Apa yang aku cuba nak sampaikan dalam artikel ni adalah pandangan diri aku sendiri dan tidak ada tohmahan, hasutan atau cuba mempengaruhi orang lain. Sekali lagi aku beritahu, apa yang aku nak ceritakan di sini hanyalah pandangan dan luahan aku saja. Jadi, sesiapa yang baca harap dapat baca dengan hati dan pandangan yang terbuka.
Baru saja pengumuman telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengistiharkan akan diadakan Perintah Kawalan Pergerakkan, PKP 2.0 bagi beberapa buah negeri.
Serius. Aku sebenar dah serik dengan PKP. Bagi aku PKP ni seolah-olah menyekat hak kebebasan manusia yang patut ada pada setiap insan. Hak kebebasan manusia di atas muka bumi Allah untuk bergerak sebagai khalifah.
Ya.
Aku tahu sekarang ni tengah hangat musim pandemik Covid-19, tapi aku percaya masih ada cara yang terbaik daripada menyekat kebebasan seseorang dengan melaksanakan PKP.
Untuk pengetahuan korang, aku juga salah seorang frontliner dan bekerja dalam sektor kerajaan. Senang cakap aku pun kerja bawah KKM yang sama-sama berjuang menghadapi pandemik ni. Aku juga buat swab test covid orang lain. Bermandi peluh setiap kali memakai PPE.
Kalau nak ikutkan, aku tak ada masalah pun dengan PKP dan tak terjejas pun ekonomi aku untuk sara keluarga. Tapi pernah ke kita fikir tentang orang lain yang kehilangan kerja, bunuh diri, stress yang terlampau, perceraian yang sangat banyak dan sebagainya.
Kalau tak pernah fikir, fikir sekarang.
Kesemua statistik-statistik ni kita tidak dengar malah ada yang disorok-sorok. Hanya orang yang cakna saja mungkin tahu akan hal tersebut.
Maaf kalau aku beritahu di sini. Bagi aku semua tu bukan Covid-19 yang menjadi punca perceraian, hilang kerja, bunuh diri sebab stress tapi disebabkan PKP yang banyak menyekat kebebasan mental dan fizikal seseorang sehingga ia diluar kenormalan seseorang manusia untuk bergerak.
Jadi aku tegaskan di sini, orang hilang kerja bukan sebab Covid-19 tapi disebabkan PKP.
Aku pernah sekali bawa anak aku temujanji di klinik masa musim PKPB. Masa tu sekatan sempadan daerah aktif dijalankan oleh pihak berkuasa.
Bila aku sampai dekat pegawai yang bertugas, dia tanya aku pergi mana. Macam biasa, aku jawab pergi jumpa doktor ada temujanji. Masa tu aku siap tunjuk lagi tarikh temujanji tapi pegawai bertugas tu tanya aku mana surat kelepasan balai.
Mana surat? What the fish?!
Temujanji dengan doktor pun perlu kelulusan surat dari balai polis juga ke? Sedangkan dalam SOP temujanji dengan doktor hanya cukup dengan tunjuk kad rawatan.
Lepas tu aku macam kena bebel sikit oleh pegawai polis tersebut. Tapi aku hanya mengangguk saja sebab aku malas nak bertekak masa tu. Tapi kalau aku kena saman masa tu memang aku akan buka mulut.
Nampak simple je masalah. Tapi aku mental bila diminta surat kelulusan balai polis untuk temujanji dengan doktor.
Benda simple dirumit-rumitkan.
Aku Percaya Adanya Covid-19
Wujud ke Covid-19 ni?
Ya.
Aku percaya adanya virus Covid-19 dan ianya bukan satu konspirasi, rekaan atau dibuat-buat oleh orang kafir seperti yang digembar-gemburkan. Ia macam wabak sebelum ini seperti selsema burung, Mers-Cov dan sebagainya. Tapi ia tidak merebak seperti Covid-19.
Sebab apa aku percaya adanya Covid-19 ni?
Sebab ianya wujud dan dapat dilihat di bawah mikroskop yang khas.
Jadi di sini aku akui wujudnya “binatang” ni.
Tapi, sejauh mana bahayanya?
Pasal ni aku tak mahu sentuh terlalu jauh dan aku tidak akan berikan jawapan takut ada mata yang memerhati, telinga yang mendengar.
Tapi mari kita lihat fakta.
Setakat 11 Januari 2021, 12.00pm statistik menunjukkan kematian hanya 555 orang daripada jumlah keseluruhan iaitu 138,224 orang yang telah dijangkiti. Hanya 0.4% peratus sahaja kematian dan kematian tersebut juga secara majoritinya mereka yang mempunyai penyakit kronik dan berumur 50 tahun keatas.
Jika korang lihat statistik kematian di atas, 100% mempunyai penyakit sejarah penyakit kronik di mana penyakit kronik ni boleh bawa maut pada bila-bila masa sahaja.
Kalau korang nak info lebih boleh layari covid-19.moh.gov.my atau laman Facebook page rasmi KKM.
Cuma persoalan aku sekarang, telus dan adil ke pengiraan mereka yang MATI ni disebabkan Covid atau penyakit kronik yang sedia ada?
Pernah aku dengar satu ucapan dari Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bahawa kematian yang disebabkan kanser paru-paru tapi pada masa yang sama ia dijangkiti Covid-19 akan dikategorikan sebagai mati disebabkan Covid-19. Mereka yang mati eksiden sample swab akan diambil dan jika positif ia akan diklasifikasikan sebagai mati sebab Covid.
Korang mesti lihat video yang aku sediakan di bawah ni supaya korang lebih faham apa yang aku cuba sampaikan.
Video di bawah ni korang akan lihat bagaimana pihak KKM kategorikan dan kira statistik kematian disebabkan Covid-19.
Bagi korang adil ke kalau kira macam tu?
Tepuk dada tanya diri sendiri.
Aku malas nak beri jawapan.
Sampai Bila Nak Teruskan Keadaan Macam Ni?
Aku percaya, jika kerajaan teruskan dengan PKP akan ramai rakyat menderita bukan sebab Covid tapi sebab PKP.
Sekali lagi aku ulang, rakyat akan lebih menderita sebab PKP bukannya sebab Covid.
Cara kita semua mencari rezeki di atas muka bumi ni tidak sama. Ada yang perlu bergerak ke sana sini untuk kelangsungan hidup. Ada yang kerja bawah aircond dan mereka yang kerja bawah aircond ni tidak akan terasa peritnya PKP.
Bagi korang yang nak sangat PKP tu tidak fikir ke bagaimana keadaan mereka jika keadaan begini berterusan.
Sampai bila?
Elok-elok rakyat tidak mati sebab covid, tak memasal rakyat mati sebab overthinking, stress sebab hilang kerja, ekonomi keluarga makin teruk dan sebagainya disebabkan PKP.
Ramai lagi yang akan stress, ramai lagi pasangan yang akan bercerai-berai, ramai yang akan bunuh diri di mana kesemua statistik-statistik ini tidak dinyatakan dan diuar-uarkan secara langsung dalam berita sepertimana “bahayanya” Covid.
Jadi mentaliti rakyat Malaysia yang tidak terkesan dengan PKP akan terus menyokong PKP manakala nasib saudara mara kita yang terkesan akan terus struggle untuk hidup.
Mana sifat kemanusiaan dan mana sifat empati korang semua?
Kenapa pihak berkuasa tidak nyatakan kesan sampingan PKP kepada rakyat dalam berita secara telus?
Kalau korang lihat sendiri, kesan PKP ni sebenarnya lebih dahsyat dari kesan Covid. Tapi malangnya berita-berita kesan sampingan PKP tidak diuar-uarkan seperti berita Covid-19.
Cukup ke dengan bantuan kerajaan bagi?
Tapi sampai bila nak keadaan macam ni?
Sampai bila?
Sekarang ni majoriti fahaman rakyat Malaysia kalau kena Covid-19 WAJIB mati. Patut mentaliti macam ni kena ubah dan kena faham baik-baik tentang Covid-19 ni.
Cuba korang lihat berapa ramai yang positif Covid tapi tiada gejala demam batuk.
So, kita nak cakap apa kalau jumpa kes macam ni.
Dan kalau korang tanya aku balik habistu yang mati sebab covid tu apa?
Aku suruh korang tengok video ni cara kira data kematian covid dan korang akan jumpa jawapan.
Habis Tu Apa Tujuan Vaksin Jika Masih Takut?
Tak lama lagi kita akan menerima bekalan vaksin pada hujung Febuari untuk fasa pertama.
Tapi setahu aku kita akan terima dulu sebanyak 3000 bekalan vaksin untuk ujikaji ke atas 3000 sukarelawan.
Yang ni pun aku jadi lemah bila bunyi ujikaji.
Bila ujikaji maksudnya vaksin ni belum terbukti lagi 100% secara klinikal bahawa ianya boleh melawan Covid-19.
Berikut adalah cebisan teks ucapan Perdana Menteri mengenai vaksin ini.
Kalau betul ianya bukan langkah pencegahan dan bukan penyembuhan, apa kesudahahnya jika ambil vaksin?
Aku bukan antivak ok sebab anak aku yang kecil pun tak terlepas setiap bulan pergi cucuk vaksin di klinik.
Kesian Dekat Semua Frontliner Kita
Di Malaysia aku rasa pengambilan swab begitu serius dan terlalu detail. Aku terfikir juga, negara lain pun macam ni juga ke?
Sebagai contoh, kalau sesiapa yang lalu depan kedai A yang ada kes positif covid sebelum ni, sampai lubang cacing pihak berkuasa akan cari siapa yang pernah lalu situ dan wajib kena swab. Tak datang swab kena denda.
Bagi aku, kalau sesiapa yang tiada simptom rasanya tidak perlu nak pergi swab walaupun pernah lalu situ. Sebab tu ada yang kes positif sedangkan dia sihat walafiat 100%. Kenapa perlu nak swab kalau sihat?
Kalau positif tapi orang tu sihat, korang boleh jawab sendiri tahap bahaya virus ini.
Tanyalah siapa yang pernah kena Covid, tiada ubat pun untuk covid cuma korang akan dirawat mengikut masalah kesihatan korang sedia ada.
Kesian dekat frontliner kita kerja bawah KKM yang terpaksa pakai PPE 24 jam, bermandi peluh semata-mata untuk buat swab golongan yang tidak bergejala. Aku boleh katakan 98% yang kena swab adalah dari golongan kontak rapat dan bukannya yang ada simptom pun.
Tiada simptom = Tidak bahaya
Kenapa perlu sampai macam tu sekali kena buat?
Kita Tak Boleh Nak Lari, Kena Terima Hakikat
Untuk capai angka 0, ianya 100% mustahil. Tidak akan tercapai kita angka 0.
Korang ingat tak masa angka kita 0 dulu.
Korang fikir ke tak sebenarnya bukan 0 pun cuma belum ada yang kena test swab.
Jangan tertipu dengan angka.
Untuk capai 0 ianya 100% mustahil.
Dan satu soalan aku.
Sampai bila nak teruskan keadaan macam ni sampai angka 0?
Ada pihak KKM memberitahu untuk angka 0 memang mustahil dan keadaan macam ni akan berterusan sehingga angka yang terkawal.
Terkawal tu macam mana?
Kalau nak terkawal kena PKP sampai kiamat la.
Angka ni tidak akan terkawal lagi sudah.
Nak tak nak, kita kena terima kehadiran covid dalam hidup kita dan berusaha masing-masing untuk menguatkan antibodi. Itu cara terbaik.
Pihak kesihatan perlu fikir cara macam mana nak kuatkan antibodi rakyat dan bukannya dengan cara PKP atau angka yang boleh terkawal. Tak akan terkawal lagi dah musim ni.
Sebab dah terbukti terang lagi nyata ada yang sihat walafiat tapi positif Covid. Lepas 14 hari kuarantin hidup normal macam orang lain.
Secara peribadi aku tidak sokong PKP tapi kita sebagai rakyat akhirnya terpaksa ikut kata-kata pemerintah. Aku tidak sokong PKP sebab satu saja soalan aku, sampai bila nak teruskan macam ni? Sampai bila nak musnahkan bisnes orang lain?
Melainkan PKP dibuat dan kita yakin sebulan lagi akan terus lenyap virus ni dari Malaysia. Kalau situasi macam ni, aku sokong PKP. Tapi kalau buat PKP hari ni dan setahun, dua tahun virus masih tetap ada, tiada gunanya PKP dan menyekat kebebasan orang lain. Kita perlu fikir cara lain.
Dah terbukti PKP 1.0 kita adalah teramat sia-sia sebab kalau tidak sia-sia takkan ada PKP 2.0. Takkan lepas ni akan ada lagi PKP 3.0, 4.0 dan seterusnya?
Akhir kata dari aku, aku harap PKP kali ni bukan bentuk kepentingan peribadi individu dan juga bukan kepentingan politik sehingga rakyat menderita disebabkan PKP.
Tapi itulah apa yang aku rasakan sekarang ni…
Tapi aku harap, bukanlah…
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.