KK Mart Perlu Boikot Atau Tidak? Ini Pandangan Aku

Ni aku just nak Kongsilah pendapat aku mengenai isu KK Mart. Ok. Lain orang mungkin lain cara pandangan. Jadi, dalam soal ni, takde sape salah atau takde sape yang betul dalam soal bagi pandangan. Cuma bila ada orang lain yang cuba bagi pandangan sesuatu isu, kita sama-sama fikir samaada pandangan tu boleh diterima pakai untuk kebaikkan bersama ataupun tidak.

Ok.

Baru baru ni kita dikejutkan dengan isu stoking yang tertera kalimah Allah dijual di KK Mart. KK Mart ni tak begitu asing lagi di Malaysia. Semua kenal dengan KK Mart ni.

Cuma isu yang aku nak ketengahkan ni adalah, adakah kita perlu boikot KK Mart ataupun tidak.

Secara peribadi, ok ni pandangan peribadi aku sendirilah yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Kot2 nanti korang tuduh aku KK Mart bayar aku untuk buat video ni. Mana tahu kan. Buat masa sekarang aku tidak setuju lah untuk boikot secara terus KK Mart.

Sebab, kita tidak tahu punca siapa yang bertanggungjawab dalam soal ni sebenarnya. Lagipun benda ni masih lagi dalam siasatan.

Ok, andaikata ada pihak luar cuba nak jatuhkan KK Mart, adakah adil untuk kita boikot KK Mart sehingga pekerja bawahan ni jadi mangsa?

Sekarang, cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi Datuk Seri Dr. KK Chai, iaitu pengasas atau founder kepada KK Mart.

Korang rasalah kan, adakah dia sanggup nak jatuhkan bisnes dia sendiri di tanah melayu ni yang dipenuhi kuasa pembeli dalam kalangan melayu.

Secara instinct, aku yakin datuk seri KK Chai tak sedungu tu untuk jatuhkan bisnesnya sendiri. Aku tahu. Korang marah. Aku pun marah. Umat islam mana yang tak marah bila nama Allah yang kita sembah selama ni dipermainkan. Agama kita disepak terajang.

Tapi, bila kita nak boikot sesuatu, kita jangan boikot secara beremosi. Apa yang aku tengok sekarang ni, ramai yang boikot secara beremosi. Kesan bila boikot secara beremosi, kita nampak tak cerdik sebenarnya. Ok, contoh boikot yang beremosi bila ada yang sanggup baling bahan letupan dalam kedai KK Mart dengan niat kononnya nak bela Islam. Tu bukan cara sebenar. Adakah korang yang nak bakar kedai KK Mart tu ada jawapan jelas siapa yang bersalah dalam soal ni.

Ok.

Tadi tu pandangan aku buat masa sekarang lah yang aku kata tak setuju untuk boikot KK Mart. Tapi, andaikata benda ni adalah arahan sendiri daripada Datuk KK Chai memang dia suruh order stoking yang tertera kalimah Allah dengan niat untuk menghina islam, barulah aku akan boikot.

Aku ulang sekali lagi. Dengan niat untuk menghina islam.

Ataupun, Datuk KK Chai memang dah tahu ada stoking tertera kalimah Allah tapi dia buat tak tahu. Yang ni pun aku akan boikot. Tapi, takkan dia tak tahu kan benda ni akan jadi isu besar dan boleh meruntuhkan bisnesnya sendiri?

Tapi tulah.

Macam mana kita nak tahu niat orang ni?

Buat masa sekarang, aku menunggu keputusan mahkamah. Jika mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah, so aku terpaksa akur siasatan dan keputusan mahkamah dan barulah aku boikot.

Apa pandangan korang?

Komen baik-baik saja. Kita sama-sama Kongsi pandangan untuk keharmonian Bersama.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top