Aku rasa baru je aku tulis pasal tahun 2020 ni. Sekarang ni dah genap setahun berlalu iaitu selama 365 hari.
Apa aku buat sepanjang tahun 2020?
Sebenarnya banyak plan yang aku nak buat tahun 2020 antaranya nak pergi melancong ke seluruh Malaysia untuk buat content di YouTube aku, Blog Faiz.
Bulan 1, bulan 2 dan bulan 3 berjalan lancar. Tapi pada masa ni banyak aktiviti lain dan adik abang aku pula kahwin masa ni. Lepas dari tu, aku pun mula merancang bulan 4 aku plan nak pergi ke Langkawi bersama dengan keluarga aku.
Bila je aku plan nak pergi sana, pertengahan bulan 3 dah mula perintah kawalan pergerakkan (PKP) disebabkan covid-19 yang mula melanda dunia ketika tu. Mujur masa tu aku belum booking hotel ke apa. Kalau tak burn je duit aku masa tu.
Jadi, masa musim PKP ni, aku banyak habiskan masa duk rumah dan buat content video YouTube aku.
Alhamdulillah, masa musim PKP ni aku dapat la juga subscriber belas-belas ribu. Still sikit sebenarnya tapi aku rasa aku ada potensi untuk pergi dengan lebih jauh lagi dengan YouTube.
Tengah-tengah musim PKP iaitu pada bulan 6, anak aku pula lahir. Lepas dari tu, aku terus jadi sibuk nak uruskan budak kecik ni.
Sebulan lepas anak aku lahir, aku diperintahkan pula untuk pindah tempat kerja.
Woii!
Aku belum habis sibuk dengan anak kecik yang aku kena handle selama sebulan, aku terpaksa sibukkan diri pula untuk pindah tempat kerja.
Mungkin korang fikir alah pindah tempat kerja je pun.
Tapi korang tahu ke tak berapa lama masa aku ambil untuk settle down semua ni? Dari bulan 8 hingga bulan 11 barulah aku dapat bertenang untuk proses pemindahan ni.
Sebab apa aku malas nak beritahu dan korang boleh fikir sendiri. Cari lori sewa, cari rumah baru nak sewa, nak settel dokumen semua tu bukan semudah disangka.
Jadi tahun ni, aku takde sangat tempat aku pergi. Tak sama macam tahun 2019 dulu tapi tahun 2019 dulu pun aku aktif masa pertengahan.
Aku fikir nak simpan kenangan manis tahun 2020 ni dengan pergi banyak tempat tapi kuasa Allah siapa yang dapat menghalang. Kita merancang, Allah menentukan.
Macam mana pun, aku masih ada memori yang tak dapat dilupakan pada tahun 2020 ni.
Antaranya aku mula bergelar seorang ayah dan target aku untuk buat duit dengan YouTube setiap bulan tercapai.
So, itu sajalah aku rasa achivement yang aku dapat tahun 2020 ni. Tapi, sebenarnya tahun 2020 ni aku rasa aku belajar banyak benda dan aku akan jadikan ia sebagai pelajaran untuk aku terus cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang.
Aku harapkan pada tahun 2021 ni, akan ada sinar yang lebih terang. Semoga yang baca cerita aku ni, aku doakan impian korang akan tercapai tahun ni.
Amin…
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.