faham. Atau dia sedang beremosi?

It’s okay…

Disclaimer. Artikel ni aku just nak tulis santai-santai je sambil isi masa kosong aku. Aku tak ada nak cuba cari gaduh atau cuba cetus provokasi sebab brother yang DM aku ni pun secara baik walaupun dia dulu yang DM aku dengan nada tidak puas hati dengan status yang aku up di Instagram. Dalam artikel ni aku cuma nak jawab segala pertanyaan dia kenapa dia begitu tidak puas hati dengan status yang aku up di Instagram.

Disebabkan dia mulakan dulu nak jawapan dari aku, so aku jelaskan secara berhemat di sini.

Isu Boikot McD – Kenapa Susah Sangat Nak Faham?

Isu hangat yang sedang diperkatakan. Setiap kali perang, McD antara jenama yang sering disebut-sebut untuk boikot oleh umat islam. Lepas tu ada la juga jenama yang lain disebut-sebut. Tapi McD antara jenama yang paling banyak disebut bila musim boikot berlaku.

Kenapa harus McD?

Pelik juga aku.

Tempoh hari aku pergi la ke KB Mall. Restoran McD memang betul tak ada orang. Cuma ada la seorang dua. Tu pun chinese. Melayu? Tak ada langsung.

Tapi yang aku lawaknya adalah, Texas Chicken ni pula penuh orang. Orang melayu pula tu. Sedangkan jenama Texas Chicken dan McD ni kedua-dua asal dari Amerika.

Jadi, apa isu sebenar yang korang gila-gila nak boikot McD?

Bila aku tengok situasi ni, aku jadi makin pening.

Apa korang boikot sebenarnya ni?

Mufti pun dah jelaskan tak perlu nak boikot McD sebab McD Malaysia tak sama dengan McD yang lain. Cuma ia perniagaan franchise saja.

Yang ni pun susah aku nak terangkan nanti ada orang kata aku tak faham pasal royalti pula dah.

Aduhhh…

Panjang lebar la pula aku explain. Dah jauh dari tujuan asal aku nak post artikel ni.

Baiklah, di bawah ni aku explain pada seseorang yang membuat tuduhan terhadap aku sebab tak boikot McD. Jadi aku harap dengan penerangan ni dia akan jadi lebih faham.

Isu #1 – Apa Kaitan Dajjal Dan Fasik?

boikot mcd

Penjelasan #1

Ini mesej pertama yang aku terima. Aku hanya up status di Instagram “Aku memilih boikot secara berilmu, bukan secara membabi buta dan secara emosi”. Tiba-tiba bro ni reply status aku dengan kenyataan dia di atas.

Aik. Apa kaitan status aku tu dengan dajjal dan fasik bro? Tiba-tiba kau kata ramai orang islam yang fasik apa kaitan dengan status aku tu bro? Aku masih tak dapat nak kaitkan status aku di atas dengan kenyataan di atas.

Sebab tu aku kata. Geng-geng taksub boikot ni sekarang sedang alami boikot secara emotional. Bukan secara berakal.

Reply pun ntah apa-apa.

Ok.

Aku cuba nak faham kenapa kau reply macam tu. Mungkin kau nak kata yang aku tak boikot McD ni adalah fasik dan bergantung harap dengan Dajjal.

Pertama sekali kau faham apa maksud fasik?

Fasik dalam bahasa mudah bermaksud orang islam yang yang sentiasa bermaksiat pada Allah. Minum arak, main judi, berzina dan lain-lain dosa. Tapi dalam hati dan mulut masih mengaku bahawa Allah itu satu. Bila-bila masa je dia buat taubat nasuha, Allah akan terima taubat tu. Itu maksud fasik.

Jadi, apa kaitan yang kau tulis fasik tu dengan status aku? Adakah aku tak sokong boikot McD dikira golongan fasik dan aku bermaksiat pada Allah?

Come on bro.

Sampai tahap tu je ke pemikiran kau bagi orang yang tak boikot McD?

Kan aku kata tuduhan kau lebih dari perangai seorang Yahudi kan marah.

Nak tegur biar ada ilmu. Bukan emosi semata-mata sebab kau nak marah aku tak boikot McD.

Sekarang ni kau beremosi kau faham?

Lepas tu kau cakap soal dajjal. Kau yakin ke McD tu agen dajjal. Kau yakin ke kalau hari ni orang yang tak boikot McD esok-esok dia pengikut dajjal.

Fuhh…

Hebat kau punya pemikiran. Kau ni ahli nujum ke apa?

Aku tak boikot McD sebab tak ada sebab kukuh kenapa aku perlu boikot McD. Tak ada secara jelas atau terang-terangan yang mereka sokong atau support Israel melainkan kerajaan Amerika yang bagi bantuan pada Israel.

Ya. Aku faham kau nak kaitkan McD adalah penyumbang income pada negara Amerika. Tapi kau jelas tak McD ni bantu Israel? Kalau kau rasa jelas McD ni bantu Israel, kau cuba tunjuk aku bukti.

Barang yang kau WAJIB boikot adalah produk tersebut ORIGINAL dari Israel dan ada kenyataan daripada syarikat tertentu yang mereka sokong atau bagi dana secara LANGSUNG kepada kerajaan Israel. Itu produk yang kau wajib boikot. Bukan kau saja wajib boikot. Semua umat islam termasuk aku wajib boikot jika ada produk macam tu.

Kau faham ni?

Jangan sebab McD jadi pendapatan pada kerajaan Amerika, dan kerajaan Amerika bagi dana pada Israel kau nak salahkan syarikat McD.

Habis? Kau ingat ada McD je ke yang bagi income pada kerajaan Amerika? Instagram, Facebook yang kau guna tu pun penyumbang terbesar income kerajaan Amerika. Tapi bila aku kata macam tu, kau kata tak apa sebab free.

Hahaha…

Tak apa. Aku akan bahaskan pasal kau kata FREE tu kejap lagi.

Aku dah malas nak jelaskan hal ni lebih lanjut.

Dalam artikel sebelum ni tentang Isu McD aku dah jelaskan segalanya perjalanan HQ McD. Kau boleh baca balik sampai kau faham.

Isu #2 – McD Saja ke Bayar Cukai Pada Kerajaan Amerika?

boikot mcd

Penjelasan #2

Kau ada baca tak artikel aku tulis panjang-panjang tu tentang isu boikot McD?

Kau sekarang duk ulang benda sama yang aku dah jelaskan.

Nampak sangat kau baca tapi kau tak faham apa yang aku cuba jelaskan.

Aku dah kata. HQ McD berpangkalan di Chicago Amerika. Seluruh McD di dunia ni akan bayar royalti pada HQ McD tu sebanyak 5% atau tak lebih dari 10% daripada pendapatan setiap bulan.

So, apa masalahnya?

Sebab HQ McD kat Amerika kau nak salahkan syarikat McD?

Kau punya pemikiran ni bro nampak sangat beremosi.

Sebab HQ McD berpangkalan di Amerika, memang la mereka kena bayar cukai pada kerajaan Amerika.

Aku nak bagi kau satu contoh mudah supaya otak kau tu bergerak sikit.

Contoh kau ada buka perniagaan di Amerika. Kau islam dan kau berpihak pada Palestin. Nak tak nak, kau kena bayar cukai pada kerajaan Amerika. Kemudian kerajaan Amerika sumbang pada negara Israel. Habis tu kau nak salahkan syarikat kau sendiri? Cuba kau jawab jika kau bijak.

Aku bagi satu contoh mudah untuk kau fikir supaya otak kau tu ligat sikit.

Jawapan aku dan jawapan dalam islam sendiri pun, syarikat kau tak salah sikit pun. Kau tidak dikategorikan bersekongkol dengan kerajaan Amerika. Tu bukan dipanggil sebagai bersubahat. Itu memang dah jadi amalan bagi sesebuah negara untuk kutip cukai bagi tambah pendapatan negara sebab kau duduk dan menumpang di negara tersebut.

Sama juga dengan situasi McD. Kau masih nak salahkan McD sebab bagi cukai pada kerajaan Amerika?

Aku harap kau faham penjelasan aku.

Kalau kau masih tak faham lagi apa yang aku jelaskan ni, mungkin kau boleh mandi bunga.

Isu #3 – Media Sosial Ni Semua Free? Free Ada Makna.

boikot mcd

Penjelasan #3

Ni kata geng-geng boikot nak serang aku apa yang aku jelaskan tapi mereka tak faham satu pun. Orang boikot kau pun nak boikot.

Bro. Kau memang guna FREE media sosial tapi kau dan pengguna yang lain-lain guna secara free adalah ASET terbesar bagi sesebuah media sosial.

Ok aku fokus satu media sosial saja iaitu Intagram sebab kau DM aku ni pun melalui Instagram. Aku nak explain semua media sosial nanti kau pening pula. Biar kau faham satu-satu.

Kau memang guna FREE tapi pengguna free macam kau nilah penggerak iklan dalam Instagram. Tanpa kau yang konon guna free tu, iklan dalam Instagram tak akan bergerak.

Aku bagi kau faham situasi ni.

Aku buat iklan di Instagram. Aku guna dana aku sebanyak RM5000. Lepas dah siap setting, aku lancarkan iklan aku di Instagram. Kemudian, iklan yang aku lancarkan tu kau dan yang lain-lain tengok.

Kau tahu siapa yang mengerakkan iklan aku tu sehingga duit aku habis?

Kau semua la yang konon kata pengguna FREE. Tanpa kau dan yang lain-lain guna free tu, iklan aku dalam Instagram takkan bergerak.

Kau faham ni bro?

Ok kau kata kau ada pilihan untuk klik atau tak.

Kau tahu tak iklan bukan berdasarkan klik saja.

Sebab tu ada istilah CPC (cost per click), CPV (cost per view), CPM (cost per impression) dan banyak lagi cara Instagram caj aku punya iklan.

Bila aku suruh kau belajar semua benda tu, kau tak nak belajar lepas tu tuduh aku merendah-rendahkan kau.

Dah kau tak faham apa yang aku explain lepas tu kau banyak bantah aku cakap

Kalau kau faham, kau akan hadam dan kau akan diam. Silap-silap kau delete terus Instagram kau ni sebab sentap yang selama ni kau pun penyumbang kepada Instagram secara pengguna percuma.

Cuma kau je tak perasan konon kata pengguna free. Padahal orang macam kaulah iklan dalam Instagram tu jadi makin rancak.

Isu #4 – McD Ada Buat Dosa Dengan Kau Ke?

boikot mcd

Penjelasan #4

Berapa kali aku nak cakap bro.

Kenapa kau masih nak salahkan McD sedangkan banyak lagi syarikat lain yang menyumbang cukai pada kerajaan Amerika tak pula kau nak boikot. Contoh macam Instagram ni pun pembayar cukai terbesar untuk kerajaan Amerika.

Kenapa kau fokus pada McD saja?

Kenapa kau benci sangat McD?

Apa dosa McD dengan kau?

Kau nak soal pun tak adil la bro.

Sepatut kau soal aku macam ni.

“Tapi indirectly McD, Instagram, Facebook, Microsoft dan lain-lain ada effect contribute pada Israel la kan?”

Itu sepatut soalan kau. Baru adil. Ni kau hentam McD saja sampai bila kau tak faham dan tak nampak.

Kau faham ni bro?

Malas aku nak ulas panjang yang ni.

Kau fikir sendiri kalau kau bijak.

Aku tahu kau bijak untuk fikir apa yang aku sampaikan ni.

Pasal conclusion kau tu, tu soalan untuk kau sendiri. Bukan tanya aku.

Sekarang ni kau yang boikot secara selective. Mana yang penting bagi kau, kau tak pula nak boikot walaupun produk tu dari Amerika macam Instagram. Yang tak penting bagi kau, kau kutuk kaw-kaw.

Faham?

Isu #5 – Pandangan Peribadi

boikot mcd

Penjelasan #5

Aik.

Kau yang mula-mula DM dengan nada tak puas hati kemudian kau tanya soalan macam ni.

Dah kau tahu masing-masing ada pandangan sendiri kau tak perlu nak DM aku dengan nada tak puas hati. Dajjal lah, fasik lah. Istilah fasik pun kau tak betul guna.

Apa yang aku tulis tu pandangan aku sendiri bahawa geng-geng korang boikot McD tu tak betul. Hanya emosi semata-mata.

Jadi tak perlu kau nak DM bagai nak persoal aku punya status. Itu pandangan aku.

Isu #6 – Aku Kena Tuduh Pro US/Pro Yahudi

boikot mcd

Penjelasan #6

Pening betul aku dengan kau ni bro.

Haha.

Asal tetiba kau tanya aku macam ni?

Kau ni tengah pening ke?

Aku tak kata apa-apa pasal McD dan Instagram bahawa mereka ni penyumbang pada Israel. Boleh pula kau keluar soalan ni kat aku. Sepatut soalan ni aku tanya kat kau sebab kau bersungguh nak boikot produk dari US.

Pening aku dengan kau Mat.

Hahahaa…

Kalau kau boikot McD sebab alasan kau McD ni penyumbang cukai pada kerajaan Amerika, kau juga patut boikot dari guna Instagram sebab Instagram pun penyumbang cukai pada kerajaan Amerika.

Pening kau ni bro. Sepatut soalan tu aku tanya pada kau.

Jadi kau ni bro Pro US Pro Yahudi la kan sebab kau boikot McD sama je kau boikot Instagram. Sepatut macam tu. Tapi kau still guna Instagram. Kenapa? Instagram penting ke bagi kau?

Isu #7 – Boikot Secara Emosi

boikot mcd

Penjelasan #7

Kan?

Betul kan aku kata?

Hahaha…

Sekarang dah kantoi.

Seorang ahli geng boikot dah mengaku bahawa dia sedang boikot secara emosi.

Bila kau boikot secara emosi, pemikiran kau tu jadi tidak waras dalam menilai sesuatu. Kau tak ada lagi dah nak kaji secara lebih mendalam. Orang kata produk A kena boikot, kau terus boikot. Kau tak persoal dah kenapa perlu boikot.

Sebab sekarang kau boikot dalam keadaan beremosi.

Penutup

Untuk isu boikot McD ni aku malas lagi dah nak explain dengan panjang lebar dan isu ni takkan sudah sampai kiamat pun sebab ada dua pandangan yang berbeza. Pandangan ni tak boleh nak hapuskan melainkan ada kesedaran dalam diri masing-masing.

Harap kita fikir betul-betul sebelum boikot sesuatu sebab takut kita “termakan” diri sendiri. Betul, jika seseorang tu mengharamkan dirinya dari menggunakan sesuatu produk, ia sudah jatuh hukum haram baginya untuk produk tersebut.

Bukan apa, takut nanti bila dah lama rasa boikot dalam diri tu dah tak ada mula la lupa diri beli barang jenama yang diboikot diri sendiri. Sedangkan sebelum ni diri sendiri yang mengharamkan menggunakan produk tersebut.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top