013-9346624 (Whatsapp Only)
Pengalaman Menarik Pergi ke Zoo Teruntum Pahang (Zoo Hybrid)

Pengalaman Menarik Pergi ke Zoo Teruntum Pahang (Zoo Hybrid)

Satu pengalaman yang cukup teruja bagi aku bila pertama kali datang ke Zoo Teruntum yang terletak di Kuantan, Pahang ni. Zoo ni juga dipanggil sebagai Zoo Hybrid kerana ia menggabungkan haiwan pra-sejarah iaitu Dinosaur dengan haiwan-haiwan tempatan yang ada.

Haaa…

Jangan korang fikir dinasour tu dinasour yang betul. Dinasour ni menggunakan teknologi animatronik di mana jika korang tengok dari jauh atau dekat ia seakan-akan dinasour yang hidup dengan pergerakkannya yang smooth dan juga siap mengeluarkan bunyi.

zoo teruntum

Pengalaman Menarik Pergi ke Zoo Teruntum Pahang (Zoo Hybrid)

Dulu Zoo Teruntum ni tak popular mana pun sebab hanya ada haiwan biasa-biasa je yang kita mudah lihat di luar. Tapi kalau tak silap aku pada pada penghujung tahun 2021, barulah Zoo Teruntum ni memperkenalkan sebagai Zoo Hybrid dengan meletakkan haiwan Pra-Sejarah animatronik ni untuk tarikkan pengunjung datang ke sini.

Masa aku nak sampai ke sini, dari jauh lagi aku ternampak ada satu kepala Dinasour yang paling besar di celah-celah pokok. Memang teruja gila sebab dinasour ni seakan-akan hidup dan rasa tak sabar nak masuk ke Zoo ni dan bergambar dengan dinasour.

Nama dinasour tu pun aku tak pasti, tapi korang boleh lihat gambar di bawah.

zoo teruntum

Ni masa aku dah masuk ke dalam Zoo.

Amacam?

Besar dan tinggi kan dinasour ni?

Ni la Dinasour yang paling besar pada zaman dulu.

Kalau tak salah aku, info yang aku dapat, semua dinasour yang dipamerkan di sini dibuat mengikut saiz sebenar dinasour yang ada pada zaman tu. Jadi inilah peluang keemasan yang korang ada untuk lihat saiz sebenar haiwan zaman prasejarah ni.

Awal-awal masuk ke Zoo ni, korang akan jumpa dengan Dinasour T-Rex terlebih dahulu. Nak untung, korang boleh tengok show yang mereka buat tentang Dinasour T-Rex. Memang best tengok diorang punya show sebab bermacam-macam info kita boleh tahu.

Ok salah satu info yang menarik aku nak share dengan korang di sini adalah pasal T-Rex. T-rex ni rupanya bukan dari jenis keluarga cicak tapi ayam. Ni bukan aku memandai-mandai ya tapi yang beritahu adalah staff yang buat show tu. Dia suruh bandingkan kaki T-Rex dengan kaki ayam di mana ianya lebih kurang sama.

Bila aku fikirkan balik, betul juga bahawa kaki T-Rex ni seakan-akan nak sama dengan ayam. Sebab tu ayam ni orang panggil jaguh kampung. Kalau lawan dengan helang yang sama saiz, helang boleh kalah bila lawan ayam.

Antara haiwan hidup yang ada di Zoo Teruntum adalah

  1. Merak India
  2. Musang Pulut
  3. Burung Botak Padi
  4. Memerang Kecil
  5. Kura-Kura Pipi Merah
  6. Baning
  7. Tuntung Sungai
  8. Kura-Kura Katub
  9. Kura-Kura Kolam
  10. Binturung
  11. Banteng
  12. Kuda Belang
  13. Landak Raya
  14. Burung Unta
  15. Rusa Timur
  16. Kuda Padi
  17. Iguana Hijau
  18. Siangmang
  19. Ayam (Ada banyak jenis ayam)
  20. Buaya Tembaga
  21. Ungka Tangan Putih

Dan ada beberapa lagi haiwan yang hidup korang boleh tengok di sini.

Nampak tak menarik sangat kan?

Memang tak menarik pun kalau nak tengok haiwan tu.

Yang jadi tarikan utama di sini adalah Dinasour tadi lah.

Jadi di sini korang jangan expect lebih-lebih boleh tengok haiwan macam di Zoo Negara.

Selain tu juga, di sini korang boleh bergambar sebab ada beberapa tempat kawasan yang comel. Contohnya macam gambar di bawah di mana aku bergambar ala-ala hobit macam tu.

zoo teruntum

Bawah ni pula korang boleh bergambar macam duduk dalam sarang burung tempua yang besar.

zoo teruntum

Kemudian, di sini bukan ada Dinosaur saja tetapi ada juga Harimau dan juga Singa animatroni yang bersaiz sebenar.

zoo teruntum
zoo teruntum

Bila depan mata aku, Singa dan Harimau ni memang besar gila.

Lebih besar dari seekor lembu.

Gambar bawah ni pula Dinosaur yang aku beritahu awal-awal tadi. NI lebih jelas sikit.

Dari jauh korang akan rasa teruja bila tengok kepala Dinosour ni dari jauh, celah-celah pokok.

Rasa macam real pun ada.

Sebab tu aku rasa tak sabar nak masuk dalam ni masa awal-awal sampai kat Zoo ni.

zoo teruntum

Kemudian, aku bergambar jap dengan T-Rex ni sebab Dinosaur ni paling popular antara banyak-banyak Dinosaur yang ada.

zoo teruntum

Dan aku boleh katakan mana budak-budak yang baru nak kenal dunia haiwan ni, mereka akan takut dan menangis sebab benda ni memang nampak real dengan muka bengisnya dan saiznya yang besar. Confirm anak korang akan menangis punya sebab ketakutan bila lihat semua Dinosaur yang ada kat sini.

Jom layan beberapa lagi gambar semasa aku berada di Zoo Teruntum ni.

Harga Tiket Zoo Teruntum

Ok mesti korang nak tahu kan berapa harga tiket untuk masuk ke Zoo Teruntum ni.

Gambar harga tiket ni aku ambil masa bulan Julai tahun 2022.

zoo teruntum

Harga aku tulis balik di bawah ni untuk senang update dikemudian hari. Gambar di atas ni aku takkan buang sebab nak bandingkan jika ada perubahan harga suatu hari nanti.

Harga Tiket adalah seperti berikut

Warganegara
RM 25.00 (Dewasa)
RM 22.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)

Buka Warganegara
RM 50.00 (Dewasa)
RM 44.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)

Waktu Operasi Zoo Teruntum

Waktu operasi Zoo teruntum adalah bermula dari jam 9.00 am – 7.00 pm setiap hari dan last pengambilan atau last korang boleh masuk dalam ni adalah sampai pukul 6 sahaja iaitu sejam awal sebelum Zoo ini ditutup.

Ni paling penting.

Kalau korang nak tengok pertunjukkan Dinasour T-rex di Zoo Teruntum ni, korang boleh dapat pukul 11 pagi dan juga pukul 4 petang kerana staff mereka akan mengadakan pertunjukkan pada masa tersebut.

zoo teruntum

Lokasi Zoo Teruntum

Ni adalah alamat ke Zoo Hybrid ni

Zoo Teruntum
Jalan Padang Golf,
25050 Kuantan,
Pahang

Kalau korang tengok Zoo ni, ia berdekatan dengan Pantai Teluk Sisek

Waze atau guna Google Maps je pasti jumpa tempat ni.

Soalan Lazim

Pada pukul berapa pertunjukkan show di Zoo Teruntum?

Seperti yang dimaklumkan dalam website rasmi Zoo ni, show akan diadakan 2 kali sehari sahaja iaitu pada pukul 11 am dan pukul 4 pm sahaja. Jadi jika korang nak tengok show yang mereka buat kat sini, datanglah pada jam tersebut.

Berapa harga tiket Zoo Teruntum?

Warganegara
RM 25.00 (Dewasa)
RM 22.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)

Buka Warganegara
RM 50.00 (Dewasa)
RM 44.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)

*mungkin harga sudah berubah mengikut peredaran waktu. Boleh hubungi saya untuk edit semula harga ini.

Senang ke parking di Zoo Teruntum?

Ya. Senang sebab ada tempat parking berbayar yang luas. Cuma nak berjalan ke muka depan pintu utama agak jauh lebih kurang 200-300 meter.

Biodata Adibah Noor

Biodata Adibah Noor

Biodata Adibah Noor | Siapa yang tidak kenal dengan Adibah Noor atau nama penuhnya adalah Adibah Noor Binti Mohamed Omar? Bagi saya Adibah Noor atau saya ringkaskan di sini Kak Dib adalah antara artis yang serba boleh dan berbakat yang mungkin sukar dicari ganti. Sesiapa yang lahir pada tahun 80 atau 90 an, Kak Dib banyak meninggalkan nostalgia dengan iklan raya Petronas beliau dan juga iklan Crocodile Hunter.

Sebelum tu mari kita lihat dahulu biodata ringkas Kak Dib.

Kerjaya Dan kehidupan

Kak Dib telah dilahirkan pada tanggal 3 September 1970 di Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk pengetahuan semua, sebelum beliau bergelar artis, beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling jaya setelah mendapat kelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kemudian, beliau memasuki pertandingan nyanyian pertama beliau pada tahun 1994 dalam pertunjukkan bakat yang dikenali sebagai Suara 90-an Nescafe dan beliau telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Kematian

Pada 18 Jun 2022, kita telah dikejutkan dengan berita kematian beliau secara tiba-tiba kerana sebelum ini apa yang kita semua ketahui beliau tidak mempunyai penyakit.

zoo teruntum

Beliau telah dilaporkan meninggal oleh Datin Emylia Rosnaida menerusi laman Facebook oada 7.45 petang, 18 Jun 2022 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kematian beliau adalah berpunca daripada kanser ovari tahap 4.

Cara Buat Bisnes Burger Bakar

Cara Buat Bisnes Burger Bakar

Cara Buat Bisnes Burger Bakar | Sebelum ini saya pernah tulis satu artikel mengenai cara buka bisnes burger, dan artikel tersebut telah banyak membantu kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini untuk kali pertama. Jadi, dalam artikel ini pula saya akan cuba bincangkan cara untuk buat bisnes burger bakar pula.

Cara Buat Bisnes Burger Bakar

bisnes burger bakar

Burger bakar telah menjadi salah satu makanan jalanan yang sangat popular di Malaysia. Dengan permintaan yang tinggi, ia menjadi pilihan yang menarik untuk memulakan perniagaan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memulakan bisnes burger bakar:

Langkah-Langkah Buat Bisnes Burger Bakar

Langkah 1: Lakukan Kajian Pasaran

Sebelum memulakan bisnes, pastikan anda memahami pasaran tempatan. Kenal pasti:

  • Siapa sasaran pelanggan anda? (pelajar, pekerja, keluarga)
  • Lokasi strategik untuk berniaga (tapak pasar malam, kawasan sekolah, atau taman perumahan).
  • Saingan di kawasan tersebut.

Langkah 2: Rancang Menu Anda

Burger bakar boleh disesuaikan dengan pelbagai rasa dan bahan. Beberapa idea menu termasuk:

  • Burger klasik dengan keju dan sayuran.
  • Burger bakar premium dengan patty homemade.
  • Burger unik seperti burger ayam pedas, kambing, atau vegetarian.
  • Tambahkan variasi sos dan topping istimewa.

Langkah 3: Persediaan Modal

Anggarkan bajet yang diperlukan untuk:

  • Peralatan memasak (grill, dapur gas, spatula, dll).
  • Bahan mentah (roti, daging, keju, sayuran, sos).
  • Kiosk atau gerai mudah alih.
  • Lesen perniagaan dan kos pemasaran.

Contoh anggaran:

  • Peralatan asas: RM2,000 – RM5,000
  • Bahan mentah: RM500 – RM1,000 (bergantung pada kuantiti)
  • Lesen dan pendaftaran: RM100 – RM300
zoo teruntum

Langkah 4: Dapatkan Lesen Perniagaan

Untuk berniaga secara sah, anda perlu:

  • Mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Memohon lesen perniagaan kecil dari pihak berkuasa tempatan.
  • Pastikan anda mematuhi piawaian keselamatan makanan.

Langkah 5: Cari Lokasi Strategik

Pilih lokasi yang mempunyai trafik pejalan kaki yang tinggi, seperti:

  • Tapak pasar malam.
  • Kawasan pejabat atau universiti.
  • Tempat pelancongan.

Langkah 6: Promosi dan Pemasaran

Gunakan platform media sosial untuk memperkenalkan perniagaan anda. Beberapa strategi yang boleh digunakan:

  • Hasilkan kandungan menarik seperti video cara memasak burger.
  • Tawarkan promosi seperti “beli 2 percuma 1” untuk hari pertama.
  • Gunakan platform seperti Instagram dan Facebook untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Langkah 7: Kekalkan Kualiti dan Layanan Pelanggan

Kualiti makanan dan layanan pelanggan adalah kunci untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Pastikan:

  • Burger anda sentiasa segar dan enak. Gunakan bahan berkualiti tinggi dan pastikan penyediaannya dilakukan dengan kebersihan yang ketat.
  • Anda melayan pelanggan dengan mesra dan cepat. Senyuman dan sapaan mesra mampu mencipta pengalaman positif kepada pelanggan.
  • Sentiasa dengar maklum balas pelanggan untuk memperbaiki kualiti makanan atau perkhidmatan anda.
  • Pastikan setiap pesanan disediakan dengan konsisten untuk mengekalkan standard tinggi.
  • Tawarkan penyelesaian segera jika berlaku kesilapan, seperti menggantikan pesanan atau memberikan diskaun.
  • Berikan nilai tambah, seperti pembungkusan yang menarik dan kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk meningkatkan keselesaan pelanggan.

Langkah 8: Kembangkan Perniagaan Anda

Setelah perniagaan stabil, pertimbangkan untuk:

  • Membuka lebih banyak cawangan.
  • Menyediakan perkhidmatan penghantaran.
  • Memperkenalkan menu baru.

Idea Menu Burger Bakar

Berikut adalah beberapa cadangan menu kreatif untuk membezakan perniagaan anda:

  • Burger Daging Lada Hitam: Patty daging dengan sos lada hitam buatan sendiri.
  • Burger Ayam Rangup: Patty ayam goreng rangup dengan sos pedas manis.
  • Burger Vegetarian: Patty berasaskan kacang atau sayuran, sesuai untuk pelanggan vegetarian.
  • Burger Kambing Keju: Patty kambing yang dipadankan dengan keju cair.
  • Burger Sambal Belacan: Pilihan tempatan dengan sambal belacan sebagai topping.
  • Burger BBQ Smoky: Patty daging yang disapu dengan sos BBQ smoky khas.
  • Burger Telur Meleleh: Patty daging atau ayam dengan telur separuh masak yang meleleh.
  • Burger Keju Jalapeño: Burger dengan tambahan jalapeño untuk rasa pedas yang unik.
  • Burger Cendawan Krim: Patty daging disertakan dengan sos krim cendawan.
  • Burger Nachos: Patty dengan topping nachos rangup dan sos keju cheddar.
  • Burger Asia Fusion: Gabungan rasa tempatan seperti sos kari atau teriyaki.

Kesimpulan

Dengan perancangan yang teliti dan usaha yang konsisten, anda boleh menjadikan bisnes burger bakar sebagai sumber pendapatan yang menguntungkan. Selamat mencuba!

Soalan Lazim

Berapa modal permulaan untuk bisnes burger bakar?

Modal permulaan bergantung kepada skala perniagaan anda. Anggaran kos termasuk peralatan asas (RM2,000 – RM5,000), bahan mentah (RM500 – RM1,000), dan lesen perniagaan (RM100 – RM300).

Adakah lesen diperlukan untuk menjual burger bakar?

Ya, anda perlu mendaftar perniagaan dengan SSM dan mendapatkan lesen perniagaan kecil dari pihak berkuasa tempatan. Pastikan juga anda mematuhi piawaian keselamatan makanan.

Lokasi manakah yang sesuai untuk berniaga burger bakar?

Lokasi yang mempunyai trafik pejalan kaki tinggi, seperti pasar malam, kawasan pejabat, universiti, atau kawasan perumahan, adalah pilihan terbaik.

Bagaimana cara menarik pelanggan ke gerai saya?

Gunakan promosi menarik, hasilkan kandungan media sosial yang kreatif, dan pastikan layanan pelanggan anda mesra serta cepat.

Bagaimana mengekalkan pelanggan setia?

Pastikan kualiti makanan konsisten, sentiasa dengar maklum balas pelanggan, dan tawarkan pengalaman membeli yang mudah dan menyenangkan.

zoo teruntum
Repair Phone Putrajaya – Murah Dari Kedai Lain

Repair Phone Putrajaya – Murah Dari Kedai Lain

Di mana nak cari kedai repair phone Putrajaya jika korang berada di Putrajaya? Smartphone sekarang ni dah jadi salah satu benda yang wajib ada bersama kita setiap masa sebab jika ketiadaan smartphone, kita boleh dikatakan akan ketinggalan daripada orang lain.

Hebat kan penangan smartphone pada zaman sekarang sampai macam tu sekali orang anggap jika tiada smartphone.

Yela. Nak tahu apa saja info ataupun nak beli barang, semua main petik hujung jari kita je.

Namun, setiap benda kita miliki tak semuanya kekal. Begitu juga dengan phone yang ada tidak semuanya kekal lama.

Bila sampai masa, kita perlu repair phone kita supaya kondisi phone kita sentiasa dalam keadaan yang baik.

Bagi orang kaya, jika phone rosak terus beli baru. Tapi, yang berpendapatan sederhana macam kita ni atau dalam kategori miskin bandar, mana ada duit nak beli baru kalau phone rosak. Paling cikai pun repair dulu sampai 3-4 kali sebelum buat keputusan beli baru.

Itu pun fikir banyak kali juga kan sebelum beli.

Repair Phone Putrajaya – Murah, Terbaik dan Padu

repair phone putrajaya
Repair Phone Putrajaya – Murah Dari Kedai Lain

Bila sebut pasal baiki phone ni, teringat saya akan kedai BLATZ Store. Tapi sayang, kedai ni hanya berada di Putrajaya saja.

Jadi, beruntunglah orang Putrajaya atau yang berada kawasan berdekatan.

Dengar cerita, BLATZ Store ni adalah sebuah kedai repair phone Putrajaya yang jadi buah mulut orang ramai sebab servis repair phone di sini antara kedai yang tiptop.

Saya pun cuba la Google betul ke kedai ni bagus untuk repair phone di Putrajaya?

So, memang betul lah. Rating penuh 5 bintang mereka dapat rating di Google daripada customer yang dah dapat servis mereka sebelum ni.

zoo teruntum

Ni antara komen-komen mereka yang pernah dapatkan servis di BLATZ Store.

zoo teruntum
zoo teruntum
zoo teruntum
zoo teruntum

Sebenarnya nak cari kedai repair phone di Putrajaya ni bukanlah senang sebab tak banyak kedai repair phone yang ada di kawasan Putrajaya. Maklumlah, Putrajaya ni kecil je kawasannya.

Kelebihan Repair Phone di BLATZ Store

Sebelum kita nak pergi ke sesuatu kedai, mesti kita nak tahu kan macam mana kelebihan dan keistimewaan yang mereka ada.

Antara kelebihan repair phone di BLATZ Store ni adalah;

  1. Baiki phone depan customer
  2. Boleh siap dalam masa yang singkat
  3. Alat ganti original
  4. Harga yang paling murah jika buat perbandingan
  5. Staff yang mesra pelanggan dan mudah dibawa bincang
  6. Suasana kedai yang kondusif membuatkan pelanggan rasa tenang

Selain daripada tu juga, kawasan sekitar sini tidak sibuk sangat dengan kenderaan.

Jadi korang takperlu risau jalan jem ke apa kalau datang sini.

Confirm perjalanan korang lancar dan selamat.

Jenis Kerosakkan Yang Boleh Dibaiki

Tidak seperti di kedai lain, BLATZ Store menawarkan hampir semua jenis kerosakkan yang boleh dibaiki dengan harga yang berpatutan.

Antara jenis kerosakkan yang boleh dibaiki di BLATZ Store adalah seperti berikut;

  1. No services/No Network/Searching
  2. Bootloop/Passcode Loop/Stuck Apple Logo
  3. Unable To Activate
  4. Touch Failure
  5. Audio & Sound Failure
  6. Display Issue (Total Blank/Partial Blank)
  7. Camera Issue
  8. Wifi/GPS Failure
  9. Charging Failure
  10. Water Damaged/Shorting
  11. Phone T Boleh On
  12. Fingerprint Failure
  13. Upgrade Storage
  14. iTunes Restore Error (Error -1, 4013, 4014, 9, 40 dll)
  15. Face ID
  16. Unlock Apple ID untuk iPad
  17. Masalah logic board
  18. Tukar screen
  19. Keypad failure
  20. Buat Data Recovery

Sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis kerosakkan yang boleh dibaiki oleh mereka.

Jika korang nak tahu boleh la cuba pergi ke kedai mereka.

Antara servis yang paling saya suka adalah buat data recovery sebab bukan semua kedai phone yang boleh buat data recovery. Hanya mereka yang berkemahiran sahaja yang boleh buat data recovery untuk phone ni.

Jadi, jika phone korang tiba-tiba rosak dan semua data dalam telefon hilang, boleh la cuba buat dengan mereka.

Proses Kerja BLATZ Store

Bab proses kerja mereka memang saya bagi rating A+.

Sebab apa?

Korang boleh lihat mereka baiki phone korang secara berdepan. Jadi korang tak perlu risau jika mereka buat kerja cincai, tukar barang yang tak patut dan sebagainya.

Jika mereka buat kerja cincai, boleh direct tegur masa tu juga. Tapi saya boleh jamin la kalau dah ada customer depan-depan mesti la mereka akan buat kerja dengan teliti dan cermat.

Tak gitu?

Mereka akan baiki phone korang sampai berfungsi sepenuhnya seperti sediakala.

Kalau korang nak tinggal phone pun boleh juga jika ada kerja nak dibuat.

Bila dah siap baiki, mereka akan call korang untuk ambil phone yang sudah siap dibaiki.

Satu lagi.

Apa yang bestnya pasal mereka ni, jika ada sesuatu barang rosak mereka akan double confirm dengan kita dulu siap dengan harga berapa perlu ditukar. Jika kita setuju dengan harga yang diberikan, barulah mereka akan teruskan pembaikian.

Tidak seperti sesetengah kedai repair phone yang lain.

Ada yang jenis tukar je tanpa persetujuan daripada owner.

Bila owner datang nak pickup, terpaksalah mereka bayar walaupun tidak setuju.

Lokasi & Waktu Bisnes

Waktu bisnes BLATZ Store bermula pada jam 11 am sehingga jam 7.30 pm. Hari beroperasi pula pada hari Isnin hingga hari Sabtu.

Jadi, tak ada masalah la kepada mereka yang bekerja pun still boleh dapatkan khidmat dan servis mereka sebab masa bisnes tu sangat flexible kepada mereka yang bekerja shift atau office hour.

Di bawah ni saya sediakan peta dengan lebih detail lagi supaya korang sampai tepat ke destinasinya.

zoo teruntum

No.8AJalan P9B/1 Presint 9
62250 Putrajaya, Malaysia.

(atas kedai gunting rambut bersama).
(boleh juga Waze Blatz Store)

Waktu Operasi
Hari: Isnin-Sabtu
Waktu: 11am-7.30pm

Korang boleh juga pergi ke Facebook rasmi mereka BlatzStore untuk lihat info terkini dan juga promosi jika ada.

Soalan Lazim

Apakah jenis kerosakkan phone yang boleh dibaiki di BLATZ Store?

Untuk pengetahuan anda, di BLATZ Store boleh baiki semua jenis kerosakkan untuk semua jenis phone termasuk dengan iPhone. Barang original bossku.

Di manakah lokasi repair phone di Putrajaya?

Untuk repair phone di Putrajaya, anda boleh cuba pergi ke BLATZ Store yang terletak di alamat:

No.8AJalan P9B/1 Presint 9
62250 Putrajaya, Malaysia.

Boleh ke BLATZ baiki phone depan customer?

Ya. Pihak BLATZ akan baiki phone depan-depan customer. Jadi, customer boleh tahu apakah jenis kerosakkan yang dialami dan tidak ada unsur-unsur menipu di sini.

Boleh ke nak baiki iPhone di BLATZ Store?

Ya. Di BLATZ Store juga ada sediakan servis untuk baiki iPhone.

Pengalaman Belajar Di Matrikulasi. Apa Benda Korang Perlu Sediakan?

Pengalaman Belajar Di Matrikulasi. Apa Benda Korang Perlu Sediakan?

Pengalaman belajar di Matrikulasi | Belajar di Matrikulasi adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat saya sebab suasana di Matrikulasi ni satu suasana yang penuh dengan “cinematic” dan “dramatic”. Kenapa saya kata macam tu?

Jom saya jelaskan.

Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah terlebih dahulu kepada adik-adik yang dah dapat tawaran di Matrik. Nak dapat matrik ni bukan senang sebab kita perlu dapat result yang cemerlang dalam SPM.

Tapi sekarang ni Matrik dah ada program dua tahun di mana program dua tahun ni terbuka kepada mereka yang dapat result SPM yang sederhana cemerlang. Contohnya ada yang dapat 7A tapi hanya satu subjek saja dapat “D” katakan. Jadi orang macam ni pihak matrik akan tawarkan dalam program dua tahun.

Matrik mana-mana pun sama je.

Baca juga » Kenangan Belajar di Kolej Matrikulasi Kedah

Pengalaman Belajar Di Matrikulasi

Saya dah pernah merasai pengalaman sekolah, duduk asrama, belajar di Universiti, belajar di Kolej tapi semuanya tak boleh nak lawan suasana di Matrikulasi.

pengalaman belajar di matrikulasi

Masa belajar di Matrik adalah masa yang paling singkat iaitu selama satu tahun atau dua tahun saja.

Jadi, dalam tempoh tersebut, korang akan bina macam-macam memori dan juga kenangan samaada pahit atau manis bersama dengan kawan-kawan. Itu yang jadi mahalnya memori kat matrik ni.

pengalaman belajar di matrikulasi

Ada orang kata di Matrik ni 24 jam study. Itu semua sebenarnya mitos saja. Apa yang saya perhatikan life di matrik ni 80% untuk enjoy dan 20% saja untuk study. Itu yang best. Hahaha…

Bayangkan.

Korang masuk kelas pukul 8 pagi dan habis sampai pukul 5 petang. Cuma antara tu ada la masa rehat atau kelas kosong. Bukan stright korang akan belajar dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang macam kat sekolah dulu.

Antara masa gap tu, ada yang pergi library sambil tunggu kelas yang seterusnya, ada yang balik bilik tidur, ada yang pergi kafe makan dan sebagainya.

Lepas habis kelas pula, korang boleh turun padang dan bermain sukan dengan kawan-kawan. Setiap petang mesti penuh orang bersukan samaada kayuh basikal, main bola padang, jogging, main futsal dan sebagainya. Korang jangan risau. Bersukan di Matrik ni pelajar-pelajar aktif lain macam. Serius tak sama dengan susana di mana-mana tempat belajar sekalipun. Hanya di Matrik saja korang boleh lihat susana macam ni.

pengalaman belajar di matrikulasi

Kehadiran kelas atau kuliah pula tak ada la ketat sangat syarat-syarat dia. Kadang-kadang kalau kuliah tu boleh je suruh kawan tandakan kehadiran. Tapi kalau kelas atau masa tutorial tak boleh la buat macam tu takut kantoi pula.

zoo teruntum

Tapi awas. Kalau korang jenis kaki ponteng pastikan otak tu bijak dan mudah masuk dalam kepala bila belajar. Kalau tak failed la korang dalam exam.

Jadi, tekanan di Matrik bagi pandangan saya sendiri adalah persaingan dari segi kepandaian sebab jika korang ni jenis biasa-biasa, korang akan rasa tertekan sebab dikelilingi oleh orang yang bijak pandai.

Serius.

Inilah yang saya alami bila kita ni dalam kategori biasa tapi terpaksa bersaing dengan golongan yang bijak pandai.

Persediaan Ke Matrikulasi

Di sini saya nak kongsikan sikit pada korang beberapa perkara yang perlu korang buat persediaan sebelum menjejaki kaki ke Kolej Matrikulasi ni.

#1. Peralatan

Jika korang dah pernah masuk asrama sebelum ni, itulah barang atau peralatan yang perlu korang sediakan seperti berus gigi, sabun, baldi, berus baju dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan diri.

Bantal dan tilam tak perlu bawa sebab memang dah disediakan.

zoo teruntum

Cuma korang perlu bawa sarung bantal dan juga cadar.

#2. Dokumen

Untuk pertama kali daftar masuk ke Kolej Matrikulasi, pastikan korang telah mengisi borang dengan lengkap supaya pendaftaran korang berjalan dengan lancar pada hari pendaftaran tersebut.

Kalau dokumen korang tak lengkap, nanti boleh ganggu fikiran korang terutama yang datang dari jauh. Nak settel dokumen bukan senang time kita dah masuk matrik ni. Silap-silap haribulan korang kena apply cuti sebab nak settelkan dokumen ni.

Jadi tak syok la kan. First masuk pun dah ada masalah yang tak sepatutnya timbul.

#3. Mental

Seperti yang saya katakan tadi, study di matrik tidak stress seperti yang disangka. Modus silibusnya agak mudah la walaupun korang ni dalam kategori sederhana pandai. Cuma yang jadi stress adalah bila terpaksa bersaing dengan ramai orang bijak pandai.

Selain tu bagi korang yang tak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ni, mungkin korang akan menghidapi penyakit homesick.

Jadi, semua benda tu memerlukan persediaan mental yang kuat.

Tapi tak ada la lagi setakat ni orang yang berhenti matrik kerana homesick.

Penyakit homesick ni boleh berubat bila korang dah jumpa dengan kawan-kawan sekepala.

Bila dah ada kawan, mungkin korang boleh lupakan sekejap rumah di kampung tu.

zoo teruntum

#4. Kewangan

Dari segi kewangan pula, sebenarnya pihak matrik memang akan sediakan elaun sebanyak RM250 setiap bulan. Untuk makan sebulan tu saya rasa terlebih cukup kot untuk korang. Jadi bab makan tu jangan la risau.

Cuma, bab nak beli buku rujukan atau barang-barang keperluan lain tu yang jadi masalah sikit. Kalau ada niat nak beli buku rujukan, terpaksalah kena mohon elaun FAMA (Father Mother).

Kalau korang nak harapkan elaun tu dengan beli buku rujukan, alamatnya makan pasir la korang nanti.

Selain tu juga, mungkin ada beberapa nota yang perlu korang beli.

Style belajar di Matrik memang macam tu.

Lecturer akan print nota pembelajaran sebelum masuk kuliah dan korang kena bayar untuk dapatkan nota tersebut.

Perkara Yang Aku Suka dan Tidak Suka Belajar Di Matrik

Setiap tempat yang kita pergi mesti ada suka dan tidak suka bukan? Barulah seimbang orang kata. Kalau semua tempat kita pergi tu ok je atau tak ok je semuanya, jadi tak best pula dan pengalaman pun akan jadi kurang.

Baiklah.

Jadi apa perkara yang saya suka dan tidak suka di Matrik ni?

Perkara Suka

Apa yang saya suka di matrik ni adalah sistem pembelajaran. Sistem pembelajaran di Matrik ni orang yang pandai biasa-biasa boleh jadi pandai luar biasa. Lagipun sistem pembelajaran tidaklah rasa stress dan kita boleh ikut satu persatu. Syaratnya rajin dan jangan malas.

Selain tu juga, saya suka dengan suasana di Matrik. Memang suasana yang kondusif untuk belajar dan rasa macam orang educated bila berada di sana.

Setiap petang, penuh orang turun untuk bersukan. Jadi, suasana di Matrik tu nampak hidup dan memang rasa enjoy je sepanjang berada di sana.

Macam saya belajar di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK). Di sana boleh dikatakan bermacam-macam jenis sukan ada termasuk dengan gym.

Bab kafe dan gerai, korang jangan risau.

Nak dapatkan makanan di matrik ni mudah sebab banyak gerai yang ada di sini. Asalkan korang ada duit nak beli, tak ada masalah.

Perkara Tidak Suka

Perkara tidak suka ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Satu masalah bila berada di tempat macam ni, perasaan ingin bercinta tu sangat kuat. Tapi pada masa yang sama, jiwa rasa kosong jika tak nampak si dia seharian.

Faham kan maksud saya?

Lebih kurang jadi gila bayang la.

Hahaha…

Jadi, setiap masa korang akan gelisah jika tak berjumpa. Rasa tak sedap jika tak berjumpa.

Serius tak best ada perasaan macam tu. Boleh buatkan korang tak senang nak duduk dan sentiasa dalam dunia khayalan.

Biasalah.

Masa tu jiwa remaja tengah membuak-buak.

Hahha…

Betul.

Bila korang berada di matrik, korang boleh tengok la dengan mata kepala sendiri betapa ramainya orang yang couple di Matrik ni. Bila kita tengok situasi macam ni, takkan orang lain boleh dan kita tak boleh kan?

Satu lagi perkara yang saya tidak suka adalah terpaksa bersaing pointer dengan budak-budak pandai.

Bila kita bersaing pointer dengan budak pandai, kita akan berasa sangat stress jika kita tidak capai apa yang kita nak. Perkara ni satu perkara yang sangat saya benci dengan suasana di Matrik.

Kemudahan Yang Ada di Matrik

Kepada korang yang nak tahu sangat di Matrik ni ada apa, di sini saya senaraikan beberapa kemudahan yang disediakan samaada dari segi fasiliti umum dan juga fasiliti pembelajaran.

  1. Perpustakaan
  2. Gerai makanan (ada banyak gerai)
  3. Pondok tempat belajar dan beristirehat
  4. Dewan kuliah besar ada 2 dan dewan kuliah kecil ada 4
  5. Bilik tutorial ada beratus-ratus bilik
  6. Ada makmal yang cukup lengkap (Makmal Kimia, Fizik dan Biologi)
  7. Mesin basuh layan diri
  8. Kafeteria
  9. Mesin ATM
  10. Pejabat Pos
  11. Koperasi
  12. KOOP (tempat photostat, beli alat tulis, beli nota dan sebagainya)
  13. Gymnasium
  14. Makmal komputer
  15. Pelbagai jenis sukan ada
  16. Basikal
  17. Perkhidmatan bas (untuk rawatan dan balik kampung)
  18. Kaunter tiket bas

Ada lagi?

Kepada yang tahu apa lagi kemudahan yang ada kat matrik ni, tolong komen di bawah ni.

Penutup

Jadi, itulah serba sedikit pengalaman saya yang boleh kongsikan pada korang ketika belajar di Kolej Matrikulasi.

Jika korang dapat tawaran ni, jangan lepaskan peluang walaupun ada orang kata sijil matrik ni tidak laku.

Ya betul sijil matrik tidak laku untuk mohon kerja tapi ia hanya laku untuk sambung belajar dalam Ijazah secara shortcut.

Cara Buka Bisnes Burger

Cara Buka Bisnes Burger

Cara Buka Bisnes Burger | Perniagaan burger adalah salah satu bidang yang sangat popular di Malaysia. Dengan permintaan yang berterusan terhadap makanan segera yang lazat dan mudah diakses, bisnes burger mempunyai potensi besar untuk menjana keuntungan. Dalam artikel kali ni kita akan membincangkan panduan langkah demi langkah untuk membuka bisnes burger yang berjaya.

Cara Buka Bisnes Burger

zoo teruntum
Panduan cara buka bisnes burger

Langkah 1: Rancang Perniagaan Anda

a. Tentukan Konsep

  • Apakah jenis burger yang ingin anda tawarkan? Adakah ia burger tradisional, gourmet, atau burger khas seperti vegan?
  • Sasaran pelanggan: Adakah anda menyasarkan pelanggan tempatan, pelancong, atau golongan tertentu?

b. Buat Kajian Pasaran

  • Analisis pesaing di kawasan anda. Apa keunikan yang mereka tawarkan?
  • Kenalpasti lokasi strategik seperti kawasan perumahan, pasar malam, atau tempat yang sering dikunjungi.

c. Bajet dan Perancangan Kewangan

  • Hitung kos awal seperti peralatan, bahan mentah, dan lesen.
  • Sediakan bajet operasi seperti sewa tapak, bil utiliti, dan gaji pekerja (jika ada).

Langkah 2: Persediaan Lesen dan Permit

a. Daftar Perniagaan

  • Daftar syarikat anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Pilih nama yang mudah diingat dan relevan dengan bisnes anda.

b. Dapatkan Lesen Perniagaan

  • Mohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
  • Pastikan anda mematuhi syarat kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan.

c. Permit Tambahan

  • Jika berniaga di tapak awam, mohon permit untuk menggunakan lokasi tersebut.
  • Dapatkan sijil kursus pengendalian makanan dan suntikan tifoid bagi memenuhi keperluan undang-undang.

Langkah 3: Sediakan Peralatan dan Bahan Mentah

a. Peralatan Asas

  • Griddle atau kuali besar untuk memasak patty.
  • Peti sejuk untuk menyimpan bahan mentah.
  • Alat pengemas seperti pembungkus burger, kertas lilin, dan beg plastik.
zoo teruntum

b. Sumber Bahan Mentah

  • Cari pembekal yang boleh dipercayai untuk daging, sayur-sayuran, roti, dan bahan tambahan.
  • Pastikan bahan mentah segar dan berkualiti tinggi.

c. Jenama dan Rekaan

  • Gunakan bungkusan yang menarik dengan logo jenama anda.
  • Pastikan jenama anda konsisten dari segi warna, logo, dan slogan.

Langkah 4: Reka Menu Anda

a. Variasi Menu

  • Sediakan pilihan menu asas seperti burger ayam, daging, dan vegetarian.
  • Tawarkan menu istimewa seperti “Double Cheese Burger” atau “Spicy Chicken Burger.”

b. Harga yang Kompetitif

  • Tetapkan harga berdasarkan kos dan pasaran.
  • Pastikan harga berpatutan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

c. Tambah Nilai

  • Sediakan pakej combo yang merangkumi burger, kentang goreng, dan minuman.
  • Berikan pilihan tambahan seperti keju ekstra, sos istimewa, atau patty berganda.

Langkah 5: Pilih Lokasi Strategik

a. Lokasi Utama

  • Lokasi yang ramai orang seperti tepi jalan utama, taman rekreasi, atau kawasan pejabat.
  • Pastikan lokasi mudah diakses dan mempunyai ruang parkir.

b. Tapak Bergerak

  • Pertimbangkan untuk menggunakan food truck bagi fleksibiliti lokasi.
  • Food truck juga dapat menarik lebih ramai pelanggan di pelbagai kawasan.

Langkah 6: Promosi dan Pemasaran

a. Media Sosial

  • Gunakan platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok untuk mempromosikan bisnes anda.
  • Muat naik gambar burger yang menarik dan promosi istimewa.

b. Tawarkan Promosi

  • Diskaun pembukaan, beli 1 percuma 1, atau harga pakej combo istimewa.
  • Berikan baucar untuk pelanggan setia.

c. Kolaborasi dan Testimoni

  • Berkolaborasi dengan pempengaruh atau blogger makanan untuk ulasan.
  • Paparkan testimoni pelanggan di media sosial.

Langkah 7: Fokus pada Kualiti dan Layanan Pelanggan

a. Kualiti Makanan

  • Sentiasa gunakan bahan mentah segar dan pastikan kebersihan dalam penyediaan makanan.
  • Eksperimen dengan resipi baru untuk menambah variasi.

b. Layanan Pelanggan

  • Latih pekerja untuk melayani pelanggan dengan mesra dan profesional.
  • Pastikan masa penyediaan makanan cepat dan efisien.

c. Kumpul Maklum Balas

  • Sentiasa minta pandangan pelanggan tentang rasa dan servis.
  • Gunakan maklum balas untuk memperbaiki perniagaan anda.

Langkah 8: Pantau dan Tingkatkan Prestasi

a. Analisis Jualan

  • Pantau jualan harian untuk mengenal pasti menu yang paling popular.
  • Kenalpasti waktu puncak dan atur strategi untuk mengoptimumkan operasi.

b. Inovasi Produk

  • Tambahkan menu baru berdasarkan trend semasa.
  • Sertai acara atau festival makanan untuk mempromosikan jenama anda.

c. Kawalan Kos

  • Sentiasa periksa kos operasi untuk memastikan keuntungan maksimum.
  • Cari cara untuk mengurangkan pembaziran bahan mentah.

Tempat Strategik untuk Buka Bisnes Burger

Cara nak buka bisnes burger kita dah tahu. Sekarang kita lihat pula tempat yang strategik untuk buka bisnes ni sebab jika korang tersalah pilih tempat nak buka bisnes burger ni boleh menyebabkan korang rugi.

zoo teruntum

Memilih tempat yang sesuai untuk membuka bisnes burger adalah faktor utama kejayaan. Berikut adalah beberapa lokasi yang strategik:

  1. Kawasan Perumahan
    • Penduduk tempatan biasanya mencari makanan segera untuk makan malam atau waktu santai.
    • Pastikan lokasi anda mudah dijumpai dan dekat dengan jalan utama.
  2. Pasar Malam atau Bazaar
    • Tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai dan menawarkan peluang besar untuk jualan segera.
    • Pastikan anda memohon permit khas untuk berniaga di kawasan ini.
  3. Kawasan Sekolah atau Universiti
    • Pelajar dan guru sering mencari makanan yang cepat dan murah.
    • Sediakan menu yang sesuai dengan bajet golongan ini.
  4. Pusat Bandar atau Kawasan Pejabat
    • Golongan pekerja memerlukan makanan segera semasa waktu rehat.
    • Lokasi seperti ini berpotensi untuk jualan tinggi terutama pada waktu tengah hari.
  5. Tempat Pelancongan
    • Pelancong biasanya ingin mencuba makanan tempatan yang unik.
    • Pastikan lokasi anda menonjol dan mempunyai daya tarikan visual.
  6. Stesen Minyak atau R&R
    • Lokasi ini sesuai untuk pelanggan yang singgah semasa perjalanan jauh.
    • Sediakan makanan yang boleh dibawa balik dengan mudah.

Kesimpulan

Membuka bisnes burger memerlukan perancangan yang teliti dan komitmen yang tinggi. Dengan mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan, anda boleh membina perniagaan burger yang kukuh dan berjaya. Pastikan anda sentiasa berinovasi dan mendengar keperluan pelanggan untuk memastikan bisnes anda terus berkembang.

Soalan Lazim

Berapakah modal permulaan untuk bisnes burger?

Modal permulaan bergantung pada skala perniagaan anda. Untuk gerai kecil, anggaran modal sekitar RM5,000 hingga RM10,000 sudah memadai. Bagi food truck atau kedai tetap, modal boleh mencecah RM50,000 atau lebih.

Adakah saya memerlukan lesen khas untuk berniaga burger?

Ya, anda perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sijil pengendalian makanan. Permit tambahan mungkin diperlukan untuk lokasi tertentu.

Apakah strategi untuk menarik pelanggan baru?

Gunakan media sosial untuk promosi, tawarkan diskaun pembukaan, dan cipta menu unik untuk membezakan bisnes anda daripada pesaing.

Bagaimana memastikan kualiti burger konsisten?

Gunakan bahan mentah yang sama dari pembekal yang dipercayai, latih pekerja dengan standard resipi, dan pantau proses penyediaan secara berkala.

Lokasi manakah yang terbaik untuk membuka bisnes burger?

Lokasi strategik seperti kawasan perumahan, pasar malam, kawasan pejabat, dan tempat pelancongan adalah pilihan terbaik. Food truck juga memberikan fleksibiliti lokasi.

Rujukan

  1. https://www.comparehero.my/articles/wang-perolehi-menjual-burger
  2. https://rakan.biz.my/blog/7-langkah-mudah-jika-mahu-mulakan-sebuah-bisnes-burger-yang-menguntungkan-zj5rdwlyqvak
error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest