013-9346624 (Whatsapp Only)
Kenapa Rakyat China Tidak Membantu Mangsa Kemalangan?

Kenapa Rakyat China Tidak Membantu Mangsa Kemalangan?

Besar kemungkinan korang pernah lihat video-video mangsa kemalangan di China yang hanya dibiarkan menderita seorang diri tanpa dibantu oleh orang sekeliling mereka. Pernah kita fikir tak kenapa rakyat China tidak membantu mangsa-mangsa kemalangan?

Pelik bukan?

Ada dalam satu video tu saya tengok ada anak kecil berjalan-jalan di atas jalan tapi tak ada seorang pun yang cuba menahan kenderaan yang lalu lalang atau cuba selamatkan budak tersebut. Masing-masing buat hal sendiri seolah-olah nyawa manusia ni tidak berharga.

Mesti korang akan berasa geram kan sebab orang ramai di sekeliling mangsa hanya mampu melihat dan langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan mangsa.

So, korang jangan pelik sebab benda ni sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di China. Satu benda yang normal di China.

Perkara pelik macam ni terjadi puncanya adalah undang-undang di China yang menyebabkan orang awam takut untuk menghulur bantuan.

Ok yang ni saya akan ulaskan dalam artikel ni.

Sebab Kenapa Rakyat China Tidak Membantu Mangsa Kemalangan

rakyat china

Di China ni sekiranya korang selamatkan mangsa yang ditimpa malang seperti kemalangan, lemas atau apa-apa jela, sekiranya terdapat perkara buruk terjadi kepada mangsa yang korang cuba selamatkan tu seperti kematian atau kecacatan pada mangsa, korang akan dipaksa untuk menanggung segala kos liability mereka. Kalau korang cuba bawa mereka ke hospital, korang yang akan tanggung perbelanjaan kos rawatan tersebut.

Gila bukan?

Paling teruk dan tragis lagi penyelamat yang selamatkan mangsa ni akan disaman oleh keluarga mangsa atau mangsa sendiri.

Bunyi macam pelik je kan?

Tapi, itulah realitinya di negara China. Ramai yang mengatakan bahawa masalah mentaliti rakyat China ni agak pelik dan mempunyai moral yang buruk tapi benda ni berlaku sebenarnya disebabkan undang-undang yang menjadikan masing-masing lepas tangan.

Adakah kerajaan di China tidak memandang serius perkara ini?

Antara kes yang popular mengenai masalah ini adalah kes tahun 2006 mengenai seorang wanita tua berumur 65 tahun di Nanjing dimana mangsa terjatuh ketika cuba turun dari bas.

Masa dia jatuh tu, dia pun telah dibantulah oleh seorang pemuda bernama Peng Yu, 26 tahun, yang juga kebetulan sedang turun dari bas tersebut.

Masa orang lain bergegas turun daripada bas tanpa bantu wanita malang itu, Pen Yu bergegas menolong wanita tersebut untuk bangun, termasuklah membawa wanita malang itu ke hospital dan menolong membayar bil hospital.

Mesti korang sangka yang wanita tua itu akan berterima kasih kepada Peng Yu bukan?

Sama sekali tidak.

Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan sangat memeranjatkan bila wanita tua tu pula yang bertindak menyaman pemuda tu sekitar 45,000 yuan dalam sekitar RM30 ribu Malaysia dan tuntutan bayaran perubatan serta pampasan kerana wanita itu mendakwa lelaki itu yang menyebabkan dia terjatuh.

Perghhh…

Buruk gila perangai.

Orang sudah tolong dan bantu bayar kos rawatan pun masih lagi nak saman menyaman.

Daripada kes inilah, ianya menjadi viral dan menjadi permulaan kepada sebab ramai rakyat China enggan untuk menawarkan bantuan kepada mangsa kemalangan. Tidak kiralah mangsa tu orang tua ke mahupun bayi ke, rakyat China hanya akan melihat sahaja daripada jauh kerana takut kena bertanggungjawab dan dipersalahkan.

Satu kes lagi yang popular adalah pada tahun 2011 bila ada seorang bayi yang berusia 2 tahun dibiarkan dilanggar kerana tidak ada siapa yang berani menolong budak tersebut atas jalanraya. Bayi malang itu dikatakan sedang berjalan seorang diri tanpa disedari ibunya.

Sekarang ni saya difahamkan bahawa ada undang-undang baru yang secara rasminya dikenali sebagai “Peraturan Perlindungan Hak Samaritan“.

So undang-undang ni sebagai permulaan untuk melindungi orang awam yang menghulurkan bantuan.

Pandangan Peribadi

Pada pandangan peribadi saya sendiri, benda ni berlaku mungkin juga disebabkan bilangan rakyat China ni terlalu ramai sehingga raja atau pemerintah mereka sendiri tidak mampu untuk mengawal rakyatnya.

Dia ibarat dalam setandang pisang tu bukannya semuanya ok. Mesti ada juga yang buruk sebiji dua.

Jadi dalam beratus-ratus juta rakyat China tu, mesti ada sekelompok manusia yang akan berperangai pelik dan sebagainya.

Sekirannya benar faktor utama rakyat China tidak membantu mangsa yang dalam kesusahan disebabkan undang-undang, pihak kerajaan China perlu lihat benda ni satu benda yang serius perlu diselesaikan.

Jika kita lihat perbuatan mereka ni tidak seperti manusia yang normal dan tidak nampak ketamadunan sedangkan fitrah manusia bukanlah seperti itu.

Di bawah ni saya sediakan satu video jika korang nak lihat saya membebel kenapa rakyat China ni tidak membantu mangsa-mangsa kemalangan.

5 Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Lumayan

5 Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Lumayan

Macam mana nak buat duit dengan blog? Sejak kebelakangan ni, blog dah jadi satu medium yang makin diterima ramai dalam kalangan rakyat Malaysia samaada untuk bisnes, sampaikan info dan juga untuk perkongsian peribadi.

Dulu saya tak terfikir pun blog ni boleh buat duit. Bila saya tengok orang lain buat blog apa yang saya fikir semua ni adalah sumbangan info semata-mata tanpa ada ganjaran pun dari blog tersebut.

Ada untung ke?

Pada tahun 2013, saya mula meneroka tentang buat duit dengan blog ni bila saya terlihat seorang blogger mat salleh ni jana ribuan USD dengan hanya blogging je.

Adakah buat duit dengan blog satu mitos atau real?

Jawapannya adalah kita boleh buat duit dengan blog dan jika kena dengan caranya kita boleh jana pendapatan yang lumayan dengan hanya tulis blog saja.

Blogger luar negara kebanyakkan mereka tulis blog je dan pendapatan mereka dalam setahun boleh mencecah jutaan USD.

Bila saya kaji dan tengok, rupanya banyak cara kita boleh buat duit dengan blog.

Dari situ barulah saya nampak peluang sikit demi sikit macam mana blogger ni hidup dengan hanya menulis blog je.

Macam mana cara buat duit dengan blog?

Dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang macam mana nak buat duit dengan blog yang lumayan.

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

buat duit dengan blog

Di bawah ni saya kongsikan lima cara buat duit dengan blog yang paling lumayan.

Sebenarnya masih ada lagi cara buat duit dengan blog ni.

Tapi cukup sekadar fokus kepada lima cara ni saja.

#1. Iklan Adsense

Antara buat duit dengan blog paling popular adalah melalui iklan adsense.

Apa itu adsense?

Adsense adalah salah satu program di bawah jagaan Google di mana mereka akan cari publisher (blogger) untuk letakkan iklan pelanggan mereka dalam blog kita.

Kiranya, pihak Google Adsense akan sewa tapak iklan dalam blog kita dan dari situ kita akan dapat hasilnya.

Jadi macam mana kita dapat hasil dari Google Adsense?

Di Google Adsense kita akan dapat duit dengan cara pelawat klik iklan dalam blog kita dan juga per 1000 tontonan.

Cukup situ je korang perlu tahu sebab secara lebih detail ia ada pengiraan dia pula.

Setiap iklan yang di klik kita mungkin akan dapat sen-sen setiap klik sehinggalah ada yang berbelas-belas dollar setiap kali klik.

Memang setiap klik tu sikit.

Tapi bayangkan yang klik tu beratus-ratus ataupun berpuluh ribu.

Berapa dah korang akan dapat?

Sebab tu ramai yang gilakan apply Google Adsense ni.

Tapi korang kena ingat, disebabkan Google Adsense ni dia ada authoriti dia sendiri, bukan semua blog mereka akan terima untuk jadi partner mereka.

Salah satu contoh adalah jika blog copy and paste mereka tidak akan terima blog seperti ini.

Jadi, langkah yang terbaik adalah dengan cara kita berusaha dan tulis sendiri blog.

Bukan blog jenis copy and paste.

#2. Advertorial

Apa maksud advertorial?

Maksud advertorial adalah review secara bertulis ataupun iklan secara bertulis.

Jika korang seorang blogger, tentu istilah ni tidak asing lagi kan?

Untuk advertorial ni biasanya kita akan approach seseorang atau syarikat untuk buat review produk mereka di blog kita ataupun mereka yang akan cari kita untuk buat review produk mereka di blog kita.

Bagi saya, saya lebih selesa mereka yang mencari kita daripada kita mencari orang lain untuk buat review di blog kita.

Sebagai contoh, syarikat dari Panasonic contact korang. Mereka nak korang buat review secara bertulis dalam blog tentang satu produk terbaru yang mereka lancarkan.

Jadi, itulah maksud advertorial iaitu kita buat review sesuatu produk dalam blog kita dengan harapan jika ada orang cari produk tersebut mereka akan temuinya di search engine seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.

Biasanya bayaran yang kita terima dari syarikat besar adalah antara RM500-RM1000 dan dari individu pula antara RM150-RM500. Namun semua ni ia bergantung pada populariti blog kita. Makin popular blog kita, makin mahal yang kita boleh caj.

Ada yang pernah saya jumpa, yang caj sampai puluhan ribu pun ada untuk satu iklan advertorial ni.

Untuk dapatkan job advertorial ni tanpa korang cari orang, korang boleh daftar di Fiverr dan juga Intellifluence.

#3. Sewa Tapak Iklan

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, kita boleh buat duit dengan blog bermacam-macam cara.

Salah satunya adalah dengan buat sewa tapak iklan dalam blog kita.

Pernah korang tengok iklan-iklan di blog samaada di header, sidebar, footer dan juga in post dalam sesuatu blog?

buat duit dengan blog

Dengan sediakan sewa tapak iklan tersebut juga, kita boleh jana pendapatan melalui blog.

Harga caj pula letaklah harga yang sesuai dengan popularity blog korang.

Biasanya yang blogger buat adalah antara RM100-RM1000 sebulan.

#4. Program Affiliate

Jika di luar negara, jana pendapatan blog melalui program affiliate adalah antara yang paling popular selepas Google Adsense.

Apa itu affiliate?

Affiliate adalah satu model bisnes di mana kita hanya promote barang ataupun sesuatu produk melalui link unik yang telah disediakan untuk kita promote.

Jika ada jualan, korang akan dapat komisyen daripada jualan tersebut yang dikesan melalui link yang kita promote tu.

Jadi macam mana nak buat duit melalui program affiliate di Blog?

Ok.

Konsep dia macam ni.

Saya akan huraikan dengan lebih detail tapi ringkas.

Sebagai contoh korang daftar program affiliate di Klikjer.

Dalam Klikjer tu korang boleh tengok ada bermacam-macam jenis ebook yang boleh korang promote.

Katakan korang berminat nak promote ebook Bisnes Shopee.

Korang taip satu artikel yang menarik mengenai Shopee.

Tak kira la tutorial berniaga di Shopee ke, kelebihan Shopee ke dan sebagainya.

Kemudian dalam artikel tersebut korang selitkan link affiliate ebook Bisnes Shopee tersebut.

Jika orang yang baca artikel tu klik pada link affiliate tersebut, korang akan dapat jualan jika mereka beli ebook tersebut melalui link korang.

Faham kan maksud saya?

Saya dah terangkan sehabis baik dan seringkas mungkin dah ni untuk korang lebih faham.

Bayangkan jika korang ada trafik 1 juta sebulan dan dalam 1 juta tu hanya 1% sahaja yang beli barang melalui review artikel yang korang tulis.

Banyak tu…

#5. Jual Barang

Akhir sekali benda yang korang boleh buat duit dengan blog adalah dengan jual barang samaada barang sendiri atau barang agen.

Biasanya jual barang sendiri ni diamalkan oleh influencer yang terkenal dan mempunyai fans yang cukup ramai di mana mereka akan buat satu topi atau baju dan mereka jual kepada fans-fans mereka.

Tapi apa yang saya lihat influencer ni jarang ada blog.

Mereka hanya guna media sosial saja.

Namun korang jangan risau.

Kita buat cara kita.

Andaikan korang ada blog, nanti korang boleh jual apa saja barang melalui blog korang tu.

Jika korang jadi agen coway, ceritakan kebaikkan Coway melalui blog tu, jika korang agen jual tudung, tulis dan buat review mengenai tudung tersebut dalam blog.

Salah satu kebaikkan jual melalui blog ni adalah, mereka ni semuanya berpotensi akan jadi pelanggan kita sebab mereka yang cari info tersebut di enjin carian seperti Google.

Sebagai contoh mereka mencari info cara pakai tudung shawl dengan betul.

Mungkin korang boleh buatkan tutorial cara pakai tudung shawl dengan betul dan pada masa yang sama katakan mereka minat dengan tudung korang pakai tu, mereka pasti akan beli.

Kan dari situ korang dah boleh buat duit.

Kesimpulan

Dengan blog, kita memang boleh jana pendapatan melaluinya seperti yang telah saya kongsikan di atas ni.

Tapi kadang-kadang orang Malaysia ni berblogging hanya untuk suka-suka. Ada yang hanya jadikan blog ni sebuah diari peribadi semata-mata.

Tak salah pun nak jadikan blog sebagai diari peribadi tapi biarlah content tu kita huraikan sikit dan jadikan ia info yang bermanfaat pada pembaca.

Berbeza dengan blogger luar negara.

Kalau mereka blogging, mereka akan jana pendapatan yang sangat lumayan hanya melalui blog saja.

Jadi, kepada rakyat Malaysia, di sini saya menyeru jom sama-sama kita bangunkan industri blogging di Malaysia ni seperti di negara-negara luar. Hanya jana pendapatan yang lumayan hanya dengan blogging je.

Lepas ni hidup kita akan lebih bebas dan tak perlu nak berharap untuk kerja dengan orang lain.

Soalan Lazim Buat Duit Dengan Blog

Macam mana cara buat duit dengan blog?

Seperti yang saya ceritakan di atas ni, kita boleh buat duit dengan blog dalam pelbagai cara. Antaranya adalah;

1. Iklan adsense
2. Advertorial
3. Sewa tapak iklan
4. Program affiliate
5. Jual barang

Halal ke jana pendapatan dengan blog?

Halal jana pendapatan dengan blog jika korang cari duit dengan cara yang betul.

7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi

7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi

7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi | Mengantuk adalah tindak balas semula jadi tubuh apabila seseorang mengalami keletihan, kekurangan tidur atau berada dalam keadaan kurang aktif. Walau bagaimanapun, rasa mengantuk yang datang secara tiba-tiba dan tidak sesuai dengan situasi boleh mengganggu prestasi harian, sama ada ketika bekerja, belajar, memandu atau menghadiri mesyuarat penting.

Justeru itu, penting untuk mengetahui pelbagai cara hilangkan mengantuk yang berkesan supaya kita sentiasa kekal fokus dan produktif.

7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi

7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi
7 Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Situasi

Berikut merupakan 7 cara yang terbukti dapat membantu menghilangkan rasa mengantuk dalam apa jua situasi. Setiap kaedah ini boleh dipraktikkan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian individu.

1. Minum Air Kosong Secukupnya

Kehidratan yang mencukupi memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap tenaga dan kesegaran badan. Apabila tubuh kekurangan air, ia boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala dan seterusnya membawa kepada rasa mengantuk yang berpanjangan.

Bagaimana ia membantu?

Air membantu sistem peredaran darah berfungsi dengan baik dan memastikan bekalan oksigen sampai ke otak dengan mencukupi. Otak yang kekurangan oksigen akan menjadi lemah dan menyebabkan anda mudah mengantuk.

Cara praktikkan dengan buat perkara seperti di bawah.

  • Sentiasa bawa botol air bersama anda.
  • Minum sedikit-sedikit tetapi kerap, bukan tunggu haus baru minum.
  • Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, bergantung pada aktiviti harian dan keadaan cuaca.

2. Lakukan Pergerakan Ringkas atau Regangan

Apabila anda duduk terlalu lama, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan oksigen kurang sampai ke otak. Akibatnya, rasa mengantuk pun mula muncul. Pergerakan fizikal adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan mengantuk.

Bagaimana ia membantu?

Pergerakan membantu meningkatkan degupan jantung, memperbaiki pengaliran darah dan memberi rangsangan kepada sistem saraf untuk terus aktif.

Berikut adalah contoh pergerakan ringkas.

  • Berdiri dan berjalan seketika setiap 30-60 minit.
  • Lakukan regangan leher, tangan dan kaki.
  • Goyangkan bahu dan pusingkan kepala untuk meredakan ketegangan otot.

3. Dapatkan Udara Segar

Bekerja dalam bilik berhawa dingin tanpa pengudaraan yang baik boleh menyebabkan kekurangan oksigen dan meningkatkan rasa mengantuk. Oleh itu, memastikan anda mendapat udara segar boleh membantu menyegarkan kembali minda.

Bagaimana ia membantu kita?

Udara segar mengandungi lebih banyak oksigen yang dapat disalurkan ke otak. Ini membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan segar semula, sekaligus mengurangkan rasa mengantuk.

Cadangan praktikal yang boleh anda lakukan adalah dengan,

  • Buka tingkap pejabat atau bilik tidur seketika.
  • Ambil masa untuk keluar ke luar bangunan dan hirup udara segar.
  • Gunakan kipas pengudaraan untuk melancarkan aliran udara jika berada dalam ruang tertutup.

4. Dengar Muzik yang Menyegarkan

Muzik boleh mempengaruhi emosi dan mood seseorang. Mendengar lagu yang ceria dan bersemangat boleh membantu meningkatkan tenaga serta mengalihkan perhatian daripada rasa mengantuk.

Bagaimana muzik boleh membantu?

Bunyi muzik merangsang aktiviti otak dan membantu mengaktifkan hormon dopamine yang berkait rapat dengan rasa keseronokan dan fokus.

Jenis muzik yang sesuai untuk korang dengar ketika mengantuk adalah seperti berikut.

  • Lagu irama pantas seperti pop atau rock ringan.
  • Muzik instrumental yang bersemangat.
  • Elakkan muzik perlahan yang cenderung menenangkan dan boleh menyebabkan anda semakin mengantuk.

5. Ambil Makanan Ringan yang Sihat

Memakan makanan ringan bukan sahaja dapat memberikan tenaga tambahan, malah boleh membantu tubuh terus aktif. Namun, pemilihan makanan yang betul amat penting bagi memastikan anda tidak semakin lesu selepas makan.

Bagaimana ia membantu kita?

Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks dan protein membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan memberikan tenaga berpanjangan tanpa membuat anda rasa terlalu kenyang.

Contoh makanan ringan tapi sihat.

  • Buah-buahan seperti epal, pisang atau oren.
  • Kekacang seperti badam atau kacang tanah tanpa garam.
  • Yogurt rendah lemak atau granola bar.

Elakkan makanan manis yang tinggi gula kerana ia hanya memberi tenaga sekejap sebelum menyebabkan keletihan semula.

6. Cuci Muka Dengan Air Sejuk

Air sejuk mampu memberi kejutan ringan kepada sistem saraf dan seterusnya mengembalikan kesegaran tubuh. Ini adalah kaedah segera dan berkesan untuk menghilangkan rasa mengantuk terutamanya ketika dalam keadaan yang mendesak seperti di tempat kerja atau dalam mesyuarat penting.

Tapi, bagaimana ia membantu kita untuk hilangkan rasa mengantuk?

Air sejuk merangsang saraf di muka dan mempercepatkan aliran darah ke otak, sekaligus menyegarkan deria dan menghilangkan rasa lesu.

Cara praktikkan ketika cuci muka dengan air sejuk, anda boleh buat perkara berikut.

  • Basuh muka dengan air sejuk dari sinki.
  • Lap muka menggunakan tuala lembap yang sejuk.
  • Jika perlu, sapukan sedikit losyen yang mengandungi mentol untuk kesan sejuk yang tahan lebih lama.

7. Lakukan Pernafasan Dalam (Deep Breathing)

Pernafasan dalam adalah teknik mudah tetapi sangat efektif untuk menyegarkan minda. Dengan menarik nafas dalam dan perlahan, anda membantu tubuh menyerap lebih banyak oksigen dan menenangkan sistem saraf.

Bagaimana ia membantu?

Teknik pernafasan dalam bukan sahaja membantu meningkatkan oksigen, malah dapat mengurangkan tekanan, mengaktifkan sistem saraf parasimpatik, dan memberi ketenangan serta fokus kepada individu.

Bagaimana cara untuk kita lakukannya?

  • Duduk dalam posisi selesa, tegakkan badan.
  • Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung selama 4 saat.
  • Tahan nafas selama 2 saat.
  • Hembuskan nafas perlahan melalui mulut selama 6 saat.
  • Ulangi selama 1-2 minit untuk hasil yang optimum.

Kenapa Kita Mudah Rasa Mengantuk?

Tadi kita dah lihat cara menghilangkan mengantuk. Sekarang mari pula kita lihat punca-punca utama yang menyebabkan kita mudah berasa mengantuk.

Dengan mengetahui sebab-sebabnya, kita boleh mengambil langkah pencegahan yang lebih berkesan serta mengenal pasti sama ada ia berkaitan dengan tabiat harian atau masalah kesihatan yang lebih serius.

1. Kurang Tidur atau Tidur Tidak Berkualiti

Ini adalah punca paling biasa dan sering diabaikan. Ramai yang menganggap tidur selama beberapa jam sudah mencukupi, sedangkan kualiti tidur turut memainkan peranan penting. Tidur yang terganggu atau tidak lena menyebabkan tubuh tidak mendapat rehat sepenuhnya.

Contoh situasi seperti tidur lewat kerana kerja atau bermain telefon, sering terjaga di tengah malam dan berdengkur kuat yang mungkin petanda sleep apnea.

2. Pemakanan Tidak Seimbang

Makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik dan turun secara mendadak. Ini boleh mengakibatkan tubuh menjadi lesu dan otak cepat letih.

Tanda-tanda berkaitan dengan pemakanan tidak seimbang adalah rasa letih selepas makan tengah hari, sukar fokus apabila perut kenyang dan terlalu bergantung pada kafein atau minuman tenaga.

3. Kekurangan Zat atau Dehidrasi

Tubuh yang kekurangan air atau nutrien penting seperti zat besi, vitamin B12, atau magnesium boleh menyebabkan gejala keletihan dan rasa mengantuk yang berterusan.

Antara kesan yang boleh kita lihat adalah kulit pucat, pening atau mudah sesak nafas (jika berkaitan anemia), mulut kering, kurang kencing, atau sakit kepala (jika dehidrasi).

4. Kurang Aktiviti Fizikal

Gaya hidup sedentari seperti duduk terlalu lama di hadapan komputer atau TV boleh menyebabkan aliran darah perlahan. Ini mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan membuatkan tubuh terasa lemah dan mengantuk.

Bila bekalan oksigen ke otak tidak mencukupi, sebab itu kita sering menguap ketika waktu bekerja walaupun tidak letih fizikal.

5. Tekanan dan Masalah Emosi

Stres, kemurungan, dan kebimbangan berlebihan boleh memberi kesan kepada pola tidur serta menjejaskan tenaga harian. Individu yang tertekan mudah mengalami gangguan tidur dan keletihan sepanjang hari.

Ciri-ciri biasa yang biasa kita lihat adalah;

  • Tidur tetapi bangun masih penat.
  • Tidak bermotivasi atau kurang semangat.
  • Cepat rasa ‘burnout’ atau hilang minat terhadap aktiviti harian.

6. Pengaruh Ubat-Ubatan atau Penyakit

Salah satu punca yang sering diabaikan dalam masalah mengantuk ialah kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan atau kewujudan penyakit tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa mengantuk yang berpanjangan walaupun seseorang itu cukup tidur, cukup rehat dan tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti sama ada rasa mengantuk yang dialami berkait rapat dengan faktor perubatan.

Perlu perhatian:

  • Jika mengantuk bermula selepas mengambil ubat tertentu.
  • Jika rasa mengantuk disertai simptom lain seperti penglihatan kabur atau denyutan jantung tidak stabil.

Penutup

Mengantuk bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi harian, malah dalam keadaan tertentu boleh menjadi bahaya, contohnya ketika memandu atau mengendalikan mesin berat. Oleh itu, selain mempraktikkan cara hilangkan mengantuk seperti yang dinyatakan di atas, anda juga perlu memberi perhatian kepada gaya hidup keseluruhan.

Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi setiap malam, makan secara sihat dan seimbang, serta melakukan senaman secara berkala. Kesemua faktor ini berperanan dalam memastikan tubuh sentiasa bertenaga, fokus dan berfungsi dengan optimum.

Dengan mengamalkan tip dan teknik yang dikongsikan ini, anda akan dapat mengekalkan tahap kesegaran dalam apa jua situasi — sama ada di tempat kerja, dalam bilik kuliah, atau semasa memandu jarak jauh.

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Cara Hilangkan Mengantuk

Apakah punca utama rasa mengantuk walaupun sudah tidur cukup?

Walaupun tidur cukup dari segi jumlah jam, anda masih boleh berasa mengantuk jika kualiti tidur tidak memuaskan. Ini boleh disebabkan oleh gangguan tidur seperti sleep apnea, tekanan emosi, atau waktu tidur yang tidak konsisten. Selain itu, kekurangan zat penting seperti zat besi juga boleh menjadi faktor.

Adakah minum kopi satu-satunya cara untuk hilangkan mengantuk?

Tidak. Kopi hanyalah salah satu penyelesaian jangka pendek kerana kafein boleh merangsang sistem saraf. Namun, terdapat banyak cara hilangkan mengantuk yang lebih sihat dan berkesan seperti pernafasan dalam, regangan ringan, dan pengambilan air secukupnya.

Bagaimana nak elak rasa mengantuk semasa bekerja di pejabat?

Beberapa cara yang boleh membantu termasuk: berdiri dan regangkan badan setiap 30-60 minit, pastikan ruang kerja cukup terang dan berventilasi, minum air secukupnya, serta elakkan makan makanan berat ketika waktu rehat tengah hari.

Adakah makanan tertentu boleh menyebabkan rasa mengantuk?

Ya. Makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan karbohidrat ringkas seperti nasi putih dalam kuantiti banyak, kek atau minuman manis boleh menyebabkan paras gula dalam darah turun naik dengan cepat, lalu mengundang rasa mengantuk selepas makan.

Bila perlu risau jika terlalu kerap rasa mengantuk?

Jika rasa mengantuk berlaku hampir setiap hari walaupun anda sudah tidur secukupnya dan mengamalkan gaya hidup sihat, itu mungkin tanda awal gangguan kesihatan seperti anemia, masalah tiroid atau gangguan tidur. Disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Adakah teknik pernafasan dalam betul-betul berkesan untuk hilangkan mengantuk?

Ya, teknik pernafasan dalam dapat membantu meningkatkan oksigen ke otak dan memberikan kesegaran segera. Ia juga sangat sesuai diamalkan dalam situasi formal seperti mesyuarat atau semasa menunggu giliran dalam urusan rasmi.

Adakah tidur sekejap (power nap) membantu hilangkan mengantuk?

Ya. Power nap selama 10 hingga 20 minit boleh memberi tenaga dan menyegarkan semula minda. Namun, pastikan tidur tidak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan rasa lebih letih selepas bangun.

Rujukan

  1. ‘Sangap’ di meja kerja – hmetro.com.my
  2. Cara hilangkan mengantuk | By Azri Walter – facebook.com
Buat Duit Dengan Intellifluence Bayaran Dalam USD

Buat Duit Dengan Intellifluence Bayaran Dalam USD

Macam mana cara buat duit dengan Intellifluence? Pada zaman sekarang ni untuk kita jana pendapatan secara online dengan matawang USD sangat mudah dan senang sebab sudah banyak website-website yang menyediakan peluang seperti ini namun kita je yang tidak tahu dan tidak ambil cakna.

Contohnya yang boleh saya beritahu korang di sini adalah Intellifluence, Fiverr dan banyak lagi.

Baik.

Di sini saya nak fokus pada website Intellifluence saja.

Sebenarnya laman website ni saya pun baru tahu.

Masa artikel ni ditulis tak sampai sebulan lagi pun saya tahu pasal website ni. Tapi disebabkan saya dah dapat hampir RM1000 dalam website ni tidak sampai sebulan menyebabkan saya rasa teruja berkongsikan benda ni pada korang semua supaya kita semua sama-sama dapat peluang jana pendapatan.

Apa Itu Intellifluence?

Intellifluence adalah sebuah platform pengiklanan sebenarnya di mana pengiklanan mereka ni unik sikit berbanding pengiklan yang lain.

Di Intellifluence mereka mengumpul semua influencer-influencer dari seluruh negara untuk bekerjasama dengan mereka untuk promosikan produk pelanggan mereka dengan cara post di Media sosial ataupun blog masing-masing.

Untuk dapatkan job, biasanya advertiser akan pilih korang yang mempunyai banyak follower dari media sosial tak kira YouTube, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Jika ada banyak follower dari semua media sosial lagi bagus.

Tapi korang jangan risau bagi yang tidak mempunyai follower yang ramai di media sosial.

Cukup korang hanya perlu sebuah blog saja seperti saya.

Dengan mempunyai blog pun korang berpeluang untuk dapat job yang ditawarkan di Intellifluence.

Belum ada blog?

Boleh cuba bina blog sendiri atau boleh dapatkan servis bina blog.

Buat Duit Dengan Intellifluence Bayaran Dalam USD

buat duit dengan intellifluence

Jadi macam mana kita boleh buat duit dengan Intellifluence?

buat duit dengan intellifluence

Gambar di atas adalah pendapatan yang saya dapat dari Intellifluence setelah beberapa minggu join.

Semua jumlah yang saya dapat ni adalah dengan buat review samaada tulis review di dalam blog dan juga tulis review untuk applikasi di Google Play.

Cara dia mudah je.

Jika ada peluang job untuk kita, kita boleh tengok job tersebut tersenarai di Marketplace.

buat duit dengan intellifluence

Contoh peluang pekerjaan adalah seperti di atas.

Sebenarnya sebelum ni ada banyak lagi.

Ni hanya yang tinggal baki job-job yang tidak layak untuk saya ambil.

Seperti yang saya katakan sebelum ni, antara job yang ada di sini adalah buat review produk di blog, tinggalkan review di applikasi Goolge Store dan sebagainya.

Mudah je kerja-kerja macam ni dan saya dah dapat hampir RM1000 dengan hanya buat tiga job sahaja kurang dari tempoh sebulan.

Tapi korang perlu ingat setiap peluang job yang tersenarai ni berdasarkan ataupun related dengan apa pilihan minat korang masa daftar Intellifluence.

Cara Daftar Intellifluence

Untuk daftar masuk ke dalam Intellifluence senang je.

Tak ada banyak syarat-syarat yang pelik.

Daftar dan terus boleh pilih job yang sesuai.

Berikut adalah cara mendaftar masuk ke dalam website Intellifluence.

Langkah 1 Pergi ke website Intellifluence.

Langkah 2 Kemudian klik pada butang “Register as an Influencer.

Langkah 3 Maksukkan info peribadi seperti nama, email dan juga password. Lepas dah siap isi semua klik pada butang Next.

Langkah 4 Pada bahagian profile, lengkapkan semua info yang diperlukan di sini supaya peluang kerja yang korang dapat tu lebih banyak peluang.

Siap!

Cara Mohon Job Di Intellifluence

So, mesti korang dah tak sabar kan macam mana nak dapatkan job di Intellifluence ni.

Cara nak dapatkan job di Intellifluence tak susah.

Follow je arahan di bawah.

Langkah 1 Korang hanya perlu login ke dalam akaun Intellifluence kemudian pergi ke menu Marketplace.

Langkah 2 Nanti korang akan tengok ada beberapa pilihan job yang sesuai dengan apa yang korang setting dalam akaun.

Langkah 3 Klik pada job yang korang nak buat dan baca sepintas lalu apa yang perlu korang buat.

Langkah 4 Jika semuanya ok klik pada butang Apply to Campaign.

Langkah 5 Kemudian kita taip sedikit mesej kenapa kita berminat untuk review produk tersebut. Pastikan tulis dalam bahasa Inggeris.

Langkah 6 Lepas dah settel semua, klik pada butang “Apply”

Settel.

Nanti just tunggu je email pengesahan.

Untuk kita tengok job yang kita apply tadi, tengok pada bahagian mesej. Nanti korang akan terima satu pre-message yang memberitahu supaya jangan mulakan lagi job tersebut sehingga lah korang akan dapat satu email menyatakan korang layak untuk buat review.

buat duit dengan intellifluence

Seperti contoh gambar di atas saya sedang menunggu email pengesahan sebelum saya mulakan kerja.

Cara Terima Pembayaran

Mesti korang tertanya kan macam mana mereka bayar pada kita?

Disebabkan ni adalah global, mereka hanya bayar kepada kita melalui akaun Paypal sahaja.

buat duit dengan intellifluence

Contoh di atas ni menunjukkan Intellifluence dah buat pembayaran pada saya melalui akaun Paypal.

Jadi sebelum korang ada akaun Intellifluence, bina dulu satu akaun Paypal.

Jika tak tahu nak bina dan guna Paypal macam mana, boleh la rujuk panduan lengkap Paypal Malaysia.

Lubuk Duit Untuk Blogger dan Influencer

Lubuk duit ke?

Bagi saya bukan lubuk duit sangat pun.

Tapi dalam sebulan untuk korang bayar hutang bank tu lepas rasanya. Orang kata cari duit tambahan untuk bayar itu ini. Jadi tak perlu nak usik pendapatan yang lain. Jimat banyak dah situ.

Jadi untunglah pada korang yang ada blog dan juga Influencer yang mempunyai follower yang ramai di media sosial.

Jadi website ni hanya untuk blogger dan Influencer saja ke?

Setakat ni nampaknya macam tu la.

Kalau korang tak ada blog atau mempunyai follower yang ramai di media sosial, korang nak promote di mana produk yang korang nak review nanti?

Jadi, kalau tak ada follower yang ramai pun sekurang-kurangnya korang mempunyai blog untuk buat review sesuatu produk.

Banyak syarikat gergasi sekarang ni pilih blogger untuk promote barang mereka sebab ia lebih organik dan natural.

Penutup

Baik itu jelah yang saya dapat kongsikan pada korang mengenai macam mana nak buat duit dengan Intellifluence ni. Nak kata banyak duit jika join benda ni tak ada la. Jauh sama sekali.

Tapi ia cukup untuk korang bayar pelbagai bil tanpa usik duit gaji atau pendapatan yang lain.

Kalau korang belum join, daftar sekarang Intellifluence.

8 Cara Bunuh Diri Yang Selalu Dibuat Orang

8 Cara Bunuh Diri Yang Selalu Dibuat Orang

Bila saya lihat data di Google Search Malaysia, carian untuk Cara Bunuh Diri sangat menakutkan. Kenapa benda ni terjadi? Apa puncanya? Macam mana nak selesaikan masalah ni? Benda ni kita kena ketegahkan dan fikir.

Amaran! Artikel ni tidak mengajar untuk korang bunuh diri tapi hanya info dan pengajaran sahaja supaya korang tidak terjebak dengan perkara keji ini. Artikel ini juga ingin menunjukkan bahawa perbuatan tersebut sangat menyeksakan diri sebelum meninggal. Please do not try this at home!

buat duit dengan intellifluence

Gambar di atas merupakan statistik carian di Google Malaysia.

Korang rasa normal tak bila tengok statistik ni di Malaysia macam ni?

Sangat sedih bila perkara ni jadi di Malaysia.

Dalam masa sebulan purata orang cari “cara bunuh diri” di Malaysia adalah sebanyak 1600 carian.

Maksudnya di sini setiap bulan sebanyak 1600 orang mencuba dan ada niat nak bunuh diri.

Katakan ambil saja 1% daripada angka tersebut bermaksud sebanyak 16 orang yang telah bunuh diri di Malaysia setiap bulan.

Harap pemerintah Malaysia nampak akan benda ni dan jangan buat sesuatu perkara yang membuatkan rakyat jadi tertekan.

Inilah hasilnya.

Punca Bunuh Diri

Punca nak bunuh diri ada dalam diri seseorang tidak lain dan tidak bukan adalah kerana tekanan yang mereka hadapi ditambah pula dengan iman yang tidak cukup kuat di dada.

Bila dalam keadaan tekanan yang melampau, perasaan dalam diri tidak dapat dikawal secara normal dan apa yang mereka nampak untuk selesaikan masalah tersebut adalah dengan cara membunuh diri.

Bagi mereka bila bunuh semua masalah akan selesai.

Tapi perlu ke setiap kali tekanan kita perlu ada rasa nak bunuh diri?

Jadi di sinilah kita perlu pandai kawal diri kita dengan beberapa cara dan kaedah.

Dalam topik sebelum ni saya dah bincangkan 10 cara atasi stress. Dalam topik tersebut saya bincangkan macam mana nak atasi stress dan juga cara nak menangani stress secara efektif.

Satu perkara korang kena fikir jika bunuh diri.

Korang mungkin akan lepas seksaan tekanan di atas dunia, tapi di akhirat sana seksaan orang bunuh diri lagi teruk apa yang korang rasa sekarang ni.

Jadi, saya mohon pada korang yang mungkin sedang stress sekarang ni untuk berfikir dengan lebih panjang sebelum buat sesuatu yang akan merugikan hidup korang samaada di dunia dan juga di akhirat.

Sila baca topik yang telah saya bincangkan sebelum ni macam mana cara nak mengatasinya.

Tanda-Tanda Orang Nak Bunuh Diri

Sebagai masyarakat yang perihatin, kita perlu tahu macam mana sifat orang yang nak bunuh diri. Dengan kita tahu tanda-tanda orang nak bunuh diri ni macam mana, mungkin secara tidak sedar kita akan selamatkan mereka.

Berikut adalah tanda-tanda orang nak bunuh diri.

  1. Selalu update di status berkaitan dengan mati. Sebagai contoh “hidup tak berguna”
  2. Kemurungan yang berpanjangan.
  3. Berubah sikap secara mendadak samaada suka marah atau tidak bergaul.
  4. Menulis surat menyatakan luahan hatinya.
  5. Suka melukakan dirinya.

Namun tanda-tanda ini perlu disertai dengan tindak-tanduknya samaada kearah bunuh diri ataupun tidak.

Cara Bunuh Diri Yang Keji

cara bunuh diri

Di bawah ni saya tunjukkan contoh cara bunuh diri yang sangat menyeksakan supaya sesiapa yang ada niat nak bunuh diri disebabkan tekanan, kembalilah ke pangkal jalan yang benar.

Banyak lagi cara lain…

#1. Lemaskan Diri

buat duit dengan intellifluence

Cara ni ramai yang buat tapi tahu ke korang seksannya mati kerana sengaja lemaskan diri dalam air melainkan seseorang tu tidak sengaja.

Dalam otak yang boleh berfikir nak bunuh diri pada masa tu, mereka akan cuba nak selamatkan diri jika tersedut air tapi dah terlambat jika tak pandai berenang.

#2. Kelar Lengan

buat duit dengan intellifluence

Jenis ni biasanya orang yang expert cari salur darah besar dan cuba hiris dengan pisau. Bila terkena pembuluh darah, darah akan keluar tanpa henti menyebabkan orang yang bunuh diri dengan cara ni akan meninggal perlahan-lahan kerana kehabisan darah dalam badan.

#3. Lompat Tempat Tinggi

buat duit dengan intellifluence

Cara paling mudah bunuh diri yang digunakan oleh mereka yang tidak berfikir panjang.

Dengan naik bangunan tinggi kemudian terjun kebawah dengan harapan segera mati.

Sebenarnya banyak dah kes kejadian di mana terjun dari tempat tinggi pun umurnya masih panjang dan dia masih hidup.

Tapi, hidupnya terseksa apabila terlantar atas katil sepanjang hayat.

Jadi di mana nikmat hidup jika dah jadi macam tu disebabkan ceteknya akal pada masa tu.

#4. Minum Racun

buat duit dengan intellifluence

Saya tak boleh nak fikir mereka yang cuba bunuh diri dengan cara minum racun.

Saya fikir inilah cara paling seksa yang teramat sebab sakit dan siksanya sebelum mati tu mengambil masa yang agak panjang sebelum seseorang tu benar-benar tidak bernafas lagi.

Saya pernah lihat orang mati yang minum racun.

Mereka akan nyawa-nyawa ikan dalam tempoh yang agak lama. Mata terbeliak ke atas.

Korang boleh bayang tak sebelum mati seksannya minum racun tu macam mana?

Seseorang tu terpaksa lalui detik-detik seksa yang sangat perit sebelum meninggal.

#5. Kejutan Elektrik

buat duit dengan intellifluence

Jarang sangat dengar cara ni diguna pakai untuk bunuh diri di Malaysia.

Tapi di luar negara kebanyakkan mereka akan guna cara ni sebab kematiannya boleh dijangka dalam masa beberapa saat saja.

Biasanya mereka akan pergi ke pencawang yang mempunyai voltan yang tinggi untuk membunuh diri.

#6. Hidu Gas Beracun

buat duit dengan intellifluence

Banyak juga kes di Malaysia di mana mereka gunakan gas beracun untuk bunuh diri.

Cara paling mudah mereka gunakan ekzos kereta dengan sambungkan host air ke dalam ekzos terus ke mulut mereka.

Mereka akan mati dengan menghidu gas Karbon Monoksida.

#7. Senjata Api (Pistol)

buat duit dengan intellifluence

Kes di luar negara banyak yang gunakan pistol untuk membunuh diri samaada mereka acukan pistol pada dahi/dahi atau bawah dagu.

Cara ni paling ngeri sebab boleh menghancurkan kepala sesiapa yang membuatnya.

#8. Gantung Diri

buat duit dengan intellifluence

Ni adalah cara bunuh diri paling popular di dunia. Boleh dikatakan setiap negara ada masalah ni.

Mereka akan ikat dengan kain pada tempat yang tinggi dan menjerut leher mereka sendiri.

Dengan cara ni, leher mereka akan patah dan menyekat saluran pernafasan.

Cara Atasi Perasaan Bunuh Diri

Jika sesiapa yang ada perasaan nak bunuh diri, cuba buat beberapa perkara yang saya cadangkan di sini.

  1. Jika islam perbanyakkan mengadu, berdoa pada Allah setiap kali selesai solat.
  2. Cuba bangun solat sunat pada tengah malam dan dalam sujud mengadulah pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh mengadu sampai menangis sebab korang akan rasa tenang setenangnya lepas tu.
  3. Cuba cari seseorang untuk berbual untuk melupakan sejenak masalah yang korang hadapi.
  4. Dengar alunan zikir yang boleh memberi ketenangan pada korang.
  5. Baca komik lawak supaya korang terhibur dengan lawak.
  6. Jangan bersendirian jika ada masalah yang berat. Ada saluran yang betul untuk mengadu.
  7. Cuba urut sikit di belakang tengkuk sebab bila stress otot bahu dan leher akan jadi tegang.

Selain daripada tu juga, korang kena percaya adanya jalan penyelesaian lain selain daripada ambil jalan yang singkat untuk lari daripada masalah.

Untuk artikel dan panduan yang lebih mendalam tentang cara cegah bunuh diri, boleh lihat panduan yang saya tuliskan tentang Cara Cegah Bunuh Diri.

Dosa Orang Bunuh Diri

Saya bukanlah ustaz yang boleh bincang soal dosa orang bunuh diri ni.

Cuma saya nak sampaikan ringkasan dan pesanan apa yang telah saya baca mengenai dosa orang yang bunuh diri.

Apa yang saya faham, dosa orang yang bunuh diri ni sama sekali tidak akan masuk ke dalam Syurga Allah dan dalam neraka nanti mereka akan mengulangi perbuatan membunuh diri tu di mana seksannya berganda-ganda lagi.

Di akhirat sana, Allah dah tak membeza-bezakan menghukum seseorang ikut agama masa mereka atas dunia.

Tapi di akhirat sana, Allah akan menghukum seseorang mengikut agama Allah iaitu Islam sebab asalnya agama yang perlu kita ikut adalah dari agama Allah.

Jadi lepas ni tak kira Cina, India, Kristian, Islam selagi mana mereka makhluk Allah, mereka akan terima pembalasan yang sama di akhirat kelak.

Cadangan Kepada Kerajaan

Orang membunuh diri ni tanggungjawab siapa sebenarnya?

Pada pandangan saya sendiri, kerajaan adalah pihak yang bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk mengurangkan masalah bunuh diri ni dalam kalangan rakyat Malaysia.

Statistik yang saya baca purata rakyat Malaysia yang bunuh diri ni adalah 2 orang sehari.

Ini adalah angka yang membimbangkan jika dikira dalam masa sebulan.

Betul punca tekanan dan stress dalam diri seseorang ni subjektif tapi pihak berkuasa perlu ada jalan inisiatif untuk bantu golongan ni.

Jadi cadangan saya kepada kerajaan, cuba tubuhkan satu organisasi untuk orang mengadu apa masalah yang mereka hadapi supaya mereka dapat kawal tekanan yang mereka hadapi.

Selain tu juga, kerajaan janganlah menekan hidup rakyat dengan buat pelbagai peraturan yang tidak munasabah.

Kesimpulan

Korang kena tahu. Setiap orang atas dunia ni ada ujian masing-masing. Tapi kita pula yang mainkan peranan macam mana untuk atasi masalah tersebut.

Walaupun dalam artikel ni saya tulis cara bunuh diri bukanlah saya bermaksud mengajar korang nak bunuh diri tapi sekadar info dan pengetahuan cara bunuh diri yang dilakukan oleh kebanyakkan mereka yang tidak berfikir panjang.

Dosa bunuh diri ni bukanlah dosa kecil sebab is sudah melanggar amanah Allah dimana Allah suruh menjaga tubuh badan kurniaan Allah ini dengan baik. Tubuh badan ni adalah tanggungjawab kita. Jangan sakiti.

10 Cara Atasi Stress dan Elakkan Buat Perkara Yang Merugikan

10 Cara Atasi Stress dan Elakkan Buat Perkara Yang Merugikan

Macam mana cara atasi stress? Saya tahu mungkin korang jumpa artikel ni sebab korang sedang stress dan cuba nak mengatasinya. Tapi saya tak tahu sejauh mana tahap stress korang tu.

Cuba nak buat sesuatu diluar batasan ketika dalam keadaan stress?

Tunggu dulu.

Dalam artikel ni saya akan ceritakan pada korang macam mana cara atasi stress dan mengelakkan dari korang buat perkara yang sia-sia ataupun perkara yang akan merugikan seumur hidup.

Pendek kata bunuh diri.

Jangan pernah sia-siakan hidup kita di dunia ni.

Menyesal tak habis nanti.

Saya harap lepas korang baca apa yang saya tulis di sini, fikiran korang akan lebih terbuka, berfikir lebih jauh, lebih matang serta dapat mengurangkan masalah yang korang ada sekarang ni.

Kita perlu tahu setiap orang di atas muka bumi ni mesti ada ujian masing-masing walaupun dia anak raja sekalipun. Saya sendiri pun setiap hari stress disebabkan kerja dan orang sekeliling. Sedangkan ahli k-pop yang dapat income jutaan sebulan pun bunuh diri.

Sebab apa?

Sebab mereka tidak tahu cara nak kawal diri bila ada masalah dan stress.

Itu masalahnya.

Jalan terbaik bagi mereka adalah bunuh diri sedangkan dosa bunuh diri ni amat berat dalam islam.

Sebenarnya, dosa bunuh diri bukan digunakan dalam islam saja tapi untuk seluruh agama yang ada sekarang ni sebab bila seseorang dah mati semua Allah akan hukum mengikut agama Allah iaitu Islam.

Di sana tiada lagi perbezaan Yahudi, Nasrani, Islam, Buddha dan sebagainya. Semuanya dihukum sama rata.

Dalam dunia ni, kita tak terlepas sedikit pun dari ujian Allah.

Cuma yang membezakan adalah sikit, banyak, ringan ataupun berat ujian yang diterima oleh seseorang.

Saya pernah baca dalam satu petikan dari Al-quran.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

Artinya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Maksudnya di sini, Allah tahu tahap limit yang kita ada.

Tapi kenapa kita tidak percaya pada diri sendiri?

Jadi tugas kita bila ada masalah adalah cuba buat sesuatu untuk mengatasi stress ataupun masalah tersebut. Bukan dengan cara yang singkat iaitu bunuh diri.

Jangan korang ingat dengan membunuh diri semua masalah akan selesai.

Tidak.

Di akhirat sana lagi seksa korang.

Mungkin korang rasa akan lepas tekanan di dunia, tapi perbuatan bunuh diri akan buatkan korang lebih terseksa di sana.

Kita kena ingat adanya kehidupan selepas kita mati di atas dunia ni.

Ya.

Saya tahu bila kita dalam keadaan tekanan yang melampau kadang-kadang kita tak boleh nak berfikir dengan waras.

Macam-macam boleh jadi.

Saya pun pernah mengalami stress yang teramat dan fikiran jadi tidak menentu. Kepala rasa berat. Dada rasa ketat bila stress melampau. Tapi jauh sekali saya ada nak rasa bunuh diri.

Nauzubillahiminzalik…

Apa Itu Stress?

Stress adalah satu desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan masalah ataupun sesuatu perkara yang berlaku pada mereka.

Stress…

  • Boleh berlaku dari segi emosi dan juga fizikal.
  • Perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal.
  • Merupakan cabaran emosi yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia.
  • Berlaku akibat perubahan luaran atau dalaman yang melebihi kemampuan individu.

Boleh ke kita nak atasi stress?

Boleh.

Tanda-Tanda Stress

Berikut adalah tanda-tanda jika seseorang tu dilanda stress.

  1. Sakit kepala terutama di bahagian tengkuk
  2. Kerap tidur
  3. Kurang bercakap
  4. Tidak boleh tidur nyenyak
  5. Mulut kering
  6. Dada rasa ketat
  7. Jika perokok, mereka akan merokok lebih dari biasa

10 Cara Atasi Stress

cara atasi stress

Di bawah ni saya listkan beberapa cara yang boleh korang buat untuk mengurangkan masalah.

#1. Solat 5 Waktu

Dalam islam, apa jua masalah yang kita hadapi adalah kita perlu cari Allah dulu. Mengadu pada Allah apa masalah kita dengan cara selepas setiap kali solat lima waktu, angkat tangan dan berdoa pada Allah. Mengadu pada Allah.

Sebab tu solat lima waktu ni kita jangan tinggal pun sehingga kita mati.

Jangan solat lima waktu cukup time ada masalah je.

Bila masalah dah tak ada korang kembali dengan perangai keji dengan meninggalkan solat.

Masa terbaik bagi saya untuk mengadu pada Allah adalah ketika sujud tu. Masa sujud, cuba mengadu pada Allah apa masalah kita.

Korang akan rasa dekat sangat dengan Allah time tu.

Yakinlah bahawa Allah akan mendengar doa kita sebab Allah itu Maha Mendengar.

#2. Bangun Solat Tengah Malam

Selain solat lima waktu dengan cukup, cubalah korang bangun dan solat tengah malam.

Ini antara rahsia terbesar untuk dapatkan ketenangan yang korang perlu tahu.

Setkan masa antara pukul 3 pagi – 5 pagi dan cuba tiga jenis solat sunat iaitu;

  1. Solat sunat taubat.
  2. Solat sunah hajat.
  3. Solat sunat tahajjud.

Masa sujud, mengadu apa masalah korang pada Allah sambil menangis.

Menangis untuk buang segala masalah yang ada pada diri korang.

Cubalah.

Korang akan rasa satu ketenangan yang tak dapat digambarkan.

Selain tu juga, solat sunat ketiga-tiga ni korang akan dapat ganjaran pahala yang besar dan dapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

#3. Jumpa Kaunseling

Berjumpa dengan kaunseling adalah salah satu cara terbaik untuk korang berbicang mengenai masalah yang korang hadapi.

Biasanya kaunseling ni mereka ada skill macam mana nak selesaikan masalah korang dengan efektif. Paling tidak pun mereka akan jadi pendengar yang baik setiap masalah yang korang hadapi.

Secara tidak langsung benda ni buatkan kita rasa lepas beban dan boleh mengurangkan stress.

#4. Luahkan Masalah Pada Tersayang dan Orang Dipercayai

Setiap masalah yang kita ada, kita jangan sesekali pendam seorang diri. Apa jua masalah kena ceritakan pada orang yang kita rasa boleh dipercayai atau orang terdekat.

Kalau hal peribadi boleh la cerita pada orang terdekat.

Tapi jika ada masalah lain yang bukan bersifat peribadi, cuba ketengahkan masalah korang pada orang ramai.

Mana la tahu antara ramai-ramai tu ada yang sudi dan nak bantu korang.

Walaupun tak ada orang bantu sekurang-kurangnya kita dah luahkan masalah tersebut supaya semua orang tahu. Secara tak langsung ia boleh mengurangkan tekanan yang ada dalam diri kita.

#5. Sentiasa Berfikiran Positif

Kadang-kadang kita stress sebab kita sentiasa berfikiran negatif. Kita rasa ada orang bencikan dan pinggirkan kita tanpa sebab.

Benda kecil pun kita jadikan benda tu macam benda besar.

Sebagai contoh jika rakan sepejabat tidak ajak kita pergi makan bersama sedangkan rakan sepejabat yang lain mereka ajak kita dah berkecil hati dan sekaligus rasa tekanan.

Betul ke berfikir cara macam ni?

Kita fikirlah secara matang dan dewasa.

Abaikanlah benda-benda kecil macam ni sebab mungkin banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu kita fikirkan.

Selagi mereka tidak aniaya kita, tak perlulah untuk berkecil hati dan rasa tertekan.

Fikiran hendaklah sentiasa positif untuk kebaikkan diri kita sendiri.

#6. Dengar Alunan Zikir

Sebagai seorang islam, cuba dengar alunan zikir yang ada di YouTube.

Korang boleh taip “Zikir Hilangkan Stress”.

Zikir adalah salah satu cara kita dekatkan diri pada Allah iaitu pencipta kita.

Kalau sesiapa pernah buat, zikir boleh rasa sesuatu meresap dalam jiwa kita

#7. Baca Majalah Lawak

Bunyi macam tidak logik kan?

Cubalah buat ketika korang stress. Ambil buku ataupun majalah lawak untuk korang baca secara santai.

Baca kisah-kisah lawak secara tidak langsung kita akan tersenyum dan tergelak di mana senyum dengan gelak ni pun salah satu ubat untuk hilangkan stress yang dihadapi seseorang.

Tapi kita perlu ingat pesanan orang tua kata. Kalau banyak sangat gelak, nanti akan banyak kesedihan.

#8. Jangan Bersendirian

Bersendirian ketika stress adalah perkara yang amat bahaya sebenarnya sebab bila keadaan stress, macam-macam benda kita boleh buat tanpa kita sedari.

Ibarat ada sesuatu yang mengawal dalam diri kita jika kita bersendirian.

Memang betul ada kalanya jika kita ada masalah, kita nak ada masa sendirian.

Cuba nak jauhkan dari orang buat seketika.

Boleh.

Tapi jangan terlalu lama jauhkan diri dari orang.

Berhari-hari, berminggu-minggu malah ada berbulan-bulan tidak mahu jumpa orang disebabkan stress yang dihadapi.

Benda ni sangat bahaya dan beri kesan yang sangat hebat.

Silap hari bulan berlaku perkara yang tidak diingini.

Jadi, jika kita dalam keadaan stress cubalah cari sedikit jalan untuk bercakap dengan seseorang.

#9. Terapi Minda

Banyak benda terapi minda yang boleh kita buat.

Antaranya adalah;

  1. Dengar alunan zikir
  2. Dengar soft music
  3. Dengar bunyi alam seperti kicauan burung, air terjun, ombak dan lain-lain lagi.
  4. Tengok ikan dalam kolam
  5. Bermain dengan haiwan peliharaan

Terapi minda ni penting untuk kita melupakan masalah seketika dan pada masa yang sama ia boleh menstabilkan kembali fikiran kita yang sedang kusut.

Mana tahu masa terapi minda kita dapat idea macam mana nak atasi masalah yang kita hadapi.

#10. Hubungi Talian Hayat

Sebenarnya di Malaysia ni dah ada syarikat swasta yang menubuhkan persatuan untuk membantu golongan stress sehingga nak bunuh diri. Persatuan tersebut dinamakan sebagai Sneham Malaysia Welfare Association

Bagi mereka yang mengalami kemurungan atau mungkin juga terfikir untuk membunuh diri, Sneham Malaysia Welfare Association melancarkan satu talian bebas tol 1800 22 5757 untuk memberi kaunseling dan sokongan emosi.

Kesan Stress

Kesan stress sebenarnya sangat teruk boleh berlaku pada seseorang.

Antaranya adalah

  1. Mudah terkena serangan jantung
  2. Kegagalan jantung
  3. Angin ahmar
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Mental/PSY

Semasa kita dalam keadaan stress, sel darah merah kita menjadi tidak normal. Sebab tu stress ni menyentuh banyak penyakit berkaitan dengan darah seperti yang dinyatakan di atas kecuali sakit mental.

Stress akan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku dan juga perubahan personaliti terhadap seseorang.

Keadaan ini menambahkan lagi risiko penyakit mental dan fizikal.

Lihat.

Kesan stress boleh menyebabkan kita banyak menghidapi penyakit sampingan yang lain.

Cadangan

Bab stress ni terlalu luas untuk dibincangkan sebab dari sekecil-kecil masalah sehinggalah masalah yang besar semuanya boleh buat orang jadi stress.

Kadang-kadang semua benda boleh jadi stress.

Jadi di sini saya beritahu secara umum saja.

#1. Stress Bekerja

Jika korang stress disebabkan kerja atau suasana di tempat kerja, cuba ambil dulu cuti beberapa hari untuk rehatkan diri. Kalau masih tidak berkesan, cuba beranikan diri resign kerja tersebut dan cuba cari kerja lain.

Biasanya jika kita sentiasa stress dengan kerja bermakna kerja tersebut tidak sesuai dengan diri kita.

Untuk masalah rakan sekerja di tempat kerja, cuba tangani dengan bijak dan tapis yang mana tidak perlu difikirkan sangat.

Selagi mereka tidak menjejaskan kehidupan kita seharian, abaikan saja mereka. Yang penting buat kerja kita sampai siap.

Dengan izin Allah kita akan senang hati walaupun masih ada orang bercakap pasal kita di belakang.

#2. Kesempitan Duit

Tidak dinafikan ramai yang stress disebabkan tidak cukup wang. Macam mana pun, pasti ada jalan untuk diselesaikan.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa boleh tidak cukup duit.

Di sini saya tengok ada dua sebab.

Sebab pertama tidak bekerja dan sebab kedua belanja lebih dari kemampuan.

Sebenarnya tiada istilah tidak cukup duit.

Jika korang benar-benar tidak cukup wang dengan gaji yang ada sekarang ni, cuba fikir mana yang lebih penting dulu.

Secara asas kita perlukan tempat tinggal dan cukup makan dalam sebulan pun dah kira ok.

Jika korang nak cari duit lebih, cuba buat beberapa kerja.

Saya yakin jika korang kerja sendiri boleh bekerja lebih dari satu kerja.

#3. Buntu Pilihan Mana

Kadang-kadang kita buntu nak buat pilihan pun boleh stress juga.

Sampai sakit dada dan sesak nafas dibuatnya.

Dalam islam dah ada ajar macam mana cara jika nak buat sesuatu pilihan tersebut tepat dengan pilihan kita.

Ambil wuduk dan solat sunat Istikharah dua rakaat.

Buat setiap hari sampai korang rasa cenderung nak pilih yang mana dan itulah pilihan terbaik korang yang Allah dah gerakkan hati.

#4. Masalah Rumah Tangga

Masalah rumah tangga pasti akan dihadapi oleh setiap mereka yang dah berkahwin.

Cuma yang kekal sampai sekarang adalah mereka yang tahu dan bijak dan tangani masalah tersebut.

Dalam rumah tangga ni komunikasi yang baik dan sikap bertolak ansur adalah tips penting untuk kita kekal bahagia bersama pasangan.

Jika ada masalah, cari punca masalah tersebut dan selesaikan.

Sekali sekala sebagai suami, bawalah isteri berjalan-jalan walaupun sibuk macam mana pun kita bekerja.

Sebagai isteri pula, buat tanggungjawab korang di rumah.

Kalau suami penat balik bekerja, sediakan dia air minum.

Itulah yang terbaik.

Penutup

Kesimpulan yang saya boleh buat di sini adalah setiap masalah yang kita hadapi pasti ada cara untuk diselesaikan asalkan kita jaga hubungan kita dengan Allah dan juga manusia.

Setiap orang pasti akan diuji. Raja pun boleh stress walaupun darjat tertinggi dalam sesebuah negara.

Masalah dan stress kita tak boleh nak lari tapi kita ada jalan dan cara untuk diselesaikan.

Jadi itu saja yang boleh saya beritahu di sini cara atasi stress supaya hidup kita lebih ceria dan sihat.

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest