Macam mana warga Israel Boleh Masuk ke Malaysia?

Hari tu masa aku duk scroll IG, pastu ternampaklah isu pasal warga negara Israel yang kena tangkap ni.

Apa yang menarik perhatian aku, bila ramai komen yang tanya macam mana orang israel boleh lolos masuk ke negara Malaysia. Sedangkan negara Malaysia takde hubungan diplomatik dengan negara Israel dan passport Israel memang kena banned dari masuk ke Malaysia.

Jadi aku tengok ramailah yang mula buat spekulasi dan menyalahkan pelbagai pihak sehingga ada yang kata makan rasuah lah, pengkhianat negara lah, menyalahkan Kerajaan Malaysia lah sebab melepaskan warga israel masuk ke Malaysia.

Sebenarnya ada negara negara tertentu yang membenarkan rakyatnya memohon dua atau lebih kerakyatan. Ni kenyataan dari laman web welcome-israel.com. Kalau korang faham korang boleh baca ni.

Jadi, kes rakyat israel kena tangkap tu yang masuk ke Malaysia, dia masuk melalui passport perancis sebab nak masuk guna passport Israel memang la tak lepas. Macam mana dia mohon passport perancis tu jangan tanya tapi passport Perancis yang dia masuk tu adalah sah di sisi undang-undang walaupun dia dari negara Israel. Sebab tu boleh lepas masuk. Bukan tak sah ye.

Jadi pihak berkuasa mungkin tak boleh nak ambil tindakkan atas sebab passport ke atas warga Israel tersebut. Tapi mungkin dia dicaj sebab isu membawa senjata api dan cuba mengancam keselamatan negara.

Mesti korang kenal Nas Daily. Nas Daily atau nama sebenar dia adalah Nuseir Yassin. Dia adalah seorang muslim yang berketurunan Arab Palastine tapi dilahirkan di negara Israel.

Dalam video dia sebelum ni dia pernah menceritakan macam mana dia masuk ke Malaysia dengan membeli passport dari negara Caribbean dengan harga RM700,000.

Nanti korang boleh search benda ni di YouTube macam mana dia menceritakan pengalaman beliau sebagai warga negara Israel untuk masuk ke Malaysia.

Harap terjawab la persoalan korang yang asyik duk tanya macam mana warga negara Israel boleh lepas masuk.

Kesempatan ni juga aku nak betulkan mindset korang bahawa tak semua orang Israel dan Amerika tu jahat sebab di negara mereka pun ada je orang muslim. Yang jahat adalah pemerintah dan pemimpin mereka.

Jika korang nak tengok dalam video, boleh tengok di bawah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top