Letih Penat lelah – Arahan Pindah Secara Mengejut

Kali ni saja je aku nak share luahan perasaan aku dengan korang semua. Beberapa minggu ni aku agak sibuk dengan proses arahan pindah tempat aku kerja. Jadi video untuk YouTube dan juga untuk update blog aku tak ada masa sangat untuk kemaskini. Paling sadis, aku tak sempat nak siapkan tempahan web untuk client aku yang dah buat bayaran.

First sekali aku agak tertanya-tanya juga la. Boleh jadi ke arahan pindah mengejut seperti ni?

Setahu aku arahan pindah secara mengejut ni hanya untuk petugas keselamatan negara seperti polis dan juga askar. Untuk pekerja atau penjawat awam yang lain, arahan pindah secara mengejut ni tak ada melainkan anggota tersebut sangat-sangat bermasalah di tempat kerja ataupun mungkin dah bekerja lama sangat di suatu jabatan.

Itu setahu aku lah. Kalau ada salah nanti korang komen di bawah.

arahan pindah
Barang nak kena pindah. Masih ada 9/10 bahagian.

Pada mulanya aku terima surat tu, aku agak sedikit terkejut dan redha saja la bila aku di arahkan untuk berpindah. Jadi, aku pun segera la buat proses pemindahan tu. Surat tersebut bertarikh 27 Julai, aku terima surat pada 29 Julai dan kena lapor diri pada 3 Ogos.

Dalam masa lima hari beb aku diberi masa untuk buat semua tu.

Aku pun tak tahu apa SOP bila minta dipindahkan ni. Aku tak diberi masa pun untuk pindahkan barang. Kalau nak pindah barang ni aku kena ambil cuti sendiri barulah aku dapat buat pemindahan ni.

Ni aku diminta untuk pindah. Bukan aku yang mohon pindah. Sekurang-kurangnya berilah aku masa 2-3 hari untuk pindah. Ni tak, kena mohon cuti sendiri. Aku tak kisah kalau kena pindah ni sebab aku yang minta. Dah la arahan yang aku terima secara mengejut. Kalau aku yang mohon pindah sekurang-kurangnya aku dah bersedia apa yang perlu kena buat dan mental aku pun dah sedia.

arahan pindah
700

Sebenarnya, sebelum aku dapat surat pindah ni aku baru saja bawa balik isteri dan anak aku ke tempat aku kerja setelah berpantang di kampungnya Kuala Terengganu. Maknanya, aku baru saja ada anak kecil yang perlu diurus. Maklumlah aku tak tahu pun yang aku akan kena pindah. Dengan barang isteri dan anak aku yang banyak baru saja siap kemas.

Tiga hari lepas tu, baru aku dapat surat untuk pindah ni. Mana tak koyaknya mental aku masa tu. Terpaksa aku hantar anak isteri aku balik sana.

arahan pindah
Yang ni pun barang nak kena pindah. Ni baru suku bahagian dari kena pindah.

Tak apa. Mental aku koyak sikit masa tu. Tapi aku redha saja la.

Masa hari lapor diri, aku tak fikir panjang. Aku terus lapor diri di tempat baru padahal aku ada buat surat tangguh lapor diri sebelum ni. Tapi aku segera lapor diri sebab dengan harapan agar aku dapat kuaters di sini sebab kawasan yang aku kena pindah ni agak sukar untuk mencari rumah sewa. Bila hari aku lapor diri dan minta kuaters, kuaters pula tak ada.

Aduh.

Aku masa ni rasa macam nak resign terus. Dalam hati aku kata. Aku minta DIPINDAHKAN. Tapi tak boleh sedia untuk aku tempat tinggal seperti kuaters ke apa. Pada masa ni fikiran aku jadi blank nak tinggal mana? Kalau aku bujang tak kisah aku boleh duk mana-mana saja.

Yela.

Aku tau aku ni orang bawahan saja. Tapi aku pun manusia ada letihnya. Dahlah aku minta dipindahkan secara mengejut lepas tu aku terpaksa pula cari sendiri tempat tinggal yang memang sukar nak cari kawasan sini. Sekali lagi aku nak beritahu. Kalau aku ni bujang ceruk mana pun aku tak kisah. Ni aku baru saja ada anak kecil yang sudah berkeluarga tiba-tiba boleh ada arahan seperti ini.

Lagi satu kalau aku yang minta pindah aku tak kisah dengan semua benda tu. Sesukar manapun aku sanggup asalkan aku dapat pindah. Tapi masalah sekarang arahan secara mengejut dan terpaksa aku menyusahkan diri sendiri dengan benda lain.

Untuk pengetahuan korang, aku ni duduk di kuaters di tempat kerja lama aku. Bila ada arahan pindah kerja secara mengejut seperti ini memang sangat susah.

Kenapa susah?

Untuk keluar kuaters bukan mudah. Macam-macam benda perlu settel. Kena urus potong akaun letrik, potong air barulah korang boleh keluar. Tapi nanti dulu, korang kena jumpa dulu orang yang urus kuaters tu. Orang yang urus kuaters di sini orangnya agak berpangkat. Jadi, proses untuk aku buat benda ni jadi rumit. Sampai saat ini masa aku tulis artikel ni urusan keluar kuaters di tempat kerja lama aku belum settel.

arahan pindah
potong akaun letrik

Kesnya aku kena pindah sebab di tempat kerja baru aku ni ada satu post jawatan kosong untuk jawatan seperti aku ni. Apa yang aku faham, nama yang perlu pergi sana adalah anggota lain tapi yang naik adalah nama aku.

Aku cuba juga cari pekeliling boleh ke ada arahan mengejut seperti ini untuk kita sebagai pekerja penjawat awam?

Apa yang aku jumpa, kalau kes macam ni aku boleh buat aduan sebenarnya. Jadi, sekarang ni aku kena buat apa yang patut aku buat untuk membela kes macam aku ni.

Lepas tu, aku hanyut dengan arus masa dan menunggu keajaiban yang akan datang…

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top