Hari tu tular satu video yang mana ada 3 org anggota ni mengaku dirinya adalah pegawai JPJ yang menyamar sebagai orang awam biasa, kemudian mereka telah menahan sorang pemandu bas ni yang didakwa bawa dalam keadaan bahaya. Video ni aku bukan nak cari siapa salah siapa betul, tapi kita nak bincangkan apa tindakkan kita yang perlu dibuat jika benda ni terjadi pada diri kita.
Ok apa yang aku perhatikan dalam video yang tular tu, memang betul anggota JPJ yang undercover atau menyamar sebagai orang awam biasa ni dibolehkan untuk tidak pakai vest ketika melakukan tugas. Itu SOP mereka. So, kita tak boleh lah nak pertikai yang tu.
Yela lah. Kalau pakai baju uniform serba lengkap, nanti tak jadilah pula penyamaran untuk perangkap pesalah-pesalah jalanraya ni.
Masa kena tahan tu pula, pemandu bas ni mendakwa dirinya adalah bekas anggota. Anggota apa pun aku tak tahu tapi dari segi lantang percakapan pemandu bas ni seolah olah dia tahu akan undang-undang.
Seperti yang kita tahu, zaman sekarang ni macam-macam berlakunya jenayah. Bekas polis yang menyamar polis pun ada sebab nak lakukan kegiatan jenayah.
Bila aku tengok video ni balik, jadi betullah tindakkan pemandu bas ni minta segala bukti yang ada untuk membuktikan bahawa yang tahan dia tu adalah benar-benar anggota JPJ, bukannya anggota palsu, sebab pada masa tu anggota JPJ tu memang pakai baju biasa dan kenderaan yang mereka pakai pun bukan kenderaan jabatan. Kalau kita tengok balik video tu tak seperti anggota pun.
Lepas tu kalau korang perasan juga, hanya sorang je anggota JPJ ni yang tunjukkan kad kuasa dia. Yang dua orang lagi tu tak tunjuk pun. Ni jika ikut apa ada dalam video tu la. Sebenarnya zaman sekarang ni semua benda boleh buat termasuk kad kuasa. Benda ni yang menakutkan kita sebenarnya. Susah nak bezakan mana anggota yang benar dan mana yang palsu.
Kalau kita sendiri berada dalam situasi pemandu bas ni pun kita susah nak percaya yang mereka ni adalah anggota JPJ yang betul. Betul tak?
Tapi pihak JPJ dah mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka ni adalah anggota JPJ yang sah.
Ok ni side aku ulas untuk pemandu yang kena tahan. Bila terjadinya benda ni pada diri kita, mengikut undang-undang, kita dibenarkan untuk arahkan anggota tersebut tunjukkan kad kuasa dia. Jika gagal, kita berhak dan dibolehkan untuk tidak ikut arahan apa yang mereka suruh.
Perkara ni memang dah termaktub dalam Seksyen 123 (1) dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Itu je. Tak boleh lebih dari tu. Tak perlu nak suruh mereka tunjuk surat bagai.
Jadi macam mana pula jika kad tu kad kuasa palsu?
Benda ni susah nak dijelaskan. Itu dah jadi isu yang lain. Nanti kita boleh bincang pada topik seterusnya.
Benda ni isu kecil bagi mereka yang tak tahu undang-undang, tapi bila orang yang kena tahan tu yang celik undang-undang akan berlaku seperti dalam video yang ditular.
Pada pandangan aku juga, andai kata pemandu bas ni hire peguam dan bawa kes ni ke mahkamah, confirm dia yang akan menang kes. Ni berdasarkan pandangan kasar akulah melalui video yang ditularkan tu. Disebalik tu kita tak tahu. Ni just pandangan aku je. Jadi jangan pula korang jadikan sebagai rujukan. Ni pandangan aku je ok.
Apa kata korang pula?
Jika korang nak tengok aku ulas dalam bentuk video, boleh klik video YouTube di bawah.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.