Jangan Perlekeh Video Bunyi Jawab Salam Di Kubur

Baru-baru ni tular kat Tiktok yang ada sorang akak ni terakam suara orang jawab salam kat kubur. Betul ke orang yang dah meninggal ni boleh jawab salam? Ni bukan aku nak sembang soal agama. Aku pun jahil bab agama tapi aku nak sentuh isu ni sebab aku jadi trigger bila ada orang mempermainkan benda ni dan tak percaya seolah-olah tak tahu langsung pasal orang yang dah meninggal ni boleh jawab salam.

Nilah antara komen orang kita korang boleh tengok yang menganggap benda ni satu benda tahyul dan kata benda ni tak masuk akal.

Ok, sebelum tu jom kita tengok video yang viral ni dulu. Aku nak korang dengar betul-betul.

@mua_wanie92

Sesungguhnya merindui mereka yang telah tiada sangat menyesakkan jiwa 😭 . Alfatihah buat almarhum ayahanda ku yang tercinta Md Yasir bin Dalail 🌸 . . RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka. Tajuk : Adab menziarahi kubur. Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw : Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT. Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat. Ketika dikubur : 1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam. 2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat. 3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

♬ original sound – muawanie

Ok tu video pertama. Kita tengok pula video kedua.

@shaarin_selidik Replying to @shaarin_selidik ADA YANG JAWAB SALAM AKU KETIKA ZIARAH PUSARA ANAK TIDAK PASTI SIAPA YANG BERADA DI TANAH PERKUBURAN YANG PASTINYA AKU PERGI BERSEORANGAN KALAU ADA PUN ORAN ITU BUKAN KELUARGA AKU YANG ZIARAH PUSARA ANAK AKU SIAPA ? WALLWAHUALAM #ziarahkubur ♬ original sound – SHAARIN | SELIDIK

Jika korang amati betul-betul, memang jelas dengar ada suara orang menjawab salam. Dari apa yang aku analisis sendiri, bunyi jawab salam tu bukan dari jarak jauh tapi pada jarak yang dekat dengan nada suara yang halus dan lembut.

Maksud aku di sini, suara tu bukanlah suara dari sekitar orang yang melawat kubur. Tapi suara yang memang dekat dengan yang kamera tu. Lagipun kedua-dua video yang kita tengok sebentar tadi dah pun dijelaskan oleh owner video yang memang takde orang sekeliling pun pada masa video tu dirakam.

Jom pula kita dengar apa kata ustaz azhar mengenai orang yang dah meninggal boleh jawab salam atau tak.

Jadi, memang betul la orang yang dah meninggal ni boleh dengar bila kita bagi salam, cuma kita je yang tak boleh dengar bila mereka menjawab salam.

Tapi macam mana pula kalau kita boleh dengar? Kalau kita dengar ada yang jawab salam, tu mungkin rezeki dari Allah nak bagi kita untuk dengar. Benda ni tak mustahil pun bagi Allah.

Jadi, bila kita komen kat video-video macam ni, kita janganlah duk tunjuk sangat jahil kita dan menganjing macam benda ni benda tahyul yang hanya berlaku dalam masyarakat melayu je.

Paling tak pun, tolong jangan komen apa-apa kalau sekadar nak sakitkan hati owner video.

Ok tu je aku nak sampaikan. Apa pula kata korang?

Kalau nak dengar aku bebel benda ni kat YouTube, boleh tengok video di bawah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top