Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan kini tiba masanya tahun berganti tahun. Jika diputarkan balik 365 hari yang lalu aku rasa baru je tulis pasal Unsubscribe 2020, Subscribe 2021. Cepat gila rasa masa berlalu.
Korang tahu tak?
Tahun ni aku dah masuk “three series”.
Bermakna umur aku dah pun cecah 30 tahun, jika ikut tahun.
Kadang-kadang aku rasa sedih.
Bukan sebab umur meningkat, tapi aku fikirkan apa sumbangan aku selama hidup 30 tahun ni.
Azam tahun baru 2021 aku juga turut terkubur disebabkan PKP yang terlalu lama dan menggila. Aku tak tahu nak gambarkan lagi dah dengan kata-kata jika tahun 2022 ni akan diwujudkan lagi PKP dan tak boleh nak sambut raya walaupun dengan keluarga terdekat.
Kenangan 2021
Secara jujurnya, aku tak ada kenangan manis sangat pada tahun 2021. Tahun 2021 aku lebih teruk pada tahun 2020 dan tahun 2020 lebih teruk berbanding pada tahun 2019.
Korang nak tahu kenapa teruk?
Sebab PKP.
Teruk bukan sebab aku ada masalah dari segi kewangan tapi dari segi pergerakkan aku.
Serius aku sedih.
Aku rasa bukan aku sorang yang berduka dengan PKP tapi aku rasa secara majoritinya masih ramai lagi yang berduka disebabkan PKP.
Disebabkan PKP, tahun aku 2021 berlalu begitu saja.
Bayangkan PKP mula dari bulan Januari sampai bulan Mac. Kemudian sambung pula pertengahan bulan April sampai bulan Oktober.
Mana taknya buat orang jadi gila.
Aku tahu sebab nak sekat penularan virus covid-19.
Tapi korang boleh tengok dengan mata sendiri samaada benda tu berkesan atau tak? Beri kesan sampingan yang lebih buruk atau tak?
Aku berani beritahu macam ni sebab ramai dah orang sekeliling aku yang positif covid tapi sihat walafiat dari mula-mula kena sampailah sekarang.
Disebabkan PKP juga aku tak solat Jumaat dari pertengahan bulan April sampai bulan Oktober.
Korang bayang sendiri betapa teruknya tahun ni bagi umat islam yang terkesan sebab PKP.
Sebenarnya virus covid-19 ni dah boleh kerajaan iktiraf sebagai endemik dah. Dah jadi penyakit biasa dah dalam kalangan masyarakat. Bukan lagi jadi satu ancaman bahaya.
Korang yang duk canang virus ni bahaya korang faham tak maksudnya bahaya?
Bahaya ni maksudnya bila kena semua akan jatuh sakit yang teruk bila kena.
Contohnya macam racun ular tedung selar. Itu baru dinamakan bahaya sebab kalau sesiapa terkena racun ular tu harapan nak hidup memang tipis.
Ni majoriti yang positif covid-19 disekeliling aku masih lagi boleh bergelak tawa dan sihat sampai sekarang.
Kenangan pahit bagi aku pula, aku baru saja kehilangan seorang datuk sebelah ibu pada bulan November 2021.
Jadi, aku dah tak punya datuk dan nenek lagi dah samaada disebelah ayah aku ataupun ibu aku.
Selain tu juga, aku cukup sedih di mana akhir tahun 2021 ni banjir besar telah berlaku di negeri Selangor dan banyak kemusnahan harta benda yang berlaku.
Sedih tengok. Aku terbayang sendiri jika aku berada di situasi mereka.
Habis harta benda hilang dalam sekelip mata saja.
Tak kurang juga ada yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana banjir.
Semoga mereka yang menghadapi musibah dan ujian daripada Allah terus kekal tabah dan semoga ada benda yang lebih baik Allah nak gantikan pada tahun-tahun seterusnya.
Harapan
Harapan aku, harapnya tahun ni dah tak ada lagi PKP dan berharap kita dapat hidup normal balik seperti sedia kala.
Kalau PKP ada lagi, jadi semua kerja aku akan tergendala.
Harap menteri yang ada berfikir lebih jauh apa yang rakyat perlukan. Vaksin dah hampir capai 100%. Apa lagi nak? Masa artikel ni ditulis, KKM nak mengkaji pula dos ketiga.
Kegilaan apakah ini?
Jika PKP dah tiada tahun ni, aku harap tahun ni aku dapat capai azam aku yang tergendala sejak dari tahun 2020 lagi.
Adakah korang tercari-cari servis buat website? Tahniah sebab korang berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. Sebelum tu, baca sampai habis dulu apa yang saya nak kongsikan kali ni supaya korang boleh buat pilihan terbaik dan tidak rugi semasa menempah buat website.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
Memiliki sebuah website bukan lagi satu pilihan bagi peniaga pada zaman kini tapi ia adalah satu “kewajipan” yang mesti korang miliki. Sekurang-kurangnya korang mesti memiliki satu blog peribadi di mana ia menunjukkan authority korang. Bila kita ada authority nak jual apa pun senang.
Cuba tengok artis.
Mereka terkenal dan ada authority sebab mereka masuk dalam rancangan TV seperti Maharaja Lawak Mega, Pencetus Ummah, Mentor dan pelbagai lagi program TV.
Dengan join program seperti itu, mereka dapat membina authority atau kepercayaan orang ramai terhadap mereka sendiri.
Jadi orang seperti kita yang tak join apa-apa, hendaklah memiliki satu website seperti blog supaya orang lebih kenal siapa kita dan mereka berurusan dengan siapa?
Korang nak tengok contoh?
Boleh tengok contoh blog yang korang baca sekarang ni.
Ni adalah blog peribadi saya di mana dalam blog ni saya banyak berkongsikan pada korang tips, nasihat, tutorial dan sebagainya. Kadang kala saya juga berkongsikan ilmu tentang website.
Dari sini saya dapat membina authority saya sendiri sebagai seorang web designer.
Agak-agak, jika korang nak buat web, korang nak cari ciri-ciri orang macam saya atau korang nak cari orang yang korang tak pernah kenal pun untuk bina web korang tu?
Tepuk dada tanya diri sendiri.
Dalam blog ni juga, saya paparkan sedikit biodata serta gambar saya supaya korang tahu dengan siapa korang berurusan jika korang nak tempah apa-apa dari saya.
Ini antara kelebihan bila buat bisnes ada website dengan tak ada website.
Pengalaman Belajar Buat Website
Saya mula belajar buat website adalah pada tahun 2012 dan saya mula serius dalam servis buat website ni adalah pada tahun 2013 sehinggalah sekarang. Saya belajar bermacam-macam jenis bahasa web iaitu html, java, css dan sebagainya.
Saya pernah hadiri bengkel, beli ebook dan sebagainya untuk menguasai buat website. Namun ada la kekangan masa saya di situ menyebakan saya tidak dapat fokus 100%.
Tapi bila saya kenal dengan WordPress.org awal tahun 2013, saya dapati bina website dengan WordPress ni ia lagi senang dan mudah. Saya tak perlu belajar dengan struggle html, java, css dan sebagainya sebab WordPress ni ia unik sikit.
Dari situ saya cuba kuasai WordPress dan belajar untuk memantapkan lagi skill saya dalam bina website dengan menggunakan WordPress.
Jadi, kalau korang buat tempahan website dengan saya, terus terang di sini saya katakan saya akan menggunakan platform WordPress sebab saya lihat ia banyak kelebihan bila guna platform WordPress ni.
Kos yang saya pernah habiskan untuk belajar buat web ni juga makan dalam ribu riban. Masa tu antara tahun 2012-2013.
Banyak juga saya habiskan masa dengan belajar dan try and error. Apa yang penting minat tu kena ada barulah kita tak berputus asa dalam melakukan sesuatu.
Nasihat saya, kepada sesiapa yang nak buat web tak salah nak belajar buat web sendiri tapi lebih baik korang upah je orang lain buat web sebab pengalaman web designer ni boleh dikatakan pengalaman yang tak ternilai yang korang takkan dapat.
Nak belajar buat web boleh tapi ianya lebih berbaloi jika korang nak buat servis buat website atau banyak lagi web sendiri nak dihasilkan lepas ni.
Kalau tak upah je.
Kelebihan Platform WordPress
Ok mungkin ramai juga nak tahu apa kelebihan buat website dengan menggunakan WordPress kan? Adakah kualitinya kurang dan sebagainya?
Jom kita lihat.
#1: Cepat Dan Pantas
Dengan menggunakan platform WordPress untuk siapkan website, ianya lebih cepat dan pantas sebab kita hanya perlu install applikasi WordPress dalam server kemudian kita pasang tema atau lebih dikenali sebagai theme yang boleh kita pilih untuk menampakkan website kita tu menarik.
Jadi untuk saya siapkan website client tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan.
#2: Mudah Urus
Ini adalah sebab utama kenapa saya lebih pilih platform WordPress untuk buat website client. Lepas website dah siap, client saya boleh urus sendiri website dengan ikut tutorial yang telah saya sediakan secara percuma.
Jika client tak ada masa nak uruskan website, client juga akan diberikan pilihan mengupah saya atau sesiapa saja untuk menjaga website mereka yang ada kemahiran dalam WordPress. Nak handle website dengan menggunakan WordPress ni tak memerlukan kos yang tinggi dan tidak sakit kepala.
#3: Senang Tukar Tema
Tema dalam bahasa WordPress adalah theme iaitu design website. Korang boleh pilih beratus ribu jenis theme melalui laman web ThemeForest atau Divi Theme.
Kalau korang tengok dan pilih sendiri di sini, kesemua design web yang ada di sini semuanya berkualiti tinggi.
Kalau korang nak tahu, design web yang saya sediakan pada client semuanya dari kedua-dua laman web ini sebab design webnya berkualiti dan inilah yang saya sangat tekankan.
Namun saya akan kenakan sedikit caj jika korang pilih theme dari ThemeForest dan percuma saja jika korang pilih Divi Theme.
Jadi, jika website korang dah lama dan rasa nak tukar design baru, boleh je tukar tanpa ada masalah. Cuma nanti kena setting sikit je. Korang nak setting sendiri pun tak ada masalah.
#4: Mesra SEO
SEO adalah kunci utama yang perlu ada pada sesebuah website pada masa kini. Tanpa SEO website korang akan sunyi sepi dari carian enjin seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.
Namun jika korang hanya nak buat blog hiburan dan suka-suka, korang boleh promote di media sosial seperti Facebook secara aktif.
Namun ada risikonya iaitu kena ban dari pihak Facebook.
Jadi, cara terbaik untuk website atau blog kita dikunjungi oleh orang ramai adalah dengan menguasai SEO sebab tanpa promote pun orang akan jumpa website kita tanpa paksaan.
Bestkan?
Jadi, WordPress ni secara asasnya sudah dilengkapi dengan SEO namun ia bergantung juga pada jenis theme yang akan kita gunapakai.
#5: Dibina Oleh Pakar
Untuk pengetahuan korang, platform WordPress ni ia bukan dibina secara cikai tapi WordPress ni telah dibina oleh ramai pakar blog, website, web designer yang hebat dalam coding website dengan menambah baikkan WordPress ni sejak dari awal ia ditubuhkan lagi.
Sesiapa yang guna WordPress pasti akan tahu betapa aktifnya mereka mengemaskini WordPress dari semasa ke semasa untuk menjadikan platform ni platform yang terbaik bagi sesiapa yang nak bina web atau blogging.
#6: Kos Rendah Kualiti Tinggi
Dan yang terakhir paling penting sekali, bila kita buat website dengan menggunakan WordPress, kita boleh jimat banyak kos tapi kualiti website tetap tinggi atau mungkin jauh lebih tinggi kualitinya dari website yang dibina dari kosong.
Kos yang perlu ditanggung adalah nama domain dan server saja.
Jika korang upah seseorang, ia termasuk masa web designer dan juga pengalaman mahal mereka.
Itu saja kos yang perlu korang tanggung.
Apa Maksud Buat Website Guna Platform WordPress?
Mungkin ramai di sini yang tidak faham macam mana buat web tapi guna platform WordPress.
WordPress.com ni ia sama dengan platform Blogger.com di mana ramai yang buat web atau blog guna platform percuma blogger.com ni.
Kalau korang perasan dan pernah layari jika ada url seperti ni “blogfaiz.blogspot.com” bermakna website tersebut menggunakan blogger.com.
Konsep blogger.com ni sama juga dengan konsep WordPress.com di mana jika korang menggunakan platform ni, korang tidak akan memiliki 100% laman web tersebut sebab server yang korang guna adalah 100% hak milik syarikat tersebut.
Cuma korang boleh custom domain dengan membeli domain secara berasingan. Untuk server, korang boleh guna 100% seumur hidup selagi mana korang tidak melanggar polisi mereka.
Baiklah saya tak nak cerita panjang bab WordPress.com.
Cuma di sini apa yang saya nak beritahu, jika korang upah saya buat web, saya akan menggunakan platform WordPress.org di mana server dan domain 100% kita akan miliki sendiri tanpa daripada pihak ketiga.
WordPress.org ni cuma satu platform untuk menyenangkan seseorang untuk manage website saja apabila website sudah siap. Ia tidak berkaitan dengan design, kualiti atau apa-apa pun.
Saya harap sampai sini sudah jelas.
Servis Buat Website Harga Murah Design Boleh Pilih
Sekarang ni korang dah tahu pengalaman saya dalam servis buat website, software apa yang saya gunakan dan juga kelebihan yang ada jika kita buat web guna platform WordPress.
Jadi, jika korang berhajat untuk membina sebuah website atau blog, boleh la cuba hubungi saya dan kita bincang website apa yang korang nak buat.
Sebab tak semua website saya akan terima.
Pernah ada seseorang yang request saya untuk custom made dan sistem yang terlalu advance.
Jadi, saya takkan terima website jenis macam ni sebab saya tak fokus pada website custom made dan juga sistem yang advance.
Sistem dan design bergantung pada theme website tu nanti.
Ramai yang tidak faham bila mereka minta custom made design web atau sistem, harganya bukan murah lagi dah. Mungkin dalam lingkungan RM5000-RM10,000.
Sebab tu kalau korang tengok di laman Servis Bina Website saya punya, harga pakej dalam lingkungan harga mampu milik.
Kelebihan Bina Web Dengan FA Studio
FA Studio ni adalah nama khusus bagi bisnes servis buat website saya. Mungkin korang nak tahu apa kelebihan jika korang tempah website dengan SM Creative Studio.
Di bawah ni saya senaraikan apakah kelebihan yang bakal korang dapat berbanding dengan web designer lain.
Tutorial asas mengendalikan website akan disediakan lepas website disiapkan. Jika tutorial yang dicari tidak ada, boleh request untuk saya siapkan tutorial tersebut secara percuma.
Harga mampu milik untuk seorang peniaga kecil.
Kualiti dan design website adalah yang terbaik dari Divi Theme dan juga ThemeForest.
Boleh pilih design website sendiri yang mana berkenan.
Semua website yang didesign pada masa kini semuanya mesra smartphone supaya orang lain senang nak view website.
Sistem akan diupdate secara percuma selamanya (terma dan syarat).
Tips Memilih Web Designer
Di sini saya nak kongsikan sedikit tips kepada korang macam mana nak pilih atau mengupah seseorang untuk buatkan website sebab sebelum ni saya banyak terima aduan daripada client saya mereka nak buat website setelah ada yang tinggalkan website belum siap tanpa berita dan sebagainya.
Jadi di sini, korang perlu ikuti tips ini supaya korang tidak rugi bila upah seseorang untuk buatkan website.
Pastikan web designer tersebut mempunyai website sendiri mengenai bisnesnya sendiri.
Pastikan info seperti maklumat hubungi, info bisnesnya adalah tepat.
Sentiasa paparkan muka semasa berkomunikasi. Namun korang perlu hormat ada yang jenis suka Whatsapp sahaja dan ada juga yang suka Whatsapp atau jumpa depan-depan. Jika yang jenis suka Whatsapp pastikan dia menunjukkan wajah yang sebenar.
Pantas reply jika korang bertanyakan soalan.
Sediakan support selepas website di siapkan.
Di sini saya bukan nak promote diri saya sendiri semata-mata, tapi jika wujud web designer seperti ini, korang upahlah web designer tersebut untuk buatkan website korang.
Penutup
Jadi, itu saja yang saya nak kongsikan pada korang mengenai hal website. Jika korang rasa saya ni layak untuk buat web perniagaan atau blog untuk korang, boleh la hubungi saya samaada melalui Whatsapp atau borang hubungi.
Soalan Lazim
Apakah platform Faiz gunakan untuk buat website?
Platform yang saya akan gunakan untuk buat website client adalah WordPress sebab banyak kelebihan yang client akan dapat jika menggunakan platform WordPress.
Adakah Faiz terima sistem custom made website?
Buat masa sekarang saya tidak menerima custom made sistem website sebab custom made website harganya sangat tinggi dan mengambil masa yang lama untuk siapkan. Saya cuma terima custom made design web saja. Nak tahu dengan lebih lanjut boleh hubungi saya.
Adakah ada bayaran bulanan atau tahunan?
Jika korang tengok harga pakej yang saya tawarkan, ia termasuk dengan upah, domain dan server. Untuk upah, hanya sekali sahaja perlu bayar manakala domain dan server ada fee tahunan yang perlu korang bayar untuk teruskan web tersebut.
Apa terjadi jika tidak bayar fee tahunan domain dan server?
Website korang akan dihapuskan data oleh pihak server dan domain yang korang beli mungkin akan dirampas oleh orang lain. Alangkah ruginya jika nama domain korang tersebut nama domain syarikat tapi di ambil oleh orang lain. Perlu renew setiap tahun sebelum tamat tempoh.
Adakah Faiz bantu support selepas jualan?
Ya, saya akan bantu support selepas jualan secara percuma jika ada masalah sistem website sahaja. Jika masalah berpunca dari kecuaian pihak tuan/puan sendiri, sedikit kos akan dikenakan.
Macam mana nak pilih web designer?
Memilih web designer untuk buatkan website anda adalah bahagian pertama yang perlu korang titik beratkan sebab jika tersalah pilih web designer, deposit korang akan burn dan website tidak dapat.
Pertama sekali apa yang korang perlu pastikan adalah mereka perlu mempunyai website rasmi untuk buat website. Rata-rata web designer sekarang tidak mempunyai web sendiri tapi menawarkan khidmat servis website.
Jika mereka tidak mempunyai web sendiri, elakkan daripada membuat tempahan website dari mereka takut ada masalah dikemudian hari.
21 Khasiat Daun Pandan Dan Kegunaan | Daun pandan merupakan salah satu tumbuhan tropika yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Daun ini bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah turut terkenal dalam bidang perubatan tradisional dan penjagaan kesihatan.
Dalam artikel ini akan menghuraikan secara lengkap dan terperinci tentang 21 khasiat daun pandan serta pelbagai kegunaannya dalam kehidupan seharian.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
21 Khasiat Daun Pandan Dan Kegunaan
Pengenalan Tentang Daun Pandan
Daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius adalah tumbuhan herba yang mengeluarkan bau wangi semula jadi. Daun ini mempunyai bentuk panjang, runcing dan berwarna hijau terang. Aromanya yang unik menjadikannya pilihan utama dalam masakan Melayu dan Asia, terutamanya untuk menambah rasa dan bau pada nasi, kuih-muih, dan minuman.
Selain fungsinya sebagai bahan masakan, daun pandan juga kaya dengan pelbagai nutrien dan sebatian aktif yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Kini, penggunaan daun pandan tidak terhad kepada dapur semata-mata, malah turut diaplikasikan dalam perubatan tradisional dan produk kecantikan.
21 Khasiat Daun Pandan dan Kegunaannya
Berikut merupakan khasiat daun pandan untuk tujuan kesihatan.
1. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Daun pandan sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini kerana ia dipercayai mempunyai sifat diuretik semula jadi yang membantu tubuh menyingkirkan lebihan garam dan cecair, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas dinding salur darah. Caranya adalah dengan merebus dua hingga tiga helai daun pandan dalam 2 cawan air dan biarkan sehingga ia berkurangan menjadi satu cawan. Minum air rebusan ini dua kali sehari sebagai amalan harian.
2. Melegakan Sakit Sendi dan Otot
Bagi mereka yang mengalami masalah sendi seperti arthritis atau otot yang lenguh akibat kerja berat, daun pandan boleh dijadikan sebagai bahan sapuan tradisional. Daunnya dihancurkan dan dicampur dengan minyak kelapa atau minyak urut panas, kemudian disapu dan diurut perlahan pada bahagian yang sakit. Kandungan anti-radang dalam daun pandan membantu mengurangkan bengkak dan memberikan kelegaan semula jadi.
3. Meningkatkan Selera Makan
Daun pandan yang digunakan dalam masakan bukan sahaja memberikan aroma menyelerakan, tetapi juga dikatakan dapat merangsang sistem pencernaan dan meningkatkan selera makan. Ini sangat bermanfaat kepada individu yang baru sembuh dari sakit, kanak-kanak yang sukar makan, atau warga emas yang kurang selera. Bau semula jadi dari daun pandan merangsang penghasilan air liur dan asid gastrik, yang penting untuk proses pencernaan.
4. Membantu Masalah Penghadaman
Jika anda sering mengalami masalah kembung perut, senak, atau sembelit, air rebusan daun pandan boleh menjadi penyelesaian semula jadi yang berkesan. Ia membantu melancarkan pergerakan usus dan mengurangkan ketidakselesaan dalam sistem pencernaan. Daun ini juga dipercayai mampu mengurangkan penghasilan gas dalam perut yang menjadi punca utama kembung.
5. Mengurangkan Demam
Dalam perubatan tradisional Melayu, daun pandan digunakan sebagai bahan untuk menyejukkan badan yang demam. Sifat penyejuk semula jadi daun ini membantu menurunkan suhu badan secara lembut. Air rebusan daun pandan boleh diminum atau digunakan untuk mencuci badan bagi mempercepatkan proses pemulihan daripada demam.
6. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Antara khasiat daun pandan yang semakin dikaji secara saintifik ialah kemampuannya membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Bagi pesakit diabetes atau mereka yang berisiko menghidap kencing manis, mengamalkan minuman air pandan secara berkala dikatakan boleh mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus. Walau bagaimanapun, ia perlu diamalkan dengan kawalan dan digabungkan dengan diet sihat.
7. Kaya Dengan Antioksidan Semula Jadi
Daun pandan mengandungi pelbagai sebatian aktif yang bertindak sebagai antioksidan, seperti flavonoid dan alkaloid. Antioksidan ini membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini amat penting dalam mencegah penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan juga memperlahankan proses penuaan sel.
8. Menghilangkan Bau Badan Secara Semula Jadi
Bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan, daun pandan boleh menjadi penyelesaian alternatif tanpa bahan kimia. Air rebusan daun pandan yang diminum secara konsisten membantu menyingkirkan toksin dalam badan, yang menjadi antara punca bau badan. Selain itu, daun pandan yang ditumbuk halus boleh dicampur dalam air mandi harian.
9. Menghalau Serangga Seperti Lipas dan Nyamuk
Daun pandan yang diletakkan di dalam kereta, kabinet dapur, atau celah almari boleh menghalau lipas kerana aromanya yang tidak disukai oleh serangga tersebut. Ini merupakan kaedah semula jadi, mesra alam dan bebas bahan kimia yang berbahaya. Selain itu, baunya juga menyegarkan ruang rumah.
10. Menguatkan Akar Rambut dan Mencegah Rambut Gugur
Air rebusan daun pandan yang digunakan untuk membilas rambut membantu menguatkan akar rambut. Amalan ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur atau rambut yang rapuh. Daun pandan dipercayai merangsang peredaran darah di kulit kepala dan membantu pertumbuhan rambut yang lebih sihat.
11. Menghitamkan Rambut Secara Semula Jadi
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia, daun pandan boleh dijadikan sebagai alternatif. Campurkan air pandan dengan santan dan sapukan pada rambut beberapa kali seminggu. Penggunaan berterusan membantu mengembalikan warna semula jadi rambut, terutama bagi yang beruban awal.
12. Merawat Masalah Kulit Ringan
Luka kecil, ruam atau gigitan serangga boleh dirawat menggunakan daun pandan. Daun yang ditumbuk halus boleh dijadikan pes dan disapu pada bahagian kulit yang bermasalah. Kandungan antiseptik dan anti-radang semula jadinya membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan.
13. Menyegarkan Badan dan Menurunkan Haba Dalaman
Apabila badan terasa panas dan lesu akibat cuaca atau tekanan, air pandan boleh dijadikan minuman menyegarkan. Ia membantu menyejukkan haba dalaman badan, dan memberikan rasa segar selepas diminum. Sangat sesuai diminum selepas bersenam atau bekerja di bawah panas matahari.
14. Mengurangkan Tekanan dan Menenangkan Fikiran
Aromanya yang semula jadi dan menenangkan sangat sesuai untuk digunakan dalam aromaterapi. Meletakkan daun pandan di dalam bilik atau ruang kerja boleh membantu mewujudkan suasana yang lebih relaks. Malah, menghirup aroma daun pandan dikatakan boleh mengurangkan keresahan dan stres.
15. Meningkatkan Kualiti Tidur
Bagi individu yang mengalami kesukaran untuk tidur malam, daun pandan boleh membantu. Bau lembutnya yang menenangkan membantu menstabilkan emosi dan memberi kesan relaksasi kepada minda. Meletakkan beberapa helai daun pandan di bawah bantal boleh membantu tidur lebih lena.
16. Melancarkan Kitaran Haid Wanita
Dalam perubatan tradisional, air rebusan daun pandan dipercayai mampu membantu melancarkan haid yang tidak teratur. Daun ini dipercayai mempunyai kesan hormon semula jadi yang merangsang kelancaran aliran darah semasa haid.
17. Meningkatkan Tenaga Badan Secara Semula Jadi
Amalan minum air pandan setiap pagi dikatakan mampu memberikan tenaga tambahan. Ini sangat membantu bagi individu yang mudah letih, mengantuk, atau tidak bertenaga terutama di awal pagi. Khasiatnya membantu menyegarkan tubuh dan menjadikan minda lebih fokus.
18. Membantu Menyahtoksin Badan (Detoksifikasi)
Daun pandan berfungsi sebagai agen detoks semula jadi dengan membantu sistem buah pinggang dan hati menyingkirkan bahan buangan dan toksin. Minum air pandan setiap hari boleh memperbaiki fungsi organ dalaman dan memberikan kesan positif terhadap kesihatan keseluruhan.
19. Berpotensi Mencegah Kanser
Kajian awal ke atas daun pandan menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi dalam mencegah perkembangan sel kanser. Kandungan fitokimia tertentu yang terdapat dalam daun ini mungkin mempunyai kesan anti-kanser. Walaupun kajiannya masih di peringkat awal, potensi ini amat menjanjikan.
20. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan
Dengan kandungan nutrien dan antioksidan, daun pandan membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Ia membantu badan melawan bakteria, virus dan jangkitan, menjadikannya pilihan semula jadi dalam penjagaan kesihatan harian.
21. Digunakan Dalam Produk Kecantikan Semula Jadi
Dalam industri kosmetik semula jadi, daun pandan dijadikan bahan asas dalam sabun, losyen dan krim kulit kerana aromanya dan manfaatnya untuk kulit. Ia dipercayai membantu mencerahkan kulit, memberikan kelembapan dan melindungi daripada kerengsaan.
Cara Penggunaan Daun Pandan Dalam Kehidupan Harian
Sebagai Minuman Herba Rebus beberapa helai daun pandan bersama air, biarkan suam dan minum. Boleh juga ditambah madu untuk rasa lebih sedap.
Sebagai Mandian Tradisional Air rebusan daun pandan boleh dicampur dalam air mandi untuk memberikan kesan menyegarkan dan mengurangkan bau badan.
Dalam Masakan Harian Daun pandan sering digunakan untuk menambah aroma pada nasi lemak, nasi minyak, kuih-muih seperti seri muka, dan juga minuman seperti sirap pandan.
Sebagai Penyegar Udara Semula Jadi Letakkan daun pandan yang telah dihiris dalam kereta atau di sudut rumah untuk mengharumkan udara dan menghalau lipas.
Langkah Berhati-Hati Dalam Penggunaan
Walaupun daun pandan mempunyai banyak manfaat, penggunaannya haruslah berpada-pada. Individu yang mempunyai alahan atau masalah kesihatan tertentu perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkannya secara berterusan.
Kesimpulan
Khasiat daun pandan tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan sahaja memberikan rasa dan aroma yang menyenangkan dalam masakan, malah turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan secara semula jadi. Dengan amalan yang betul dan konsisten, daun pandan boleh menjadi salah satu herba terbaik dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup seharian.
Jika anda sedang mencari alternatif semula jadi untuk kesihatan, daun pandan adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk dicuba. Khasiat daun pandan yang pelbagai menjadikannya tumbuhan yang serba guna dan patut ada di setiap rumah.
Jika Faiz perlukan senarai rujukan, infografik, atau cadangan gambar untuk artikel ini, boleh beritahu sahaja.
Soalan Lazim Berkaitan Khasiat Daun Pandan
Apakah khasiat utama daun pandan untuk kesihatan?
Khasiat utama daun pandan termasuk membantu menurunkan tekanan darah, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan bau badan, dan merawat sakit sendi. Ia juga kaya dengan antioksidan dan sesuai digunakan untuk rawatan rambut dan kulit.
Bagaimanakah cara untuk menyediakan air rebusan daun pandan?
Caranya mudah: ambil 2β3 helai daun pandan, basuh bersih dan simpulkan. Rebus dalam 2 cawan air selama 15β20 minit sehingga air berkurangan. Sejukkan sebelum diminum. Boleh diamalkan 1β2 kali sehari.
Adakah daun pandan selamat diminum setiap hari?
Secara amnya, daun pandan selamat diminum setiap hari dalam kuantiti sederhana. Namun, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit buah pinggang atau mengambil ubat tertentu, sebaiknya rujuk doktor terlebih dahulu.
Bolehkah daun pandan digunakan untuk rawatan rambut?
Ya, air rebusan daun pandan boleh digunakan sebagai bilasan rambut untuk mengurangkan rambut gugur dan menjadikan rambut lebih hitam dan sihat. Gunakan 2β3 kali seminggu untuk kesan terbaik.
Apakah kesan sampingan jika menggunakan daun pandan secara berlebihan?
Walaupun jarang berlaku, penggunaan daun pandan secara berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit kepada sesetengah individu yang sensitif. Sebaiknya amalkan secara sederhana dan berperingkat.
Bolehkah ibu mengandung minum air daun pandan?
Tiada kajian yang menyatakan daun pandan berbahaya kepada ibu mengandung, namun bagi wanita hamil, sebaiknya elakkan pengambilan tanpa nasihat daripada pakar perubatan untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini.
Di mana saya boleh mendapatkan daun pandan?
Daun pandan boleh didapati di pasar basah, pasar tani, atau ditanam sendiri di rumah. Tumbuhan ini mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.
Berapa lama daun pandan boleh disimpan?
Daun pandan segar boleh disimpan dalam peti sejuk selama 5β7 hari. Untuk simpanan lebih lama, daun boleh dibekukan atau dikeringkan untuk digunakan kemudian.
Adakah daun pandan boleh digunakan dalam produk kecantikan buatan sendiri?
Ya, daun pandan boleh digunakan untuk membuat masker wajah, sabun mandi, atau campuran dalam minyak rambut. Khasiatnya membantu menenangkan kulit, mengurangkan iritasi, dan memberi kelembapan.
Apakah beza antara daun pandan dengan pandan tiruan dalam masakan?
Daun pandan asli mengandungi aroma semula jadi dan khasiat kesihatan, manakala pandan tiruan biasanya diperbuat daripada perisa dan pewarna sintetik yang tiada nilai nutrisi. Untuk manfaat kesihatan, gunakan daun pandan segar.
Ada yang nak tahu tentang Bukit Keluang Beach Resort samaada berbaloi ataupun tak? Jom baca apa yang nak kongsikan di sini sehingga habis sebab saya akan buat review pasal resort ni sejujur mungkin.
Sebut je Bukit Keluang pasti majoriti tahu akan kecantikan tempat ni tambah-tambah lagi kalau korang hiking Bukit Keluang ni nanti korang akan dapat lihat view yang sungguh cantik di atas sana.
Bagi penduduk Besut view yang cantik di atas Bukit Keluang ni sudah tidak asing lagi dah. Bagi korang yang luar dari Besut ataupun dari negeri lain, mesti korang akan teruja bila lihat pandangan yang sangat cantik dari atas Bukit Keluang ni.
Ramai yang datang di sini disebabkan dua benda. Nak hiking dan mandi pantai sebab pantai di sini agak cantik dan jernih.
Nak datang ke Bukit Keluang ni, jangan datang pada musim tengkujuh sebab bila korang datang pada musim tengkujuh, air pantai di sini agak keruh dan ombak agak besar.
Jadi, kalau nak datang ke sini dan nak lihat view yang cantik, datanglah pada musim bukan musim tengkujuh.
Baik.
Panjang lebar saya ceritakan pasal Bukit Keluang ni sebab di sini ada satu resort yang boleh korang cuba untuk bermalam.
Nama penuh resort tersebut adalah Bukit Keluang Beach Resort.
Jadi, dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang samaada berbaloi ke tak korang nak bermalam di sini.
(Review) Bukit Keluang Beach Resort Berhantu?
Salah satu ciri-ciri yang saya pilih hotel ataupun resort adalah resort tersebut tidak terlalu sunyi dan juga tidak berhantu.
Sebelum saya tempah sini, saya dah buat survey. Tak ada pun yang kata resort ni berhantu. Disebabkan tu saya pun tempah la resort ni sebab setiap kali saya pergi melancong walaupun tempat sama saya akan pilih hotel yang berlainan semata-mata untuk buat review pada korang.
Jadi, macam mana pula dengan pengalaman saya bermalam di resort ni?
Betul-betul berhantu ke?
Jom lihat review ni.
#1: Suasana Persekitaran
Bukit Keluang Beach Resort ni terletak betul-betul tepi jalan arah nak menuju ke Bukit Keluang.
Jarak antara Bukit Keluang dengan resort ni lebih kurang 300 meter dan 500 meter ke pantai.
Ya memang agak dekat.
Tapi suasana malam di sini seolah-olah korang berada dalam hutan.
Korang boleh bayang tak kalau duduk dalam hutan macam mana?
Macam tulah bunyi suasana di sini pada waktu malam. Bunyi katak dan unggas tu ibarat kita sedang berkhelah dalam hutan.
Gambar di atas ni adalah Bukit Keluang Beach Resort yang saya ambil pemandangan dengan drone.
Memang betul resort ni tepi jalan tapi jalan tersebut jarang dilalu menyebabkan suasana menjadi sunyi pada waktu malam.
Bagi saya benda ni tak ada masalah pun.
Saya ok je bunyi-bunyi macam tu seolah-olah kita berada dalam hutan.
Kalau korang tengok suasana dalam resort ni, memang mereka banyak letakkan pokok-pokok di sekeliling.
Sebab tu suasana malam tu ibarat korang bermalam dalam hutan.
Kebetulan pada masa saya pergi, chalet di sana tak banyak orang booking.
Yang ni saya tak pasti samaada resort ni memang tak ada orang atau kebetulan tiada orang booking.
Bila saya keluar je dari pintu chalet pada malam tu, agak seram juga la sebab sekeliling saya tiada orang tinggal di sana. Kalau ada pun chalet bahagian depan. Tu pun agak jauh dari orang.
#2: Suasana Dalam Chalet
Ok yang ni saya nak tekankan sebab ada beberapa perkara yang saya tidak puas hati.
Suasana dalam bilik ni saya tak ada komplain apa-apa pun sebab lain tempat lain cara dia punya suasana.
Suasana macam mana pun tak apa selagi beri keselesaan pada yang bayar mahal-mahal untuk bermalam di sini.
Jika korang tengok, dalam chalet di resort ni saya boleh katakan semua kelengkapan untuk bermalam tu ada.
TV, peti sejuk, cerek elektrik, gula paket, seterika, kopi paket semua ada. Tunggu korang rajin nak buat atau tak je.
Chalet ni dia tak guna kipas tapi korang boleh on aircond.
Cuaca panas berangin di Besut ni bila kena aircond siang hari, boleh buatkan korang rasa nak tidur lama.
Bilik air dia pun ok la.
Walaupun tak nampak mewah, bagi saya asalkan boleh mandi dan tandas tak bermasalah dah cukup ok.
Di sini juga mereka ada sediakan water heater untuk korang mandi jika cuaca sejuk.
Ok bab kemudahan yang di dalam chalet ni saya tak nak pertikaikan. Asalkan boleh guna dan tak bermasalah saya go on je.
Tapi yang saya tak puas hati tentang resort ni adalah tahap kebersihan.
Maaf la ye jika ada staff yang baca ni.
First saya melangkah kaki masuk ke dalam chalet ni saya rasa kaki saya ni berpasir. Bukan sikit. Banyak juga rasa berpasir terutama bahagian tepi dinding.
Kalau colek jari tepi dinding tu boleh dikatakan agak banyak juga la pasir yang akan lekat di jari.
Kami bayar chalet ni mahal-mahal bukan nak rasa berpasir bila pijak.
Tolonglah jaga yang ni.
Lepas tu, bab cadar, selimut saya tak pasti samaada mereka tukar baru atau tak.
Harap-harap mereka tukar barulah sebab bau selimut cadar tu macam duduk hotel “free” sedangkan saya bayar duduk di sini bukan murah.
Selain tu juga, chalet yang saya duduk tu ada katil yang dah mulai reput.
Lepas tu peralatan elektrik ada soket yang tercabut dan sebagainya. Kalau tak kena gaya anak sentuh boleh terkena elektrik shock.
Bila kes macam ni terjadi, saya dapat buat kesimpulan bahawa staff di sini tidak menjaga fasiliti dengan baik dan tidak ambil tahu barang mana yang rosak dan sebagainya.
#3: Kemudahan Resort
Di resort ni memang tempat untuk adakah pelbagai jenis aktiviti. Itu apa yang saya perhatikanlah.
Contoh aktiviti yang boleh buat di sini adalah hari keluarga, BBQ, majlis kahwin, meeting, sukaneka dan sebagainya.
Sebab tu di sini ada macam macam jenis tempat. Meeting room, hall, restoran, kolam renang, tempat untuk BBQ, kawasan lapang untuk sukaneka dan sebagainya.
Kalau korang nak buat family day, saya boleh rekemenkan pada korang untuk bermalam di sini sebab semua kemudahan ada disediakan.
Bukan family day saja, apa-apa event sekalipun ada disediakan di sini.
Jadi senang la kalau nak buat apa-apa aktiviti bersama dengan keluarga.
Untuk kolam renang, hanya ada kolam renang budak-budak je. Tak ada kolam renang untuk orang dewasa. Lagipun kolam renang ni kecil sangat saiznya tak sepadan dengan kapasiti budak-budak yang ada.
Masalah di kolam renang pula, bila saya tengok air kolam renang agak keruh airnya. Tak jernih macam kolam renang yang dijaga dan selalu dibersihkan.
Yang ni pun saya tak pasti samaada kolam renang di sini diselenggara dengan baik ataupun tidak sebab kalau ikut dari pemerhatian saya kolam mandi budak-budak di sini tidak dijaga dengan baik.
Kalau tak kenapa keruh kan?
Maksud saya keruh di sini bukanlah keruh macam air berselut.
Ibarat macam ni.
Segelas air masak kemudian korang titis 2-3 titisan air susu kemudian kacau.
Macam tulah keruhnya air kolam di sini.
Kalau korang nak makan di sini jangan risau sebab mereka ada restoran sendiri.
Nama restoran mereka adalah Restoran D’ Kolam sebab restoran mereka ni berdekatan dengan kolam renang budak-budak.
Andaikata tak nak makan di restoran mereka, korang boleh pergi ke Pantai Bukit Keluang untuk makan sebab di sana banyak juga gerai makanan yang dibuka.
Makanan pun sedap dan harga agak berbaloi.
#4: Tempat Menarik Disekitar
Di sekitar Bukit Keluang Beach Resort ni, tempat menarik hanya dua benda tu jela iaitu Bukit Keluang dan juga pantai Bukit Keluang.
Seperti yang saya ceritakan awal-awal tadi, pantai di sini agak jernih airnya dan jika korang hiking atas Bukit Keluang, korang akan dapat lihat view yang sangat cantik.
#5: Harga
Sekarang kita masuk bab harga pula.
Bab harga ni saya agak kurang berpuas hati.
Ok harga bermalam di sini untuk satu malam adalah sebanyak RM179 yang saya booking melalui laman web Agoda.
Jika nak diikutkan, harga sebenar adalah RM173 jika korang tempah secara walk in.
Tapi jika korang tempah melalui website ia boleh dapat dengan harga yang lebih murah sikit.
Sebenarnya saya tak kisah sangat RM173 tu jika semua yang disediakan tu berpuas hati.
Jadi, dengan komplen yang saya buat di atas ni dengan bayaran RM173 bagi saya harga ni sangat tidak berbaloi. Dengan apa yang saya dapat, saya letak dalam sekitar RM100-RM120 sahaja jika keadaan macam ni.
Satu lagi.
Saya ingatkan dengan bayaran sebanyak tu dapat la sarapan percuma.
Tidak.
Tiada sarapan percuma disediakan.
Nak sarapan pergi beli makanan sendiri.
Di sini agak mengecewakan sikit.
Penutup
Kesimpulan yang saya boleh buat di sini, resort ni sebenarnya boleh je untuk korang buat bermalam tapi bab harga tu saya agak kurang setuju dengan bayaran sebanyak tu tapi hasil tak seberapa.
Kemudian, jika korang tanya berhantu ke Bukit Keluang Beach Resort ni?
Ikut pengalaman saya, tak ada apa-apa benda mistik yang terjadi pun. Cuma pada waktu malam masa saya duduk tu agak seram sebab tiada orang disekeliling. Walaupun dia pasang lampu, tapi lampu tu malap dan chalet disekitar gelap membuatkan rasa lebih seram.
Tapi alhamdulillah saya tak ada jumpa apa-apa yang pelik pun walaupun saya bawa sekali anak saya yang berumur 1 tahun lebih.
Jika korang nak tengok review saya dalam bentuk video, boleh la tengok di bawah ni.
Lepas tengok nanti, jangan lupa subscribe ya. π
Kenapa Kelantan Di Gelar “Kelantan Serambi Mekah?” Setiap negeri yang ada di Malaysia ni ada nama gelaran yang tersendiri. Contohnya negeri Kedah dipanggil sebagai negeri jelapang padi. Negeri Sabah sebagai negeri bawah bayu, Sarawak sebagai bumi kenyalang dan bermacam-macam lagi gelaran bagi setiap negeri.
Bagi kita rakyat Kelantan dan juga bukan rakyat Kelantan, kita tahu sangat dengan nama panggilan bagi negeri Kelantan ni. Ada yang gelarkan Kelantan sebagai negeri Tok Janggut. Ada pula memanggilnya negeri Cik Siti Wan Kembang, dan ada pula menamakan Kelantan sebagai Serambi Mekah.
Gelaran itu semuanya ada makna dan sebabnya tersendiri.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
Kelantan Serambi Mekah
Bagi saya, gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah adalah yang terhebat dari sudut menceritakan rakyat Kelantan secara ringkasnya adalah begitu rapat dengan ahlul Makkah suatu ketika dulu, hingga kini.
Gelaran Tok Janggut pula melambangkan yang di Kelantan adanya pejuang Islam yang mati sebagai syahid menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.
Dari kalangan wanita atau lebih hebat lagi sekarang kita gelarkan mereka muslimat, juga turut serta menghunus keris berjuang sehingga muncul tokoh dan gelaran Kelantan negeri Cik Siti Wan Kembang.
Di sudut yang lain pula, wujud tokoh-tokoh hebat seperti Tok Kenali dan Tok Guru Pondok yang menjadikan Kelantan terkenal diseluruh negara dan serantau dunia.
Jika itu berterusan, memang layaklah kita gelarkan Kelantan untuk abad ini sebagai Negeri Kecemerlangan Akhirat atau lebih mudah lagi sebagai Kelantan Pusat Tusyen Akhirat.
Inilah hasrat Tuan Guru YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Selama memerintah Kelantan iaitu lebih 18 tahun, banyak ‘kaizen’ berupa penambahbaikkan kepada pentadbiran dan pemerintahan Kelantan telah di perkenalkan dibawah kepimpinan beliau.
Antaranya, yang paling unik ialah, mengadakan kuliah Jumaat waktu pagi dipasar besar Kota Bharu untuk rakyat Kelantan yang pergi disitu untuk membeli belah dipasar Jumaat disamping mendengar kuliah Tuan Guru.
Program ini amat popular di Kelantan hingga bukan sahaja ianya dapat dimanafaat oleh rakyat Kelantan dalam negeri, bahkan kini dapat di ikuti secara on-line oleh semua rakyat di luar Kelantan secara global melalui internet, TVK.com antara jam 9:30 hingga 10:30 pagi, setiap Jumaat.
Ribuan rakyat Kelantan hadir setiap kali ianya diadakan. Itulah nikmatnya.
Tuan Guru mahukan rakyatnya menjadi ‘Tutor’ kepada rakyat Malaysia lain untuk sama-sama berjaya dan cemerlang di hari akhirat nanti.
Sejarah Gelaran “Serambi Mekah”
Gelaran “Serambi Mekah” dipercayai berasal dari beberapa faktor utama, antaranya ialah peranan Kelantan dalam menyebarkan dan mengekalkan ajaran Islam di rantau ini. Sejak dahulu lagi, Kelantan terkenal sebagai pusat ilmu Islam yang melahirkan ramai ulama tersohor. Sebagai negeri yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, budaya dan gaya hidup masyarakat Kelantan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai Islam yang diamalkan secara meluas.
Kepentingan Pendidikan Islam di Kelantan
Kelantan terkenal dengan sekolah pondoknya yang telah wujud sejak zaman dahulu. Sistem pendidikan pondok merupakan kaedah pembelajaran tradisional yang menekankan pemahaman mendalam tentang agama Islam. Antara pondok yang terkenal termasuk Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Lubuk Tapah yang melahirkan ramai cendekiawan Islam.
Di samping itu, kerajaan negeri turut memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan sistem pendidikan Islam melalui sekolah-sekolah agama dan Maahad Tahfiz. Ini menunjukkan bahawa pendidikan Islam adalah tunjang dalam kehidupan masyarakat Kelantan, sekali gus mengukuhkan lagi gelaran “Serambi Mekah”.
Budaya dan Gaya Hidup Islam di Kelantan
Kelantan dikenali sebagai negeri yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Beberapa aspek yang menonjol dalam gaya hidup masyarakatnya termasuk:
Pakaian Sopan β Kaum wanita di Kelantan kebanyakannya memakai tudung dan berpakaian menutup aurat, selari dengan ajaran Islam.
Ekonomi Berlandaskan Syariah β Negeri Kelantan menggalakkan perniagaan yang mematuhi prinsip syariah, termasuk memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai alternatif mata wang.
Aktiviti Berteraskan Islam β Acara dan program di Kelantan sering menampilkan unsur-unsur Islam seperti ceramah agama, forum ilmiah, dan qasidah.
Masjid dan Surau yang Aktif β Masjid di Kelantan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat penyebaran ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.
Pengaruh Kerajaan Negeri dalam Menegakkan Syariat Islam
Kelantan di bawah kepimpinan kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan pelaksanaan syariat Islam dalam pemerintahan dan kehidupan rakyat. Contohnya:
Pengharaman premis perjudian dan sekatan terhadap hiburan yang tidak selari dengan nilai Islam.
Penggunaan sistem perbankan Islam secara meluas di kalangan penduduk.
Pengukuhan undang-undang syariah dalam perundangan negeri.
Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan Kelantan terus dikenali sebagai negeri Islamik yang mengekalkan nilai-nilai murni.
Pengaruh Ulama dan Tokoh Islam Kelantan
Kelantan juga terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai ulama dan pendakwah terkenal. Antara tokoh Islam yang berasal dari Kelantan termasuklah:
Tok Kenali β Seorang ulama besar yang banyak berjasa dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan.
Nik Abdul Aziz Nik Mat β Bekas Menteri Besar Kelantan yang terkenal dengan gaya kepimpinan Islamik dan sederhana.
Datoβ Dr. Haron Din β Seorang ulama dan pendakwah terkenal yang juga berasal dari Kelantan.
Kehadiran ramai tokoh Islam ini telah menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dihormati dalam dunia Islam, mengukuhkan lagi gelaran “Serambi Mekah”.
Keunikkan Islam Di Negeri Kelantan
Rasanya masih ramai yang tidak tahu beberapa perkara yang tidak diamalkan oleh negeri lain.
Tiada arak jual secara terbuka. Pergilah mana-mana SevenE atau pasar raya di negeri Kelantan tiada arak yang dijual.
Aktiviti jual pasar malam akan dihentikan selama 30 minit untuk sembahyang maghrib.
Setiap label kedai di Kelantan mesti ada tulisan jawi. Cuba datang ke Kelantan dan korang perhatikan sendiri label di setiap kedai. KFC dan Marrybrown pun ditulis jawi pada signboard mereka.
Tiada disko, karaoke dan juga pawagam. Karaoke dan pawagam bagi saya masih boleh dibicarakan untuk wujudkan di negeri Kelantan selagi mana tidak bercampur lelaki dan perempuan ajnabi.
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya tidak sempat nak tulis di sini.
Disebabkan ni jugalah negeri Kelantan digelarkan sebagai negeri Serambi Mekah.
Namun di sebalik gelaran tersebut, ada beberapa pihak dari negeri lain yang tidak berpuas hati dan menganjing nama gelaran tersebut diberikan.
Jika ada berita maksiat atau jenayah yang berlaku di negeri Kelantan, nama negeri Kelantan akan disebut-sebut macam diperli.
Maksiat atau jenayah itu adalah dari tindakkan dari individu dan bukannya melibatkan negeri sebab setiap negeri mesti ada berlaku maksiat atau jenayah ni walaupun di tanah kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad.
Penutup
Kelantan digelar “Serambi Mekah” bukan tanpa sebab. Sejarahnya yang kaya dengan perkembangan Islam, sistem pendidikan pondok yang kukuh, budaya yang berpaksikan Islam, serta kepimpinan yang menekankan syariat Islam menjadikan negeri ini sebagai pusat Islam yang dihormati di Malaysia. Gelaran ini tidak hanya merujuk kepada warisan masa lampau, tetapi juga mencerminkan identiti dan jati diri masyarakat Kelantan yang terus mempertahankan Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Dengan semua faktor ini, tidak menghairankan bahawa Kelantan terus dikenali sebagai negeri Islamik yang unik dan istimewa di Malaysia. Maka, gelaran “Kelantan Serambi Mekah” adalah sesuatu yang wajar dan terus relevan hingga ke hari ini.
Soalan Lazim (FAQ)
Mengapa Kelantan mendapat gelaran “Serambi Mekah”?
Kelantan mendapat gelaran ini kerana peranannya dalam menyebarkan Islam, sistem pendidikan pondok yang kukuh, serta budaya dan gaya hidup masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Apakah peranan sekolah pondok dalam mengekalkan gelaran “Serambi Mekah”?
Sekolah pondok di Kelantan berfungsi sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang melahirkan ramai ulama dan pendakwah. Ia menjadi asas kepada pengukuhan ajaran Islam dalam masyarakat Kelantan.
Bagaimana kerajaan negeri Kelantan mengukuhkan nilai Islam dalam pemerintahan?
Kerajaan negeri Kelantan telah melaksanakan dasar berlandaskan syariah, seperti mengharamkan perjudian, menggalakkan sistem perbankan Islam, serta memperkukuhkan undang-undang syariah dalam pentadbiran negeri.
Apakah faktor utama yang menjadikan Kelantan berbeza dari negeri lain di Malaysia dalam aspek Islam?
Kelantan lebih menonjol dalam aspek keislaman kerana kekuatan pendidikan agama, budaya yang berpaksikan Islam, serta kepimpinan yang menekankan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negeri.
Siapakah tokoh Islam yang terkenal dari Kelantan?
Antara tokoh Islam terkenal dari Kelantan ialah Tok Kenali, Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Datoβ Dr. Haron Din, yang banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di Malaysia.
Besar kemungkinan korang pernah lihat video-video mangsa kemalangan di China yang hanya dibiarkan menderita seorang diri tanpa dibantu oleh orang sekeliling mereka. Pernah kita fikir tak kenapa rakyat China tidak membantu mangsa-mangsa kemalangan?
Pelik bukan?
Ada dalam satu video tu saya tengok ada anak kecil berjalan-jalan di atas jalan tapi tak ada seorang pun yang cuba menahan kenderaan yang lalu lalang atau cuba selamatkan budak tersebut. Masing-masing buat hal sendiri seolah-olah nyawa manusia ni tidak berharga.
Mesti korang akan berasa geram kan sebab orang ramai di sekeliling mangsa hanya mampu melihat dan langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan mangsa.
So, korang jangan pelik sebab benda ni sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di China. Satu benda yang normal di China.
Perkara pelik macam ni terjadi puncanya adalah undang-undang di China yang menyebabkan orang awam takut untuk menghulur bantuan.
Ok yang ni saya akan ulaskan dalam artikel ni.
Sebab Kenapa Rakyat China Tidak Membantu Mangsa Kemalangan
Di China ni sekiranya korang selamatkan mangsa yang ditimpa malang seperti kemalangan, lemas atau apa-apa jela, sekiranya terdapat perkara buruk terjadi kepada mangsa yang korang cuba selamatkan tu seperti kematian atau kecacatan pada mangsa, korang akan dipaksa untuk menanggung segala kos liability mereka. Kalau korang cuba bawa mereka ke hospital, korang yang akan tanggung perbelanjaan kos rawatan tersebut.
Gila bukan?
Paling teruk dan tragis lagi penyelamat yang selamatkan mangsa ni akan disaman oleh keluarga mangsa atau mangsa sendiri.
Bunyi macam pelik je kan?
Tapi, itulah realitinya di negara China. Ramai yang mengatakan bahawa masalah mentaliti rakyat China ni agak pelik dan mempunyai moral yang buruk tapi benda ni berlaku sebenarnya disebabkan undang-undang yang menjadikan masing-masing lepas tangan.
Adakah kerajaan di China tidak memandang serius perkara ini?
Antara kes yang popular mengenai masalah ini adalah kes tahun 2006 mengenai seorang wanita tua berumur 65 tahun di Nanjing dimana mangsa terjatuh ketika cuba turun dari bas.
Masa dia jatuh tu, dia pun telah dibantulah oleh seorang pemuda bernama Peng Yu, 26 tahun, yang juga kebetulan sedang turun dari bas tersebut.
Masa orang lain bergegas turun daripada bas tanpa bantu wanita malang itu, Pen Yu bergegas menolong wanita tersebut untuk bangun, termasuklah membawa wanita malang itu ke hospital dan menolong membayar bil hospital.
Mesti korang sangka yang wanita tua itu akan berterima kasih kepada Peng Yu bukan?
Sama sekali tidak.
Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan sangat memeranjatkan bila wanita tua tu pula yang bertindak menyaman pemuda tu sekitar 45,000 yuan dalam sekitar RM30 ribu Malaysia dan tuntutan bayaran perubatan serta pampasan kerana wanita itu mendakwa lelaki itu yang menyebabkan dia terjatuh.
Perghhh…
Buruk gila perangai.
Orang sudah tolong dan bantu bayar kos rawatan pun masih lagi nak saman menyaman.
Daripada kes inilah, ianya menjadi viral dan menjadi permulaan kepada sebab ramai rakyat China enggan untuk menawarkan bantuan kepada mangsa kemalangan. Tidak kiralah mangsa tu orang tua ke mahupun bayi ke, rakyat China hanya akan melihat sahaja daripada jauh kerana takut kena bertanggungjawab dan dipersalahkan.
Satu kes lagi yang popular adalah pada tahun 2011 bila ada seorang bayi yang berusia 2 tahun dibiarkan dilanggar kerana tidak ada siapa yang berani menolong budak tersebut atas jalanraya. Bayi malang itu dikatakan sedang berjalan seorang diri tanpa disedari ibunya.
So undang-undang ni sebagai permulaan untuk melindungi orang awam yang menghulurkan bantuan.
Pandangan Peribadi
Pada pandangan peribadi saya sendiri, benda ni berlaku mungkin juga disebabkan bilangan rakyat China ni terlalu ramai sehingga raja atau pemerintah mereka sendiri tidak mampu untuk mengawal rakyatnya.
Dia ibarat dalam setandang pisang tu bukannya semuanya ok. Mesti ada juga yang buruk sebiji dua.
Jadi dalam beratus-ratus juta rakyat China tu, mesti ada sekelompok manusia yang akan berperangai pelik dan sebagainya.
Sekirannya benar faktor utama rakyat China tidak membantu mangsa yang dalam kesusahan disebabkan undang-undang, pihak kerajaan China perlu lihat benda ni satu benda yang serius perlu diselesaikan.
Jika kita lihat perbuatan mereka ni tidak seperti manusia yang normal dan tidak nampak ketamadunan sedangkan fitrah manusia bukanlah seperti itu.
Di bawah ni saya sediakan satu video jika korang nak lihat saya membebel kenapa rakyat China ni tidak membantu mangsa-mangsa kemalangan.