Hati ibu ayah mana yang tak gembira bila dapat sambut kelahiran anak pertama. Perasaan tu susah nak dibayangkan betapa gembiranya bila dapat pegang anak sendiri. Sebelum ni duk pegang anak orang. Bila lagi nak pegang anak sendiri.
Dalam artikel ni aku saja nak share dengan korang story pasal aku membuat persiapan untuk menyambut kelahiran anak pertama.
Rupanya minggu pertama anak aku ni dalam kandungan masa aku dengan isteri aku pergi bercuti di Pulau Perhentian pada 20/9/2019.
Masa tu aku tak tahu pun.
Isteri aku pula siap hiking dekat Windmill, Snorkeling. Nak dijadikan cerita, masa tu la isteri aku ni dah banyak tertelah air masin. Risau juga takut jadi apa-apa dekat janin kalau tertelan banyak air masin ni.
Alhamdulillah.
Mujur tak ada apa-apa yang berlaku.
Kalaulah aku tahu masa tu anak aku dah ada dalam kandungan, aku takkan suruh isteri aku buat aktiviti lasak masa pergi ke Pulau Perhentian tu.
Balik dari Pulau Perhentian tu barulah cek rupa-rupanya dah hamil.
Cek tu pun sebab tak datang period macam biasa.
Lepas 8 minggu kehamilan, barulah isteri aku buka buku pink dekat Klinik. Masa tu aku duk dekat dengan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebab tempat kerja aku tak jauh dari sana. Jadi taklah jauh aku nak hantar masa nak checkup tu.
Isteri aku ni pula punya lah detail buat checkup.
Satu temujanji pun tak ada yang miss…Haha
Layakan je.
Pastu beberapa bulan lepas tu musim Covid pulak dah mari. Yang ni aku agak sakit sikit. Sakit sebab apa? Sakit sebab tak bebas nak bergerak.
Perintah kawalan pergerakkan masa tu sangat ketat.
Polis sana sini ada. Tengah jalan, dalam mall, bawah tangga. Opss…
Langgar sikit SOP RM1000 melayang.
Gila ko nak.
Niat aku masa tu nak la pergi tempat-tempat cantik sikit sebab nak berfoto shot sebelum anak aku dilahirkan.
Tapi disebabkan PKPlah aku tak buat apa.
Hanya buat video dekat YouTube je.
Haha.
Kalau korang tanya aku, macam mana perempuan ni mengidam?
Sebenarnya, ikut atas perempuan tu juga. Serius aku takut sebenar kalau perempuan mengidam yang pelik-pelik ni sebab aku pernah baca satu kisah di mana isteri dia ni mengidam nak naik UFO. Otak fikir weh.
Fikir punya fikir, si suami ni bawa isteri dia ke mall dan naik kereta yang boleh bergerak-gerak tu masa kita masukkan duit syiling. Settel masalah ngidam isteri dia.
Lain tu, ada juga yang mengidam nak makan daging landak, daging rusa dan sebagainya. Murah, mahal jauh tak kisah sangat. Tapi kat mana nak cari natang tu. Haha.
Para isteri-isteri lihatlah ceramah ustaz Azhar Idrus pasal mengidam ni. Janganlah mengidam sampai menyusahkan suami dengan benda pelik-pelik.
Macam isteri aku ni, mengidam juga tapi taklah teruk sampai macam tu. Nak Cool Blog? Beli je.
Hahaha…
Alhamdulillah.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, maka tibalah tinggal hanya beberapa minggu saja lagi due date.
Masa nilah kami bertungkus lumus cari pakaian dan kelengkapan bayi. Ada yang beli di kedai, ada yang beli kat online je.
Ikut pengalaman aku, baik beli online je sebab jauh lebih jimat dan murah. Tapi, korang tak rasalah suasana nak sambut kelahiran tu. Sebab tu ada aku beli online dan ada beli kat kedai.
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi nak due date.
Kebetulan pada masa tu dekat nak Hari Raya Puasa. Jadi isteri aku ni pula nak berpantang dekat kampung dia.
Tunggu apa lagi. Mulalah kemas semuanya untuk bergerak balik ke Kuala Terengganu.
Sepuluh hari lepas hari raya puasa, maka lahirlah anak aku ni.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.