Akhirnya Channel “Blog Faiz” Mencapai 1000 Subscribers

Akhirnya Channel “Blog Faiz” Mencapai 1000 Subscribers | Syukur alhamdulillah kerana dalam masa lima bulan saja aku bermula dengan YouTube, aku sudah berjaya mencapai 1000 subscribers.

Sikit?

Ya. Bagi sesetengah korang memang rasa sikit. Tapi bagi aku yang telah bersusah payah untuk menghasilkan video dan upload di YouTube selama lima bulan, mencapai 1000 subscribers bagi aku ini adalah pengubatnya. Pengubat segala penat lelah.

1000 subscriber
1000 subscribers “Blog Faiz”

Kepada korang yang masih setia menonton video di Channel aku, aku sangat-sangat lah berterima kasih. Walaupun kualiti video aku agak mengecewakan tapi aku sentiasa ada input untuk disampaikan.

Dan kepada korang yang baru pertama kali singgah ke Channel aku tu, korang boleh semak dulu video apa yang telah aku hasilkan dan kalau korang rasa suka dengan video yang aku hasilkan, jangan lupa subscribe ok? TQ geng 😀

Akhirnya Channel “Blog Faiz” Mencapai 1000 Subscribers

So di sini aku nak berikan sedikit pengenalan tentang channel aku ni. Bagus sangat ke channel aku ni? Hmmmm….

1000 subscriber

Dalam channel YouTube aku, aku akan banyak buat video tentang perkongsian tempat-tempat yang menarik, tutorial online, review makanan, review gadget dan apa-apa saja yang aku rasa boleh kongsikan kepada korang aku akan kongsikan.

So, dalam channel aku ni aku tidak fokus kepada satu niche saja tetapi aku akan campur apa-apa saja content yang aku hasilkan sendiri. Namun pada setiap video aku akan pastikan ada input yang korang boleh dapat.

Yang terbaru di channel aku sekarang ni adalah view 360 di mana korang akan dapat lihat di sekeliling korang dengan hanya pusing-pusing smartfon korang. Aku buat macam ni sebab aku nak bagi peluang kepada mereka yang tidak pernah sampai ke tempat tu akan berpeluang untuk melihat di sekitarnya.

Pengalaman Pertama Bercakap Depan Kamera dan Post di YouTube

Aku masih ingat lagi video pertama aku bercakap depan kamera dan post di YouTube. (izinkan aku gelak kejap…hahahaha)

Jika korang lihat video pertama aku tu, aku agak kaku dan keras sampai aku tak sanggup nak lihat video aku tu sekarang ni sebab rasa macam noob sangat.

Aku fikir aku nak padam tapi biarlah ia menjadi satu kenangan bagi aku di mana baru nak bermula dengan YouTube ni.

Kalau korang nak lihat video aku tersebut, boleh la cari di YouTube channel “Blog Faiz”

Perjalanan Menuju 1000 Subscribers

Untuk menghasilkan sesebuah video sebenarnya ia tidak semudah disangka. Pernah korang anggap macam ni? Jika pernah buangkan persepsi korang bahawa buat video ni mudah.

Pertama sekali nak hasilkan video ni, kita perlu ada idea video apa yang kita nak buat. Lepas dah dapat idea video apa nak buat, kena fikir pula skrip apa yang perlu disampaikan dalam video tersebut.

Kadang-kadang aku nak list semua benda ni ambil masa 2-3 hari. Ada yang aku list dan ada yang aku main hentam je. Janji asalkan video dan isi content video tu ada.

Lepas siap, kena pula edit.

Jangan terkejut jika aku katakan video yang berdurasi sejam lebih semasa shooting hanya tinggal 5-10 minit sahaja isi-isi yang penting. Sebab itu kadang-kadang nak edit satu video ni makan masa sehari baru siap. Jika tambah dengan efek-efek yang menarik lagi mungkin boleh mencecah masa 2-3 hari baru siap edit.

So aku berharap korang dapat support aku untuk berjaya dalam YouTube ni. Tak minta banyak. Hanya sudi subscribe di channel aku pun aku sudah berterima kasih banyak-banyak.

Di sini aku sediakan video aku sempena mencapai 1000 subscribers ni. Selamat menonton dan jangan lupa subscribe tau 🙂

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top