Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Kenangan Aku Di Kolej Matrikulasi Kedah Batch 11/12

Kenangan Aku Di Kolej Matrikulasi Kedah Batch 11/12

Post on February 2, 2021 Last Updated on February 2, 2021 by FaizAlias

Zaman mana korang rasa yang terbaik dalam hidup masa bergelar student dulu? Ini kenangan Aku Di Kolej Matrikulasi Kedah. Aku yakin, setiap orang pasti akan ada kenangan atau zaman terbaik semasa bergelar student dulu. Ya, aku pun ada zaman terbaik ketika aku student dulu yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Manis, pahit, takut semuanya ada dan itulah menjadi kenangan terindah bagi aku.

Antara zaman student yang aku tak dapat lupakan selepas zaman tingkatan 5 adalah ketika aku belajar di kolej matrikulasi.

Ya. Zaman matrik.

Sedar tak sedar, aku dah tinggalkan Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dah 10 tahun dah. Lebih kurang tahun 2012 macam tu. Bila kenang balik, aku rasa nak putar balik masa nak duk zaman tu.

Mana taknya. Di sinilah aku mula kenal segala-galanya. Jika sebelum ni aku duk berkepit dengan mak ayah aku, sekali nah…tudiaa…aku terpaksa hidup berdikari sendiri. Basuh baju, bagun pagi, cari nasi makan dan semuanyalah aku terpaksa buat sendiri.

Di sini juga aku betul-betul kenal apa itu cinta. Haha..

Tengok orang lain bercinta, aku pun nak bercinta. Biasalah tu. Normal. Padahal aku sebelum ni ntah apa-apa. Kalau kawan-kawan aku yang pernah kenal aku sebelum ni, memang tak percayalah aku macam tu.

Haha…

Di sini juga aku terpaksa bersaing dengan orang yang pandai-pandai dan hebat. Benda tu sebenarnya sakit bagi aku. Serius.

Aku tambah sakit bila tengok member asyik tidur, ponteng kelas jarang-jarang, main game dari malam sampai subuh, solat ntah kemana tapi bila keluar result exam, 4 flat. Fuhh.. Sakit dia tu lain macam.

Tapi biarlah. Orang macam tu kita panggil sebagai “Gift”. Hanya satu dalam seribu. Tapi tu la. Zaman student dulu bagi aku siapa yang tak dapat pointer tinggi, dialah failed dalam hidup. Teruknya pemikiran aku dulu..

Tapi…

Bila aku dah makin matang ni, pointer ni bukanlah segala-galanya. Kenapa aku nak bersedih dulu jika aku tak capai target?

Adusss…

Di bawah ni, aku upload beberapa gambar kenangan aku semasa di Kolej Matrikulasi Kedah yang aku ambil sendiri dan masih simpan sampai sekarang.

Maaf la kalau ada tulisan tu sebab tak bosan sangat tengok gambar tu. Huhu…

Kalau nak lebih syok, tengok kat PC nanti bulih la baca apa yang aku tulis kat gambar ni.

Gambar ni masa aku study group kat library. Aku sedang fikir apa pun aku tak tahu. Yang pasti masa ni aku buat Math sebab masa tu subjek Math kegemaran aku.

Tapi aku lupa…

Siapa curi-curi amik gambar aku ni woiii…

Masa ni kitaorang last bergambar untuk kokurikulum. Ada la wat makan-makan sikit.

blank

Haha…Ni pula almari aku. Kat almari ni macam-macam aku conteng sebagai kenangan.

Lepas tu aku ada tulis tarikh kat situ 25/4/2012 pukul 10.00 pm. Tarikh tu adalah tarikh terakhir aku di Kolej Matrikulasi.

blank

Gambar pemandangan blok perempuan.

blank

Ni la keadaan atas katil aku. Penuh dengan buku. Serius. Aku tidur disamping buku sepanjang semester. Result tak gempak mana pun. Tapi, sekurang-kurangnya aku dah jadi manusia sekarang.

blank

Ni pula atas meja study aku. Buku study takde pun. Berselerak dengan barang lain. Lagipun masa tu aku rasa tak best study atas meja.

blank

Ni budak-budak kelas praktikum aku dulu.

blank

Ni pula budak kelas tutorial aku. Saja kitaorang bergambar masa ni sebab masa ni awal-awal sem.

blank

Keadaan di blok lelaki.

blank

Bangku nilah tempat aku selalu lepak seorang diri bila kekecewaan melanda. hahaha…

Best lepak kat sini sebab tak ramai orang.

Bangku ni dekat dengan tangki besar belakang tu. Siapa budak matrik Kedah tahu lah kat mana bangku ni.

blank

Ni pula jalan besar ke blok perempuan.

blank

Monkey bar ni tempat aku selalu bergayut dulu. Konon-konon nak bina badan la masa tu. Tapi semuanya kelaut.

blank

Maaf geng…Ni sekali lagi keadaan di atas katil aku. Hahaha…

blank

Masa aku kat makmal buat eksperiment. Paling aku benci eksperiment kimia.

blank

Tempat jatuh lagikan terkenang…Haha…Ni tempat aku selalu ambil wudhuk dan juga tempat aku basuh baju.

blank

Rasa tak caya pula masa ni aku yang jadi cikgu Math.

blank

Cikgu kimia paling sempoi. Muka nampak bekeng tapi baik…Haha..

Tapi first aku tengok cikgu ni tak macam cikgu kimia pun. Ntah…Hahaha

blank

Aduh..Ada lagi gambar ni…

blank

Gambar ni pula adalah gambar lepas kitaorang abis buat drama untuk projek Bahasa Inggeris.

blank

Ketika praktis berlakon drama.

blank

Ada pula gambar last kokurikulum. Sedih gembira bercampur baur.

blank

Antara subjek yang aku tak minat dulu adalah Sains Komputer.

Kenapalah aku biol sangat masa tu.

Sekarang Sains Komputer nilah antara subjek yang aku minat dan aku masih guna sekarang dalam hidup aku.

Ruginya tak belajar betul-betul Sains Komputer dulu.

blank

Yang ni aku eksyen je lebih. Gambar ni masa kat kuliah kecil.

blank
blank

Suasana penuh dalam bilik aku.

Sebelah kanan tulah bilik aku.

Dinding kat tengah-tengah tu aku ada buat tanda bila matrik ni nak habis. Hahah…

blank

Rindu dengan suasana dalam kuliah ni.

Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni pensyarah tengah mengajar.

blank

Ni blok bangunan Langkasuka.

blank

Aku terpaksa pecahkan rahsia ni.

Ni cermin yang aku pecahkan dalam bilik air sebab pada masa tu aku ada marahkan seseorang. huhu…Harap dah ganti balik cermin ni.

blank

Dataran perhimpunan yang luas tapi tak pernah pun buat perhimpunan di sini.

blank

Bangunan tutorial. Tempat nilah untuk aku ulangkaji lepas apa yang dah belajar kat dewan kuliah.

blank

NI pulok geng Pok Mat pauh. Geng bola sepak aku. Nama Pok Mat pauh sebab semuanya orang Kelantan.

blank

Lorang ke dorm aku.

blank

Masjid waktu senja.

blank

Suasana dalam makmal.

blank

Padang besar KMK. Macam-macam boleh main di sini.

blank

Ni pun sama padang besar KMK dari sudut pandangan lain.

blank

Gila…Hahah..Nilah keadaan last day exam dan last day kat matrik.

blank

Keindahan masjid Kolej Matrikulasi Kedah. Kalau tak silap aku nama masjid ni Masjid Khulafa Ar-Rasyidin.

blank

Suasana dalam masjid. Cantikkan?

blank

Ni malam sebelum nak balik. Rindu gila suasana matrik masa ni.

Perasaan aku masa ni bercampur baur. Aku sedih sebab banyak kenangan manis yang aku akan tinggalkan. Pada masa sama aku gembira kerana dah terlepas seksa study kat matrik. Haha…

Aku bukan apa. Aku tak boleh nak bersaing dengan budak-budak yang terlajak pandai.

blank

Ni pulak gambar hari nak balik dah. Siap packing dan siap kemas dah semua.

Serius perasaan rasa sayu sangat masa ni.

blank

Ni semua antara roomate aku dan jiran roomate. Nak balik dah time ni nih.

blank

Bye.

Aku harap suatu hari nanti aku dapat ke sini dengan geng-geng aku yang pernah belajar di sini dulu.

Aku tak sempat nak berterima kasih pada semua pensyarah-pensyarah aku yang pernah mengajar aku selama ni terutama cikgu Math yang aku paling suka, En. Zainal Halit.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi yang ni je ada yang sempat aku selamatkan.

Serius.

Rindu sangat aku dengan zaman student dulu. Bila aku dah di alam pekerjaan sekarang ni, macam-macam peristiwa kenangan masa student kat kolej matrik dulu aku teringat. Kat sinilah aku timba bermacam-macam pengalaman untuk aku jadi lebih matang dan lebih dewasa.

Kalau korang ni batch aku atau dari matrik yang sama, sudi-sudilah ya tengok channel YouTube aku kat bawah ni.

Hehe…

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Baca juga..

  • Apa Jadi Jika Kerajaan Cetak Wang Dengan Banyak?
  • Jom Belajar Asas Kamera
  • Teknik Scammer Penipuan Pembelian Wang Lama
  • Cara Tambah Kelajuan Internet Di Rumah
  • 5 Idea Bisnes Modal Bawah RM1000 Untuk Usahawan

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives