Channel YouTube Blog Faiz. Jangan Lupa Subscribe!

Channel YouTube Blog Faiz. Jangan Lupa Subcsribe!| Sebenarnya sudah lama aku fikir nak bangunkan channel YouTube sendiri. Sejak dari tahun 2016 lagi tapi pada masa tu aku tak ada idea langsung nak buat tentang apa dalam YouTube tambahan equipment aku untuk merakam tidak lengkap.

Namun pada awal tahun ini aku buat persediaan yang rapi bertekad untuk bangunkan sebuah Channel YouTube sendiri. Tak kira apa pun yang jadi pada tahun 2019 ni aku akan bangunkan sebuah channel sendiri dengan content sendiri.

Banyak barang-barang dan alatan yang lengkap telah aku sediakan untuk tujuan ini. Selain itu juga aku banyak habiskan masa berjam-jam untuk belajar bagaimana nak merakam video dan audio dengan berkualiti. Semuanya aku belajar melalui YouTube!

Aku bertekad Untuk Bangunkan Channel YouTube

channel youtube

Kalau korang tanya apa content yang aku akan sampaikan nanti dalam channel YouTube?

Jawapan aku adalah apa-apa sahaja content yang boleh memberi nilai kepada korang samaada tips, tutorial, review dan lain-lain lagi. Contohnya jika aku pergi ke sesuatu tempat tu, aku akan buat review secara bervideo.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah channel YouTube aku yang pertama aku bangunkan. So, aku minta maaf jika penyampaian aku dalam video itu kurang kerana aku masih dalam proses belajar cara buat penyampaian yang menarik.

Jika korang ada channel YouTube sendiri, boleh tinggalkan nama channel korang di bawah. Nanti aku dan pembaca di sini subscribe channel korang. Jangan letak link nanti aku disapprove komen korang. 😀

Nanti di lain artikel, aku akan cuba tunjukkan camera yang aku beli dengan harga hampir RM3000 untuk tujuan vlogging. Aku beli kamera tersebut kerana ia mudah untuk aku merakam video dan mempunyai fungsi-fungsi yang menarik. Nak tahu kamera apa? Tunggu aku update artikel yang akan datang.

Sebelum itu, jom layan terlebih dahulu video pengenalan “Channel blog Faiz” di bawah.

Amacam?

Ok ke tak? 😀

Dari segi suara dan video korang bagi rating berapa? Nanti tuliskan komen di bawah supaya komen korang dapat membantu aku untuk improvement.

Ni adalah penyampaian aku yang pertama. Harap aku akan dapat perbaikinya lagi di kemudian hari.

Baiklah.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube Channel Blog Faiz.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top