Review Hotel EV World Kajang

Review Hotel EV World Kajang | Kali ni aku ke Kajang bukan kerana pergi melancong tetapi aku pergi atas urusan kerja. Kerja pun kerjalah nanti aku boleh klaim duit perjalanan. Hoho…

Pada 5 Mac 2019 aku telah di arahkan untuk melapor diri di Ibu Pejabat Penjara Kajang kerana aku akan bekerja di Jabatan Penjara. Jadinya, secara tidak langsung aku juga bertukar bekerja dari Kementerian Kesihatan Malaysia ke Kementerian Dalam Negeri. Tetapi jawatan aku tetap sama.

Nak cari hotel kat sini sebenarnya tak susah pun sebab Kajang ni bandarnya agak besar. Kat mana-mana pun ada hotel. Disebabkan aku nak dekat dengan tempat aku lapor diri iaitu di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, jadi aku telah menempah Hotel EV World ni.

So pada artikel ini aku nak buat sedikit review ringkas tentang hotel ini seihklas hati aku.

hotel ev world

Review Hotel EV World Kajang

Pada artikel sebelum ni ada aku tulis macam mana korang boleh tempah hotel dengan harga murah berbanding dari harga asal. Tapi nampaknya dia lebih bijak dari aku apabila aku nak buat tempahan melalui booking.com, aku dikehendaki untuk booking dahulu dan bayar bila checkin.

Bila aku tahu kena bayar semasa nak checkin, terus aku pergi ke kaunter mereka dan buat tempahan secara direct.

Dan ini harganya.

hotel ev world

Amacam?

Mahal kan?

Ya bagi aku harga RM70 per night adalah agak mahal. Lagipun bilik yang aku duduk ni tak ada jendela, tak ada heater untuk memasak air dan tak ada pun sabun mandi dan syampu.

Yang ada cumalah aircond dan TV sahaja.

hotel ev world

Keluasan biliknya sesuai untuk dua orang sahaja. So padanlah dengan adanya katil double kerana kat hotel ni tak ada katil single.

hotel ev world

Untuk ruangan solat bagi muslim pula, nampaknya ia agak sedikit mengecewakan kerana hampir tiada ruang untuk bersolat.

Jadinya siapa yang nak solat tu kenalah solat atas katil kerana itulah satu-satunya ruang yang ada untuk korang bersolat

Secara keseluruhan daripada review aku ni, bintang yang aku boleh berikan pada hotel ni cuma 3.5 sahaja daripada 5 bintang.

Kepada pengurus Hotel EV World, jika anda terbaca artikel ini, silalah pantau kembali harga hotel yang dikenakan samaada berbaloi ataupun tidak. Bagi aku tempah hotel duduk dalam bilik yang tak ada jendela, tak ada sabun/syampu mandi dalam bilik air, tak ada heater panas air dalam bilik dengan harga RM70 per night adalah sangat mahal.

Ok. Sila ubah kembali harga dalam lingkungan RM50 dan aku akan berikan 5 bintang! Lagipun Hotel EV World Kajang ni terletak agak jauh dari pusat bandar. Terima kasih pengurus.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top